Wednesday, November 3

bersama chef blurry #2 : sambal tempe



hari itu, aku tetiba teringin nak makan lepas aku chatting dan ada seorang chatter gatal tangan duk letak nick name dia "jawa". bila nama dah jawa, yang lain mula lah nak menyakat, si jawa ni pula melayan saja, dalam sakat-sakat tetiba pula dia sebut tempe, terus aku teringin nak makan, maka aku pun buat sambal tempe

sekarang aku nak ajar korang macamana nak buat sambal tempe, by the way, before that aku nak bagitahu yang aku sebenarnya baru saja lagi belajar makan tempe ni.

aku belajar makan tempe, masa aku zaman diploma dimana aku kene duduk menyewa dan housemate aku memang jawa totok, dia la mengajar aku makan benda ni, thanx raihan baharom. moh ke dapur kita masak sambal tempe.

sambal tempe rangup

1. mula-mula sediakan tempe ikut suka hati nak berapa keping.

2. kemudian bawang putih, bawang merah, cili giling, gula, garam dan juga ikan bilis.



3. potong bawang putih+merah kemudian blend sehingga ikut citarasa anda sendiri. ( bagi aku jangan hancur sangat nanti hilang rasa )

4. potong juga tempe menjadi 4 segi, ( jangan terlalu kecil dan jangan terlalu tebal untuk mengelak dari hancur atau tidak garing )

5. goreng dahulu tempe sehingga garing, jangan tertipu dengan warna tempe sebab memang nampak coklat tapi kekadang tak garing lagi.

6. kemudian goreng pula ikan bilis. ( jika mahu, ikan bilis sekadar bahan tambahan).


bawang aku terhancur sebab 
aku potong besar sangat. wakaka

7. masukkan campuran bawang yang telah di blended tadi ke dalam kuali. ( perlahankan api anda ) masak sehingga garing, tapi jangan sampai hangus, ulang lagi sekali JANGAN SAMPAI HANGUS.

8. kemudian masukkan cili giling ikut cita rasa anda, dan goreng hingga garing. warna cili garing adalah warna maroon, lagi sekali saya pesan, JANGAN SAMPAI HANGUS. ( agak-agak warna bertukar maroon, kacau sehingga 5 minute +- )

9. masukkan gula dan garam secukup rasa.

10. akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tempe yang telah digoreng tadi, ratakan dengan sambal tadi.



11. hidang di meja dan MARI MELANTAK.

***************************************

NOTA TEMPE :

1. aku suka makan sebab rasa dia kruk krak kruk krak..perg, layan sambil tengok tv.

2. sambal tempe ni kalau dibuat garing-garing, boleh simpan tanpa letak dalam tupperware sehingga seminggu dan lebih lamanya.

3. bila dah lama boleh simpan, maka itu adalah makanan wajib untuk orang bujang yang malas masak dan duduk menyewa. ahahah...

4. akhir sekali, selamat maju jaya!!

5. ops lupa, sebenarnya tempe aku kali nie tak menjadi sangat sebab letak cili sikit sangat, so dia tak berapa nak salut dan rasa sambal, tapi tak ape..layan...~~

******************************************
FULL STOP
missblurry

7 ,000 yang sedang blur:

misSbLurRy said...

shazmiey,

ahahah xperlu

soffea said...

sedapnye sambal tempe. tibe2 lapar. huhu.

misSbLurRy said...

soffea,

ehehe membuka selera kan

SyazwanJaudin said...

aku memang minat tempe ni...

http://yourmusicenter.blogspot.com/

Tapi bila da dok ganu ni payah skit nak dapat

misSbLurRy said...

BL,

kalau da dok ganu kene mkn mknan sana je la...rindu kepok sane..+ sos cecah kepok

akubiomed said...

Tempe ni banyak B complex elok untuk otak sebab tu orang Jawa pandei-pandei ;-)

misSbLurRy said...

akubiomed,

yup, memang banyak khaisatnye,,nama pun kacang soya..

mkn tempe pandai2, ok aku tercalon..ahahah tettttt