Monday, October 31

final year of college life #5 - not in mood

keluar lagi result dan macam bangang
so conclusion nya ialah ....

penat + kecewa = never give up

blurry, you can do it, let it be, past is past but please focus on the furture



*****************
FULL STOP

missblurry

Sunday, October 30

final year of college life #5 - cuti pun dah habis

hari ini hari ahad, hehehe, semua orang tahu, dan perasan tak yang semalam cuaca memang best, cerah dari pagi sampai ke hari ini,kalau jemur baju mesti garing, best nya bau baju garing dan rasa dia...errr pelik?eh tak la, cuba korang bezakan baju garing dan baju lembab-lembab, mana best? 

sebenarnya sudah seminggu aku cuti semester, tapi cuti aku macam tak cuti sebabnya aku tak balik rumah,siapkan proposal alhamdulillah siap juga before deadline, tapi nya, supervisor aku demam pula, tak kisah lah asalkan aku siap dan hantar esok untuk draft 1,

yang aku perasan, dekat facebook semua student fakulti perhutanan, update status yang sama.." demmit, FYP tak siap lagi" atau " argg, banyak nya assignment, FYPlagi, mana satu nak buat dulu ni?", ehehe sesiapa yang pernah alami semua ni mesti tersenyum-senyum, saat yang paling gila pernah lalui masa student life kan, mesti rindu gila kan?ahahahah

well, for those yang baru nak cuti semester,bagi yang final year student,just keep going your thesis, please dont stop, once you stop,you never start it againt till end of your semester break, trust me..yang bukan final year tu, settle kan korang punya assignment laju-laju, then boleh berjimba sakan..

demmit, aku tak sempat berjimba pun cuti semester ni,kalau time macam gini, gerenti aku bising sibuk nak layan camping, but this time sunyi sepi pasal camping, banyak aktiviti aku tak dapat join,planning layan genting pun tak dapat pergi sebabkan harga hotel macam siot, aku terlupa yang budak sekolah pun join cuti sekali, arggg tensi betul...

sebulan lebih aku rushing pasal kelas dan segala nya, time cuti seminggu ni aku pulun awal-awal assignment semua,ada lagi tak siap tapi boleh settle kemudian kot, yang paling penting, aku dapat rest yang sampai aku pula boring gila, pheww penat lelah sebualn lepas abis tergadai minggu nie, dan akan penat balik untuk dua bulan ni pulak sebelum cuti study week..

well malas nak membebel banyak-banyak, aku nak sambung menikmati cuti yang penuh nikmat sebelum ke kelas balik esok..muahahah wanna join me?? just lie down your lazy body in bed, =)

congratulation to negeri sembilan team for winning of piala liga malaysia

*******************
FULL STOP
missblurry

Saturday, October 29

final year of college life #4 - result test 1

exam sudah lama berlalu, 
berlalu dengan begitu pantas tanpa tinggal sebarang jejak,
sekarang tiba masa untuk munculkan diri dengan keputusan yang boleh bikin wa sakit jantung,
huh!!wa benci saat ini,
saat yang perlu tenang kan jiwa wa sendiri,
dan juga perlu sediakan ubat tidur segenggam di tangan,


keputusan pertama sudah muncul tanpa belas kasihan,
damn!! wa hampir failed,lu paham tak?
wa hampir failed...
wa rasa nak terajang je lappy ni,
opss wa tarik balik, 
wa rasa nak makan ice cream je,
untuk tenangkan jiwa wa yang makin kusut,


wahai paper yang lain,
sila jangan bagi wa hentak kepala wa kat dinding,
tolong lah consider sikit dengan wa,
tak dapat full mark pun wa tak kisah,
asalkan lulus semua,
dan wa tak nak tahap nafas ikan kat pasar malam,
argggg, wa benci kau...


sebelum wa gila,
baik wa tidur,
wa nak tenangkan fikiran wa,
tanpa perlu fikir ape jua kemungkinan yang bakal terjadi..
zzZZzzZZzzzZZZ


**********************************
                   FULL STOP
                missblurry

Wednesday, October 26

rapid bus mesra pengguna



hai semua, aku update lagi entry memandangkan aku tak ada kerja nak dibuat, actually ada assignment kimia kayu tapi nanti lah dulu, mood update blog lagi membuak-buak banding buat assignment...heeee typical student kan...

