Monday, September 6

bila warga KJ berkumpul

semoga ketemu lagi


sebelum aku mula berbicara, aku nak ucap terima kasih pada organizer iaitu amirul adden sebab dah bersusah payah cari tempat tuk ktorg melepak....thanx..raya nati pusing KJ lagi kayh...


kitorg berbuka di restaurant medan selera idaman, boleh tahan makanan dia kat situ, harga pun standard, suasana kedai atas pun sangat romantik, bagi aku,sangat sesuai untuk sesiapa nak dinner dgn partner tapi tak sesuai kalau buat berbuka dengan teman2 yang melebihi dari 10 orang, bapak panas....


macam biasa la, bila dah order ramai2, sure ade yang tak dapat, ada yang tertukar, tapi kami semua sempoi...layan kan aja,,,memang seronok la berbuka kali ni, sebab nya yang hadir seramai 30 orang +-, tue ada lagi sepatutnya join, aku rasa kalau la semua setuju, mahu dekat 50 orang join event kali ni,


ktorg konvoi sebanyak 8 biji kereta kalau tak silap aku, kedai tue pun riuh dengan suara ktorg je, bila da berjumpa, memang tak ingat, nak2 ktorg ni semua jenis tak reti malu, slumber badak je masing....


that why kenapa aku sayang kawan2 kj aku, sebab diorg sempoi, dari sekolah till now macam gitu je jugak even di antara kami ada yang sudah berubah ke arah kebaikan..alhamdulillah, tapi perangai sewel itu tetap ada....ahaahahah


sudah selesai melahap segala jenis makanan kat kedai itu, ktorg decide nak buat tournament bowling pulak kat cineleisure, apalagi...zoommm la kami ke sana, ini satu hal lagi, kitorang datang je, makin riuh lah tempat tue yang sememang nya riuh...


ktorg create 4 team,, main sorang segame je, sebab masing2 penat lepas makan...akakaka...memang syok!!...asalnya buat majlis berbuka puasa, tapi sudah bertukar macam buat reunion pula, ktorg nie nama je duduk satu tempat, tapi bila nak berkumpul ramai2 macam gini, memang payah


kalau tak time raya, time puasa lah kami berkumpul,...kekadang organize pergi camping ke apa ke pun tak ramai juga yang join....so bila sesekali ktorg menghiburkan diri macam gini, terasa sangat seronok...terasa macam back to school yang aku semakin rindu zaman itu, zaman jahiliah masing2,,,


lepas habis bermain bowling, ktorang menuju ke SK corner, restaurant mamak dekat dengan lrt taman bahagia, lagi sekali lepak kat situ pergi minum2 pulak, ada lah dekat sejam ktorg berkumpul sebelum masing2 meninggalkan majlis....


dan semestinya aku enjoy denGAn event kali ni, sebab sebelum nie aku tak dapat join bila diorg buat macam nie, dulu cuti aku lain dengan cuti diorg..almaklum la budak poli kan...tapi sekrang budak poli dah sama cuti dengan budak U....hurm aku harap tahun depan ada lagi la event macam gini...


dekat sini, akuselit2 juga gambar2 menunjukkan wajah ceria kami...wakkakak...enjoy...

***************************************





 iera tengah makan pancake tapi aku rasa macam waffle je..


team A

team B-group juara dgn mata 500++


team C

team D

amirul tengah bagi semangat



adik dgn abang siap nak bergaduh

gila tak kenal tempat



*********************************
FULL STOP
missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Randy said...

haha...
tapi aku rase si iera tuh tgh makan pai laa

misSbLurRy said...

randy,

nope dia order dessert yang bernama pancake...tp serious rasa waffle yangada ice cream....sedap la jugak sebab ade whipped cream