Friday, December 31

hanya tinggal kenangan

yang akan ditinggalkan akan dibuat kenangan,
kenangan yang mengajar erti kehidupan,
kehidupan yang penuh dengan misteri, 
misteri dengan fantasi dan juga realiti,

apa jua keadaan nya pun,
yang ditinggalkan tetap ditinggalkan,
tetapi jangan pula dilupakan,

yang baru pula belum pasti lagi kebenarannya,
jalan yang masih lagi samar atau sudah terang,
bergantung pada badan yang dikandung
tapi ingat,
walau macamana sekali pun jalan yang ada dihadapan,
jangan sesekali lupa untuk pandang apa yang telah ditinggalkan,
kerna yang ditinggalkan itu adalah jalan untuk menuju kedepan.

apa jua keadaan sekali pun life must go on....
selamat tinggal 2010 and hello 2011...


*******************************
FULL STOP

missblurry

waduh gawat seyh


tengah seronok memikirkan nak mengabiskan duit loan tetiba jerk aku dapat berita kurang enak..eh apsal ayat aku macam sinetron ....err..what eva lah...

aku pun satu, menggedik dok tengok student portal, sudahnya kepala sendiri miong fikir pasal itu, benda tu ialah time table aku untuk sem depan, gosh!!

meh aku terangkan tunjukkan schedule aku,then aku terangkan kenapa sampai leh miong fikir hal ni...


ok, ini jadual aku, memula lega hati, sebab tengok secara kasar, nampak macam pack gila lah, then bila aku draw, owh tak lah pack sangat macam aku kene masa sem 2, lagi mabeles....

masa sem 2, ari isnin + selasa + jumaat, full day aku kat faculty, yang langsung tak ada gap...tapi sem ni nampaknye cuma hari selasa je, itu pun kelas start pukul 10, so tak jadi masalah sangat.

jadual yang tak seberapa pack nie, nampak macam ringan, sebenarnya aku sudah ambil 21 jam kredit, dan ade 4 lab dan 1 meniaga, so agak berat sebenar nya sebab bila ada lab, kekadang mesti ade trip dan ofcourse ade report yang setiap minggu kene submit, well done!!

dan masalah kedua aku adalah yang ini


smile face = faculty
A : faculti ekologi
B : fakulti sains
C: fakulti ekonomi
D: school graduate
F: fakulti pertanian ( sains tanah )
G: fakulti veterina
H: fakulti teknologi makanan
I: fakulti alam sekitar
J:fakulti perhutanan
K: fakulti pendidikan
L: fakulti sains komputer

love = tadika
tiga segi = bus stop
bendera = panggung percubaan
donut = dewan besar
kilat = swimming pool
bulan = dewan kuliah akademik pelajar

ok, untuk hari rabu aku punya kelas langsung tak ada gap, ada pun sejam antara kelas akaun dan kemahiran berfikir, yang jadi masalahnya, adalah kelas antara kemahiran berfikir dan MGM.

yang jadi masalah, kalau tunggu bus kat depan fac. kom tue, bus akan terus ke kolej, dah ambil masa yang lama, kalau jalan kaki dari dewan kuliah akademik tu nak ke fakulti perhutanan, agak aku adalah dalam 15 minute kalau aku jalan ala-ala atlet jalan kaki.

hurm, lecturer pula bukan dari faculty sendiri, nie lecturer dari fakulti ekonomi, dengar cerita dia punya lecturer boleh la tahan kereknya, kalau dapat yang paham situasi aku, ok fine, cerita kedai kopi dah settle,

andai aku dapat lect yang dia fikir, aku ambil subject dia je untuk sem ni, alamatnya...kene baling kasut heels lah aku nampaknya,,,waduh duh duh !!!

guano nie??apa aku perlu buat? oh no!!!

***********************
FULL STOP 

missblurry

Thursday, December 30

duit loan dah masuk


yeahhh...duit loan sudah masuk, lagi sekali aku cakap, DUIT LOAN DAH MASUK, ahahah....wahai kaki coli joli, kaki shopping, kaki unta, kaki segala kaki, jom kita habiskan duit loan....ahahahah ( gelak jahat )

banyak list aku nie, meh aku senaraikan :

baju
baju
baju
baju
seluar
baju
kasut
beg
kasut
stoking

**********************

hi hi hi tak ada lah, aku gurau jer, since sem ni aku kene berjimat sebab sem akan datang adalah tahun akhir aku, so aku kene saving untuk final year project + annual project ( travel)..yang annual project tue memang wajib kena simpan,dan annual project aku untuk tahun depan adalah sabah, eheheh...jangan jealous.. 

untuk mereka yang suka habiskan duit loan, sudah-sudahlah..baik berpada-pada sikit, atleast simpan lah separuh dari yang korang dapat, tak dapat  separuh pon suku jadi lah, untuk kegunaan akan datang or korang leh bayar balik jer loan pakai duit yang baki tue...

dari bantai bershopping sakan, tapi tak pakai pun apa korang beli tue memang pembaziran kan, so fikir-fikirkan lah, dan cermat bila guna duit,  keputusan di tangan anda.....anda yang tentukan, selamat beramal....

*******************************
FULL STOP

missblurry

hujung tahun sudah !!


sekarang kita tinggalkan issue bola, penat la pula semua nak bercerita hal yang sama kan....eheheh

dalam sedar tak sedar, hari ini dah 30 hari bulan, dan bermakna tinggal sehari lagi nak masuk tahun baru, fuh!! sebenarnya banyak nak kena cover, bukan setakat azam je nak kene ubah tapi segala-segalanya.

untuk yang dah bekerja dan ada harta benda, segala cukai kene langsaikan, untuk yang tengah belajar pula, segala yuran nak kene langsaikan, yang baru nak mencecah ke alam universiti mesti tengah sibuk berkemas.

ah, nikmatnya menikmati hujung cuti

yang pelajar senior mesti tengah rilex lagi, tengah lepak-lepak goyang kaki, mana tengah tunggu loan masuk, mesti setiap saat tengok baki dalam bank..ahahah...

yang untuk bebudak sekolah pula, mesti hegeh-hegeh lagi cari baju sekolah, kasut sekolah baru...kalau tak pon mesti recycle balik pada yang sudah form 5,yeah!! old school forever, lagi selekeh lagi nampak cool kat sekolah kan??ha ha ha...

yang adik adik baru masuk sekolah untuk darjah 1, mesti excited dapat masuk sekolah, you just begin a new life dude!! dan yang nak masuk tadika mesti cuak, siapa lah kawan aku, cikgu mesti garang, kawan-kawan mesti gendut-gendut...ahahahah


konvo time !!!


mana yang baru habis SPM, tahniah korang dah tamatkan 11 tahun alam persekolahan dengan cekal..wahahah....dan untuk yang abis belajar tak kira apa jua sijil korang, tahniah juga...

by the way, tahniah untuk pelajar asper (asasi pertanian) UPM yang mana telah dapat course yang korang minta sendiri, dunia degree bukanlah apa yang korang sangka kan..hurm hurm...kasi cuak sikit, hik hik..aku ada junior baru kah??

dan juga tidak dilupakan untuk warga veteren, selamat meninggalkan alam pekerjaan pada mereka yang sudah pencen tahun ini, jasa anda dikenang dan jangan sambung kontrak lagi ok?? kitorg yang fresh graduate ni pula nak berbakti, bagi lah peluang, tolonglah....
duit..duit...duit

owh sebelum gua terlupa, walaupun esok cuti umum sebab menang bola, so untuk WARGA PEKERJA PTPTN, sila langsai kan kerja anda dulu yer, walau macamana pun harap esok tetap dapat loan, hahahahaha...

gua dah pening tengok wallet uncang wa tinggal seposen...pffttttffftt..

selamat bercuti...!!

************************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, December 29

saket tekak


fuh!!! semua orang di dunia mesti dah tahu yang malaysia baru saja bawa pulang...ops belum lagi bawa balik tapi on the way...hihihi...piala suzuki 2010,selama 14 tahun malaysia berhempas pulas untuk amik balik title juara, dan pasukan malaysia (harimau malaya ) bawah jurulatih rajagopal dah pun rampas balik title itu...

TAHNIAH SKUAD MALAYSIA, ANDA JUARA,

mesti minum milo setiap pagi nie?kan kan kan...hihihi, by the way, game tadi memang buat aku tak senang duduk...siap tahan kencing takut kene maki dengan rakyat malaysia yang tengah ghairah layan bola...hihihi

tapi apa-apa pun terjadi, sure esok...seluruh kedai yang ada kat malaysia ni kehabisan asam jawa.....sebabnya masing-masing hilang suara dah..bantai menjerit tak tentu hala..hihiih

kalau esok tak cuti, gerenti 1 malaysia senyap...wahahhaah...masing-masing menahan tekak....dah lah, aku tolong korang juga mana yang layan bola tadi...nak ambil air asam jawa nie....eheheh


opss....DIMAKLUMKAN JUMAAT CUTI UMUM,SELAMAT BERCUTI

**********************************
FULL STOP

missblurry

aku nak baby, boleh tak??

ah cute nye kau, rasa nak sepak2 je


lately ni, asal on facebook mesti ada baby newborn, si polan nie jadi daddy lah, si akak sorang ni mommy wanna be la, yang ini tengah tunggu masa, yang itu pula baru tahu dapat baby...hurm indahnya dunia....mesti happy kaw-kaw kan bila kita ada orang baru dalam life kita yang tercipta dengan insan tersayang??

kat sini aku nak jujur lagi sekali, seriously aku teringin nak anak sendiri, aku nak merasa dari awal buat anak...hik hik hik...mesti best...hik hik hik..ops nakal, ok-ok..then aku nak rasa setiap saat baby tue proses sampai melahirkan

kalau macam gini, mati lah aku nak angkat..
ops sorry!! saya lupa nak pakai pampers

aku tak tahu kenapa, aku jealous dan excited seorang diri bila tengok pix baby or dapat tahu kawan-kawan aku ada baby new born....mungkin naluri ni, aku wujud terawal sebab dari kecil aku dah biasa dengan baby kot...dulu my mom babysitter so dari merah sampai dah besar mak aku jaga, mostly lah..

jarang mak aku ambil budak yang dah besar sebab susah nak jaga...mak aku lagi suka jaga dari lepas pantang, mungkin senang kita nak ajar cara kita...dont do that dont do this...ahahah...

wah!! sexy mata kau dik oi..rasa nak cungkil jer

by the way, korang tak rasa ke..bila tenung muka diorg, kita rasa tenang jerk..lagi-lagi masa tidur, lepas mandikan letak plak minyak yu yee cap limau...perg, melekat jela hidung aku kat bantal depa....hihihi...tapi sebenarnya aku takut tengok perut perempuan mengandung, aku takut sebab, macam nak pecah, kalau jatuh then tersembam,,pfuuttt, pecah,,,,eeyyuu ngerinya...

dear, come and feel this, ur baby moving on, so cute


korang tak rasa ke apa aku rasa untuk baya2 aku nie?umur aku?owh muda lagi...baru lepas SPM ..hik hik hik...so blurry nak tanye...ada tak sesiapa nak buat baby untuk saya? hik hik hik..ops...terlucah...maap...kang kene lahar pula...hehhe


**LAGI SEKALI SIAPA NAK BUATKAN BABY UNTUK SAYA??? HIK HIK HIK 

************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, December 28

lepak time



tadi masa aku tengah goreng nasi, kawan baik bantai call ajak lepak, aku pun macam biasa lah...on jerp...tengah siap-siap ..ingatkan hujan tak lah selebat mana, skali on the way nak cari kedai, hujan kaw-kaw sat lebat...duh!!

terus decide pergi minum air panas, then destinasi kita orang ialahkayu nasi kandar dekat ss2 petaling jaya, not bad...kawan aku itu memang selalu lepak situ, sampai kan mamak kat situ boleh pulak tanya bapak kawan aku dah pencen ke??sebab jarang nampak..aiyooo....

dalam tengah lepak-lepak and tunggu kawan yang lain, aku perasan yang ada satu makcik ni duduk depan aku layan perasaan sambil hisap rokok..memula macam biasa lah...aku yamcha dengan geng aku...

ntah macamana, aku jadi tak sengaja tertenung makcik ni, rasanya dah 3 batang rokok dia tibai masa aku datang dan makan capati, yang aku buat kesian kat dia, dia boleh gelak, nyanyi dan cakap sorang-sorang...

muka penuh dengan masalah, tapi dia layan perasaan dia, apalah yang difikirkan sampai aku sendiri tertanya-tanya...ahahah bossy pula...tapi yer, aku mudah kesian dengan golongan macam ni, ah biar lah makcik dan masalah makcik tue, yang penting tadi aku enjoy ....

gelak sampai tak ingat dunia...fuh..thanx beb...nanti kita lepak lagi eh...love you all..by the way, aku akan organize lagi bbq khas untuk korang...chill yeah...


esok aku akan pasti kan suara aku jadi ala-ala suara mak limah...huhuhu..go malaysia go!!!


********************
FULL STOP

missblurry

Monday, December 27

darah satria

korang sure tahu kan lagu darah satria ni? for those yang tak tahu meh aku ingatkan balik...lagu ni lagu tema bagi cerita darah satria arah aziz satar, lakonan dari a.r badul....

apa yang aku nak cerita sebenarnya, masa dulu aku dalam training, boring-boring tak buat pape, aku suka duduk kat deck heli, memang best..tengok laut yang luas, dengan angin yang agak kuat...hurm..bagi aku permandangan yang sangat indah...

korang tengok tudung si baju hijau tue, kuat tak kuat angin


so dalam tengah melayan angin kuat tue, aku pun secara tak langsung mesti nyanyi lagu ni. tak tahu kenapa...macam bakar semangat aku masa tengah training jer...

kalau tak pun, masa aku on duty pukul 0000H-0400H atau 0400H-0800H, seriously dua masa ni memang masa yang sangat menguji minda, sebab time mengantuk, lagi-lagi kalau on duty kat bahagian look out port (red) or starboard (green), sebabnya sejuk yang amat sangat, fuh..walaupun jenis kain uniform aku sebenarnya agak tebal dan pakai sweater tapi tetap sojuk woi...

so nak hilangkan sejuk and bosan di kala pagi-pagi hari, aku nyanyi juga lagu ni, tak pun aku main campur-campur ikut sedap mulut aku....hihhiihihi...aku teringatkan lagu ni sebab tadi aku layan mp3 kat lappy then tetiba je keluar lagu ni...

apa kata korang pun layan sekali....

***************************
DARAH SATRIA


*****************************
FULL STOP

missblurry

berjangkit sudah....



tahniah malaysia....issue laser tak payah nak di bangkitkan...saja nak je nak kontroversi sikit...tak best kalau tak buat kontroversi..hik hik hik...baru lah reporter and so on buat kerja nanti...

by the way, aku tak nak ulas benda ni, aku yakin semua bloggers malaysia mahupun indonesia cerita pasal ni, so malas lah nak cakapkan....

tapi aku nak cakap pasal...

aku rasa aku dah berjangkit virus daripada keluarga aku....

siptom-siptom demam + batuk....

tekak mula payau, badan mula sengal dan sejuk....

arg!!..ini mesti punca dari akak aku si tora.....meh aku salasilahkan jangkitan virus ni,,,

si tora - si taro - my dad - my mom - me...

hurm terima kasih semua, love you !!!

************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, December 25

contest aku dan kaca mata

aku telah di tag oleh mr. manchester united  yang apa aku faham lah kan, dia juga telah di tag oleh kawan dia atas satu contest yang di anjur oleh mr.mohd syafiq..



contest dia ialah bergaya sakan dengan kata mata hitam, seriously lah, aku kurang gemar tonjol kan diri aku yang sebenar, aku lagi suka orang baca and follow blog aku sebabkan entri aku atau sebagainya...

tapi tak bermakna sebab itu aku tak boleh join any contest yang bloggers buat, walau macamana pun kan....aku tetap upload picture aku dengan kaca mata,sebab nak menunjukkan aku support contest yang korang buat,

fuh...sure korang excited kan..sebab ini first time aku tunjuk real pix aku...selalu nya kembar aku jer yang aku bagi korang tengok...isk siapa lagi kalau bukan mr tom cruise or mr brad pitt...

owh lupa, aku ade split personality bayangan sikit, bayangan ok...means berangan not the real one...wooo minta menyimpang kalau ada penyakit macam gini, fuh,,,nauzubillah...so tanpa buang masa aku tunjukkan siapa diri aku....tadaaaa

********************************

biodata misSbLurRY

name: misSbLurRy

race: malay

sex : confuse 

explanation : aku hanya edit letak janggut+cermin mata saja, selebihnya adalah original, pix ni aku jadi tikus untuk teater kolej aku, dan aku tak pakai lipstik, damn!! 