kali ini aku bukan nak emo,cuma luahkan sedikit pendapat aku or information yang entah berapa percent yang aku tau fasal kemudahan awam untuk orang-orang kelainan upaya (OKU)nie,benefit golongan OKU ini memang banyak diberi oleh kerajaan untuk sesiapa yang mendaftar sebagai ahli.

tetapi untuk kemudahan awam, aku rasa tak banyak yang aku nampak, tadi masa balik dari mines, aku perasan rapid bus dah berubah wajah, lebih mesra pengguna sudah ade tempat khas untuk sesiapa yang menggunakan wheel chair,that means dia adjust pintu yang boleh bawak naik wheel chair tue,bagus perubahan ni.



tapi banyak lagi yang perlu di upgrade,lagi2 golongan yang menggunakan wheelchair,apa yang aku perasan tak semua KTM ada lift,ada jambatan pun guna tangga,agak susah disitu, dan paling aku tertanya2, macamana golongan wheelchair nie keluarkan duit??tak pernah seumur hidup aku nampak diorg kat ATM machine.

untuk sambung study pun sama, memang ada sekolah khas, lagi2 buta dan bisu,yang guna wheelchair pula macamana?pergi sekolah biasa dan yes memang akan diberi kelas paling bawah,tapi kalau ketandas?ke kantin?kalau ke sekolah menengah,ada juga sekolah khas teknik kat shah alam, politeknik pun sama, politeknik shah alam, khas untuk diorang,..

walaupun golongan yang menggunakan wheelchair ini minoriti,tapi tak patut kita buat2 tak nampak kewujudan diorang ni,yang aku perasan, dekat IPTA, hanya ade UM sahaja yang terima golongan ini,dan di UPM pun sudah mula terima mereka,baru semester ni diorang renovation bilik khas untuk mereka.bagus perubahan itu,diorang pun sama macam kita, ada hati dan perasaan, macamana perasaan korang macam gitu juga diorang tapi kenapa kemudahan itu tak ada?sebab minoriti?

best kan dapat surat cinta?

tandas khas diorang dah lama wujud, tapi kekadang ada juga manusia yang sempurna sifat zahir nya guna tandas tue, sama juga dengan kes parking khas untuk OKU,pun sama,relax je keluar kereta tanpa rasa malu,kenapa perlu penting diri sendiri?

sebenarnya semua benda ni aku pun baru sedar, sedar atas kemudahan untuk golongan OKU sangat teruk,mungkin sekarang ni dah ok sikit, atleast ade perubahan, dan aku mula buka mata pasal nie bila aku tengok rancangan 3R,korang sure tahu kan, rancangan khas untuk wanita,well even topic every week lebih kurang tapi banyak information boleh dapat dari situ,sekarang nak dapat show macam gitu memang tak dapat, banyak hiburan dari information..

aku harap lepas ni,banyak lagi benda yang harus diupgrade untuk semua golongan boleh pakai,yang lebih mesra pengguna, kita juga perlu dan mereka berhak untuk bersuara, mereka manusia biasa yang impikan kehidupan sempurna seperti orang lain, jadi sila jangan abaikan mereka dan jangan pentingkan diri sendiri, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..;)

*****************************************
FULL STOP
missblurry

Tuesday, October 25

final year college life #4 - entiti laptop


kali ni aku nak cerita serious sikit, mungkin serious seram kot,bagi aku memang seram dari yang aku cerita before ni,well kalau dah seram dan tengok tajuk, yes cerita hantu, aku WARNING,sesiapa jenis yang hardcore langsung tak boleh dengar or tengok cerita-cerita seram, better korang baca entri lain..hiihih..

korang pun tahu kan yang aku pindah kolej?then aku dari semester lepas lagi mengharapkan tak ada gangguan halus tulus mulus dari makhluk lain,memula duduk, ok je, tak ada pape, memang tarik nafas lega, suddenly aku pernah tidur bilik kawan aku, bilik dia depan bilik aku jer...

tak di sangka tak diduga, yerp, gangguan tue datang,dia main ketuk-ketuk besi kepala katil, memula aku fikir benda biasa, kot lah bunyi belt or tudung yang kawan aku gantung kat almari dia, bila toleh dan perati tak ada bende pun yang boleh jadi bunyi macam gitu...

aku senyap je cerita ni, langsung tak cerita kat sesiapa sebab aku sedapkan hati,kata yang aku fikir bukan2...dan nak dijadikan cerita, benda tue datang bilik aku pulak, kejadian nie berlaku 2 minggu lepas..masa tue aku tengah main laptop sampai pukul 3 pagi..sebabkan malas amat dasyat nak tunggu lappy betul2 shut down, maka aku pun biarkan je la tanpa tutup skrin lappy tue...

kedudukan aku tidur adalah seperti dalam gambar, aku ngadap pintu, orang2 tua cakap, kalau taknak diganggu tidur bersilang kan,so aku mengadap pintu,kawan aku mengadap tingkap, entah macamane time aku baru je baring, aku terdengar ade orang main tekan2 laptop aku, bunyi dia tekan tue kat bahagian space bar dengan enter,cuba korang tekan,enter dan spacebar bunyi yang berbeza kan..mula2 aku buat derk lagi, lama2 aku rimas, terus aku pandang lappy aku,tapi tak nampak apa2, aku memang dah fikir lain punya, tapi entah macamana, kekuatan aku tue kuat lagi,so aku bangun dan tutup skrin..terus senyap..

selang 2,3 hari lagi, aku dengar lagi tapi aku buat bodoh lagi sebab lappy aku dengan kepala jauh sikit, so bunyi pun sayup2 je,tapi 5 hari lepas benda paling hardcore,aku tengah buat proposal FYP aku,sebabkan kematu bontot dah, so aku tarik lappy dan duduk atas katil,tapi lappy atas meja,macam dalam gambar tue lah, macam biasa, mata mengantuk pada tahap pukul 2.30 pagi,tutup laptop, dan baring tanpa tutup skrin...

baru 1 minit aku baring, adjust2 kedudukan, entah macamana, aku dengar bunyi lappy aku ditekan lagi, tetapi secara kasar, memang kuat gila,dia main spacebar dan enter, bila dia rasa dia geram,dia seret kat word nie tapi bunyi macam jari tersangkut kat lubang antara button word nie,err korang faham dan boleh bayangkan kan?if not korang try sendiri...dan paling tak tahan,lepas dia seret, dia cakar2 guna kuku pulak kat keyboard...

korang bayangkan, gangguan ni aku kene almost 5 minute,aku nie jenis kalau aku fikir ada hantu pun tapi darah tak berderau,makna nya tak ada ape2, kali nie memang aku tak fikir tapi darah aku berderau yang sangat dasyat + jantung aku susah nak nafas, hurm....serious, aku langsung tak bukak mata, baca apa yang patut, nafas pelahan2...


terus aku tertidur dan tak sedar apa2,malam esok nya aku tanya roomate aku, kot dia pernah dengar pape,dia kata tak pernah, ok fine...then aku cerita kat kawan aku,dia suggest suruh tidur macam biasa pula,mengadap tingkap, dan jangan lupa tutup laptop, alhamdulillah tak ada pape, TETAPI,semalam kawan aku terlupa tutup skrin (padahal dari 1st day dia memang tak pernah tutup skrin) pulak dia kacau,dan aku juga yang dengar, laptop dia dengan kepala aku sangat jauh,tapi aku boleh dengar dengan jelasnya...

nampak sangat dia geram dan dia hentam gila2 keyboard tue kan??nasib juga lah if ktorg dua tutup skrin laptop,dia tak tekan keypad handphone pulak,kalau tak, menangis lah aku malam2,asik dengar bende2 gini je,bilik aku dia gila keyboard, bilik depan,kawan aku ni pulak,dia suke jentik2 besi katil..dan DUA-DUA MENGGUNAKAN KUKU...

korang boleh suggest tak?apa yang perlu aku buat selain baca2 ayat suci??seram lah kalau aku sorang je yang dengar..=(

kepelikan entiti laptop

1. macam dalam gambar dan tengok betul2,langsung tak ada ruang antara bantal dan kedudukan meja dan laptop aku kan?

2. kalau dah macam gitu,dia duduk tang mana korang rasa?hi hi hi

3. gambar ni aku snap yang dia main kuku tue...hurmmm

4.bilik kawan aku tue,aku dan kawan aku boleh dengar tapi roomate dia tak pernah dengar,...

