Wednesday, June 2

unta, lembu ,dan itik


cuaca kat jertehebwe memang menguji minda aku...disebabkan aku dah kusyuk sangat tido dlm kereta unta semalam, so aku memang tak boleh tidur malam tu, dengan panas nya. aku rasa kalau aku kumpul peluh2 aku tu. sah2 boleh buat kolam renang. mandi dan berendam dengan air peluh sendiri lagi bermakna dari aku biarkan dia mengalir tanpa arah tujuan. sudah!! aku benci bicara pasal ni.


disebabkan aku da buat pelbagai gaya renang malam tu, so pagi-pagi lagi aku sudah bangun. tapi malang nya, subuh aku bye2..haha. aku rasa sangat berdosa. insaf!!.  bangun pagi. terus makan. tapi malangnya makanan yang dibelikan oleh jiran sebelah sangat la tak menyelera aku. so aku buat keputusan untuk tenung makanan2 tu dengan harapan bertukar menjadi big mac. tapi malang, tetap tak berubah. dengan malas aku ambil juga la laksam yang mee dia hanya boleh jadi taik gigi aku jer. hampeh!!


tepat pukul 11, pelarian aku menuju ke jalan cabang tiga edesen. aku tak buat lawak. tapi..hahaha..memang lawak nama kampung tue, kampung di terletak di kawasan gong duek. entah macamana, mak aku kata ada majlis pertunangan pulak kat situ.makan free. siapa tak nak kan.


OTW, aku , emak aku dan kereta unta nya ke kampung tue, adalah malaun nie dok jakun tengok bendang2 dekat kawasan kampung itu, tetibe bersuara pulak si malaun ni..


malaun : best nya kampung nie, banyak bendang, lembu2 pun baik..tak merayap2
blurry : kepala hotak ko ( dengan serta merta pandang muka malaun dengan tengik nya) apa ko tak nampak ke, gila panas nie, lembu2 baik hapa jadah nya, da kene pagr memang la tak ke mane


malaun : eh ada pagar eh?napa x nampak pun
blurry : ishk...buat-buat ade je la (ayat cover), gpun makanan depan mata, banyak gila rumput dia leh makan, nak buat apa lagi dia nak merayap?


tengah2 aku minum air frappucino suam tetibe je ade suara malaun nie lagi..


malaun : blurry2..wuuyoo..kaya-kaya ar orang kampung sini, siap bele unta lagi...
blurry : HAH UNTA!!?? (terpedaya kejap) celah mana unta...?(sambey mencari-cari)...
malaun : tu, ko tengok tu, 2 3 ekor lagi....
blurry : hotak ko,, dongga betul. itu lembu la gila. ko nak halusinasi pon agak-agak la ye pun.


malaun : eh lembu eyh, nampak macam unta, sebab ada bonggol2..ooo lembu tu kurus sangat, da macam unta
blurry : #@$%%&&*^&*(&#$ badigol..


aku nak nasihat dekat semua orang, kalau cuaca panas, sila lah bawak air sebanyak mungkin, sebab nya anda akan jadi gila seperti malaun ini.


sampai-sampai jer umah tunang ni, aku terus je serbu meja makan. ok tipu. kene la tolong angkat dulang bagai. errr..bla bla bla. majlis pun habis, masa untuk MAKAN..a'ah aku sangat lapar time tue, ye la pagi tue makan laksam celah gigi, apa je kan. aku tengok lauk ade daging, solok, telur masin gila, dan air oren ais sedap gila ais tue.


habis je makan, air pun dah tunggang se jug, tetiba mak aku cakap,.."blurry tak makan daging itk itu ke?" hah ada itik ke, aku da fikir dan mencari, mana itik? " tue hah, kaler hitam tue?", cakap emak aku.


ERRerrrrRrKKKkk,,hitam? gosh, itik ke tu?aku da makan 5 kilo dah, erk itik?? aku dah pening, yang emak aku pulak boleh tegur masa aku tengah makan lagi..tekak aku da mual, aku memang pantang sikit dengar makanan pelik2, boleh tapi biar abis makan dan blah dari tempat tue. aku sendiri tak tahu ape perisa itik tue, sebab bukan jenis makanan aku suka.


lagi pun, daging makanan pantang aku, yela gigi aku cantik je tersusun yang ala2 sharifah aleeya rupanya,. kang makan daging asik nak terselit sana sini, leceh la wei.. so daging la makanan yang aku sangat nak elak2. tapi kalau dah xde pilihan, telan sudah bai.


majlis selesai, aku, emak dan kereta unta nya menuju pulak ke rantau panjangabwe, mak aku ajak berjalan kat sane tido rumah sedara la pulak.maka perjalanan diteruskan lagi...


CONTINUE

************************


selamat bertunang

daging itik

hantaran


**********************

FULL STOP

missblurry

0 ,000 yang sedang blur: