Sunday, February 27

milo iron


gerenti, siapa yang duduk hostel masa zaman sekolah confirm tahu benda nie right? kalau siapa yang tak tahu, nampak sangat korang tak menikmati zaman sekolah korang, life as student and as resident....

setahu aku...student paling skema macamana pun kat hostel, confirm buat kerja and perangai unta, betul tak?setuju? kalau tak, sah korang bukan species  planet bumi sebabnya aku bukan budak hostel pun aku tahu menda alah nie...

by the way, aku cerita balik for those yang memang betul-betul tak tahu, budak-budak yang duduk hostel sure bosan tak tahu buat apa bila malam menjelma, sudah lah dengan lapar then kena paksa pergi prep lagi....

confirm tension and rasa tensi gila kan...aku sendiri tak tahu macam boleh boleh wujud benda alah nie, yang aku tahu, kawan aku masa aku sekolah raja chulan kat ipoh dulu yang ajar, dia kata..diorang suka makan benda nie sebab tak payah beli coklat yang mahal harganya kat kiosk...ok masuk akal...

kalau nak lagi sedap, biarkan dulu sampai dia macam masuk angin, then baru ion sampai keras..ada yang letak air sikit bagi dia mcm rasa milo lagi umph...then iron ikut suka hati korang..balut pakai kain lah kang melecur pulak plastik milo tue....

sebenarnya, banyak lagi keje gila masa duduk hostel,time darurat..siap kawan aku cerita diorang masak telur guna ion...masak megi dalam heater, siap layan tomyam dalam heater, banyak lagi lah kalau cerita bab-baba kreatif bila nak masak...kalah chef wan, chef wan pun tak terbuat apa yang budak hostel buat..

seriously, aku memang tak merasa duduk hostel masa zaman sekolah, tapi sekolah aku dulu ada hostel so memang apa-apa keja gila diorang buat, aku tahu lah jugak....

so, sesiapa yang still sekolah dan duduk hostel, menggilakanlah diri anda...benda begini boleh buat kenangan...buat hidup korang lagi ceria...

jom layan milo iron...nyum nyum !!


*rasa dia biasa aja, macam korang ratah milo tapi nie macam cekelat bar yang dibeli dari londong, ahahah..nikmat seyh

**************************

FULL STOP

missblurry

Saturday, February 26

contest jikalau aku doremon...

mula-mula baca tajuk contest nie, nak tergelak pun ada...chomel jerk tajuk nya...contest nie aku kene tag dari cik luvelia...yang dianjurkan oleh cik ika...

disebabkan aku memang layan doreamon since aku lahir lagi, so aku join contest nie....kikiki terbaik lah contest paling chomel yang aku pernah join...

**************************************


so, jikalau aku doreamon....

" aku nak ciptakan kereta atau motor yang boleh jadi kecik bila kita tekan suiz..errr macamana nak eja suiz nie? btol lah tue kot...boleh simpan dalam kochek..then bila nak guna balik, tekan balik suiz tue, wow!! syok nya !!! "


**********************

nota contest jikalau aku doreamon

1. aku terfikir sebabnya, susah betul nak cari parking kalau pergi shopping complex...lagi-lagi one utama, damansara..shittosh betul lah, pakai lah system yang ada lampu kat atas tue...kan bagus..adoi!!!

2. then parking dekat kawasan perumahan..lagi-lagi flat...tensi kekadang walaupun bukan aku yang drive....arggg!!

3. kalau motor pulak, suka benor hilang barang, entah hapa punya pe'el suka rembat helmet orang, sengal!!!

4. kalaulah aku dalam dunia fantasy, perggg..tak terkata aku wookkk !!!

************************************

FULL STOP

missblurry

Wednesday, February 23

dapatkan segera dari kami bread corner


macam aku cakapkan kat korang, yang aku dah mula meniaga, agak pening lah jugak macamana nak buat, nak decide harga, beli barang and so on....

yup, betul kata orang, meniaga bukan mudah,,bukan sekelip mata boleh buat dalam masa yang sama....perlukan pengorbanan dan juga kerah tenaga..seriously, sangat penat...

tapi bila dapat hasil nampak respond dari orang beli..perg excited dia macam dapat baby chomel muka ala-ala brad pitt siot...macam orang gila, setiap saat nak tengok produk kita laku atau tak....

malas cerita panjang, macam korang tengok flyers kat atas, aku jual sosej roll, gerenti sedap..ahahha for those yang belajar kat UPM...sila lah beli yer...murah je..rm 1.30 untuk 2 pieces......

dapatkan segera..!!!

