Thursday, August 25

selamat hari raya




hey everyone, sorry lambat sangat aku update blog, well aku kene tolong mak aku memasak...hihiih bunyi macam ape je kan...blurry yang ganas macam monster nie memasak...haaa tue lah bakat terlindungan yang semula jadi ada kat diri aku...ahahhaha err ade keriakkan pulak kat situ...sebenarnya mak aku dapat rezeki lebih, orang order untuk moreh, so aku yang ada kat rumah nie aku lah yang tolong....

so macamane dengan persiapan raya korang?aku macam biasa, simple as i can, seriously, kalau adik and akak aku tak belikan kain, confirm aku ada sepasang je baju kurung, tahun nie advance ada tiga pasang, tapi sah2 aku pakai sekali je untuk tahun nie...ngeeee


well start esok ramai orang mula balik kampung, so mana yang memandu, make sure kenderaan anda sihat walaufiat, memanglah kalau nak rosak tue tetap rosak tapi benda boleh di elak baik dielak kan, betul tak? selain daripada kereta, pemandu sendiri kene cukup tidur ingat bukan kamu je dalam kereta tue dan bukan kamu je yang ada ats jalan tue, jangan terlalu penting diri sendiri...kamu tersangkut dalam jam, orang lain pun sama...

tahun nie, macam biasalah, aku balik melaka untuk seminggu, yer sangat lama dan rumah tue tak ada ape-apa, seriously, ada TV tapi takleh guna sebab tak ada arial, korang tak percaya nanti aku snap rumah tue, yang mampu aku buat adalah layan laptop tanpa internet yang ada cuma game dan movie...brrrrrr

well malas panjang lebar, merepek merapu.....aku stop sampai sini dulu, oh yeah, kepada bakal student, sila jaga diri anda, baru nak belajar tak nak lah ade yang cedera parah pulak kan...hati-hati...dan aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin, andai aku ada buat kamu semua terasa, sakit hati dan segalanya maafkan aku....

****************************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, August 16

kerja kilang jerr


blurry : beb kau tau mana-mana kilang kayu kawasan kau tak?

orang : ada juga 2 3 kilang, apsal beb...

blurry : aku usha tempat practical lah, aku fikir leh terus apply kerja terus je nanti
orang : kilang papan?biar betul ko?

blurry : tak kisah papan ke,sawmill ke, perabot ke janji kilang, serious lah nie, awat?
orang : kilang kot?tak de tempat lain ker?kenapa tak goverment?
blurry : errr......



haaa apa korang fikir pasal perbualan di atas?adakah korang fikir benda yang sama macam orang tue fikir?kenapa eh?

salah ker nak kerja kilang?tak layak ke perempuan nak kerja kilang?bukan sorang tau yang bertanye macam gitu, ramai giler lah....almost semua tanye benda yang sama...kenapa kilang?kenapa tak agensi lain yang lagi sesuai?

err aku ambil course wood science, memang ada banyak je sector lain yang untuk kerja office or bagai, tapi dah aku tak minat plus aku target nak terus apply kerja if ade peluang, so ke bahagian swasta la jawabnya...

tak kisah lah kilang or kedai or jual balak kan, as long as aku minat dan aku adApt dengan suasana kerja tue...ape nyer if dah berkelulusan ijazah, master or what ever should be kerja bagus2?or kerja dalam office je ker?kalau macam gini lah fikiran orang sekarang or graduate sekarang, no wonder lah kan, tahap penganguran dekat malaysia nie tinggi bebenor...

bagi aku, masing-masing ada target masing-masing nak cari kerja sector mana, so tak perlu rasa pelik sangat bila seseorang nak mencari kerja bila abis study, dan jangan lah terlalu memilih kerja yang nak selesa je, dalam aircond 24 hours je...sebenarnye banyak je peluang kerja tue..

tak semesti nyer cari kerja kat kilang then kau punya tugas cuma pasang mata anak patung..pandai-pandai lah survey kerja yang sesuai dengan bidang kau masa study kan, cuba meluaskan sikit otak tue, dont too narrow minded sangat..aiya,kekadang sampai aku terfikir, hina sangat ker kerja kilang ni?

hurm, masing-masing ada jawapan tersendiri, to me tak la hina kerja kilang, sebabnya kaum keluarga aku ramai je kerja kilang, eventho gaji tak lah sehebat orang kerja office tue, but boleh survive jugak, rumah kereta pun habis jugak bayar, happy jer..so, apa kata anda???