************************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, October 18

final year of college life #3 - pesta konvo

argggggg ( jerit dengan gaya ayu sesangat), tension mak tau, tadi jawab exam analisis kewangan, perg gila physco lah soalan dia, budget macam aku ni ambil kos ekonomi pula, haish..kalaulah otak aku nie ada selak, boleh saja aku bukak letak dalam fridge sekejap, arggg!!

malas nak layan pasal exam tadi, nasib baik lah sekarang nie pesta konvo UPM, so buat kali pertama setelah 2 tahun pesta konvo sendu sendan, ada pula konsert gegar bersama klfm,seriously sangat happening...cuma nya timing dia agak silap coz bebudak tengah exam mid term, so bila konsert tengah running tak berapa ramai yang datang..jangan di blame kata student UPM tak supportive sudah la...ehehehhe



nampak tak adam & VIP?
muahahahahah

semalam artisnya agak lah syok, yang penting ada adam & V.I.P, ok, adam sangat cute dan juga si fadhlan, phew,,cair mak tau...hihihi, yang best nya dorg dance memang sharp, mantap, sama macam one nation emcee, mimi tue sangat HOTTT, seriously, dan sexy...ahahah..tanpa diduga di sangka ade lah artis nie, nama dia afee utopia, layan lagu lama, boleh tahan lah, ali terra rossa pulak tibai lagu bunga angkasa, dah gaya konsert rock kapak pulak, nasib aku tak ada lighter, kalau tak mau aku wat gaya layan konsert amy search ahahah....

dan sekejap tadi aku datang lambat, ramai artis best2, paling syok ning baizura dan meet uncle hussin, betul2 konsert lah, layan life band memang seronok hilang rasa tension tue,aku rasa patut setiap ipt buat pesta konvo macam gini, sesekali student pun nak berhibur kan, so far konvo kat UM pun leh tahan juga, konvo poli kureng,bukan kureng tapi memang lemau...hihihi

well macamane sekali pun ada lagi 2 paper aku kene hadapi and thesis yang kene siapkan, ok lagi sekali aku mention thesis, ahahah selagi tajuk entry ada nama final year college life, selagi tue aku akan mention...ngeee

meh layan lagu utopia....zaassss


*****************************************
FULL STOP


missblurry

Thursday, October 13

final year of college life #2 - bilik tidur ku

hello, im back..ehehehe, rindu pulak nak update entry hari-hari macam sebelum nie, tapi apa daya masa aku dah di cop oleh lab report and thesis...arg kerja writting yang memenatkan bagi aku, mengadap laptop dan juga word2 yang beribu2 patah perkataan tue,,,phewww...benci betul aku...hihihi

sorry lah, aku memang kureng tengok word banyak2 nie, kalau novel tak apa lagi tapi kalau tengok dalam laptop, berpinar otak...ok2 stop cerita thesis, sampai sudah tak akan abis selagi aku tak abiskan FYP aku tue...hihihi

disebabkan ampian kat luar sangat terhad
maka begini lah jadi nya..;)

well kali nie aku nak cerita pasal life baru aku kat kolej baru, dulu ade aku janji nak kongsi, baru sekrang dapat kongsi, so far ok lah bilik ni, memang selesa dan sangat sejuk lagi2 bila hujan, nak2 belakang bilik aku nie dah kebun rambutan, lagi lah sejuk, oxygen yang berlebihan kan...

meja study ;)
yups, sangat kecik!!

sebulan jugak lah aku tidur meringkuk,pheww dah tue aku dengan roomate aku jenis tak reti nak slowkan kipas, masing-masing meringkuk,nasiblah minggu lepas aku kena balik rumah sebab nak ambil baju kurung, hihihi aku memang tak suka pakai baju kurung, sebab ade finishing school 22-23/10 nie, hah pasal nie aku akan terangkan lagi next entry...

katil +sleeping beg + beg + selimut +bantal+ bantal peluk kesayangan

alang-alang dah balik aku bawak lah segala benda, yangpaling penting sleeping beg aku, pergg best gila tidur dengan sleeping bag, selimut aku busuk kesayangan aku tue pun aku sanggup ketepikan, rasa suam-suam je tidur...korang tak percaya? cubalah rembat sleeping bag sesiapa, tidur time sejuk-sejuk, memang nyaman habis!!..ala-ala tidur dengan comforter dalam bilik ber air-cond dan suhu 16 Celsius ,best kan..;)

then paling tak syok, bulan nie je dah 3x tak ada air, punca nya manusia paling bangang pergi curi cable kat tangki pam air depan UPM, shittosh punya pencuri, tamak pulak tue, pergi kerat semua cable,nasib baik tak sempat lari, nah ambil lah kau, harap-harap penjara seumur hidup lah kau, hidup pun menyusahkan orang lain!!

ni lagi satu cerita, korang pun tahu yang aku suka buat benda pelik2,pagi tadi aku buat experiment untuk subject kimia aku, aku nak buat moisture content, so dengan bangga nya aku timbang lah petri dish aku tue, aku dah perasan satu lagi tue plastic dan lagi 1 kaca, entah lah..otak aku ni setting klo dah petri dish gerenti masuk oven xkan cair eventhough plastic..

selamat tinggal petri dish..;'(

so dengan keyakinan yang maha tinggi nya, aku pun masuk lah dalam oven, selepas 5 jam, aku tengok petri dish tue udah kembung-kembung, agak kecuakkan disitu, bila belek-belek dia dah kemek sebelah,ahahahah terus lah aku ambil dan senyap-senyap buang...maaf lah doc, saya dah jahanamkan barang lab doc, hihihi, saya masih belajar, sila tunjuk ajar!!


sampai sini dulu aku bebel okeyh, aku nak buat air coffee jenama gaharu cafe, hurm menarik...next entri aku akan cerita pasal kebaikan gaharu ni ok..see u later

********************************
FULL STOP

missblurry

Friday, October 7

jom jumpa kaunselor

hello semua, kali ini aku nak kongsi video yang kawan aku buat khas untuk student UPM, video ini pasal promote untuk bebudak bermasalah berjumpa dengan kaunselor ...

bagus juga pasal video ni, sebab bagi aku ada benar nya, aku sendiri tak tahu dan kemungkinan besar, rakyat malaysia segan untuk berkongsi masalah yang ditanggung seorang diri dengan orang yang kita tak kenal, and some of them fikir tak ada guna nya jika kita jumpa kaunselor sebab tak dapat pape, yang dapat cuma mulut berbuih...

tapi bagi aku pula, aku rasa bagus jumpa kaunselor yang berdaftar ni, sebab sekurang-kurangnya kita release tekanan yang kita pikul tue, plus dia boleh bagi pendapat untuk buat tindakan, even kawan-kawan yang rapat pun boleh juga nak bagi idea tapi cuba cerita dengan aku kawan mana yang ada sebelah kita bila kita mengalami kesusahan??

so, macamane pun kita tetap kena jumpa pakar untuk selesai kan masalah tue, TAPI macamana pakar pun seseorang itu, atas diri kita juga untuk bertindak menyelesaikan apa yang tersirat,tak ada siapa boleh mengubah sesuatu benda melainkan diri sendiri dan juga tuhan..

tak perlu nak malu untuk berbicara hal yang mungkin mengaibkan kita, tapi dengan ada nya orang yang boleh mendengar masalah dan beri nasihat, ia buatkan kita lebih rasa yakin dengan diri kita sendiri, kita tak akan rasa kekurangan dari orang lain, so sesiapa yang ada masalah tue, cuba-cuba lah cari kaunselor untuk luahkan apa yang tersirat dalam hati...tak banyak tapi sedikit pun jadi lah,asalkan dapat luahkan apa yang terbuku di dalam hatI dan tak bertindak di luar jangkaan...

well malas nak cerita banyak, enjoy the video..



 

*credit to shahir yusof

********************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, October 4

dogathon 2011-UPM

hari ahad lepas adalah hari terbesar buat fakulti veterina UPM, event yang ditunggu-tunggukan bagi pecinta pet bernama anjing, kalau tak silap aku, tahun lepas or before pernah masuk malaysia book of record, sebabnya berjaya kumpul sebanyak 1k++ ekor anjing...

issue pasal hukum hakam malas aku nak berbicara, issue2 agama nie sensitif sikit, so baik aku diam sahaja,asalkan aku tahu apa aku buat..memang anjing-anjing kat sana comel-comel belaka, paling geram lion dog lah, sebiji macam lion,mata sudah lah sepet...kesian tengok dia, macam tak nampak jalan je...ahahah

yang comel-comel,kecik-kecik pulak aku rasa rimas, sebab nya merata-rata and then aku rasa macam nak sepak je sebab terlalu comel...ketot-ketot je, jalan macam tak cukup langkah...eheheh..

yang besar kedabak tak agak-agak, memang aku seram...pheww...aku akan lari jauh kalau dekat-dekat dengan aku, seriously aku langsung tak berani,german shepherd ada orang bawa, mak datuk, sekali dia duduk sama tinggi paras pinggang tuan dia dah..agak bahaya jika dia naik gila...nasib baik dia ok...

well malas cerita banyak, aku nak sharekan sedikit sebanyak picture yang sempat aku snap...enjoy !!

*****************************************

lion dog 

macam husky



* special thanx to my junior ida sebab bagi pinjam sabun tanah liat taharah, u made my day sis!!

********************************
FULL STOP

missblurry