*********************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, February 22

self fish atau kurang pandai ?



sekarang aku nak serious sikit, ahahah sikit lah kan....bukan apa sangat pun, cuma aku nak cerita apa yang aku nampak dan apa pandangan korang pasal mereka yang aku akan cerita nie....

urm aku dah mula putar belitkan ayat, maklum lah, tatabahasa tungang langang gini lah jadi nyer, alrite...tak nak buang masa, aku cerita apa yang terbuku dalam hati aku...

*********************************

situasi 1

sebelum nie dia rakyat biasa ajer, biasa lah kan bila permintaan dan kemudahan yang disediakan tak penuhi citarasa dia, komplen sana sini...bising tak tentu pasal...cakap pun dah hilang budi bahasa yang konon nya sebelum nie bukan main elok lagi cakap....then entah macam mana, dia bantai join organisasi kat tempat dia duduk, dan jawatan tak la tinggi mana...

yang jadi hairan dan sengal tambah kebatakan nya pulak...bila sudah ada jawatan, kepoyoan lebih dari yang jawatan lagi tinggi....sebelum nie cakap pumpang pumpang, maki sana maki sini bila apa yang dia nak tak dapat....dan sekarang bila orang lain pulak yang jadi macam dia....komplen sana sini...secara bangang nya, dia berubah...manis mulut....kononya boleh settlekan masalah..

tapi apa yang didengari dan aku nampak depan mata....dia hanya bermanis mulut....tapi langsung tak begerak...kononnya boleh tolong selesaikan masalah...tapi apa pun tak nampak....adakah dia nie golongan self fish atau lupa diri atau jenis manusia golongan lalang??

situasi 2

dia nie jenis cakap tak reti nak fikir dulu, means cakap main lepas je sedangkan dia tak tahu apa pun situasi tersebut....errr aku terasa aku cakap skema lar...ahahah...rasa kekok plak....

alrite, back to topic, kekadang bila something happen terus je maki-maki..walhal benda tu boleh aje settlekan, masalah pun sikit je...bila ditegur pandai pulak nak maki orang tue, sedangkan orang tue niat punya lah baik, nak settlekan masalah dia...

senang cerita bad temper tak kenal tempat...itu bila kena kat dia, tapi bila kena kat orang yang berlaku depan mata dia, boleh pula pergi gelakkan," padan muka!! siapa suruh bla bla bla.." ...maksud kat sini, bila kene kat dia..dia marah..tapi dalam masa yang sama dia buat benda yang sama tapi dia tak sedar pun pasal itu..tang dia kene dia angin..tapi dia langsung tak fikir perasaan orang yang dia buat tue...paham kan??

so manusia nie golongan mana??ego?tak boleh ditegur? bodoh sombong?self fish??

***********************************


nota self fish atau kurang pandai 

1. aku tak tuju pada sesiapa, cuma aku nampak benda nie depan mata dan aku asyik tertanya-tanya....

2.aku mungkin pernah buat juga yang situation 2, tapi sebolehnya aku sabar...erm nama pun manusia, mana ada perfect...

3. macamana pun, sebelum kita buat something, cuba kita fikir diri kita, if kita buat gini, apa jadi kalau kena kat kita balik...kan??

