Thursday, June 3

bosan

pelarian diteruskan lagi antara aku,emak dan kereta untanya. ktorang menuju ke rantau panjangabwe. perjalanan macam biasa. memang sangat panas sehingga menjilat peluh sendiri. ok, jijik!!..


aku menikmati lagi perjalanan yang tidak kurang daripada 30 jam itu. apa korang fikir? aku pakai kereta unta. korang tengok la sendiri,unta boleh berjalan berapa km/j plak? tengah syok2 tengok pemandangan yang kurang indah tue, tetibe pula aku nampak kedai nie. jual air tuak. huh!! aku memang singgah beli air tuak tue. tapi aku minum air kelapa saja sebab air tuak tu aku bagi unta aku minum. gila rock unta aku minum air tuak.


aku minum air kelapa sampai kembong. huh nyaman. nasib baik perjalanan ke rantau panjangabwe tu tak mengalami sebarang masalah sebab seperti biasa aku tido lagi.ahahah. 


sampai sana, emak aku orang pertama yang paling seronok sampai melompat-lompat katak gamaknya. aku tak paham, kenapa dia jadi gitu. tapi nyahkan saja perlakuan itu. aku tak mahu pertikaikan. aku angkut barang-barang bawak naik rumah. terus baring rengangkan urat-urat aku yang da tersimpul reben tu. berbalik pada cerita air tuak tadi. aku tahu korang mesti tak pernah dengar. sebenarnya air tuak tue sama la juga dengan air nira. air nira@tuak ni ambil kat atas pokok kelapa. rasa masam,manis dan ntah apa-apa. tapi setahu aku, kalau diperam lama2 boleh jadi air tuak todi. so hati-hati masa hendak beli air ini ok.


air kelapa 

                                               air tuak @ nira


macam biasa. sesiapa pun yang sampai kat rantau panjangabwe ni mesti shopping tahap dewa dewi. macam korang syak la jugak. yang beria nak shopping nie semesti nya golongan mak-mak dna juga nenek nenek. golongan lain sah-sah tak akan pandang sebab nya yang ada dekat situ pun bahagian mak-mak nya barang. apa lagi pinggang mangkuk periuk belanga bantal tilam. yang jadi mangsa anak2 dan jugak bapak2. paling kesian sekali, sudha tentu anak2 sebabnya kalau tak muat bonet. sah2 barang2 yang dia beli tu letak kat tempat duduk belakang. betul tak? maka aku la jadi mangsa. tak boleh jadi, aku kene wat report mengatakan gangguan hak kemanusiaan aku dah tercalar dengan ada nya barang2 yang tak sepatutya di kawasan aku duduk. aku nak keadilan.huh!!! see you in court mom!!


setelah puas nafsu harakah beliau mengerjakan setiap kedai dekat kawasan tu. dia ajak pulak berlari-lari anak ke kota bharubwe. atas alasan-alasan yang munasabah aku setuju pergi ikut dia ke sana. tapi aku naik kereta unta aku. aku biarkan je emak aku berlari-lari anak. kejam? yer..aku tunaikan niat yang sudah lama dia impikan..maka aku pun menuju ke kota bharubwe..

CONTINUE


*******************

p/s: post kali ini memang membosankan sebab nya memang bosan dekat sana. tiada apa yang menarik untuk aku kongsi bersama. moralnya. korang tak usah ke sana. paham?
***********************
FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Dreamer said...

Air tuak ngn air nira tu sama ke??
confuse jap.. hurmm (~_^)

misSbLurRy said...

dreamer,

sangat sama....air tuak, orang pantai timur panggey...tp sampai kat kl klo x silap la...tuak = todi