Friday, February 22

practical #7 - Food Festival


aktiviti yang aku akan cerita kan ini merupakan 1st aktiviti yang pihak fakulti perhutanan kasetsart university sediakan untuk ktorg, kemungkinan sengaja untuk merapatkan hubungan atau memberitahu pada warga fakulti bahawa ada pertukaran perlajar serta sesi perkenalan dengan menggunakan makanan...hurmmm term yang tepat untuk sesuatu perkara, maklum la, makan harus ada, itu perkara wajib 

cuak juga lah apabila ambassador fakulti iaitu faras,oh lupa nak beritahu, alhamdulillah, kami punya perjalanan ada licin sikit sebab ada bantuan pelajar islam dan boleh bertutur melayu tetapi slang kelantan, he he he. sebabnya mereka datang dari south thailand.





faras beritahu kami yang kami kena masak, dan perlu fikir masakan serta bahan-bahan dalam masa 2 hari. penat juga nak fikir sebab nya kami tahu kalau nak buat sesuatu yang kon gempak, macamana nak cari bahan, so kami pilih nasi lemak lauk ayam rempah. makanan yang setiap warga malaysia suka kan, agak melambangkan malaysia juga untuk nasi lemak ini.

so, aku pun list kan lah segala bahan-bahan dan ada juga minta bantuan dari chef tak bertauliah, pada hari kejadian, kawan aku dua orang ikut pergi pasar pada pukul 5 pagi waktu thailand, agak dan sangat awal. mengikut cerita dari kawan aku tu, diorang pergi tanpa mandi, he he he.. sebabnya dah terlambat, ingatkan diorang yang paling busuk, rupanya ada lagi busuk.

diorang pergi 2 orang wakil malaysia, faras dan kawan dia salwa tugas bawak ke pasar, dan 2 orang wakil indonesia, festival ni 3 penjuru, thailand, malaysia dna indonesia. yang wakil indonesia ni lagi sempoi, sudah lah tak mandi tambahan lagi pakai baju tidur saja ke pasar..hamboi!!! yakin yang amat.

kawan aku, noq dan kid bukan nama sebenar dah melopong tengok gaya diorang, masing-masing tahan gelak apabila nok ni sedar yang salah seorang dari wakil indon ni berpakaian kurang sempurna errr perlu di censor kerana ada unsur kelucahan di sini. biasalah kan, benda2 macam ni yang luar jangkaan pasti buat kita scan dari atas sampai bawah. mungkin diorang fikir pasar tu belakang U je kot?atau mereka di sana memang macam gitu untuk ke pasar?errr itu kurang pasti!

perjalanan ambil masa lebih kurang 35 minute menggunakan teksi.list di tangan tapi masing-masing blur, apa yang di cari tidak jumpa, lagi-lagi untuk sambal sebabnya si faras ni bawak ke kawasan sambal yang dah jadi paste. aktiviti merasa dan bau pun kurang sempurna bila deria rasa belum bangun di awal pagi tu. dengan yakin diorang pun beli dan barang-barang yang diperlukan sudah lengkap.

yang baki lagi 5 orang ini dah siap sedia ke fakulti untuk memasak, masing-masing ada tugas sendiri, basuh ayam, masak ayam, masak sambal dan masak nasi. masing-masing failed tang masak nasi guna periuk besar gajah tu, main terjah je, nasib sempurna dan tidak mentah atau terlalu lembik, nasib menyebelahi kami, tapi perkara paling lucu adalah tang masak sambal dan ayam.

part masak ayam, kuali sudah lah kecik, dan menggunakan direct electric, langsung tak ada suhu adjustment. kami tukar resepi buat ayam masak kunyit, di thailand diorang masak kosong, tak menggunakan kunyit, so bila diorang lalu lalang tengok ayam jadi warna kuning, diorang pelik, tanya macam-macam, bila offer diorang segan nak rasa, ok tak apa, kami kata tunggu dah siap makan dengan nasi, lagi sedap.

part masak sambal pula adalah aku, kerja jadi mudah sebab dah guna paste, dengan yakin aku goreng sampai garing sikit supaya tak sakit perut, tapi makin lama nak masak, aku terbau ada serai dalam paste cili ni. memula aku abaikan, bila aku dah masukkan air asam jawa, aku terus tegur, 

"adah (bukan nama sebenar) kau bau tak ada serai?"

"ada juga, sambal ada serai ke?"

"kalau dah beserai ni bukan sambal lagi tapi dah boleh buat rendang"
bila aku cakap begitu, masing-masing pandang dan senyum, yang adah pula masih pegang besen berisi air asam jawa terpinga-pinga, lama juga membatukan diri, last-last kami minta bantuan, panggil lagi geng lain suruh rasa, betul ke apa yang andaian kami ni, rupanya memang sah, ni paste rendang. tapi sedap dan sangat pedas, lagi sekali sangat sangat pedas.

aku tak ada pilihan, jalan terakhir aku anggap je sambal tu bewarna merah bukan err bukan warna rendang (aku tak sure warna rendang warna apa). masuk air dan gula berkilo-kilo nak hilangkan pedas yang amat tu, adjust punya adjust, last sekali give up, hentam je...lagi pun diorang bukan tahu rasa sambal macamana kan?ahahahah....

so kami pecahkan lagi tugas, yang pergi ke pasar suruh balik dulu untuk tukar baju dan mandi sebabnya acara dah nak bermula, itu pun delay dekat 40 minit juga, masa ni 3 orang balik bilik, nok, kid dan suki, naik motor bertiga, yang ini diorang cerita kan balik bila kami lepak-lepak, sudah lah motor biasa, saiz badan pula S,M dan L. yang penting semuanya tak pernah naik motor bertiga guna jalan university, means jalan banyak kereta lalu lalang. macam-macam aksi berlaku, tak dapat aku nak bayangkan. yang pasti memang aksi badut terkeluar.

kami yang tinggal ni, set up tempat makanan, bila acara dah bermula dan dirasmikan oleh dekan fakulti, acara memakan pula, semua warga staff fakulti datang singgah dan pelajar pun agak ramai, ktorg introduce nasi lemak, sambutan memuaskan, semua lauk habis, dan yang kelakarnya, diorang repeat makan 2x, dan kali ke 3 datang semata-mata nak ayam saja. diorang kata sedap, tadi aku offer malu-malu bila dah rasa ambil tak malu pula, sekali amik 2-4 peha ayam tu,kemain , yang sambal sedap tapi pedas, tapi air yang tak cukup, sudah lah bagi makan pedas, air pula tak cukup, nasib ada water cooler, penyelamat diorang agaknya,
acara mengemas

wakil thailand buat manisan manakala wakil indonesia buat gado-gado. pengalaman yang best sekali sebabnya masak di tengah2 foyer fakulti, kami yang selebet2 masak, orang lalu lalang, tak pernah lagi aku buat kerja macam ni, dengan sambal jadi kuah rendang..

gambar ni di ambil masa yang sama, dan aku pasti tak ada orang lalu,
tapi lembaga hitam itu apa?

*yang penting esoknya semua cirit birit sebab sambal terlalu pedas dan mungkin perut belum lagi adapt dengan makanan thailand, 

**************************************
FULL STOP


0 ,000 yang sedang blur: