Friday, May 21

misi kem bunuh diri selesai part I


seperti yang aku janji kan, yang aku akan ulas balik ape yang berlaku dekat kem bunuh diri a.k.a kem hutan yang wajib untuk semua student dari forestry faculty kene ambil, 1 jam kredit tu bro ( celah gigi gua je)..


alright, mula2 sampai fasiliti dia memang superb, lengkap semua ada, tandas pun baru buat dan tanpa aku fikir panjang aku guna tandas tu. hotel 5 star ktorg pun not bad, memang betul2 5 star and tido dengan entomologi sekali,dan akhir sekali dapur setiap group pun masing-masing tidak mahu kalah, banyak juga lah gadget yang kitorg bina menggunakan buluh,tapi macam bangang nya masak pakai kayu api, pernah sekali, kayu api basah sebab hujan,masing-masing nganga makan angin, sudahlah tengah hari masa tu. maka dengan bijak pandai nya group aku, simpan kayu api dalam beg plastik sampah, masalah kayu api basah settle!!!!


macam biasa, bila masuk atau join mana2 kem, mesti dapat nama kem kan, tapi kali nie memang diorang langsung x extreme, dan aku tarik balik kata-kata aku sebelum ini, sememang nya diorg tak kejam, diorg tu  fasi2 kat kem itu lah,bermula nya ice breaking untuk modul pertama:


BLURRY vs FASI


sampai aja turn aku,maka dengan megah dan keayuan nya aku berdiri dan berkata:


nama saya blurry, dari kelana jaya
nama apa tadi?


hah?(pekak ke hapa?)
nama saya blurry, arwah atuk saya yang bagi,dia orang jepun itu pasal nama saya unique.ok aku tipu...
....... (dorg tengah fikir untuk mendajalkan aku ) kampung dekat mana?
dong, pahang


hah?dong?
a'ah dekat raub..tahu tak?(tak tahu la tue, geografi failed,nampak sangat)


bagi nama koi la
....????(ikan koi?dong?ikan koi?ape kene ngene bro oi)


hah blurry, nama kau bertam
bertam???sambil buat muka,kenapa bertam???


ok la,bertam pun bertam la
alright bertam, terima kasih bertam.....bah besar...


cessss itu rupanya....maksud nama aku


sebenarnya ini nama biasa buat aku, coz b4 nie masa aku sekolah rendah aku dapat nama kambing gurun, coz masa aku atlet sekolah dulu, aku suka meragut2 rumput..oi!!! bukan pakai mulut giler!! aku ragut pakai tangan ok,,aku dok cabut rumput2 cantik di padang sekolah yang ketandusan rumput itu..nama ini melekat sampai aku sekolah menengah dekat ipoh, aku cerita dekat diorg,then sekarang bila jumpa dekat fb, dorg akan panggey


kau kambing kan??
huh??kambing??eheh a'ah, aku kenal kau...bla bla bla...


itu lah bagusnya bila dapat nickname pelik2,orang mudah ingat kita berbanding nama betul kita..aku berani potong jari aku yang mengatakan fakulti lain ada ke dapat nama pelik2 macam gini?kem untuk semua budak 1 batch?tidak ada kan?dan aku bangga mengatakan aku adalah dari forestry faculty yang boleh ngam semua golongan dalam fakulti itu, kalau korang tak percaya sila lah datang dekat fakulti tu dan tengok sendiri macamana akrab nya antara ktorg.


itu baru 1 modul, ade lagi 18 modul..modul2 tersebut ialah


1. Ice Breaking Games -kenal2 diri dan dapat nama kem


2. Kumpulan Ku - buat bendera, cheers, nama group (uniknya ktorg buat dalam sungai,b4 tue kene berendam dulu)


3. Man VS. Wild - belajar hidup dalam hutan dengan menggunakan sumber yang ada dalam hutan


4. Wilderness First-Aid - wajib belajar tak kira dekat mana korg berada


5. Movie dan Moral - cari movie dan ulas isi tersirat dalam movie ini, group aku buat madagascar dan tak pasal2 aku kene tang watak gloria si chomel,ni kem komanden punya hal,masa ini aku yang present


6. Morning Walk - junggle tracking sampai air terjun, syok gila dan cantik tempat tue


7. Lagu dan Moral - sama mcm modul 5.group aku buat lagu standing in the eyes of the world


8. Night Expedition - belajar pasal perangkap serangga dan juga wild life


9. Bird Watching - burung nampak aku tapi aku tak nampak burung,,pakai tropong tue payah nak aim


10. Earth Hour - ceramah psl bencana alam ( aku admit aku tido time nie, sorry doc,aku tak mampu berpura-pura lagi,memang bosan )


11. Sepetang Bersama Pegawai - ini bagus, dapat cerita pengalaman orang2 lama, mentor aku ialah en.suffian kerja di fac. bahagian pengambilan pelajar


12. Explorace- terbaik coz main game orienteering,check point paling mencabar,cibai cam nak mati mendaki


13. Stakeholder Day - kerja amal,bersihkan kawasan,paling memalukan kwsn perumahan depan hutan simpan ni, nak buat tapi diorg sendiri x support dgn majlis ni, pooodahhh...


14. World Cup Night- khas sbb thn ni ada bola,sumpah aku x involve kan diri aku dgn benda ni, cari matlumat then attack soalan kat lawan kita.game paling bosan


15. Rekreasi Tali - bljr ikat tali, memang bagus sebab aku suka + ikat dengan cara yang betul


16. Kembara Malam - ini masuk hutan then dengar pengalaman dari bebdk rekreasi = tido jugak


17. Paintball - tak payah aku nak gebang banyak2, sememangnya terbaik


18. Perkhemahan Kumpulan - pakej percutian 3h2m dalam hutan dengan bebudak group, memang syok tak terkata sebab tak payah ngadap muka2 fasi yang kekadang annoy + over act+serangan gerilla yang sgt funny


19. Sembang Alumni - sama mcam modul 11 tapi ini alumni student forestry, banyak tips dan haluan hidup diorg bagi kat ktorg,beza nak atau tak je ikut haluan yang dia bg,thanx abg adib dan abg wan


ini lah modul2 yang ktorg kene habis kan dalam masa 2 minggu,dah ada dalam jadual,ktorg just follow je...aku letak sekali gambar2 yang sangat best untuk korang tatap ok.


continue.....~~~


group 3 tengah create bendera diorg

grenade b4 buat bendera. sejuk woo

antara fasi2 yang ada,ini mr.panda buat gaya chomel...cehhh

muka ceria b4 masuk hutan

masa untuk berangkat,masing2 mcm nak pindah rumah



masak pakai kayu api,bertapa seksa nya....

0 ,000 yang sedang blur: