Tuesday, March 27

final year of college life #16 - sukarelawan zoo taiping


hari sabtu lepas 24 march aku follow program under rakan muda,program sukarelawan zoo taiping bersama anak yatim/miskin Nur Qaseh,well mula-mula aku fikir nama tak ada dalam list memandangan program-program macam ini memang dapat sambutan,dan alhamdulillah, nama aku dan geng dalam senarai,macam biasa memang aku excited nak pergi,excitednya sebab dapat berjalan dan tengok binatang..hihihi

so hari pertama kita orang gerak lambat sikit,petang pukul 4, sampai sana pun sudah malam pukul 10,kalau dah nama pun program, memang tak akan lari dengan aktiviti indoor game dan ice breaking, arggg aku benci ice breaking, sebab aku tak tahu nak introduce apa pasal diri ni.memang failed!

besoknya baru lah aktiviti mula, sampai pun dalam pukul 10, perasmian dan bahagikan adik-adik dari rumah anak yatim kepada kumpulan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ktorg dah devide malam sebelum..well biasa je sebenarnya, just ronda-ronda dalam zoo dulu guna train diorang tue,then baru buat kerja sukarelawan, sapu-sapu sampah je,

bila kita dengan sukarelawan zoo jer sure fikir mandikan segala binatang and bersihkan kandang diorang,actually tak,tak semua zoo bagi buat macam gitu,just bersihkan luar kawasan je, but its ok, still leh lepak-lepak dalam zoo,seriously memang aku teruja sesangat, jakun aku tengok segala binatang dalam zoo tue,maklum lah zaman kecik-kecik pergi zoo langsung tak ada perasaan, now dah besar dah faham apa itu binatang, baru lah excited...

aku and geng ditugaskan bersih area luar kandang singa,musang,dan babi hutan....erm setiap kali train lalu,dan pakcik yang bawak train tue akan cakap.."sebelah kanan anda adalah babi hutan" tapi yang buat aku hangin dorang bukan pandang babi tue tapi semua toleh ke kiri yang ktorang tengah menyapu, siap ada foreigner tangkap gambar, haish....makcik,akak, abang, tok,nenek...babi belah kanan okeyh..bukan kiri!! sentap mak tau!

dan untuk group aku, aku dapat 3 lagi ahli baru, iaitu adik-adik dari rumah anak yatim, syahril (darjah 6), alif (form 1) dan hafizi (form 2), mula-mula memang diorang malu-malu, lama-lama tak ada nya,ramah je, ok lah,seronok juga buat aktiviti dengan diorang, aktivit ni habis pukul 3 petang sebabnya cuaca tak mengizinkan ktorg terus gotong royong dalam zoo tue,

so lepas majlis penutup, kami semua hantar adik-adik pulang ke rumah, hurm part ni memang menyedihkan,liku-liku paklong dan maklong berusaha membuka dan menjaga anak-anak yatim sangatlah menguji keimanan, semoga family besar ini dirahmati,aku tak nak cerita kisah sebalik setiap anak-anak ni, yang pasti mereka sememangnya kuat harungi cabaran tue,menurut pak long (pengasas rumah anak yatim) dia memerlukan bantuan dari segi mengajar anak-anak ni dalam subject english dan juga math,

so for those yang berhampiran dengan rumah anak yatim di kamunting ni,boleh lah melawat mereka, alamat ada di facebook ini rumah anak yatim/miskin amal nur qaseh. well, dah panjang sangat kot aku membebel, so jom layan gambar yang tak seberapa ini.....layanzzzz

kesian dia nie,macam tak ada life

si comel memerang



anak-anak,syahril,hafizi, alif

mr & mrs zebra

dia ni dah nak meradang sebab budak2 
sukarelawan masuk sampai 30 orang 
dalam kandang dia..
so dia bau lain,nasib baik tak mengamuk

konon-konon

si fariz ni memang lawak,
ada ke patut singa cakap babi hutan?
padahal singa tue depan mata dia je...
teruk dah mata dia ni