4. karma ada kat mana-mana saja,sebelum terkena kat diri sendiri, fikir-fikirkanlah....anda yang menentukannya

**********************************
FULL STOP

missblurry

Monday, February 21

selamat mengundi bagi seluruh warga ipta malaysia


hari ini hari mengundi semalaysia bagi student IPTA kat malaysia, dan aku dah pun mengundi,entah lah, bagi aku, kalaulah dia wat system kertas macam politik biasa kita tengok...mau aja aku wat undi rosak...sebab aku tak tahu apa manifesto diorang walaupun benda macam gini sekadar cukup syarat....

aku bukan nak bangkang or what so ever, cuma aku kurang berkenan benda-benda macam gini, banyak dah diorang tampal bagi peringatan supaya jangan masuk atau terlibat dengan sebarang politik kat luar....tapi dalam masa yang sama, bena yang diorang wat untuk MPP nie pun dah lebih kurang menggalakkan pelajar join politik, so apa guna reminder tue???

lupakan lah kisah politik nie, petang nie aku nak start main masak-masak, untuk subject asas keusahawanan (mgm) before that aku nak pergi lepaking kat pokok magika...ahahah pokok dalam cerita magika...amik angin petang sebelum dapat tekanan baca note yang sampai sekarang aku tak paham apa yang nak di sampaikan...

* undilah dengan cermat...choiiii

*************************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, February 20

benda pelik yang diharamkan zaman sekolah rendah



korang still ingat lagi tak pensil pilot shaker warna apa yang korang beli masa zaman pensil nie dikeluarkan? tak silap aku masa tahun 1998. time tu siapa pakai shaker nie dah kira loaded sesangat dah, sebab mampu beli...

aku rasa dah cukup mahal dah zaman itu walaupun hanya rm 6 saja, kalau banding sekarang rm 6 tue apa lah sangat kan??aku ingat lagi, masa beli aku pakai colour biru, gah je bawak pergi sekolah...

then bila hilang menangis, takut kene marah dengan parents 1 hal, sakit hati pun 1 hal, solution terbaik 2 3 hari aku intip siapa yang leka dgn shaker...ahahah apa lagi, dok merembat balik lah harta orang lain pulak..nak puaskan hati punya pasal orang lain jadi mangsa...tersenyum aku bila ingat balik....bunyi macam bodoh tapi itulah realitinya...

lepas shaker, liquid paper pula, tapi liquid nie wujud before shaker lagi kot, cuma zaman aku time tue baru nak up liquid paper nie, sampai diharam kan kat sekolah sebab bebudak bantai conteng meja, errr aku tak pernah buat kot..ahahah

and then zaman digimon pula, perg..masa nie aku darjah 5 kot...game nie memang jadi idola setiap orang, kalau tak dapat mesti rasa ketinggalan, harga not bad, ada mahal and ada murah...mesti bawak sekolah then battle dengan member. benda ni pun diharamkan kat sekolah sebab main time kelas...ngeh!!

sama dengan game bela-bela binatang tue,cyberpet kot nama dia, cyberpet nie wujud before digimon, ahahah kalau dapat telur yang binatang gempak-gempak, kira dah hebat sangat lah tue...dan nasib yang sama juga diharamkan bawak ke sekolah....

paling kerja gila bagi aku, bebudak main ais kering, gila babeng arr, gila tahap memang gila lah, layan ais kering letak dalam mulut. perg!! tunjuk hebat lah keluar asap-asap tebal, sanggup beli ais kering kat pakcik jual aiskrim yang bawa motor tue, 50 sen seketul, ingat lagi aku...dan yang ini memang patut diharamkan...langsung tak fikir benda lain, fikir nak main je kan...


paling sakai sekali, tuala kecik pun diharamkan, yang jenis ala-ala good morning tue, tapi yang tebal..sebab apa diharamkan? sebab diorang wat fesyen, cam ampeh...letak kat poket then kali keluar terjulur panjang2...yang lelaki letak kat poket belakang, yang perempuan pula poket tepi baju kurung tak pun sangkut kat leher mana yang tak pakai tudung....dang, sakai habis !!

kalau nak tahu lagi, ceper, batu semban dan juga getah panjang yang budak perempuan selalu main tue pun kena haramkan juga, sampai sekarang aku tak paham kenapa nak kene haram?bukan apa pun sangat kan benda macam gini...


hurm aku rasa banyak lagi tapi aku tak dapat nak fikirkan, kat sekolah korang and zaman sekolah rendah korang, koranga da tak alami menda yang sama macam aku alami...

benda-benda nonsense diharamkan kat sekolah walhal dalam peraturan tak ada pun benda macam gini, diharamkan lepas guru besar announce, aish...lawak gila bila difikirkan balik...aku percaya korang alami juga pada mereka yang lahir tahun 1986-190, tapi yang betul-betul merasa, mereka yang lahir pada tahun 1987-1989....hurm, sweet memories !!

