Tuesday, February 19

kesepian


zasss zasss zasss zasss...

itulah yang bunyi di dalam rumah aku sekarang ni, sunyi malah sepi ...sesepi embun pagi di kampung halaman..ok tipu, kat kampung pun lagi riuh, riuh bunyi burung,ayam itik angsa...kan?oh lupa, tadi tu bunyi kipas siling, ;D

kawan aku baru je balik ke kampung halaman dia, adik and akak aku masing-masing di hostel, yang tinggal my mom n dad,hurm...bosan dan merimaskan bila tidak buat apa2,

well, sebenarnya aku dah boleh start kerja di payless paradigm hari rabu ini iaitu esok, tapi disebabkan urusan dengan UPM belum abis lagi, maka aku terpaksa cancel kan,tak apa lah, mungkin bukan rezeki aku kali ini, rezeki ditempat lain agaknya.

perjuangan hampir 4 tahun akhirnya berakhir, permulaan yang agak tragik bila aku dapat tawaran dan perlu mendaftar diri dalam masa 3 hari sahaja, dan berakhirnya sebuah "percutian" selama 5 bulan di bumi thailand, sesuatu yang aku tak jangka akan berlaku.

macam orang lain kata, kita merancang itu ini, tapi at the end perancangan itu akan berubah secara drastik nya jika kita pandai untuk mengambil peluang dan pandai untuk mengubah kehidupan kita. kalau tidak, macam gitu sahaja lah life kita di alam IPTA.

after this, semuanya akan bekerjaya dan buat hal sendiri atau dengan kawan baru,persekitaran baru, mungkin. dan gaya hidup baru, yang aku harapkan persabahatan yang terjalin ini, tidak akan berakhir selain mati,insyAllah.

kepada kawan-kawan seperjuangan, teruskan kaki melangkah, lagi jauh kita pergi lagi terbuka minda kita, yang penting berani untuk mencuba.sampai sekarang, masih lagi aku terfikir, kemanakah dan dimanakah dunia aku selepas ini?

aku akan terus menanti ........



my mom seksa jiwa aku dengan lagu-lagu macam ni, dia pasang radio buka klasik national,
mana boleh aku sorang je,so korg pun kena dengar ok?





*setiap perjalanan mesti ada liku nya, dan setiap liku itu ada pengajaran serta pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan


*************************************
FULL STOP  
missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

InsyaAllah ada kerja yang bagus nanti.

Boring2 tu, masaklah hari2. pastu update kat blog hehe.

Unknown said...

alhamdulillah, berjumpa kita nanti di alam pekerjaan inshaAllah..

btw thanks for tips kinohimitsu tu.. ;)