Seperti yang aku katakan, pantai aonang,krabi adalah
pantai yang sangat sesuai untuk bermanja sayang dengan pasangan sebabnya
keadaan yang sangat tenang dan tiada gangguan langsung kat situ, for those yang
rasa hampir sakit jiwa tu, dan nak ke luar negara, aku suggest sangat ke krabi
ni, murah dan sebelah Malaysia saja.
Ok melalut, aku sambung balik cerita pengalaman dari
sana ke Bandar hatyai, sebelum ada sorang kawan aku ni sungguh berangan nak
mandi laut di pagi sebelum kami berangkat ke hatyai, memang dah bangun, alih2…
“ hurm…wei bangun dah pukul 9”,katanya...
“haaa, aku aku malas nak mandi, nak tidur!”,
balas aku
sambil mata sebelah dah terbuka, yang pasti aku Nampak dan terasa katil tu
bergegar, dan yup memang semua orang sambung tidur dengan lena nya! Bilik
sebelah?jangan kata lah, langsung tak sedar walhal janji nak manid pukul 9 pagi
tu, ha ha ha, Check out dan terus menuju ke stesen bus yang ambil
masa lebih kurang 30-45 minute,ya aku rasa sangat jauh dari Bandar ke pantai
aonang ni, tunggu bus sambil mata dah terkebil-kebil nak sambung tidur, perjalanan
yang jalan agak kurang sopan dan pemandu bus yang sangat “sopan” membuat kan
aku langsung tak lena tidur, peh, seram cara dia bawa bus, dan angan-angan
terhenti disitu untuk tidur dalam bus.
Sampai di Bandar hatyai yang ambil masa 3-4 jam dari krabi,
terus saja cari tuk tuk dan berhenti di stesen kereta api sebabnya nak balik
Bangkok naik train, Alhamdulillah ticket ada untuk keesokan hari nya,Cuma yang
tinggal bench atas saja,tak kisah janji balik Bangkok,selesai urusan ticket,
kami cari hotel yang dekat-dekat dengan rain, 2-3 hotel saja kami survey,sebab
hari dah petang dan nak kejar floating market,kami tidur di hotel ladda
guesthouse, sangat selesa!bersiap-siap dan terus keluar ke floating market.
Kami gerak ke floating market pukul 6 petang dan janji
dengan makcik tuktuk ambil masa 2 jam saja di sana, ikutkan masa sebetulnya
adalah 2-3 jam,sebabkan kami yang duduk Bangkok dan dah lama tak jumpa makanan
proper yang layak panggil makanan,so kami banyak habiskan masa di floating
market bahagian makanan, adalah lah dekat sejam disitu, so bahagian atas
kawasan jual pakaian dan cenderahati, agak kelam kabut kat situ, tak dapat
pusing secara lemah lembut, nasihat aku jangan janji tuktuk untuk tunggu, just
pergi je, sana pun ada tuktuk juga,but kalau rasa kurang selamat boleh deal
pergi balik but ambil masa untuk 2-3 jam, seperti biasa, kami cari baju dan
fridge magnet adalah wajib, serta air dalam bekas tanah liat.itu simbolik di
floating market hatyai.murah saja range 25-35 baht ikut size cawan itu. Baju
pula standard price 100-200 baht ikut design,kedai dan size.
Dari floating market kami balik hotel dulu then keluar
balik pukul 8.30 malam, terus ke night market yang dikatakan tempat shopping
yang murah, serious memang murah,tapi disebabkan Bangkok yang lagi dunia
shopping so kami rasakan better berjimba di Bangkok, lagi murah dan lagi banyak
pilihan, 2 jam juga pusing night market tu,besar dan memenatkan serta boleh
pengsan,sebab iada perudaraan, tempat yang tertutup, peh..bagi aku tidak sesuai
untuk warga tua yang tua, maksud aku golongan nenek-nenek, setakat mak dan
bapak umur 50-60 tahun, boleh lagi redah market tu.
deKat sana kami Cuma hilangkan lemak dan minum air, then
balik bilik lepak dan rehat, keesokkan hari nya, train kami pukul 6 petang, dan
pagi itu terus checkout dan simpan beg di stesen keretapi tu, ada tempat
penyimpanan luggage, kami tak round jauh pun, sebab rasanya hatyai pun tak ada
apa sangat, kalau ada ke songkhla, tapi ambil masa 2 jam nak kesana, so just
round sekitar hatyai, malangnya hari ahad dan sunyi sepi, sesepi sepinya, kedai
semua tutup.sadis!pusing punya pusing, ronda-ronda kedai tepi jalan, lastly
kami Tanya pakcik tuktuk untuk ke sleeping Buddha, tak jauh pun dan tak ada
apa-apa yang ada Cuma slepping Buddha yang sangat besar, bergambar untuk 10
minute dan terus ke stesen keretapi, masa ni adalah dekat 3 jam lebih kami
duduk tanpa buat apa-apa, peh!kental!
Oh ya, train dr hatyai ke Bangkok adalah train yang
sama dari butterworth- Bangkok,diorang transit di hatyai untuk tukar
train,maksudnya dari butterworth-hatyai adalah train ktm,so diorang transit di
hatyai tukar train Thailand untuk ke Bangkok, dalam ticket kami berlepas pukul
6.45 petang, tapi train tu dah ada since pukul 5.00 ptg,memang ada announcement
tapi dalam bahasa Thailand, so bawak-bawak lah bertanya bila Nampak train
berwarna unggu, kebetulan ada sorang mamat ni kat tandas boleh cakap melayu so
kami terus je Tanya ticket kami tu, dan betul jangkaan aku yang train ungu tu
train ktrog, dia suruh naik dulu sebabnya train ni cacat, dia boleh gerak ikut
suka hati dia je.lagi sekali make sure dtg awal, jangan sampai terlepas train.
Ini pengalaman pertama aku naik train ada katil, dulu
masa kecil-kecil aku naik train dari Kelantan ke mana entah lah, tapi nak balik
kampong kat Pahang. Itu pengalaman paling jauh aku naik train,masa kecik umur 7
tahun aku dah pindah kl dan since dari itu dah tak pernah naik train yang masa
panjang, dari hatyai-bangkok ambil masa 16 jam ( plus 2-3 jam masa delay).
Dalam train ni tak ada power supply, so siap2 bawak power bank untuk handphone
korang,kalau tak memang bosan, sebabnya lepas je staff train datang untuk bukak
katil, masing2 akan duduk dalam capsule sendiri, sunyi dan sepi.
Keadaan dalam train sangat selesa, sejuk?biasa je,
katil atas kecil sedikit dari bawah, tapi harga beza 100 baht sahaja, bawah
boleh tidur 2 orang, memang besar. Bergegar sangat tu tidak la, mungkin akan
terasa di awal perjalanan, lelama memang tidur lena dan selesa berbanding tidur
dalam bus,ye la sebab ada katil boleh menonggeng2 sesuka hati, aku lagi rela
naik train yang lama sedikit jika x kejar masa dari naik bus yang boleh patah
pinggang!
Sampai di Bangkok atau nama lain nya, hua
lamphong,perasaan sampai di Bangkok, terasa lega, sebab kami selamat sampai sepanjang
perjalanan ke south Thailand, terus je keluar dan ambil train bawah tanah (MRT)menuju
ke chatuchak station, ambil masa lebih kurang 30-40 minit, sampai di situ,
terus naik teksi dan balik ke pangkal jalan, kasetsart university.
Sampai je dormitory, dah tak banyak cerita, terus je
unpacked barang dan rendam baju, yang paling utama adalah, TIDUR, ahahhahaha
perancangan yang secara spontan kelaur dari otak memasing, dan Alhamdulillah,
first journey ini banyak mengajar kami untuk berdikari serta ringan mulut untuk
bertanya jalan dan arah tuju, “malu bertanya sesat perjalanan” tepat sekali!
Nota kaki dan tangan:
1. bagi pandangan aku, sesiapa yang datang dari kl
berhajat nak ke Bangkok dan singgah di hatyai, tak perlu shopping sakan sangat
di hatyai, sebab serious banyak lagi pilihan di Bangkok berbanding hatyai,
harga pun agak murah di Bangkok.
2. walaupun 1 baht itu hanya 10 sen nilainya, tetapi
jangan pandang enteng!berniali 1 baht tu di Thailand, ini serious!
3. plan betul2 perjalanan di hatyai, kalau tak banyak
buang masa untuk tak tahu nak kemana, sebab macam xde ape sangat…he he he
4. ini budget dari krabi – hatyai :
Train ke Bangkok – 855 baht
Ladda guesthouse – 172 baht ( 172x5= 860 untuk 2
bilik, harga bilik untuk 2 orang berbeza sikit, tak banyak beza nya)
Makan di floating market – 135 baht
Tuktuk floating market – 100 baht (100x5= 500 [pergi
dan balik,untuk 2 jam shopping])
Tuktuk nightmarket dari ladda hotel – 40 baht (
40x5=200 baht pergi dan balik [ yang ini ambil asing tuktuk,])
Tuktuk bus station – stesen keretapi -30 baht
(30x5=150 baht)
Tuktuk ke sleeping Buddha – 60 baht ( 60x5= 300 baht
[pergi dan balik tuktuk yang sama])
Bekal makan dalam train (7eleven)-192 baht
Sarapan di kedai muslim – 124 baht
Ticket MRT ke chatuchak – 40 baht
Teksi chatucak-KU – 13 baht (13x5=65 baht)
Shopping baju dan magnet – 460 baht
Lain-lain – 60 baht
Total : 2411 baht sahaja atau RM 241.10
*****************************************