******************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, February 19

contest kami pose cumey





aku join contest nie sebab junior si mizah aku suruh layan...
bila aku preview blog cik amni memula macam tak ada perasaan walaupun hadiahnya lumayan, iphone beb...


entah macamana, aku on wifi balik dan aku baca rules dia, senang je..., so aku cari gambar yang pose "chomel", seriously memang tak ada, tapi aku terjumpa 1 pix yang pose nya ermm....ahahah


so malas bicara banyak benda, aku tepek pix aku tue kejap lagi....


*************************************


reason kenapa aku join contest ni :

sebab kami lah kumpulan abcd eeeeeeeeee ( gaya arwah loloq dalam cerita zombi kampung pisang)

dan saya tag





*************************************
FULL STOP

missblurry

happy belated birthday KRU ke 19

mesti korang bosan, lately aku asyik bercerita pasal kru...kru ini kru itu....aku sendiri tak tahu kenapa, lately aura kru kembali lagi setelah sekian lama diorang menyepi...

menyepi dalam industri tapi sekali muncul dengan benda yang gempak..gud job bro!! korang semua bukan jenis cakap kosong, kalau korang kata nak buat, memang korang akan buat....



sebenarnya semalam adalah birthday mereka yang ke 19 dalam industri nie...kalau tolak campur darab bahagi...beza umur aku dengan kru tak jauh beza...so aku start follow kru masa aku darjah 6...

masa tue zaman budak lagi, aku layan sebab akak aku suka kru but tak sefanatik macam aku...bila dah besar sikit, aku kejar kru as a lone ranger..dan secara tak sengaja aku kenal otai-otai kru...

diorang nie memang best, pengalaman diorang lagi dasyat dari aku, maklum lah, aku dapat follow kru bila time cuti..budak sekolah katakan..tapi itu bukan segalanya..aku tetap kejar kalau ada masa terluang....


dengan jumpanya kru pagi tadi...terubat rindu aku selama 2 tahun tak jumpa diorang..damn ensem gila mereka...ahahaha...tak berubah, still macam dulu, buat aku lagi suka diorang...diorang tak pernah hampakan perasaan peminat...norman pernah cakap dulu..tak ada peminat fanatik, diorang tak akan sampai ke tahap ni....

so kenapa nak mudah lupa diri?? betul juga kata dia...artis-artis baru please take note, contohilah mereka...mereka dikeji dan dipuji tak kira masa, tapi apa yang dapat sekarang?? nah studio gah kat cyberjaya..orang lain ada???

mesti korang terfikir..apa dapat meroyan dengan artis..buang masa...sebenarnye tak...aku tak tahu kalau artis lain macamana, tapi kalau kru..yang betul-betul peminat fanatik kru, yang aku kenal dan nampak depan mata, kru selalu appreciate diorang nie, kemana saja, diorang akan dilayan istimewa, seriously...


kahwin yusry yang gah dulu, diorang dapat jemputan khas, every year open house, dapat jempuatan juga, pra dengar album baru, diorang di panggil, celebrate private birthday party, apa saja berkaitan mesti dipanggil..see, bertapa diorang hargai peminat...

ahahah ok, korang dah start meluat, tak kisah itu semua...aku cuma luahkan apa yang aku rasa dan apa aku dapat..macamana pun..dulu, kini dan selamanya adalah KRU...

ni video dari hotfm pagi tadi yang aku tak sempat dengar sebab aku pergi klcc pasal documentary HMM, so layan...


