Sunday, September 5

typical thinking





aku rasa dan aku dapat juga rasa apa yang aku cakapkan, korang pun akan fikir benda yang sama juga apa aku fikir. korang perasan tak...apa2 pun benda, mesti diorg akan judge benda yang bukan-bukan...aku macam rasa benda ni sangat annoying gila la....


tak perlu la kot nak judge benda yang bukan, atau fikir benda yang tak relevant langsung. ok nati aku senarai kan beberapa benda yang typical thinking aku pernah tengok dan benda nie jadi kebiasaan.....kekadang aku rasa sebab nila setitik abis baju sekolah bertompok2....wakakkaka....bodoh punya nila ujala..


situasi 1: gundik boss






mangkuk 1 : " beb, gila r, budak perempuan tu pakai kereta sport BMW sial!!!"


mangkuk 2: " nampak macam muda lagi ni....mesti ade sugar daddy..sah!! "


blurry: see, mesti macam gini kan cakap....kalau nampak budak2 muda pakai kereta mahal-mahal yang gaya tak logik akal, gerenti kene cop gundik boss tak pun ada sugar daddy...walhal orang tu sememangnya mampu...mana nak tau, dia tue salah seorang pemegang sahan ECPI yang heboh2 kat tv tue ke...or dia tue anak tokey MLM yang berjaya ker...tapi ayat2 tue akan wujud bila nampak gurl je...nampak lelaki yang bawak..tak pulak fikir benda yang sama...hurm...


situasi 2: further study






mangkuk 1: " kenapa pakaian dia macam pelik je?dia tue siapa?macam somebody je?"


mangkuk 2: " owh, budak itu anak orang kaya, duduk kat area country high kajang sana.."


mangkuk 1: " lar, study sini je?padahal dia boleh study oversea kot,"


blurry: owh hanya anak orang kaya je la boleh study oversea...?tak boleh langsung jejak kaki ke ipta ni?beb ikut suka dia la....dia nak belajar kat mana pun...memang dia layak untuk amik a-level then fly mana2 yang dia nak,tapi aku rasa tak perlu kot, asalkan kau kaya kau nak keluar semua, kalau dah dia nak masuk ipta biasa,,biar saja la..


bukan semua anak orang kaya pemikiran yang sama, betul tak...ada je aku tengok kerabat sultan@raja yang masukkan anak diorg ke sekolah kerajaan, tak ada pun hantar private school.so maksud di sini, as long as anak somebody yang sambung belajar nie dah kira salute la jugak, atleast diorg nak sambung,tak macam setengah anak VVIP nie hanya pandanga remeh benda2 macam gini, sebab diorg fikir yang diorang mampu miliki apa saja tanpa usaha...what eva!!!


situasi 3: mesti nak beromen la tue






mangkuk 1: " jom lepak pantai malam ni..kita overnite kat sana"


mangkuk 2: " mak ai, ko nak beromen ke kat sana,lepak2 sampai pagi nie"


mangkuk 1: errrrr?????




blurry: bodoh ke apa? eh suka ati la nak lepak kat pantai time bila pun,,,asal pergi tempat2 macam gini mesti cakap nak beromen, wak lu....ingat sangap sangat ke lepak pantai pastu nak beromen....bro, get a room la kalau nak beromen, setakat kau nak bercium,raba2 picit sana sini kat tempat gelap+nyamuk+sempit2 duduk dalam kereta tue, baik tak payah la..tak stim langsung kau tahu tak?


kenapa mesti fikir macam gini?memang yer kekadang ada mangkuk yang buat macam gitu, dari korang lepak dalam kereta, beromen dalam kereta, baik la kau keluar ke pantai duduk ceruk mana2,lepas tue suka hati la kau nak buat apa....tapi masalah nya tak semua orang macam gitu...duduk lepak tepi pantai time malam2 adalah suasana paling best bagi aku...


dengar ombak,lepas itu tengok bintang, cahaya dari kapal-kapal dan nelayan kat tengah laut...fuh..indah siot...kenapa korang langsung tak ada perasaan itu?tak pun duduk kat kawasan tinggi macam bukit,tengok pemandangan KL time malam-malam...panorama yang aku kata tak terhingga kot....pleasa la...jangan asik fikir sex saja,get ur life ok !!!


situasi 4 : makanan yang cantik


mangkuk 1: "eh cantik nya makanan ni, mesti sedap"


mangkuk 2:" jom beli nak....kita rasa"




blurry: hah yang ini aku no comment, wakakak sebab nya aku pun macam gini juga...mesti pilih yang cantik-cantikyang tarik perhatian..terbaik la marketing orang nie...snap pix makanan diorang angle yang terbaik...yang nampak mengeliurkan sesiapa saja termasuk aku...


bila dah cantik@lawa makanan itu, automatik kita set,mesti sedap ni...walhal bila kita makan, rasa macam haram...ahahah...tapi aku tak nafikan, macam contoh air la, kalau kita nampak cantik...almost memang sedap rasanya, tapi bukan untuk makanan....so be careful, jangan sampai tertipu..





************************

sekarang korang dah nampak kan..apa maksud aku, dan aku tak nafikan yang kekadang aku pon dari golongan macam gini, macam dah set je kat kepala yang benda tue mesti macam gitu...padahal kita tak payah fikir macam gitu pun boleh saja...


kenapa yer?aku sendiri tertany-tanya, mana lah datang speku macam gini, bila fikir balik, lawak pun ada kekadang rasa...sungguh tak boleh blar...ahahahaha


nota kaki dan mulut: 


1.kepada kawan baik aku, NOQ ( bukan nama sebenar) jangan ghairah sangat tengok makanan cantik2,nanti anda tertipu...ahahahahah


2. harga kereta sekarang dah murah, sesiapa pun boleh memilikinya..join la ECPI..ahahahah


3. jom beromen kat pantai.....!!! (dengan erti lain: jom lepak pantai amik angin)


*******************************
FULL STOP


missblurry

3 ,000 yang sedang blur:

nadiaDiella said...

cis..
aku dh agak r ko akn mention nm aku tang air cantek 2..
kuang asam tol..len kali publish r pic aku..
br howt
wakakakaka

misSbLurRy said...

nadia ,

wakakakka...better aku link je nama ko kan...

nadiaDiella said...

hahaha..
orait la 2..
tp sumpah aku t'goda tgk air 2 wei...