Monday, December 26

#2011memories


nampaknya tahun 2011 dah semakin ke penghujungnya,sedar tak sedar,setahun dah kita lalui kan, sekejap nya masa itu berlalu,pantas tanpa menunggu kita walau sesaat, tapi kita?hurm fikirkanlah sendiri dimana tahap kedudukan anda sekarang ni

well kat dunia twitter pun trend sekarang adalah #2011memories, so aku nak list kan seberapa benda yang aku masih ingat peristiwa pelik-pelik,lawak dan sedih sepanjang 2011, walaupun masih awal, tapi penduli lah..hehehe

#2011memories

januari 
  • aku terpaksa repeat paper kuantitatif yang 4 jam kredit,dan dpt c+ sahaja..errr
  • 1st time in my life, aku bawak 24 jam kredit.
  • 1st time juga,aku rasa diri ni sangat hina,thanx backstabber 
  • aku baru sedar,mata aku sepet sebelah, ini serious!
  • 1st time aku jumpa kopi brand adabi.

february
  • kembali nostalgia,aku buat milo iron setelah beberapa tahun aku tak buat,korang?
  • filem terbaik sepanjang hayat aku untuk tahun 2011, merong mahawangsa, good job my bro ;D
  • melepak roof top setelah bergelar remaja,hurm...
  • kali kedua aku mengundi untuk pilihanraya kampus, jujurnya aku pilih rupa...jiahhhhhahhahah
  • 1st time aku berniaga di ipta, still remember?bread corner ;D

march 
  • 1st time dalam hidup aku juga, aku pergi kelas guna beg plastic selama seminggu,gara2 tali beg putus dan tak ada beg lain, sob sob ;(
  • 1st time jejak kaki di ampang look out, sangat cantik view dia ;D
  • 1st time hidup aku huru hara sepanjang aku berada di alam IPTA

april
  • 1st time aku kena buat suart sebab attendance tak cukup 80%,macam bangang je reason aku dalam surat tue, argg!
  • 1st time budak kantoi depan mata aku,bawak jantan masuk kolej!kau loser !
  • sergah pekerja kebun di UPM,dan dapat durian free, hee thanx pakcik !
  • dihalau darfi kolej 13,arg! part paling tak boleh blah, bongok lah 

may
  • aku baru mula belajar minum fresh milk,ok tak lawak,memang aku baru belajar minum, teeheeee
  • aku berpisah dengan roomate yang almost 2 tahun aku 1 bilik dengan dia,dan yes, admit aku sangat sedih!
  • finally,am touched down "the land under the wind", memori tak akan dilupakan,;D

jun
  • cerita kungfu panda II, buat aku menangis dalam panggung,ok over, i mean buat aku touching,yes, aku belum menangis lagi, errrr ;D
  • 1st time kerja sebagai promoter novel,eventho aku peminat novel,tapi tak semua aku baca,dan aku terpaksa kelentong customer untuk naikkan sale..err tak jahat kan,lumrah lah jadi promoter, mulut kene manis bai!

julai
  • kerja giler!aku makan maggie kari cicah biskut kering, errr oh reason nya biskut itu aku jadikan sebagai lauk, logik kan..hihihihi
  • kasut kesayangan aku hilang lagi, jilaka punya pencopek!

august
  • 1st time aku sambut dan berpuasa dengan family cukup sebulan since aku bergelar seorang pelajar IPTA,
  • sambut raya dengan penuh girang, errr kot
  • berakhirnya cuti aku yang sangat lama dan tak buat pape,errr otak aku sangat tepu masa ni

september
  • bermula semester baru sebagai final year student,;D
  • bermula nya kehidupan di kolej baru dan suasana baru, not bad!
  • pergi nya seorang sahabat, semoga kau ditempatkan dengan orang yang beriman,amin.
  • 1st time aku publish muka aku di blog, ;D

October
  • pesta konvo UPM paling best sepanjang aku di UPM, terbaik !
  • 1st time tengok kuda kepang depan mata, err macam tipu pun ada macam betul pun ade diorang kene rasuk tue, no comment!
  • diganggu entiti dengan penuh dasyat, main kuku la pulak dia...

november
  • bermulanya kepeningan otak untuk settlekan proposal FYP.damn!penat  la giler..
  • 1st time aku sangat penat dan sampai tahap fed up layan assignment,seriously!
  • mencari marine borer sampai demam yang melampau.demi assigment !
  • settle presentation FYP, alhamdulillah,tak banyak komen...;D

december
  • mula minat untuk mencuba makanan korea, ada reason kenapa,nanti aku cerita bila tiba masanya, tunggu!;D
  • kawan aku merangkap housemate zaman diploma aku kahwin,tahniah joe, ;D
  • 1st time buat lawatan kilang perabot dan kilang kertas,yang pasti kilang perabot itu, banyak auta dari fakta,jangan ingat kami student tak pernah kerja boleh tipu bodoh2 gitu, kami masih ;agi boleh fikir dengan waras, peace!
  • dan semesti ni ini bulan terakhir untuk tahun ini,;D
  • last but not least, pengakhiran aku untuk tahun ini kurang best,kena study sebabnya ada exam 4 hari lepas tue, dammit,aku benci perasaan ini!!!


maka dengan list yang aku buat ini adalah yang berlaku pada diri aku sepanjang tahun ini, ada benda yang aku lupa dan tak ingat,tak tahu baik atau tidak peristiwa itu yang pasti aku sudah pun laluinya.aku mengharap tahun akan datang adalah tahun yang lagi baik untuk diri aku yang hina ini,;D

korang pula?ape cerita?ok ke life korang untuk tahun ini??

*******************************
FULL STOP
missblurry

1 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

ok...tak pernah jumpa kopi brand adabi :p

Good luck for ur exams anis :)