Saturday, January 8

mangsa sula perlukan bantuan kewangan

korang ingat lagi tak kes tahun 2000 yang budak sekolah kene sula dari dubur tembus ke leher?ala yang sula tue psychopath berumur 30 an kalau tak silap, dan dijatuh hukuman 20 tahun dan 20 sebatan jerk??

tapi si mangsa atau nama, ahmad shah menderita sampai sekarang, hurm..aku ingat lagi kes ni, sebabnya sebelum atau selepas kes ni, ada lagi kes budak berumur 3 tahun yang kene rogol dan dibunuh oleh kawan bapak dia sendiri...kene buang di sungai kat kawasan rumah dia...ingat tak??

tapi aku nak tekankan kes budak kena sula nie, kalau korang tak ingat, meh aku tepek article dari paper...


mari sama-sama kita ringankan beban pada mereka yang betul-betul memerlukan nya, dengan nilai nuffnang yang korang dapat tue, hulur kan lah sikit kan...


KULAIJAYA 6 Jan. - Peristiwa malang disula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu, masih menjadi igauan buruk kepada Mohd. Shah Abdul Razak.


Akibat kejadian itu, Mohd. Shah, 23, mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya yang menyebabkan keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli ubat dan peralatan berkaitan.

Bagaimanapun, ibu Mohd. Shah, Jamilah Daud, 49, semakin terhimpit dengan masalah kewangan menampung perbelanjaan sekeluarga termasuk lima anaknya yang masih belajar.

Ini kerana suaminya, Abdul Razak Ahmad, yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia tiga tahun lalu.

Jamilah memberitahu, sebelum ini dia terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membiayai rawatan selain pelbagai jenis ubat yang diperlukan bagi memulihkan kecederaan Mohd. Shah.

Bagaimanapun, gaji RM550 sebulan sebagai pembantu di sebuah stesen minyak berdekatan masih tidak cukup memandangkan Mohd. Shah memerlukan makanan khas dan penjagaan rapi.

“Perbelanjaan yang agak mahal ialah bagi membeli ‘tapak’ untuk menyambung saluran usus ke beg takungan najis bernilai RM62.60 yang perlu digantikan setiap hari bagi memastikan tiada jangkitan kuman. Beg najis berharga RM60 bagi setiap 10 unit juga perlu ditukar apabila penuh.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana segala kos bagi peralatan tersebut ditanggung pihak hospital. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya semasa ditemui di sini.

Kejadian yang menimpa Mohd. Shah pada 1 Jun 1999 semasa dia berada dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara ll itu menyebabkan duburnya cedera dan pundi kencing pecah.

Ia akibat nafsu songsang Roslan Imun yang menyula Mohd. Shah dengan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum.

Walaupun Mahkamah Tinggi Johor Bahru menambah hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan, namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal kepada Mohd. Shah.

Sementara itu, Jamilah berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempertimbangkan menyambung kembali bantuan yang dihentikan pada 2002 bagi meringankan bebannya sekeluarga.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat berikut:



Nama: MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAZAK
Nombor Akaun Maybank: 151164240443
Nombor Tel: 07-8966970 dan 017-7893200
Alamat:Mohd. Shah Abdul Razak atau Jamilah Daud,
           No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, 
           Kulaijaya, Johor.



missblurry

11 ,000 yang sedang blur:

Unknown said...

ngeri ouh.ampa2 suma..tlg derma..derma kat aku skali..
haa

zacky786 said...

mmg teruk laa kn .~ cian die..

Amiey White said...

cian kat dia...
kejam gak undang2 patut org tu hukum mati je

misSbLurRy said...

nub,

ko kaya...loan banyak...

misSbLurRy said...

zacky 786,

seriously sangat kesian, 11 tahun merana beb, gua tak boleh bayangkan

misSbLurRy said...

amiey white,

itu lah..yg tukang sula sengsara 2o thn je....

bdk nie sengsara seumur hidup...hurm

iwan_dextrous said...

kulai ea..satu tmpt nie...owh..ak knal keluarga nie...

Dextrous cyber life

misSbLurRy said...

iwan_dextrous,

elok lah..ko bagi lah pape pertolongan kat dia

NuSaNa NoSa 91 said...

aishhh~ sakit ati keen time bc kesah dia nih.. patotnya org yg sula tu kena hukuman sula.. baru best.. kui3~ ^_^

misSbLurRy said...

NuSaNa NoSa 91 ,

agak lah...masa dulu dgar kes dia, mmg terkejut lah kan...dgn keen operate byk kali...sian sgt

misSbLurRy said...

mizi,

eheheh baik2