Friday, December 16

kalau depan mata


semalam aku pergi 1 day trip ke bentong, lawat kilang kertas untuk subject pulp and paper technology. yup, memang aku excited tapi nya tahap excited aku tue cuma 5 minit selepas bus bergerak, mueheheh...

lawatan ke kilang benda yang paling boring sekali, unless lawatan kilang yang produce benda yang tak dapat akal aku nak fikir macamane diorang buat barang tue, kalau kilang kertas yang serupa je macam aku buat time amali, so tak la excited beno kan.

well stop cerita lawatan yang membosankan ni, aku nak cerita lepas aku pergi kilang tue, on the way balik ktorg pakat dengan lecturer (actually dia yang pakat dengan ktorg) singgah ke bukit tinggi, aku mengaku aku orang pahang, belah raub lagi, dan aku mengaku yang aku belum pernah jejak lagi bukit tinggi ni, eheheheh

pun excited juga, tapi bila sampai kat atas, dan aku hanya mampu pandang macam gitu je, tak ada pape pun, biasa2 je aku rasa, entah lah, mungkin geng gila aku tak follow, so benda yang boring tetap jadi boring kalau kita sendiri tak create benda tu jadi happy kan?

so, apa aku nak sampaikan, bila sesuatu benda yang ada depan mata, kita memang susah nak pergi,(maybe aku je kot) i mean kita tak teringin nak pergi sebab mengadap benda tue, sejujurnya aku mengaku lagi, aku belum jejak menara kl,sekadar jejak bawah pernah tapi naik atas belum lagi, macam gitu juga KLCC,suria tak usah cakap tapi jambatan dia, belum lagi aku teringin nak jejak,

aku rasa banyak lagi tempat yang depan mata aku, aku tak jejak lagi, mungkin bila dah duduk jauh baru lah gedik2 nak pergi, biasa lah kan, typical person memang macam gitu, manusia!! asal depan mata langsung tak endah nya, bila dah tak ada depan mata, baru lah kata rindu, menyesal kan?dan kata2 ini, adalah 2 dalam 1,;D

badan aku pun dah gatal minta dimandikan so wa stop sini dulu, chauw

******************************************
missblurry

0 ,000 yang sedang blur: