Tuesday, July 13

dulu pun aku budak baru jugak!!!




sekarang aku bukan lagi freshie, aku sudah di upgrade kan menjadi junior. sila la, aku punya course 4 tahun, so paham sikit. kalau tak paham , lantak kau.

masa hari ahad. pendaftaran sangat la ok..cuma kawan baik aku sangat tak ok. kene halau ke kolej lain atas sebab2 bodoh yang aku sendiri tak dapat terima. wat eva is, jaga diri la eyh kawan baik ku. jangan rindu aku.hihihihi...
then kelas pertama di musim baru ni, biasa saja, tak ade ape yang menarik but aku ada story nak cerita pasal budak baru ni,bagi aku benda ni agak baru, agak pelik kat mata aku. antara aku sendiri yang tak perasaan or aku yang hiperbola yang sanagt extreme, mari aku ungkai kan satu persatu.

1. adab naik bus

masa aku and the geng nak balik pergi mentedarah dekat foodcourt, kitorg naik la bus kesayangan kitorg, suasana edaran tue,so bus tue pergi la ke KTP (kolej tun perak) di mana foodcourt tue sebelah dgn KTP ni apa yang bestnya, ade la budak baru nie sengal alam.

kitorg nak naik bus, yang dia nie dok tgh jalan, memang la penuh tempat duduk tue, tapi kau tahu tak adab naik bus???sila la ke belakang diri kat belakang, yang engkau pergi tercegat tengah jalan kenapa? orang lain kat bawah tu semua nak naik, cuba prihatin sikit.tak boleh ke?kau ni datang dari mana?sampai naik bus pon tak reti....

2. foodcourt full house

serious, nak makan pun susah, aku rasa junior yang masuk upm cuma la 4k orang saja. dan 4k orang tue bukan satu tempat tapi disepah-sepahkan, tapi yang pergi makan dekat foodcourt tue aku rasa macam 4k orang sekali gus makan, korang fikirlah, dari pukul 8 malam sampai 10.30 malam baru la lega sikit foodcourt. dulu aku rasa tak ada la mcam gitu sekali. hurm heran la aku....

macam mana la puasa nanti??? jadual kelas sudah la...erm malas nak cerita...

3. kerek

kerek okeyh bukan cerek, freshie sekarang macam cerek air, hamik ko.marah betul..bukan nak mintak disanjung, tapi kau tu baru 2 hari dekat fakulti, sila beradab sikit, memang aku pun still junior but aku tak la sekerek kau, 

kitaorg nak pergi tukar group kelas, so masuk dekat lab kopmputer dengan gaya sekawan gajah, memang ribut abis sebab nya kelas tue limit 60 orang sahaja, sebabkan nak kejar dapatkan kelas tue, ktorg pun bertukar la ala2 bidadari tapi gaya gajah. so masuk dan bukak pintu pun ibarat gajah, main langgar je,

sebelum nak masuk, macam biasa, gaya seorang junior bertamadun, kene la tengok dulu,kelas tu ade lecture ke tidak, sebabkan tak ade lecture ktorg terus lah masuk, lepas tue kecoh2 la kat belakang, maki2 pc on lambat, walhal ktorg yang tak reti nak sabar,,,,hihihi....

then ade la minah ni, bukan..bukan...nama dia bukan aminah...tapi dia minah,okeyh? aweks yang busuk, dia pergi sound ktorg? bapak jiran kau, slumber ayam kau je nak sound..boleh dia jeling2 sambil cakap " ade kelas ke? eh ade kelas ke?" ktorg ni buat tak tahu aje la, busy dengan kerja ktorg tue. lepas tue kawan dia yang lelaki tanya la dengan sopan ( bagus!! anak siapa la nie, berbudi bahasa sungguh) " ade kelas ke kat lab ni?" aku pun dengan pantas jawab " tak ade , bodoh, bising aje !!!"

peristiwa-peristiwa ini meMbuat kan aku tertanya sendiri, shittosh la freshie...aku dulu pun budak baru jugak, tau juga la nak berbudi tempat baru, tempat belum familiar, kau tue baru masuk jangan nak tunjuk kepala, sila amik subjek hubungan etnik dan juga kenegaraan secepat mungkin.bagi ajar kau sikit, tak guna ko belajar tinggi2 tapi budi bahasa kau tahap sampah.harap maklum ok.

nota kaki dan mulut:

1. aku disayangi oleh senior sebab langsung tak pernah tegur mereka. hi hi hi

2. kadang-kadang aku lupa kat mana kelas aku masa jadi budak baru dulu.

3. aku keliru antara staff atau lecturer dekat faculty aku, sebab faculty aku adalah faculty yang sangat sempoi sampai lecturer nya pun nampak macam staff dan staff pula kalah dekan.

***************

FULL STOP

 missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Dreamer said...

Hahahaa~ I Like ur notes..
mcm lbey krg zaman i dl2 je.. ;p

misSbLurRy said...

dreamer,

sure terkenang zaman dlu rite,
btw, student life is the best among da best