Monday, October 25

dulu dan sekarang

masa aku mandi tadi, tetiba aku teringat kisah dulu-dulu, zaman bergetah aku..aku rasa zaman kanak-kanak aku penuh dengan warna kehidupan..langsung tak fikir masalah dunia, seriously aku cakap, aku enjoy zaman kanak-kanak aku..


memandangkan aku nie agal boyish, so aku hentam saja segala mainan yang ada kat dalam dunia ni..dan aku bernasib baik sebab aku selalu je dapat kawan yang tak diskriminasi, mungkin diorang tengok sifat kelakian aku lebih dari perempuan tu yang diorang anggap yang aku ni sebahagian dari kaum diorg kot..ahahah


tak kisah la macamana pun, yang pasti aku tak akan lupakan zaman itu, zaman emas bagi aku dalam hidup aku sendiri..meh aku listkan perbezaan zaman kanak-kanak aku dengan zaman kanak-kanak sekarang :


zaman dulu VS zaman sekarang :

1. mainan out door seperti galah panjang, konda kondi, rounders , guli, zero point, teng-teng adalah pujaan hati setiap orang masa zaman itu...siap bergaduh bagai...bila main guli pula, taruh guli ibu@putih yang gila besar tue...nak main tipu pijak guli sendiri sebab tak nak bagi orang attack  guli kita...

sekarang, nak nampak guli pun susah, eventho layan congkak pun orang pakai guli palsu yang plastik sebab takut budak tertelan guli,bila tanya budak sekarang pasal rounders, 4 sure diorang tak tahu, apatah lagi konda kondi..

blurry : galah panjang dan rounders lah aku paling hero sekali, sampai diorang tak bagi aku main....yeeenaadeyyy...!!



2. game indoor pula, pujaan hati adalah tape game, satu tape sampai 23 games sekali tapi yang jadi pilihan tetap super mario, kalau tak pun brick game yang hanya dijual kat pasar malam, siapa yang tak ada mesti kata ketinggalan zaman, famous tue brick game nie. lepas tue, batu semban, ceper, ABC ( salah sorang player kene sebut 1 huruf dan reka nama atau sebagainya dengan huruf yang disebut)

sekarang, layan x-box, ps3 yang ak tahu terbaru nak keluar ps4 pula,silap-silap dah keluar, nintendo dan psp tak usah di kata la kan, segala bentuk ada, gila canggih siap boleh layan internet lagi...macam dulu ada saidina dan jutaria, sekarang layan monopoly, 

blurry : dunia semakin canggih, tapi dulu kurangnya teknologi pun steady je lagi...aku paling budu main monopoly, mesti muflis dan sampai sekarang aku tak boleh nak wat strategi untuk game nie..poodaahhh!!


3. kalau babu datang, mesti kejar babu sebab nak jajan, jajan yang famous dulu tora datang lagi ( aku letak nama nie kat laman sosial aku, cool tak?hahah), dendang, mamie, aiskrim pop, bubble gum berperisa yang dalam kotak kecik tu, nini, choki choki, gula-gula hantu...benda-benda ni cuma hanya ada kat babu je, cari kat kedai mamak hanya certain je boleh dapat. 

sekarang babu pun dah tak wujud,yang wujud pavillion, the garden, subang imperial, budak sekarang cari barang tempat gini kot..hebat gila..aku rasa zaman aku, nak keluar perumahan pon tak berani, tapi sekarang budak darjah 1 melepak kat bukit bintang..gilosSSss

blurry : aku kejar babu sebab nak beli super ring je, bila kaya sikit baru beli dendang dan aku benci pergi bukit bintang time hujung minggu, semak!!!

kamen rider


4.  bab kartun pula, dulu layan doreamon, gaban, ninja, kesatria baja hitam a.k.a kamen rider ( pakai motor scrambler beb, jangan main-main ), ultraman, batman, dan paling aku suka usop santorian, popeye the sailor man, tom &jerry dan juga kluangman. sanggup leka waktu maghrib untuk layan cerita ni...baiknya aku...ahahah

tapi sekarang, bebudak layan ben 10, the air bender, shrek, spongebob, dan paling ketara anime,sekarang nie sebut je cartoon apa, 24 hours boleh tengok kat channel cartoon network, anime, disney kat astro tue, 

blurry : walau kartun dulu tak secanggih sekarang, aku tetap nak tengok yang dulu sebab boleh gelak sampai kembung, mana tak nya, nama je kartun tapi yang belakon manusia...hadoi!!!



5.  drama kat tv dulu kebanyakkan drama yang diorang shoot kat set je, contoh drama yang ada zaman dulu, senario, cecupak, rumah kedai, pak uda ( aku tak ingat nama drama pak uda nie), dan kebanyakkan semua unsur lawak..even sengal macamana pon, lawak yang sama sekalipun tetap tengok dan seorang pun tak ada yang merungut...

drama sekarang lebih pada unsur cinta, rebut harta, rampas laki/ bini orang, curang dan skandal sana sini, lagi la typical punya drama, dan yang terbaru apa yang dah di filemkan diorang bantai drama kan, kenapa?tak ada idea dah ke???


blurry : kalau drama aku suka tengok pak uda tue, aku pun tak tahu apa yang bestnya,tapi kalau filem pula aku suka cinta metropolitan lakonan kru tue, macam harem je,,,,ahahah

*********************************

nota merapu :




1. ingat lagi tak kumpulan rap 4u2c, ala yang famous dengan lagu fiona, sampai sekarang aku tak faham kenapa ac boleh terfikir nak gantung cd kat leher, gilo!!

2. budak-budak dulu layan bantal busuk, dan aku ada selimut+ bantal peluk busuk sampai sekarang..ahahahah wangi siol...tapi budak sekarang mana layan dah.




3. korang ingat lagi tak sekuang yang ada sos merah dan letak kacang, serious sedap!! mana nak cari lagi eh??


4. sate ikan yang jual rm 0.20 kat depan gate sekolah pun susah nak cari, cuma yang ada kat belah pantai timur je,,,sos dia pulak pakai pewarna je...perggg!!


cuba teka, aku yang mana satu??


5. dulu, bila keluar jalan-jalan dengan family, mak kita mesti pakaikan pakaian yang sama dengan sibling lain, beza warna je, ahahah lawak kan..

******************************
FULL STOP

missblurry

8 ,000 yang sedang blur:

abigemok said...

haha. dulu dan skrg dah x sama lagi. skrg dah mju sgt :)

Kak Amy said...

salam..

drop here baca entry sambil follow, jemput ke sinar raudah ye.

Anonymous said...

ko mesti yg bju merah tu!!!!!!!! hahahahha

hahahah blurry sebut name aku ek...yennadeeyyy hahahahaha i like hahahahha mcm harem

dolu2 aku main tepuk2 kad doh....ko ade ke main tepok2 kad??? kihkihkih

misSbLurRy said...

kyuubi,

memang berbeza kalau ikut teknologi tapi bab2 mainan, bagi aku x salah kalau nak kekalkan...

misSbLurRy said...

amy syaquana,

will follow u too...eheheh

misSbLurRy said...

nadey,

sila teka lagi..ahahhaha

aku pun main..sampai lebam tapak tangan aku...harem tull

Anonymous said...

ko wat ak rindu zaman kecik2 ak....
-ada-

misSbLurRy said...

ada,

aku pun rindu..klo masa leh diputarkan kan best