********************************
FULL STOP


missblurry

Friday, February 18

hikayat merong mahawangsa


pagi tadi aku ke TGV KLCC atas jemputan kawan aku azreen fenner untuk tengok documentary hikayat merong mahawangsa..sebelum terlupa, nak cakap terima kasih kat aunty zahrah fenner, aunty zarina fenner and also KRU atas tiket tersebut....:)

alrite, aku jujur yang sejarah aku memang failed, dan aku jujur yang aku pernah dengar nama merong mahawangsa masa sekolah lagi, yang aku tahu dia lah punca kedatangan islam masuk ke malaya dan juga pedagang-pedagang dari india dan juga china. ini yang aku tahu....tapi rupa-rupanya ada lagi cerita sebalik tue....

sebelum aku cerita serba sedikit pasal merong mahawangsa ni, aku nak tanya kat korang, korang tahu atau tak pasal merong mahawangsa ni?? sila jujur....eheheheh, alrite aku akan kongsi sikit apa yang aku dapat info siang tadi...


******************************

sebenarnya ahli-ahli sejarah negara dah kaji yang merong nie datang dari goa india yang di ambil oleh warrior dari rome yang nak hantar rombongan kahwinkan putera rome dengan puteri china yang terkandas di goa dan merong ditawarkan kapal dan battalion jika dia setuju nak join rombongan itu .  

so secara ringkasnya, merong setuju kemudian patah balik ke tanah air dia tetapi terjumpa pulau yang bernama langkasuka. langkasuka atau nama betulnya kedah. kejadian nie berlaku sebelum masihi, dan segala zaman atau senang cerita pada kurun ke 2...gila lama kan??

ahli sejarah juga mengatakan merong nie adalah keturunan Alexander the great atau nama lain iskandar zulkanain, ada juga mengatakan yang merong nie adalah Alexander tersebut.....so tak tahu mana satu yang betul....bak kata yusry,mitos is mitos..history is history..no ones can claim its true or not..

korang tahu tak yang sultan muzzafar adalah keturunan merong? yes!! merong telah berkahwin dengan anak jati tanah langkasuka...hah? apsal pulak? ok bab nie aku dah mula pening, sebab nya ade unsur-unsur kedaulatan yang menyebabkan dia menjadi keturunan yunani dan menjadi raja di langkasuka...

hah mesti korang pening dan pelik dan bla bla bla.....kenapa macam gini dan kenapa macam gitu.....aku sendiri terkeliru tetapi dalam masa aku paham jalan cerita nya,,,,if korang nak tahu macamana boleh jadi macam gitu, mana asalnya kedah, apa kena mengena nya dengan merong dan siapa pula anak jati langkasuka....


korang kene tengok sendiri cerita merong mahawangsa, aku percaya korang tak akan menyesal tengok, bukan sebab aku dapat tix free pagi tadi or aku kipas susah mati KRU so aku kene puji kaw2....

tak sama sekali....tapi memang cerita nie sangat hebat dari grafik, set, costume, jalan cerita, audio and everything about merong memang superb...sekurang-kurangnya korang tahu asal usul kedah, asal usul keturunan korang yang for those datang dari kedah.

ah aku cerita banyak pun tak guna, jom ramai-ramai serbu hikayat merong mahawangsa 10 mac ini....



* mesti korang tak paham aku cerita sebab aku cerita tak habis, mana boleh..papehal kene tengok..ni introduce je...

* for those yang langsung tak minat cerita sejarah + aksi, jangan nak expect cerita nie kena dengan jiwa korang...

* tapi why not kita tengok sejarah kita sendiri yang lain daripada filem sejarah sebelum ini. 

* 100 thumb ups kat yusry sebab dia betul-betul study pasal merong mahawangsa and for his film..bro, i tabik u la...



******************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, February 17

nak bingai biar bertempat


minggu nie banyak benda yang tak jangka berlaku kat diri aku....dalam masa yang sama boleh buat aku berhati-hati dalam buat keputusan dan juga bagi pengajaran....

benda yang berlaku pun benda yang sama, kes kantoi tiru dalam exam...rasa macam bengong kan kaloi kantoi bongok-bongok macam gitu, benda nie tak payah nak di ajar, senang cerita pandai-pandai nak hidup....

kalaunak jujur pada ilmu, ok fine...memang di galakkan, tapi ye lar, dalam 10 orang cuma 1.5 orang je yang jujur, betul kan? jangan nak nafikan...apa?macamana leh jadi 1.5?? makne nye lagi sorang tue separuh jujur separuh tak..dia dalam dilema nak tiru or not..mueheheh

ok back to topic, yang kes pertama, mamat sorang nie dah ditolong bagi skema jawapan, tapi tak perlu nak copy bulat-bulat, budget lecturer tue tak akan perasan??? yang nie kes paling bingai tahap atuk lembu....sumpah, kau memang bingai....


second situation pulak, minah ni bawak toyol tapi tak reti-reti nak toleh kiri kanan, beb macamana kau nak melintas jalan macam gitu lah kau nak menoyolkan diri...tengah-tengah dia sorok toyol yang kecik tue bawah kertas soalan..then pap!! akak lab tue rampas dari belakang, tak pasal-pasal nama kene highlite..aku yang nampak depan mata nie jadi seriau menengok nya...

so pengajaran yang aku dapat...


1. jangan pentingkan diri sendiri, andai korang dapat skema jawapan, tolong lah jangan bingai tahap atuk lembu pergi copy then paste je dalam kertas jawapan....tolong lah study juga,,,tak guna masuk ipta tapi ko buat macam gini kan???

2. nak bawak toyol masuk dalam, sila berguru dulu, jangan main hentam je ok...nie melibatkan imej korang juga...kan malu kalau kantoi buta-buta macam gitu...

3. macamana pun, study kene tetap study,,,nak tiru or not tue terpulang pada korang..itu jalan korang pilih...

4. memang meniru dalam exam macam batak je bunyinya..tapi bagi aku..." kalau tak meniru budus, kalau kantoi lagi budus"..dan qoute nie dari lecturer aku juga..so fikir2kan lah....

5. walau macamana pun, sebenarnya skill kau nak meniru nie boleh melambangkan life korang akan datang macamana....korang nye life lurus atau bengkak bengkok..means, dari benda nie, boleh nilai yang korang boleh ke tak survive bila kene campak kat mana-mana....this is my opinion...

* apa pun terjadi, korang saja yang boleh tentukan nilai dan juga cara hidup korang, jangan terlalu lurus dan jangan terlalu bingai, dunia penuh kekejaman dan anda perlu untuk berlaku kejam pada tempat dan keadaan yang tertentu....
*******************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, February 16

jom study

ringkas je kali nie, 
sebab aku memerlukan focus yang lebih untuk note yang agak bingai lah juga tebal nya,

so, tanpa buang masa,
aku kena study...ahahahha....
macam pelik pulaK,
manusia bernama blurry nak study...
aiyo.....


oh terlupa pulak, 
aku study sebab esok exam...
subject FHH 3509 hasil bukan kayu hutan..

* bertemankan air kurang panas dan juga nota tebal yang bingai serta beberapa titisan peluh dek panas menjelma, aku ingin mengucapkan selamat beristirehat wahai warga blogger...sob sob

*************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, February 15

musim panas kembali lagi


ahahahha tajuk entri bunyi macam lah malaysia ni ada 4 musim, wallahwei blurry oi, tak agak-agak betul...

what eva la kan, memang bulan 2 hingga penghujung bulan 3 musim panas yang melampau-lampau pun, aku tak tahu lah korang perasan ke tidak, tapi kat bumi serdang ni dah mula terasa kehangatan tue.

so nak lagi terasa kemeriahan musim panas ni, boleh layan sekali hot fm, gerenti korang hot,lagi-lagi bila dengar lagu request dari orang yang lagu entah pape, tolong lah!!

ok nie aku nak bagi sikit tips masa musim panas

1. korang ringan-ringankah lah diri tue bawak air masak, lagi besar bekas lagi bagus,kot nak jinjing cerek pun boleh, tak de hal lah

2. untuk wanita-wanita bugdet hot, bawak payung untuk mengelak dapat cahaya matahari terus ke kulit, cahaya UV boleh menyebabkan dapat cancer, sudah lah korang pakai mekap tebal seinci, lagi membantu, ok..take note

3. kalau jemur baju, terbalikkan lah baju korang tue, nanti fiber kat baju tue pun cepat rosak, lagi-lagi untuk seluar jeans...euuuyyuuu abis levi's i tau..