mangsa tag : cik nur husna dan si layang-layang terbang jauh


************************
FULL STOP

missblurry

mari mengemas


semua pelajar IPTA akan mula semester pada 3.1.2011 except UKM sebab bebudak UKM dah masuk minggu lepas kot, bapak awal...

so makna nya aku ada masa seminggu untuk mencari balik barang-barang pusaka aku kat dalam rumah ini,

damn, memang aku benci bab hide and seek ni, ahahah, hebat tak hebat lah barang-barang aku, boleh main hide and seek tu, fuh...

rumah aku bukan besar istana pun, tapi rumah aku penuh dengan kotak-kotak sebab nya aku hidup sebagai orang nomad, so kotak-kotak tu sangat berguna untuk family aku....

meh aku list up barang-barang yang aku kena bawak balik kolej minggu depan..before that, ada sesiapa nak tolong aku tak main hide and seek ni???hi hi hi

*****************************************

harta pusaka blurry yang kurang busuk

1. bag laptop

2. bateri laptop

3. baju,seluar dan juga anak-anak nya

4. beg dan barang camping

5. kasut getah, croc shrek kesayangan

6. pinggan, mangkuk dan kole

7. note-note modul

8. alat tulis

9. kad matrik and pendrive

10. pusat kesihatan blurry

***********************
* wow, banyak juga nie, kene cari awal..kang kelam kabut then diri sendiri pissed off pulak...adeyh adeyh

FULL STOP

missblurry

Friday, December 24

time aku bosan....

lagi seminggu nak buka semester baru....tapi aku rasa masa tu, fuh...slow sesungguh nya bila kita tak buat pape kan....

jujur aku cakap, aku 24 hours mengadap laptop...kalau tak blogging aku berfacebook, senang-senang aku berforum....

lagi senang dan masa terlampau-lampau lebih, aku layan pulak game...game terbaru pool, syok juga melayan...

nak-nak bila ada point, kene kutip point, sesaja la sebenarnya..pool kat facebook, selalunya aku layan kat yahoo messenger, tapi minggu lepas adik sepupu aku invite main kat facebook...memang melayan

game 5 kali sehari untuk point, bila menang dapat 10 point bila kalah tolak 5 point...sebabkan aku gila point so aku cari orang yang point kurang dari aku..tak pun yang negative,,,wahahhaha,,,

padahal aku bukan reti main pun, main hentam jerk..yelar saikologi kene ada beb, bila orang tengok mata kita tinggi, mindset mesti kata...

" wow, budak ni hebat, point dia tinggi..."

padahal kayu...ahahah....selain pool, aku layan uno game, best juga layan game ni...game online kan..sambil main sambil tue chat....bila main sambil baring...terasa sengal-sengal tulang belakang ni...kalau dapat urut kan best 

***************************
menang lagi !!

uno !!

waduh, penat...relax japs...

ah..lega !!

****************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, December 23

aku, dia dan " scandal "



hari ini aku dapat result PMR, dengan semangat nya aku keluar pagi-pagi pergi tunggu bus, dengan hati berdebar aku steady tunggu bus, aish..lambat pula bus nie....nak tenangkan hati...ohss, damn!! baru teringat, tue kisah zaman lampau aku...ahaha ngoi, buat apa aku pula nak kisah hal PMR nie...ish...

nak cover malu terus aku menuju ke mid valley, tunggu si scandal pujaan hati, lambat pula si scandal, boleh pula dia sesat aish...aku maaf kan kau wahai scandal, sebab kau bukan orang malaysia, tak apa aku paham....

sambil aku tunggu, melayan diri kat center hall, baru teringat yang lagi 2 hari nak Christmast, tengok deco yang mid valley buat, fuh terasa macam zaman kanak-kanak, alangkah seronok nya, ...lagi-lagi banyak gila teddy bear, kalau aku ada kuasa ajaib, mau jerk aku jampi kasi kecik kan then rembat bawak balik..hihihiih

tak lama lepas itu, datang pula santa claus, huh tak payah pergi united kingdom nak jumpa encik santa, datang je kat mid valley...memang dia lalu sebelah aku la kan,,seriously aku nampak mata dia jerk...lain nya dah tenggelam dengan janggut and snow cap dia...hihihi gila chomel..


tengah dok sedap melayan santa claus, tetiba aku rasa macam nak terberak..ikut sign board suruh terus..terus punya terus last2 lost..seriously, aku mengaku aku tak reti nak baca sign board, anak panah dia tunjuk ke atas, aku confuse antara kene terus atau kene naik level atas...adoi..failed dowh..


