Saturday, July 17

hye, saya entiti..awk?



seminggu sudah aku kat campus, memang best sebab nya lecturer semua masuk kelas untuk 5-15 minit saja, fuhyooo....bestnya student life,a'ah yer lah kan, hujung sem semua lect fikir kita ambil 1 subject je, bagi semua assignment+kuiz+exam+lab report dalam masa yang sama . gonjeng betul!!!!

dan seminggu juga sudah aku duduk kat bilik baru, sekarang ini tengah kecoh2 pasal kene buang kolej. full stop. aku malas nak cerita pasal benda budu ni, baik aku cerita hal aku yang membuat semua budak bilik aku tak tidur 1 malam, sorry guys, ahahahhah


ok, kitorg entah macamana tercerita pasal entiti, ahaks, macam2 version seyh keluar, tapi berkaitan, dan tanda tanya aku sebelum ini semua agak terjawab dah la, then entah macam mana aku di sapa oleh entiti sebab cerita pasal dia. yeah!!!

masa ini berlaku hari rabu kalau tak silap aku, tengah dok syok cerita2 then terus tidur, siap aku pakai earphone sebab nak dengar radio, macam biasa la before tidur aku bantai lepas gian layan game, dengar2 lagu then aku perasan yang aku tertidur pukul 2 pagi,

entiti datang lepas itu, aku rasa badan kiri aku mcm tak boleh bergerak, macam lumpuh...memula aku buat biasa je lagi, entah macamane aku menjerit mintak tolong, tapi suara aku tak keluar,, klua " emppp...emppp.. jer" tapi kuat la, sampai petisyen hujung yang dengar,tapi pelik nya petisyen sebalah and depan aku sedap je layan mimpi basah diorg tue, hik hik hik...


si kak ila ni mula dah takut2, siap kelubung dengan selimut, and buat2 tak dengar suara halus aku tue minta tolong cume tak terbunyi la pulak tolong tue,hi hi hi,lama juga suara aku macam gitu, dengan kuasa tora datang lagi, tetibe terkeluar " tolong..tolong" ahahhaha, cepat2 la kak ila bangun dengan farah nie,

tapi diorg tak  pergi pun kat aku, aku dengar suara diorg,aku senyap la,budget datang dekat aku,rupanya pergi sebelah petisyen aku,iera, orang tu punya la sedap tido, dia kejut iera ni," iera ke yag menjerit tadi?" masa aku dengar suara diorg, terus pandangan aku terang, dari tadi gelap saja, tak nampak apa2,walhal lampu luar terbukak so agak terang la,

bila aku nampak diorg, siap aku panggil "oi"...pastu sesi temubual berlangsung

blurry vs diorg

anis ke jerit tadi?

kenapa?kuat tak? (dengan muka selamber)

dengar lah, kuat...kene tindih ker?

entah...hihihi ( muka blur)

tak ape la, tidur la balik, mengiring tau jangan terlentang..

ok2 ( blur lagi)


esok tue terus post mortem, yang lawak nya aku yang tanye diorg kenapa, sepatut nya diorg yang interview aku...ahahahha...sumpah aku tak tahu ape berlaku, sebab aku tak pernah kene tindih dan aku tak tahu perasaan tue, aku malam tue steady lagi, siap leh dengar  lagu masa benda tue ade,aku ngigau ker? aku sendiri pun tak tahu....ahahahhahaha, owh lupa, aku tidur pukol 6 pagi selepas kejadian,kejadian berlaku pukul 3 pagi dan terus off radio sebab takut suara entah apa2 klua kat radio,,,ahahhaha


nota kaki dan tangan:

1) sila basuh kaki kalau dah keluar pergi mana2,

2) baca surah al-fatihah sebelum tidur

3) jangan cerita lucah sebelum tidur


*************************

FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Unknown said...

len kali tiap kali nk tdo, letak bantal or pe2 jek kt ats dada, jgn bia kosong..sng die nk tindih..huhu..n jgn lupe bc ayat kursi be4 tdo..insyallah

misSbLurRy said...

moris: sebenarnya aku tak tahu prasaan tindih tue mcmane