4. pakai pakaian yang mudah serap peluh, yang terbaik baju cotton lah, kang berpanau pulak korang punya badan, lagi pun confirm tak selesa kan...jangan terus bogel sudah, kat rumah boleh, kat public kang..wow!! juling mata den..


5. yang ada anak, jangan biarkan anak korang main tengah hari buta, kang demam tak pasal-pasal korang juga yang susah,..


6. jaga kesihatan korang, agak-agak rasa nak demam, cepat-cepat makan ubat ok...kalau aku terus ke PKU ( pusat kesihatan university) jer..muahaha..aku bayar yuran mahal wei...


7. jangan terlalu bergantung pada aircond, kalau boleh guna kipas aja lah..ye la..aircond sejuk..then bila keluar rumah terus panas terik...silap-silap boleh pitam, kalau tak pun ala paling teruk pun kene strok...korang nak ker???

8. last but not least, PASTIKAN ok..PASTIKAN korang sentiasa mandi, hapak wooo, peluh-peluh lepas tue tak nak mandi...pergi kelas or office yang ada aircond, fuh..boleh mati,so jangan penting diri sendiri ok??


**********************************
FULL STOP

missblurry

Monday, February 14

mental disorder atau normal




pernah tak korang alami atau pernah nampak orang yang tengah message di public figure sambil tue senyum-senyum dan juga gelak-gelak manja? 

kalau tanya aku,sah sah aku selalu je jumpa, dalam bus suasana edaran, dalam bus rapid, dalam LRT, dalam KTM, mahupun dalam kereta masa tengah jammed...

bukan setakat senyum dan gelak manja, gelak macam hantu kom kom pun ada, aiyo...mungkin lawak sangat kot org yang bermesej dengan dia nie, kekadang sampai aku pun senyum and gelak sekali...ahahah..damn, terikut la pulak...


kalau alami pulak, yer aku selalu mereng bila bermesej, muahahah, aku kekadang layan mesej dengan adik aku si taro, dia tu pun otak cam harem juga...apa yang dia tulis tak dijangka...

kalau tak dengan taro, mesej dengan geng kepala dongga aku...perg...memang betullah, orang akan cakap aku gila macamana aku cakap orang gila bila mesej then senyum-senyum sorang sorang....

tapi bagi aku benda ni normal, apa pendapat korang???


**********************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, February 13

contest aku, dia dan vintage



aku join contest nie sebab aku rasa serba salah dengan cik dba ni, maaf yer dba, blurry kureng sikit nak paste pix kat blog....tapi tadi nampak contest yang dibuat oleh mr kom dan nampak menarik, so aku join untuk tebus kesalahkan aku pada cik bda ni....memang aku ikhlas nak join...

apa yang perlu aku buat, dia suruh aku edit gambar ori ke vintage, aku tak tahu lah vintage tue macamana rupanya...muahahha....so aku edit ikut firasat aku dan semoga encik kom tercuit hati dengan gambar yang tak seberapa ni...

************************************
original 


setelah di edit


* aku ada diantara mereka ini, siapa kenal aku mesti tahu mana satu aku
* disebalik gambar ni, ktorg berangan nak tgk sunset kat pangkor,
* hari yang ktorg lepak kat tepi pantai nie dah hari yang second last ktorg ada kat sini
* tapi nasib tak menyebelahi, sunset tak dapat tengok sebab terlindung dek awan
* so keje gila mendatang, tangkap pix macam gini
* kalau korang perasan, ini gaya geng rok kapak dalam cerita zombi kampung pisang
* iaitu kumpulan a, b c d eeeeeeeeeeeeeeeee
dan mangsa tag aku adalah




***********************************************
FULL STOP

missblurry

rooftop = jiwang ??


betul ker?kalau lepak rooftop mesti dikaitkan dengan mode jiwang....hurm mungkin ada betul juga kot, semalam lepak rooftop memang syok giler lar, layan bulan yang dah separuh bentuk nya, bintang yang tak seberapa nak ada, angin-angin yang langsung tak sempoi-sempoi bahasa....

honestly, memang boleh wujud perasaan jiwang tue, seronok tengok langit, tapi kalau siang lagi best, rasa nak picit-picit jer awan, rasa tenang jerp, kalau korang tak percaya cuba lepak rooftop, kalau tak pun lepak lah kata mana-mana kawasan lapang then baring and pandang terus ke langit, rasa nyaman beb....sambil layan lagu-lagu zamani slam...hurm ok memang jiwang...

tengah aku lepak-lepak, kebetulan pulak ade pertunjukan bunga api, fuh lamak....kalaulah semalam aku lepak dengan aweks confirm jiwang karat gila, nak-nak pulak purpose ajak kawin.....blueeeeekkkkkk....cayor la deme, terus accept kot...ahahah...damn mengarut...

lama juga ktorg lepak kat atas tue, sebabkan malam maka tak ada gambar untuk di uploadkan....ahahah....malam minggu yang dihabiskan dengan ketenangan, minggu depan aku nak try layan petang pula, kalau dapat nanti aku upload...walaupun bangunan tak tinggi tapi ketenangan tue tetap dapat, lega wooo hati nie....ahahah

korang nak join minggu depan? jom ......



* tadi aku sebut slam, maka aku tepek lagu zamani slam

**************************************
FULL STOP


missblurry

Saturday, February 12

mereng time

morning guys.....yeah..
aku baru bangun tidur dan tunggu member aku untuk pergi makan...
apa? buruk anak dara bangun tengah hari? so what??? ada aku kisah?? ahahha
tak payah korang nak menipu tak pernah tidur sampai tengah hari....confirm selalu buat dalam hidup korang kan...bangun kol 9@10, termenung setengah jam then tidur balik....muahahah betul tak??

erm abaikan benda alah tue, sekarang aku nak cerita pasal mesir, president diorang dah letak jawatan, alhamdulillah no more rusuhan, moga dapat cari pengganti yang boleh buat rakyat mereka terbela nasibnya.

aku sangat lapar dan aku sangat busy, aku tak suka hari minggu aku terganggu...arg...boleh tertension sendiri bak kata kawan aku...yang korang pula apa cerita??? adakah nasib anda sama je macam guwe?? atau anda sedang bergembira depan tv sambil makan nasi berlauk kan ayam...ok aku patut blah sekarang....otak aku asik fikir makan

jom makan

************************************
FULL STOP

missblurry

Friday, February 11

kemper 2010


ujian tadi not bad, boleh lah tahan, walau macamana pun keadaan, yang penting kene tetap study, hope aku dapat score test tadi...

back to topic, since semalam aku nya mood tetiba nak cari pix masa pergi kem hutan tahun lepas, aku ada cerita sikit pasal ni...for those yang tak baca lagi aku leh link kan balik...

so aku malas nak bercerita lebih-lebih sebab nya korang boleh baca pasal kem hutan yang aku link nie nanti, aku cuma korang nak layan je sebahagian gambar yang aku boleh kongsi kat korang...enjoy...




* sila click hyperlink ini 

**********************************
~ apa lah pekerjaan kau nie?? ~

mangsa 1 : "janggut ko panjang sangat r,, meh aku cabutkan" kata renjer mafia kepada musuhnya

mangsa 2,3 dan 4 : " ini lah kawan-kawan seperjuangan aku ", kata abg leman

mangsa 5: trompet tak de, cerek pon jadi lah..janji ade bunyi...

mangsa 1 : apsal lak aku kene merangkak nie??adoi
mangsa 2 dan 3 : perot ktorg bukan whiteboard la...#@$%$#
gerillaz : hahahahaha, ini lah keja kami !!!!

~ mahal gile.....cerek pun buruk pun sampai 1k ke? ~

~ parit tab ~

~ hantu abang leman balik khemah ~

~ last but not least, kem hutan tak akan seri tanpa grenade ~

* segala kenangan ini memang akan tersemat dalam otak dan hati aku, kem hutan nie wat ktorg 1 faculty tak kira pangkat tak kira darjat jadi kawan baik, yup, aku tak tipu...ktorg boleh duduk lepak sama-sama dengan dekan+ lecturer+staff + senior + junior.....and so on

* semoga kemper akan datang terus bersemangat ...jadikan lah kem ini sebagai kenangan terindah buat anda!!!


************************
FULL STOP

missblurry