naseb jumpa, kalau tak naya jerk...aku nak layan perasaan kat tandas dalam jusco so aku ikut sign board ke aras ktm...tapi tulah,,buang masa aku betul..abis hilang lemak aku...aduh sayang nye lemak aku nie....

tunggu punya tunggu datang lah si scandal, ada ke patut sampai2 mid valley terus masuk guardian, adohai pakcik nie, macam lah tak ada tempat lain, then tak ada apa yang menarik pun, biasa jerk....yang penting aku dah capaikan hajat aku untuk makan prosperity burger, aku ada update status kat facebook, nie semua kerja si taro lah, dok hasut aku makan benda alah itu,sudah aku mengidam...nasib dapat makan...hihihi
prosperity burger

facebook status

sebenarnya aku dengan si scandal nie bukan lah scandal pun..cuma kami kawan rapat...di sebabkan aku keluar berdua dengan dia maka aku panggil dia scandal..hik hik hik...korang percaya tak, lelaki dan perempuan boleh jer nak jadi bestfriend without any hard feeling...sila comment about this...eheheh

*****************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, December 22

owh sedey nya ....


lately ni aku asik lapar je...bukan lah lapar 24 hours, tapi bila pukul 10 malam jer, for sure perut nie menggedik-gedik dengan aku....hantu betul....

nak kata aku makan tak betul ...memang yer lah..pagi dah aku skip, so nak tunggu makan malam memang aku makan pukol 6 petang, ops..bukan malam tapi makan tengah hari....makan nasi ok!!!

sampai masa dalam pukol 10 malam, nak lagi makan...pergg...gatal sungguh kau nie bunchit...kerja kau asik nak makan je kan ??? 

so nak tak nak aku terpaksa juga layan, macam biasa gelodak dapur secara berhemah, dalam rumah aku, since mama aku sakit, makanan entah hapa-hapa memang dah tak ada...megi pun tak ada dah sebab mama seorang je duduk rumah...so tak ada siapa yang nak makan....

tapi yang peliknya, barang-barang expired banyak pula, semua nya benda yang boleh di makan dengan senag hati nya pula tu, angin pula aku...

godek punya godek..aku ternampak la kauh spaghetti, takkan lah aku nak kerjakan spaghetti time-time gini kan,,, so aku selongkar lagi..nampak pula sweet corn...tengok tarikh--pass..

then buat air..nampak pula quaker perisa choc, so ambil heater masak air...opss aku lupa pula nak tengok expired date...tapi aku dah minum...erm..halalkan saja lah..hihihihi

sedih kan kisah hidup aku....dah gaya macam tikus mondok dah...dok selongkar dapur "tengah" malam macam gini...tapi apa boleh buat....night life aku lama lagi..pukol 5 baru nak tidur..so terpaksa juga melayan si gendut nie...waduh...!!! habis diet aku....

****************************
sweet corn

quaker oat

************************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, December 21

kicap pun nak tiru ker??



sedihnya aku baca paper minggu lepas...eheheh sorry lah yer, saya ketinggalan seminggu dek keranan masuk hutan..

by the way, berbalik pada topic aku kali ini hal mengenai kicap tiruan....arggg tension gila aku baca hal ni...

beb,kicap makanan ruji aku...makanan harian seyh, dulu kalau tak ada kicap aku kurang selera nak makan, tapi since duduk kolej ni aku terpaksa belajr hidup tanpa kicap, jalan alternatif lain, aku ceduk kuah lain...ahaha asalkan nasi aku berkuah...

tapi bila dah keluar hal kicap tiruan nie?? payah lah hidup aku...kicap pun nak tiru ker?kipas udang pula tu, oi peniru,,,,apsal kau tak tiru kicap cap lain??banyak lagi kan jenama...semak la korang ni, dah tak ada pekerjaan betul...

apa yang aku baca, dia kata cara nak cam kicap nie tiruan or not dengan penutup botol nya...itu yg zahir..yang dalaman if akan datang pencopek nie lagi maju otaknya, macamana nak detect ??

dodol betul lah...ish...geram pula aku...lepas ni nak tiru apa pula???hah ?? hah??

****************


***********************

FULL STOP

missblurry