Tuesday, May 25

aku tetap aku







aku tetap aku. tiada yang lain melainkan diri aku sendiri. aku tidak perlu menjadi seperti orang lain untuk menarik perhatian orang dan aku tidak perlu untuk memalukan diri aku untuk menjadi famous.


mungkin siapa yang tidak kenal aku, aku nampak seperti cerek kerek, poyo dan seangakatan dengan nya, itu lah korang, judge sebelum kenal kan. dan aku memang mengaku, muka aku memang kerek, tapi dalam hati aku seorang periang. a'ah, memang aku tengah puji diri aku sendiri. korang tak kisah kan?ahaks.




aku hanya lah manusia yang kurang sempurna dan memerlukan banyak lagi ilmu2 duniawi dan akhirat, aku seorang yang lemah di dalam, tapi luaran aku nampak gagah seperti harimau. kenapa harimau?aku pun tak tahu. mungkin harimau ni garang, ganas , sombong, tapi jauh di sudut hati harimau ini seorang yang manja, mudah di dekati,comot comel dan penuh dengan kasih sayang dan sebagai nya.

kepada mereka di luar sana, yang tidak kenal aku dan tidak memahami isi dan prinsip aku, go to the hell, aku tidak pernah untuk meminta belas kasihan daripada korang untuk balas segala apa yang aku telah taburkan, ( gaya macam aku seorang YB..ahahah)

aku benci pada mereka yang hipokrit, benci pada yang suka menipu untuk menarik perhatian, benci pada mereka yang kunun2 baik walhal perangai kalah anak ib**s. pada mereka yang golongan macam ini, sila jauhi diri anda daripada aku, sebab nya, aku akan kutuk korang sampai mati...

ahahahaha.aku hanya aku, bukan orang lain, aku sayang kawan aku yang benar-benar bernama kawan, aku hanya aku. aku sayang family aku, aku sayang harta benda aku, aku sayang apa yang ada dalam hati aku.

aku tetap aku, mungkin koprang tidak mengerti entri aku kali ini, tidak mengapa sebab aku sendiri tidak paham entri aku sendiri,bak kata ogy ahmad daud " tipah tertipu bang" wahaha..

yang pasti, aku tetap aku.korang suka atau tidak itu korang punya pasal, aku tidak kisah, aku ada matlamat dan haluan aku sendiri.aku bebas melakukan apa jua aktiviti , aku bebas untuk terbang di pelusuk dunia. andai tidak dapat follow gaya hidup aku, sila ambil langkah anda sendiri. 

selamat berkenalan bagi mereka di luar sana yang masih tidak mengerti akan diri ku ini. baik aku stop sebelum entri semakin sewel dan penuh misteri ala-ala niyang merepek..

******************







FULL STOP




missblurry









0 ,000 yang sedang blur: