Tuesday, May 31

aku addict dengan fresh milk !!


sebelum ni memang aku sangat anti dengan susu, aku pun tak tahu dari mana aku anti susu nie, dulu belum pape, aku dah fikir, susu rasa basi, so rasa tak sedap yerkkkk !!

sampai macam gitu sekali presepsi aku kat fresh milk atau dalam bahasa melayu nya erm..susu segar kot..eheheh, then di sebabkan aku nak pergi sabah hari tue, dan destinasi aku mesti lah singgah kat dairy farm,


bila dah masuk ladang lembu, rugi kalau tak minum fresh yang betul-betul fresh milk kan?orang kata hanyir, aku pun tak tahu, that why aku nak sangat rasa,so 2 minggu before aku pergi sabah, aku terpaksa kuatkan semangat minum susu, dan susu pilihan aku time tue dutch lady, 

punya lah semangat aku minum, and first time aku rasa susu sangat sedap, okeyh lagi sekali aku ulang, susu sangat sedap..tak ada langsung rasa basi, rasa yerk yerk tue....

mungkin first experience aku masa minum susu dulu, aku terminum susu basi kot..kalau tak pun aku tertelan susu baby yang mak aku jaga dulu, seriously langsung tak sedap susu yang aku minum dulu, effectnya sampai sekarang..

asalkan aku beli apa-apa jenis susu, sure beli perisa chocolate, lagi-lagi aku memang hardcore dengan chocolate, lagi aku penduli kan je fresh milk tue, tapi sekarang lepas aku rasa susu itu sangat best...aku dah semakin addict..


semua susu aku rasa, dan paling sedap susu desa yang cuma ada kat sabah , and HL, yang lain boleh potong kaki, manis...hilang dah khasiat susu yang sebenar bagi aku.....tak hagak hagak pula kan....baru-baru nie aku tengok kat mana ntah, dutch lady nak keluarkan perisa jagung manis, red bean, ape lagi ntah, eh tolong lah...ingat roti ker?

jangan sampai aku hilang lagi perasaan nak minum susu boleh tak wahai dutch lady????so pengajaran nya, walaupun first experience korang buruk, tak semestinya buruk selamanya, dan kenapa tak nak mencuba kali kedua yang kemungkinan boleh mengubah presepsi pertama korang yang dulu kan, selamat mencuba !!

* susu baik untuk kesihatan, kuatkan tulang, tapi andainya tulang anda mereput, minumlah anlene !! anlene chocolate sangat sedap

****************************
FULL STOP


missblurry

Monday, May 30

result exam - coming soon


masuk bulan 6, mesti semua orang tertunggu-tunggu, bila lah result nak keluar kan?hihihihi..jiwa tak akan tenang selagi tak dapat tarikh yang tepat bila result keluar..

sampai setengah orang hack program atau portal student untuk dapat result seawal mungkin, lagi-lagi mana yang dah final year, yang tak tahu lagi status antara dah graduate atau kene extent.

harap-harap tak ada lahextent, menangis wooo, setakat nak extent 1 sem untuk 1 subject? kalau dulu aku zaman poli boleh diterima akal lagi sebab yuran tak sampai pun rm 300, kalau untuk degree, yuran almost rm 1k, tak macam nak menangis kan??

by the way, ada berita gembira untuk student UPM, maybe ramai dah tahu, tapi still aku nak share,ye lah info berguna kan walaupun belum tahu kesahihan nya, cuma normally memang betullah..

well, untuk student UPM out there, korang sudah boleh tengok result BUT hanya cgpa SAHAJA ok!!!jadi lah atleast boleh tengok, yang penting cgpa bukan pointer, dalam sijil tue tunjuk cgpa sahaja kan....



so langkah-langkah nya, bukak ESMP -- mydaftar -- simulasi -- pngk semasa .. kalau rasa kurang percaya rujuk balik cgpa lama kat bahagian keputusan peperiksaan..dan ada orang bagi info kat aku, result kelaur 10 jun, jom kita count down ramai-ramai....

hah? result aku?hihihi kalau betul result nie, alhamdulillah mencapai target dan telah recover balik cgpa aku yang jatuh tertonggeng dulu, tak banyak tapi sudah memandai untuk kepuasan diri sendiri ..

bagi student UITM, kalau tidak silap aku result korang keluar 17 jun kan? hihihi cuak tak cuak tak? sorry lah beb, sekurang-kurangnya kotrg dah boleh tenogk cgpa...hihihi opss ter belagak kejap..kikik...by the way, good luck of all you !!

**************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, May 28

madah pujangga #1



kadangkala kita sedar
 perasaan yang kita alami sekarang 
adalah yang benar dari hati kita sendiri
tetapi kita ego untuk tidak menafikannya
bila sudah berlalu
kita sudah cukup tahu yang kita terlambat untuk mengakuinya
namun kita tetap melahirkan perasaan itu
demi memberi sedikit ruang pada hati kita untuk bernafas
itulah hakiki yang kita lalui dan lalui
sehingga  kita sendiri tidak tahu bila kesudahannya..


missblurry

Thursday, May 26

penat yang berbaloi

alhamdulillah, tercapai juga akhirnya impian aku nak pergi ke borneo,dapat pergi sabah, serawak next time lah pulak...lepas nie aku tanam impian nak ke asia, mungkin destinasi aku ke korea, sebab kawan aku nak ke sane maka aku tumpang tui...ahahahah

by the way, aku tak dapat lagi nak kongsi gambar-gambar yang ada masa pergi sabah, sebab gambar semua kat kawan aku, banyak mengarut dari posing, i mean semua gambar di posing secara gila-gilanya....eheh

sedar tak sedar dah nak masuk bulan 6 kan, cepat giler, tinggal lagi sebulan untuk berpuasa, yang itu penting, jangan lupa kan, mana yang tak ganti lagi sila-sila ganti....

yang nak pergi practical, get ready your self and mental, ala sebenarnya biasa jer kalau LI nie..lagi bagus kalau korang perform, silap-silap company tue boleh ambil buta-buta gitu je ajak korang kerja dengan diorang beb...so papehal selamat ber practical..

errr yang menganggur?bikin ape?tak akan bina perut lagi kot?eheheh, lepas nie aku nak usha kerja, dapat mana-mana, aku sambar aje,nak ganti balik duit vacation aku nie, kui kui, maklum lah, final year dah, so kene berjimat untuk duit projek...

ah membebel jerp, bosan...jumpa korang di entry akan datang eh..!! selamat menjamu selera.. ( aku tak makan lagi) hihihi




missblurry

Wednesday, May 18

M I A

hello semua, 

buat masa nie aku tak dapat nak update blog
sebab aku tengha bercuti kat sabah,
dah seminggu kat sini..
dan tinggal lagi seminggu..

nanti dah balik semenanjung baru den update lg ok!!
bye bye

********************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, May 11

selamat hari rabu

hari hari rabu, maka selamat hari rabu untuk semua....
hari rabu aku yang baru nak bermula tapi bermula dengan dua benda yang kurang syok..fuh!!!

firstly, 
aku bangun tidur pukul 1830 H, oh yeah...awal gila...ahahah aku tidur pukul 10 pagi tadi, hurm aku kerja part time kat rumah sendiri, kerja hourse guard, that why aku tidur lambat..hihihi

alrite, back to the topic, aku bangun pukul 1830...tapi aku tak terus pergi mandi, cuma aku terus baring kat sofa depan rumah...kalau dah baring, sah-sah aku tertidur balik....dan masa aku tertidur aku rasa aku kene tindih...tapi dia tindih kat tangan aku je...masa tue tangan aku kat atas kepala aku...

tak rasa macam nak tercabut pulak tangan aku kan, aku jerit-jerit adik aku, dia toleh tapi dia wat derk, hisyh, rasa nak sepak je dia...aku nak minta pertolongan kot....entah macamane aku terfikir pulah nak terajang "benda" tue, so aku pandang ke atas, tapi aku nampak gelap. yes gelap..terus aku tak berani....dan pandang adik aku dengan harap dia sepak aku pulak....

nasiblah, dia duduk atas tangan aku kejap jerk....kalau tak..tak tahu lah aku nak buat ape...so lenkali, kalau dah pukul 6 petang, sila-sila bangun yer...time nie memang dah nak senja....tak elok tidur lagi kan..:)

secondly,
baru kejap tadi, pukul 10.00pm, aku masuk bilik then tetibe aku nampak aku adik and kawan dia dok tertonggeng tonggeng ngintai dari tingkap...cepat-cepat dia panggey, dia kata ada wayang, budak kene belasah..

aku dengan excited gila babas nyer, pun join lah sekali, then aku nampak yang tukang belasah tue orang yang aku kenal...ak tak tahu lah ape punca nyer...tapi gaya macam gaduh couple-couple nie...teruk kot wei..cuba bayangkan eh..

perempaun tue ..disepak..ditumbuk..diterajang..dihempas..diludah..oh hinanya wanita di matamu wahai lelaki...apakah yang merasuk dalam badan kau nie? kot lah perempuan tue wat salah sangat dalam hidup kau, tapi tak perlu sampai nak besalah dia macam gitu beb....

belum pape lagi kot, kalau dah kawen? mau kau bunuh dia kan??dan kau perempuan, apsal hegeh-hegeh lagi kat lelaki macam gitu,? kau tak reti sedar lagi ker? dia dah halau kau baik punya...nampak sangat dia tak nak kau dah...

apa?aku belum lagi rasa apa itu sayang? dang!!..tolong lah, sayang pun bertempat ok, kalau kau dah masuk icu kene belasah, pun kau nak lagi ker?ramai lagi lah kat luar sane yang boleh bagi kau kebahgiaan, tak perlu tunggu aku rasa pun dah blah dari orang macam gini...

ah, aku dah mula start emo, ahaha aku emo sebab tolong lah gunakan akal fikiran, jangan lah membodohkan diri tue sangat kat mata orang eh...tolong eh..dah lah, aku nak korek album lama-lama, masa sekolah rendah...kalau aku jumpa aku tepek sini...ehehehe

**********************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, May 10

pencopek !!

kalau minggu lepas aku cerita pasal manusia bengong nak bawak jantan masuk kolej, kali nie aku nak cerita pakcik pencopek pulak...sumpah aku cakap till now aku still rasa kesian kat si mangsa...macam biasa meh aku bercerita

****************************

masa : 5.00 ++ petang ( around pukul 5 lah )
mangsa : penjual barang
tempat kejadian : kedai mamak farez al maju kelana jaya

sebelum aku bercerita aku nak kata kan...im at home....waaargggg best nya...ahahah...ok LAME!! hik hik....maklum lah 1 sem melanguk je kat kolej, tepu dah kat kolej tue...even duduk rumah pun benda yang sama juga aku buat tapi perasan tue berlainan...eheheh

alrite back to the topic, kejadian nie berlaku semalam, aku dok melepak dengan kawan aku yang calling-calling ajak teman dia cari hot tix topup dia..then dah merata mencari tak jumpa-jumpa, ktorg decide layan yamcha kejap..

dalam masa aku lepak-lepak, confirm ada customer keluar masuk, standard lah kan tue, then ade lah dua orang pakcik nie masuk kedai then duduk meja sebelah depan aku, argg nanti aku lukis..hihihi sian korang, ayat aku asyik tunggang langgang je..

masa pakcik nie minum-minum, memang diorang borak2 dengan pekerja fariz nie, means mesti lah pelanggan tetapkan, so aku buat macam biasa je lah, tapi aku asyik pandang je sorg lagi pakcik nie yang borak dengan bangla farez nie, muka dia sangat lah xde seri,( bulat kaler hijau ) menakutkan aku jerk...

selalunya, orang muka berserilah kita asyik nak pandang kan...tapi kali nie muka pakcik tue wat aku asyik nak tengok dia je...cam something je dia nie, aku tau dia perasan aku usha dia,sebab memang obvious sesangat aku tenung dia..ahahah

lepas itu, datang lah ada bangla kot,jual-jual barang,..aku nampak dia pegang lampu study, cover iphone..alah benda gadget biasa2 dia jual..bangla ni round 1 kedai then dia keluar bila tak ada orang beli...tetibe aku perasan dia lalu sebelah aku and pergi tandas..aku toleh kebelakang dia letak beg barang dia kat meja belakang aku...( tiga segi kaler kuning)

lama juga dia pergi tandas...selang 2 3 minit lepas dia pergi tandas tue..pakcik tak de seri muka nie, dah abis minum and blah..time tue aku duduk membelakangkan pintu masuk, so aku tak tahu apa jadi...tetiba bangla jual barang nie keluar tandas nak kecoh2 beg dia hilang..

kawan aku yang duduk mengadap pintu masuk( bulat kaler ungu)..cerita lah yang pakcik tak ade seri nie amik beg bangla tue dengan muka selumber..damn!! aku boleh bayangkan even aku tak nampak sebab aku dah tenung muka dia before nie kan..kawan aku blur blur je, ye lah dia membelakangkan pakcik tue, so dia tak tahu lah yang pakcik tue dok mencopek beg bangla tue..

kawan aku fikir pakcik tue sepesen bangla tue, jual barang coz muka and gaya dia memang sebijik macam hak dia punyer masa angkut beg tue...bangla tue aku tengok dah huru hara dah beg barang dia hilang...mana tidak nye...dia cari rezeki kan...kesian wookk...tak sampai hati aku tengok...

sampai sekarang aku rasa kesian lagi dengan dia...aisyh..korang semua hati-hatilah eh...sekarang nie tak kira umur, kalau busuk hati tue busuk lah juga ...

nota pencopek

1. patut lah aku asyik tenung muka pakcik tak ada seri muka nie, rupanya niat dia memang jahat dalam hati tue...aisyh!!

2. buat pakcik, insaflah, takkan bagi anak bini makan dengan duit mencopek pakcik oi...pakcik tue sehat walaufiat, sempurna sifatnya..gunakanlah dengan bijak!! bengong...

3. kepada bangla tersebut, anggap tue tak ada rezeki, next time hati-hati okeyh..nak buat macamana benda tak dijangka kan

4. kamu semua yang baca blog saya, hati-hati okeyh. nak pergi tandas angkut je semua barang..

5. kalau melepak handphone pun jangan letak atas meja..banyak kali dah aku nampak orang sentap handphone time tengah yamcha...

*************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, May 8

anda lah raja kurang pandai !!


tadi tengah aku busy-busy kan diri study dan kacau room mate aku tengah mengemas tiba-tiba ada benda berlaku..benda paling bodoh piang sekali aku rasa...bukan rasa tapi memang confirm..meh sini aku menceritakan dan anda judge sendiri...

************************
masa :   3.00 am
tempat kejadian : kolej
mangsa : 2 orang mangkuk berlainan jantina


tengah-tengah aku study kononnya...tetiba tergerak hati aku nak ambil angin sejuk kat luar bilik, maklum lah bahang jalan tar naik, memang boleh hangatkan bilik aku...so masa niat aku nak ambil angin, tetiba aku ternampak mambang yang mencurigakan...

sorang memang wanita sejati ( atas bentuk badan yang mengiurkan ) dan sorang lagi kurang penjelasan, aku pandang je dengan curious nya sebab dia pakai tudung dengan agak selekeh, yang tudung bawal dia tue kedepan sesangat sambil tue jalan dan tarik tudung bagi halang muka...err korang paham kan...

sambil dia jalan tue dia himpit-himpit si wanita nie, dan wanita nie jalan dengan lajunya sambil jeling-jeling aku, actually tak jeling tapi terus pandang aku,tapi yang aku niat suci nak ambil angin nie, mana lah fikir pape, sampai lah dia naik tangga..tapi dalam masa yang sama aku terdetik juga mengatakan perempuan nie bawak lelaki..tapi still pending..blur blur gitu...

bila tang naik tangga, aku berpura-pura tegur kawan aku yang duduk block depan aku nie supaya leh lengah-lengah kan, sebab aku nak tengok "perempuan" tadi, tapi tak juga muncul, yang muncul perempaun sejati tue aje yang berpura-pura main handphone walhal tengah usha aku,

so aku terus masuk bilik and bagitahu kat roomate aku, suruh dia buat-buat pergi toilet, masa dia keluar memang dia nampak perempuan tue lagi, tapi bila dia nak masuk toilet, perempuan tue buat-buat letak barang kat bilik, bila kawan aku keluar toilet, dan jalan dengan lembab nya, dia nampak perempuan tue turun tangga then naik balik, tapi kali nie berdua bersama-sama "perempuan" lagi satu..huhuhu

disebabkan kejadian nie agak bengong lagi, ktorg pun bantai lah mengintai dari tingkap bilik, dan nampak "perempuan" a.k.a jantan tue tak jadi masuk bilik, diorang terus je perjalanan kiranya patah balik lah..owh mungkin korang tak clear tapi nanti aku lukis...

mula-mula aku nampak diorang masa kat bilik no 2 dari tandas
pastu diorang terus jalan ke tangga hujung sane
diorang lepak kat tangga then berjalan patah balik guna tingkat 1 
dan menuju ke tangga arah tandas ..

yang jadi lagi bangang nyer, dah kantoi tak reti-reti blah, tapi perempuan tue angkat barang dia sendiri sambil-sambil tue pendang ke arah bilik aku, ngoi..pukul 4.00 pagi..di ulangi pukul 4.00 pagi angkat barang ..gaya macam nak lari ahlong je...cam pinjam duit 1000000k pulak....aish..

begitulah kesah nya...erm....aku juga tidak begitu sempurna tapi aku masih mampu bertindak dan fikir dengan warasnya,

 nota mangkuk ayun

1. kot nak wat jahat cuba lah fikir jalan yang terbaik sikit, kau boleh je amik jalan belakang block yang confirm2 tak kan kantoi...

2. kalau sangap sangat, sila lah buat kat tempat lain..bingai !!

3. kau macam tak tahu pulak time-time exam memang manusia bergelar student akan bertukar jadi vampire kan...

4. peep out there, jangan ikut jejak langkah mangkuk berdua nie eh...nie nasib aku jenis tak kepochi, kot aku jenis kepochi tak tentu pasal..memang sah-sah kene buang IPT terus!!

5. aku bukan nak menggalakkan orang terus memaksiatkan diri dengan berdiam diri, tapi benda macam gini tak seharusnya berlaku,lagi-lagi tempat belajar,lagi pun cubaan tue failed..

6. ape pun, tahniah lah kat anda, anda telah menunjukkan kebangangan anda di mata aku !!!


*************************************
FULL STOP

missblurry

Friday, May 6

2nd child forever

dalam family aku, cuma ada 3 aja adik beradik, dan sudah tentu aku no 2....adakah ciri-ciri anak no 2 macam dalam kenyataan ini??? ahahah sesiapa anak no 2, sila beri komen


***************************

ANAK MANJA IBU

sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!

~ tetttttt, sengal !! ~

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

~ hurm for certain part only, muahahah ~

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

~ hamik kau, setepek kene ~

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …

~ sesiapa sudi jadi partner gua? ~

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi

~ non-negotiate ~

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka

~ hurm,,,,tetttt, tipu !! ~

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

~ im not controlling, ahahah ~

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

~ tak kot !! ~

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

~ AWAS, last warning ~

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....

~ yang ni tipu sungguh !! ~

* apa kata anda??

************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, May 5

dear room mate

setiap pertemuan pasti ada perpisahan, perpisahan yang tak disangka mahupun yang disangkakan...pahitkan nak terima kenyataan tue...entri kali nie khas untuk room mate saya yang dah 2 tahun kongsi pengalaman itu....

**********************************

dear room mate,
awak ingat lagi tak, masa mula-mula kita masuk U..
awak yang tegur saya,awk tanya nama saya..
hihihi kelakar wei masa itu, 
maaflah, saya paling tak suka sesi berkenalan..
awak :) kat saya, saya pun :) kat awak..

dear room mate,
masa semester 1, hidup kita tunggang langgang kan..
pergi fakulti pun blur blur je masing-masing,
nasib awak guide saya,sekurang-kurang nye saya tak sesat,
masing-masing mengadu nasib sebab kita terabai,
mentang-mentang lah kita budak rayuan,
tapi kita steady je kan, walaupun gila kejap..

dear room mate,
sedar tak sedar, 
kita dah habiskan masa freshee kita,
lepas itu, kecoh kat facebook, 
yang ketua block rombak kan bilik,
time tue risau kot, 
takut dapat roomate baru yang tak sebulu,
nasib kita sebilik lagi, 
tapi kawan kita yang dua orang tue dah tercampak,
masa semester 2, awak dah macam zombi,
sian kita tengok awak tau, tapi saya salute kat awak,
awak punya semangat kuat, teruskan semangat awak tue kayh!!

dear room mate,
bermulanya life kita sebagai junior,
masuk semester 3 kita dapat room mate baru,
ok lah diorang kan, tak jenis cerewet,
tapi saya tetap rindukan bilik atas, nyaman je suasana..
awak janji nak terjah kebun rambutan, bila nyer??
tak apalah, mungkin semester depan boleh lagi...

dear room mate,
semester kali nie semester sewel juga bagi kita,
amik subject yang gilakan otak sendiri...
kita janji study sama-sama, last-last saya layan game,
tidur guling-guling kat sebelah katil awak,
hihihiih, sorry awak, tapi kita dapat juga score kan untuk subject tue,

dear room mate,
awal sem saya ajak awak pergi bercuti,
sebab saya tahu awak memang suka,
tik tok tik tok, dah hujung semester, 
cepatnya lah masa berlalu,
dan kali nie, kita dapat lagi berita yang tak syok,
pihak pengurusan nak buang student, 
time tue kita redha je, malas fikir,
last-last memang betul naluri kita awak,
 kita kene buang dan awak stay,
tak apa lah, nak buat macam mana kan awak,
benda pun dah settle,

dear room mate
masa cuti study week, saya duduk sorang-sorang,
tetiba hati saya sayup je bila tengok slip kolej baru tue,
sedih lah awak, dah 2 tahun kita sebilik, tapi saya senyap je,
tetiba awak pun kata benda yang sama, saya nangis awak,
saya nangis dalam hati, walaupun bibir saya tetap terukir senyuman,
saya saja je tidur kat bawah depan katil awak,
saya boleh tengok awak study, gelak sorang-sorang, nyanyi sorang-sorang,
saya hanya mampu ter :) jerk tengok gelagat awak..

dear room mate,
tadi awak dah settlekan projek dengan supervisor awak,
then awak balik bilik, awak kemas-kemas barang,
saya tengok je barang-barang awak yang banyak tue,
then awak tertidur dan awak kata family awak dah nak sampai,
saya senyap je...saya :) jerk

dear room mate,
maaflah tadi saya tak tunggu awak balik dulu,
saya bukan tak nak tunggu, tapi nanti saya sedih,
saya lebih rela tengok awak pergi lepas kita berjimba nanti,
sebab time tue kita sama-sama tengah seronok,
saya tak nak awak tengok saya :'( 
saya balik bilik je, tengok barang awak dah tak ada,
sayup nye hati saya...:'(

dear room mate,
walaupun kita jarang beborak, tapi saya tetap selesa kawan dengan awak,
awak baik, baik sangat, cakap pun volume tahap cipan punya rendah, hihih
awak pun tahukan, fakulti kita nie walaupun kecik,
tapi susah betul nak jumpa,saya pun tak tahu kenapa,
itu yang buat saya sedih awak, :'( 

dear room mate,
nanti awak jaga diri baik-baik,
nanti saya plan vacation lagi ok,
kita release tension sama-sama,
kalau awak datang kolej saya, singgah-singgah bilik saya,
harap persahabatan kita sampai bila-bila,
contact saya thru facebook ok..
awak, love you, nanti kita konvo sama-sama eh 
:)


**********************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, May 4

aku memang suka pergi PKU

selalu nya migrain akan datang bila kita tension kan??
tapi kali nie, aku jadi tension bila kepala aku berdenyut-denyut...


apa kebende kah perasaan kat kepala aku nie?
migrain ker?tak kan lah time aku makan, tidur, berak, dan termenung pun boleh kene migrain?
ah perbuatan di atas tue boleh buat otak aku berpusing-pusing ker?

hadoi lah, esok aku kene pergi juga PKU,
mempergunakan kemudahan yang ada..
nak tengok pendapat dokter ape dia..

moga-moga tak ada benda lain yang merunsingkan aku lagi...
wahai dokter, sila beri kerjasama eh...
nak suh scan pun xde hal lah...
wa bagi kerjasama kat lu dokter baik punyer ok!!


PKU...tunggu kedatangan aku
ahahahah...

****************************
FULL STOP

missblurry

Monday, May 2

saat kebosanan


warggggg.....totally bored siot, aku dah tak tahu nak buat apa, nak tidur, hidup aku dah terbalik dah pun...mana tidak nya kalau siang aku tidur malam aku berjaga, kalau buat part time jadi guard pun dah layak sesangat dah nie...

esok ada exam lagi, paper bi..nak suruh aku study, kejadah apa lah pulak aku nak study kan..takkan nak suruh aku baca kamus kot..itu kerja bapak aku time dia boring..tapi malangnya aku tak ikut genetik dia ketika aku bosan...huhuhu

last paper aku ahad nie, arggg esok lepas exam bi nak balik rumah pun sama je life aku kalau dok kat kolej nie, mana tak nye, parents aku pergi kelantan lah pulak, kalau esok tak ada exam, mau aku follow sekali,...

bukak facebook pun,masing-masing status jalan tengah jammed, aku baru teringat ari nie cuti sebab semalam hari buruh, aku nye dunia kan dah terbalik, pagi tadi aku terbangun "awal", tengok jam dah pukul 12 tengah hari..yes memamg awal !!, aku punya lah cuak sebab aku teringat yang exam aku pukul 11, sekali fikir-fikir balik rupanye esok...

fuh!! tarik nafas kelegaan dan tarik selimut terus sambung tidur lagi, muahahah saat-saat nak sambung tidur aku still boleh lagi fikir pasal paper bi tue, ye lah kan takut juga aku, walaupun kalau ikutkan carry mark aku memang dah dapat C+, tapi sia-sia je lah pula kan, sebab kalau amik final exam silap-silap kalau ade rezeki boleh dapat A+, mana lah tahu kan, tol tak??


so lain kali jangan jadi musang,karang hari pun dah tak ingat, eheheh..sekarang aku tengah memikir, apa yang aku patut buat untuk saat-saat terakhir aku kat kolej 13 nie, lama wei nak menunggu hari ahad tue..

somebody out there, please take me out from here..lets party beb...huhuhu, nampak gaya nya aku kene cari kerja secepat mungkin selepas aku balik dari sabah nanti, kalau tak mau mereng otak aku nie...

sekarang pun dha rasa mereng...argggg...help me!! bagi aku hiburan buat seketika weiiii...yang dah abis exam, sila jangan jeleskan aku....huhuhuhu 

****************************
FULL STOP

missblurry