Tuesday, March 27

final year of college life #16 - sukarelawan zoo taiping


hari sabtu lepas 24 march aku follow program under rakan muda,program sukarelawan zoo taiping bersama anak yatim/miskin Nur Qaseh,well mula-mula aku fikir nama tak ada dalam list memandangan program-program macam ini memang dapat sambutan,dan alhamdulillah, nama aku dan geng dalam senarai,macam biasa memang aku excited nak pergi,excitednya sebab dapat berjalan dan tengok binatang..hihihi

so hari pertama kita orang gerak lambat sikit,petang pukul 4, sampai sana pun sudah malam pukul 10,kalau dah nama pun program, memang tak akan lari dengan aktiviti indoor game dan ice breaking, arggg aku benci ice breaking, sebab aku tak tahu nak introduce apa pasal diri ni.memang failed!

besoknya baru lah aktiviti mula, sampai pun dalam pukul 10, perasmian dan bahagikan adik-adik dari rumah anak yatim kepada kumpulan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ktorg dah devide malam sebelum..well biasa je sebenarnya, just ronda-ronda dalam zoo dulu guna train diorang tue,then baru buat kerja sukarelawan, sapu-sapu sampah je,

bila kita dengan sukarelawan zoo jer sure fikir mandikan segala binatang and bersihkan kandang diorang,actually tak,tak semua zoo bagi buat macam gitu,just bersihkan luar kawasan je, but its ok, still leh lepak-lepak dalam zoo,seriously memang aku teruja sesangat, jakun aku tengok segala binatang dalam zoo tue,maklum lah zaman kecik-kecik pergi zoo langsung tak ada perasaan, now dah besar dah faham apa itu binatang, baru lah excited...

aku and geng ditugaskan bersih area luar kandang singa,musang,dan babi hutan....erm setiap kali train lalu,dan pakcik yang bawak train tue akan cakap.."sebelah kanan anda adalah babi hutan" tapi yang buat aku hangin dorang bukan pandang babi tue tapi semua toleh ke kiri yang ktorang tengah menyapu, siap ada foreigner tangkap gambar, haish....makcik,akak, abang, tok,nenek...babi belah kanan okeyh..bukan kiri!! sentap mak tau!

dan untuk group aku, aku dapat 3 lagi ahli baru, iaitu adik-adik dari rumah anak yatim, syahril (darjah 6), alif (form 1) dan hafizi (form 2), mula-mula memang diorang malu-malu, lama-lama tak ada nya,ramah je, ok lah,seronok juga buat aktiviti dengan diorang, aktivit ni habis pukul 3 petang sebabnya cuaca tak mengizinkan ktorg terus gotong royong dalam zoo tue,

so lepas majlis penutup, kami semua hantar adik-adik pulang ke rumah, hurm part ni memang menyedihkan,liku-liku paklong dan maklong berusaha membuka dan menjaga anak-anak yatim sangatlah menguji keimanan, semoga family besar ini dirahmati,aku tak nak cerita kisah sebalik setiap anak-anak ni, yang pasti mereka sememangnya kuat harungi cabaran tue,menurut pak long (pengasas rumah anak yatim) dia memerlukan bantuan dari segi mengajar anak-anak ni dalam subject english dan juga math,

so for those yang berhampiran dengan rumah anak yatim di kamunting ni,boleh lah melawat mereka, alamat ada di facebook ini rumah anak yatim/miskin amal nur qaseh. well, dah panjang sangat kot aku membebel, so jom layan gambar yang tak seberapa ini.....layanzzzz

kesian dia nie,macam tak ada life

si comel memerang



anak-anak,syahril,hafizi, alif

mr & mrs zebra

dia ni dah nak meradang sebab budak2 
sukarelawan masuk sampai 30 orang 
dalam kandang dia..
so dia bau lain,nasib baik tak mengamuk

konon-konon

si fariz ni memang lawak,
ada ke patut singa cakap babi hutan?
padahal singa tue depan mata dia je...
teruk dah mata dia ni

ini baru babi hutan fariz oi

ini singa ye adik-adik,jangan salah tau

hai kawan

seriau aku masuk kat kawasan kandang harimau & singa ni
dia tenung macam nak telan-telan je...pheww

honey bear


**************************************
FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Anonymous said...

besh kan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Edzlin said...

nak tergelak part pelancong pandang korang tu :) bestnya dapat tgk haiwan dekat2.