ini baru babi hutan fariz oi

ini singa ye adik-adik,jangan salah tau

hai kawan

seriau aku masuk kat kawasan kandang harimau & singa ni
dia tenung macam nak telan-telan je...pheww

honey bear


**************************************
FULL STOP

missblurry

Friday, March 23

fakulti perhutanan hutan simpan ayer hitam,UPM

pada hari rabu lepas bersamaan 21 march 2012, berlangsungnya perasmian pusat pendidikan perhutanan ayer hitam puchong oleh sultan selangor iaitu sultan Idris Shah, well aku sebagai salah seorang student fakulti ni, should be kene hadirkan diri, tapi disebabkan kekurangan bus di kawasan kolej maka, AKU KENE TINGGAL OLEH BUS.....waaa sedihnya

kempunan aku nak jumpa sultan selangor in real life,arggg sudah la angan-angan aku masa konvo poli dulu nak ambil scroll dengan dia tak dapat, kali ni pun tak ada peluang...tapi motif utama aku adalah nak tengok sendiri rupa fakulti dalam hutan tu,yang betul2 hutan dan banyak momok...hihii

tapi tak apa lah,insyAllah ada rezeki aku akan tengok sendiri,and im proud to be apart of forestry student,aku sudah tak kisah apa orang lain bagi pandangan pada course ini,so malas nak cerita korang tengok sendiri la video yang staff fakulti perhutanan dah hasilkan....layanzzzz





missblurry

Sunday, March 4

kuching,sarawak

hey yo, sorry guys,lately aku tak ada mood nak update entry,lagi pun life aku semakin suram dan sepi, tak seceria dulu yang banyak benda aku menggilakan diri..eheheheh

seminggu sebelum aku masuk kuliah, aku pergi melancong dulu ke kuching sarawak,alhamdulillah,impian aku tercapai nak touch down kat bumi kenyalang tue.walaupun sebenarnya tujuan aku ke sana hantar rombongan cousin aku,tapi penduli apa kan..ehehhe

well sarawak not bad, but quite boring, ngeee sorry warga kuching,aku pun tak berjalan sangat,sekadar pusing bandar kuching dan berjalan-jalan di pasar sarikin and area that.

for those yang nak melancong as a backpackers ke sana,aku syorkan pergi ramai-ramai sikit,baru happening,then carilah mana2 van yang boleh disewa satu hari sekali-sekali dengan pemandu nya,so korang kerah lah beliau bawak jenjalan,nak jalan sendiri memang tidak sebab kawasan dia sangat jauh,nak pusing bandar kuching nak tunggu public transport pun agak lama.

tapi part paling best adalah makan di RJ ayam penyet,korang kalau jejak kaki di kuching adalah wajib makan kedai ini, sumpah sangat sedap dan ayam dia gila besar,paling best adalah sambal dia,perggg paling terbaik,sampai boleh mintak semangkuk sambal dia, harga not bad, rm 7.90 sahaja untuk ayam penyet,sangat kenyang dan puas hati, opsss sorry aku tak snap pix sebab nya masa ini aku pergi dengan anak kawan mak aku,heee segan nak snap dan lagi pun ktorang makan dalam gelap..ahahahahha

well typical kalau pergi serawak,sure memborong pasu-pasu sarawak,kek lapis,barang-barang kraftangan dari sana,memang lawa dan cantik tapi malangnya aku bukan jenis kaki shopping,jadi aku window shopping cuci mata saja,eheheh jimat tak?ahahha

oh malas aku berbicara banyak-banyak,why not korang tatap lah picture yang tak seberapa aku ni...weee, dan niat nak naik genting belum kesampaian lagi..argggg

pelancong dari zimbabwe
pasar minggu sarikin

pasar minggu satok


garden accessories 
taman denesor

tasik biru,bau


my mom at water front.shopping wook

kuching ;D

sungai kuching

indah ciptaan-Nya

*******************************
FULL STOP

missblurry