Wednesday, February 2

semoga mereka dilindungi


aku rasa semua orang tahu yang sekarang kawasan di mesir tak berapa selamat, ramai juga kawan-kawan dan orang yang aku kenal ada kat sana. bantuan dari malaysia pun dah di jalankan, so aku harap semua rakyat malaysia yang seramai 14k dan juga rakyat lain selamat hendaknya...

dan korang pun sendiri alami kan, sekarang musim hujan, kalau tak hujan pun sure redup2 sayup je suasana dekat rumah korang, so aku harap mana kawasan yang tenggelam tue, berhati-hati ok, kalau kene pindah, pindah lah...jangan pentingkan diri sendiri sampai menyusahkan orang lain, ingat tu...

arggg, romantik gila!! i mean suasana redup-redup, bukan banjir, by the way, kampung aku dua-dua tenggelam, yang kat melaka tue sampai tahap kene pindah, harap nenek aku tak ada pape...dan kampung pahang so far mak aku cakap ok sikit dah...cuma bumbung rumah arwah wan aku je jahanam..

bukan sebab ribut or hujan, tapi kene main dek monyet, apa dia fikir atap rumah nenek aku tue playground ka? aiya, ini monkey so nakal-nakal...

pagi tadi aku layan pergi taman pertanian malaysia kat shah alam, gila best dan penat, bantai naik basikal...dah rupa macam training le tour de langkawi pulak aku rasa..ahhahah tapi malangnya rumah 4 musim rosak pulak...

aku tengok suhu dah sampai (-2)-(-7)..pergg..silap-silap memang turun salji punya....dodol betul tapi tak apa lah, nak buat macamankan, then terus lepak kawasan look out, layan atas tue dah macam rumah sendiri...


baring-baring and makan-makan,,,,gossip tak ketinggalan, sampaikan orang naik bagi salam and mintak izin..

" assalamualaikum....eheheh boleh masuk???"

" walaikumsalam, hah masuk lah...sila sila"

naaa siap aku jawab macam gitu kan, dah memang macam rumah sendiri plak..dekat 2 jam juga duk dalam tue, tak round habis pun, kawan aku dah surrenderer..so ktorg pergi lepak OU...


aku ke sana hajat nak makan seoul garden, sekali harga rm 39.88+++ kalau campur tax+ beverage lebih kurang rm 45, memang buffet tapi aku rasa macam tak berbaloi la plak....arggg...tension aku, hajat tak kesampaian, last-last pujuk hati layan makan kat kenny rogers. 

hamik kau, puas hati aku....muahhaha.....(gelak jahat)..memang hari yang memenatkan tapi sangat layan.....jalan pun tak jammed, kan best kalau KL sentiasa kat macam gini....

***********************

kanak-kanak ribena

taman haiwan

**********************************
FULL STOP  

missblurry

1 ,000 yang sedang blur:

Madd said...

nmpk best je taman pertanian tu...
hehehheh