************************************
FULL STOP
missblurry

Tuesday, August 9

cerita bermula dengan huruf k


Ketam ketip kuku kakinya.
Kawan karib Ketam, Kodok , kata kepada Ketam,”Kenapa kau ketip kuku kaki kau Ketam… kenapa?”
Ketam kata, “Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut.. kakakku kata, kalau kuku kelurut, kita kena ketiplah!
Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekeliruan,”Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip keluar kudis, kenapa?
Ketam ketawa , Kah..kah..kih..kih..Kuh..kuh..kuh!! Kodok..Kodok ..kenapa kadar kebodohan kau keterlaluan?”
Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?
Ketam kilas, “Kelakar.
Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok .
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketuk kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk !”
kepala Ketam kehancuran kerana Kodok ketuk.
Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketuk kepalaku? Kan kini kesakitan.
Kesian kat Ketam. Kerana kurang ajar, kepalanya kena ketuk

********************************************
FULL STOP
missblurry

Thursday, August 4

jiwang ;)



wakakak, status yang sangat tak boleh blah di pagi hari, dah lah suasana mendung-mendung je, rasa macam romantik pulak bila buat macam gitu, heeeee


well sebenarnya, aku layan cerita cinta untuk ain, si que haidar dengan nabila huda yang belakon,rasa macam romantik gila aku tengok si que nie, dan membuat aku suka dengan dia, yes aku rindu dengan lakonan dia wat yang aku bengang + marah+ sedih + romantik, hurm..


secara jujurnya, aku admit yang aku jarang sangat ucapkan kata-kata tue kat orang, aku sendiri tak tahu, selagi bukan dari hati aku yang nak cakap ayat tue, selagi tue aku tak kan ucap, ego kah aku?entah lah, mungkin aku tak pandai berpura-pura or tak pandai ambil hati orang  but what for kan if kita ucap tapi hanya dibibir saja, hipokrit dengan perasaan sendiri...


but once dah terucap dari bibir aku, maka i mean it, really mean it, so appreciate that coz its to0 hard for me to spell out that word ;)..kih kih kih...ops terlebih pula ini entry,


now aku nak merayap blog orang, sorry yer aku jarang update sekarang and jarang terjah blog korang coz my orked lappy dah dipinjam oleh si taro..sob sob

***********************************
                                            FULL STOP

missblurry

Tuesday, August 2

selamat menyambut bulan ramadhan

ahahhahah, ok sengal dah puasa yang kedua, baru aku nak wish kat semua umat islam, it's ok, better late than never kan..so sempena bulan puasa nie aku hormat adab-adab bulan yang mulia nie,

aku akan kurangkan cerita hal makanan, maaf ye untuk entri bawah nie yang buat korang terliur seketika....hihihiih...well untuk ramadhan kali ni, ramadhan yang agak special buat aku, kenapa?

sebabnya ini ramadhan yang pertama aku sambut untuk sekian kali aku bergelar student ipt, dan juga ramadhan ini juga yang kali terakhir setelah almost 15 years aku menjadi pelajar, alhamdulillah..

tahun depan ramadhan pertama kali untuk aku sebagai pekerja pulak, weee aku tak dapat bayangkan sebabnya before nie aku practical aku terlepas masa ramadhan, so tak dapat bayangkan diri aku kerja di bulan ramadhan,perasaan itu mungkin lain dari yang lain, gerenti dan pasti..;)

tahun nie punya ramadhan memang meriah, meriah dari segi bazar ramadhan..ahaks, bayangkan 250 tapak diorang sediakan?tak macam meriah manusia belakang rumah aku nie, dan aku belum lagi round sebab malas, dan my mom pun ada hantar kuih kat orang, buat 3 jenis je,

tugas aku pulak jadi pengkritik,weee, memang aku suka kan,maklum la aku jenis hentam je nak makan apa, tapi agak cerewet dari segi rasa if tak darurat lagi-lagi kalau bab jual-jual, bagi aku if nak meniaga biar betul-betul nak niaga, jangan fikir untung tapi rupa dan rasa makanan macam nak bagi kucing makan...hallo, kucing pun demand ok, nak makan whiskies je kot,ini kan manusia....

so para peniaga di bazar, fikir-fikirkan lah, sambil mencari rezeki, jangan lupa rezeki itu datangnya dari Allah, maka jangan lah tamak sangat bila mencari rezeki dengan meniaga apa jua jenis makanan ok..;)

****************************
FULL STOP
missblurry