Friday, June 4

berakhirnya sebuah pelarian

sampai saja kat kota bharubwe, mata aku terpersona melihat keindahan bandar islam itu. apa tak nya, sudah 15 tahun aku tak jejak aku kat tanah bumi itu. fuh maju segala benda. mcdonald's kegemaran aku berpuluh-puluh bukak cawangan. jangan korang pandang rendah kat bandar itu okeyh!!!. walau macamana maju pun bandar itu, aku tetap rasa sepi, sunyi. aku sendiri tak paham dan tak nak paham pasal apa jadi gitu.


aku park la unta aku tue kat tepi pasar siti khatijah. tapi disebabkan lewat sampai, pasar pun dah tutup cuma sempat beli keropok sira jer. memang aku suka gila keropok tu, sedap wei sehingga menjilat tangan orang.!!then singgah la kejap parkson. hek ele wei, datang jauh-jauh tapi bantai shopping parkson. apa gila wei.gila2 pun sempat gak aku merembat short pant kat situ. hihi


aku sampai KB dah nak malam, so lepas membeli belah ktorg terus cari hotel. disebabkan dah 15 tahun tak jejak bandar nie ktorg main rembat je mana2 hotel yang ada depan mata dan hotel yang menjadi pilihan hotel ummi. terima kasih hotel ummi bagi layanan yang mesra alam kat ktorg. memang selesa hotel tu sampai hot water tak berfungsi. yang penting masuk2 bilik je ade hula girl menyambut kedatangan ktorg. yer!! hula girl itu ialah encik LIPAS . HAPRAK punya HOTEL!!!!!!!


keesokkan pagi, terus menuju ke kuala terengganubwe, tapi singgah makan kat warung yang bukak pagi2 tapi tak ade jual nasi kerabu mahupun nasi dagang. aku sangat gembira kecewa.$%^%^( jangan tanya kenapa ). ada ke patut dia hidang nasi lauk@campur pukul 9 pagi??? aku tak puas hati!! aku search google dan yer, memang orang sana makan nasi campur pukul 9 pagi. sangat pelik la korang.


sampai KT terus singgah pasar payang pulak. tapi nya unta aku tersalah sangka. gps dia rosak pergi singgah bus station. aku yang sengal2 terpinga2 nie pun ikut la jugak. tapi sebab nak cover malu ktorg semua pergi toilet. ahaha. naik je unta terus capai gps, buang dalam longkang. cap ayam!!


pasar payang pun lagi sekali, mak aku punya keje pergi shopping sakan dan lagi sekali aku jadi mangsa lagi. ini serious!! aku nak telipon mr. sangkar, lawyer terkenal dekat delhi. siap la you mom!!!!..


then ktorg terus menuju ke cheratingabwe pulak. singgah sekadar main-main air je.hati aku berbunga kata nak tidur sana, alih2 unta aku tak nak pulak, dia kata nak balik juga. baik!! kita baik..dalam perjalanan dia merungut kata penat  jalan jauh. haish. habis aku nie?tak nak fikir? naik kematu buntut den. tulang belakang pun da mula sakit balik.pot pet pot pet juga la aku dalam 5 jam. ok aku tipu!!padahal cakap dalam hati je.ahaha


ktorg singgah karak umah uncle aku juga. tido sana semalaman then tengah hari tu terus gerak menuju ke markas ku. yes!! balik juga akhir nya.kalau korang baca entri four five aku nie.sepanjang aku cerita sume dalam perjalanan kan?yer aku akui. memang perlarian aku kali ni hanya dalam perjalanan bersama-sama unta sahaja okeyh.


dan sumpah!!! aku dah tak nak lagi lari rumah dengan gaya bebas macam gini. serik akiu. bayangkan lah dari markas - raubabwe - jertehebwe - rantau panjangabwe - kota bharubwe - kuala terengganubwe - cheratingabwe - karakabwe - markas. cuba kira berapa pit stop tu? lu pikir sendiri. aku sakit hati. malas nak cerita 


***********

nota kaki : nak lari rumah sila pakai jaket keselamatan. he, macam tak ada kena mengena pulak. !!


FULL STOP


************





PARKSON KB



TAMAN PASAR SITI KHADIJAH



BUS errr.. dekat KT

blurry di cherating

mereka di cherating

missblurry

0 ,000 yang sedang blur: