Wednesday, May 19

mr. misteri part II

selepas dia datang cari aku balik, aku dengan dia bermesra balik, aku treat dia macam kawan, sebabnya aku seboleh-boleh nak lari perasaan dulu tapi lama-lama kemudian adalah ktorg bermesra dalam setahun la jugak, macan korang sangkakan la, aku jatuh hati balik dengan dia, bull shit!! aku teperangkap dengan permainan aku sendiri, beb, ape korang fikir, we talk bout feeling, tidak perlu la korang nak sangkalkan dengan kenyataan yang korang pun pasti jatuh hati balik dengan ex korang yang sepatutnya korang nak buat dia sebagai kawan kan...


sudah, tak payah la korang semua nak tipu diri korang lagi, dan aku pun tak tipu diri aku, aku memang mengaku aku mula sayang dia balik,( sebenarnya sayang aku dekat dia memang tak pernah luntur,) aku setia la sengal!!! ahahahah....


dalam tahun yang sama berlaku la satu bencana, bencana yang memang Allah nak tunjukkan aku sesuatu yang benar benar berlaka and suruh aku berpijak pada bumi yang nyata, tepat pukul 8.30 malam 30 aug 2007, aku msg dia nak ajak klua pergi celebrate merdeka, dengan tidak sangka nya la kan, ada perempuan balas msg aku tue,butir-butir msg tersebut:


blurry: b (short form dari nama dia bukan panggilan manja) buat ape tue, jom lepak malam nie?
mr.misteri: errr...siapa ni eyh?boleh saya tau?maaf, b awk pakai hp saya
blurry: (cuak!!) saya blurry,errr awk siapa pula?saya kawan dia,ngat nak ajak lepak..


dalam masa 5 saat tetibe bunyi lagu seperti yang ku jangka terjadi dari kru ( tipu je nie)


blurry: ello... (suara cuak) 
mr.misteri: awk blurry eh?saya tettt ( aku lupa nama dia) tunang b awak tue..
blurry: ops..sorry saya tak tahu pulak dia da bertunang, saya kawan lama dia,saya dengan dia tak ada apa apa perhubungan pun, awak jagan salah paham pulak, saya memang panggil dia b pun short form dari nama dia..
mr.misteri: tak apa, saya tak kisah, awak ambil no nie, dia pakai no saya,
blurry: ok ok hanx eyh,nway sorry lagi sekali, harap awk tidak salah faham ok...


tutt...tuttt..tutt...bunyi hp yang aku da letak..


cuba korang fikir, selama setahun aku berkawan dengan dia, selama itu juga aku selalu petik nama gf,tanya soklan berkaitan gf, sikit pun dia tak nak mengaku,ape perasaan korang time tue, sumpah dan aku mengaku, aku terus masuk bilik dan aku melalak, kaw2 aku menangis,tengah-tengah aku menangis, dia boleh call aku


mr.misteri: blurry, tadi awak ada telefon saya ya?
blurry: (ye la bodo,tunang ko yang jawab,)dalam hati je tue..ahahah..a'ah,kenapa tak pernah cakap yang awk da bertunang?sampai hati kan tipu saya sampai macam ni sekali?tak apa la,kirim salam kat dia,cakap mintak maaf ganggu hidup korg.


tutttt..tutttt...tuttt

**********************


selama setahun dia ambil berat pasal aku, dia care pasal sakit tulang belakang aku, msg pun manja-manja, tapi dia buat aku macam ini, dia nak balas dendam ke?atau dia sendiri tak tahu apa yang dia sedang mainkan?bertapa kecewa nya aku,siyus aku cakap, hati aku dah kering masa aku tau dia bertunang, kalu korang kat tempat aku, memang korang pon akan rasa benda yang sama, aku sendiri masih lagi tertanya-tanya, apa salah aku sebenarnya?apa yang aku telah buat sampai dia sanggup mainkan perasaan aku?


yang aku tak suka dengan dia 1 je la, dia suka hilangkan diri then tetiba dia muncul balik, paling terbaru yang aku tahu, dia call aku then dia kata dia nampak aku kat campus, dia kata dia keje kat campus aku, WTF??? gila kau, dia boleh nampak aku bila-bila masa tapi aku tak akan nampak dia, macam stalker kot, betul kata orang, selagi kita nak jauhkan diri dari orang selagi itu la dia datang dekat dengan kita,


dan sekarang aku masih tak tahu apa status dia, bila aku tanya dia kata single, bila aku tanya kawan dia, kawan dia kata dia da berkahwin, yang pasti aku tak nak ambil tahu, dalam tak nak tak nak tue dia masih lagi muncul dalam hidup aku, memang aku da tak ada langsung perasaan dekat dia,zero..tapi aku seboleh nya tak nak kehilangan kawan,aku jenis memilih bab kawan, aku boleh lagi pejam mata apa yang dia dah wat kat aku sebab dia masih ada lagi ciri-ciri seorang kawan yang bernama kawan,tapi aku tak sanggup untuk terus ditipu, aku manusia yang penuh dengan perasaan,


wahai mr.misteri, jika anda baca luahan hati aku ini, tolonglah berterus terang, apa yang engkau hendak dari aku yang serba serbi kurang dalam diri aku ini, jangan lah kau buat aku macam ini lagi, sialan sungguh mainan yang engkau buat ini......
yeah move on, pergi jahanam la engkau dengan mainan engkau itu
ade haku kesah?
 (memang aku kesah pon,ati aku terluka bodo!!)

0 ,000 yang sedang blur: