Wednesday, February 27

selamat tinggal dunia mahasiswa


semalam pergi ke kampus dan fakulti untuk selesaikan masalah mengenai status bergraduat. sebenarnya aku punya tidak ada masalah tapi kawan seperjuangan aku yang lain bermasalah sedikit. tak akan aku nak lepas tangan dan tarik nafas lega sedangkan kami sama-sama harungi perjalanan selama 3 tahun setengah di UPM kan. so, dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang kawan, aku up to date mengenai nya. hal apa?ok mari aku bercerita.

kami 7 orang kan buat mobility yang bermaksud pertukaran pelajar ke luar negara which is ke thailand, so masa semester lepas memang kami semua sudah key in kan latihan industri dalam sistem pelajar. jadi kami dengan yakin yang tidak punyai masalah apa-apa mengani nya pergi ke thailand tanpa ragu-ragu. kami bertolak 3 september di mana awal seminggu bebudak lain masuk belajar. 3 minggu kemudian tergerak hati masing-masing nak buka ESMP (student portal) untuk tengok status LI tersebut, sekali modul tu dah kene delete oleh pihak akademik, cuak lah juga, kang papehal susah pula, sudah lah jauh kan.

nak dijadikan cerita, apabila kami sudah balik dari bangkok dan present serta hantar report practical, bila nak masuk markah, kerani fakulti (k.liza bukan nama sebenar) kata bermasalah, tak ada nama dalam sistem, hanya aku seorang je yang boleh key in markah. jadi kak liza ni pun telefon lah salah seorang dari kami tanya hal ini, siasat dan bincang punya bincang, rupanya sebabkan status mobility, diorang fikir benda ni mobility, walhal memang mobility tapi jaringan di antara fakulti atau senang nak faham, latihan industry (mobility) 

bukannya pergi sana suka-suka tak ada jam kredit, ada 12 jam kredit dan syarat graduat lagi. kemudian, timbalan fakulti, explain lah habis-habis pasal status ni, dan alhamdulillah pihak akademik faham dan tak banyak soal, semalam bila kami ke sana, segala urusan berjalan dengan lancar. susah juga rupanya, bebudak lepasan diploma yang habis awal dari jangkaan study sebenar nak dapatkan status bergraduat, macam-macam kena check, status setiap subject lah, cukup credit hour lah, bahkan status mobility ni pun di pertikaikan.

so aku nasihatkan, pada student lepasan diploma yang transfer jam kredit, make sure syarat graduat itu ikut apa yang diorang nak, check satu-satu, jangan ambil ringan, kang korang juga yang sakit dan merana. banyak juga kes-kes yang tak sepatutnya berlaku terjadi, benda remeh je, terpaksa tambah semester untuk jam kredit yang sikit, yuran pula kena bayar macam biasa, fuh, gua tak sanggup wa cakap sama lu, buang masa je macam tu.

perancangan mesti kena ada, susun jadual mesti kena dan betul, jangan malu bertanya pada senior, benda baik untuk kita buat apa nak malu bertanya kan?dan ilmu yang kita dapat dari senior jangan kedekut untuk kongsi pada junior-junior lain, tak rugi pun bahkan lagi elok, tolong bangsa sendirisaja pun, tapi jangan lah sampai bongkak pula, mentang-mentang dah senior kan.

alhamdulillah, baucer buku pun aku dapat tuntut sebab nama still dalam sistem walaupun dah graduat, sebabnya nama dia bagi dari semester lepas, tapi kad siswa je aku tak dapat sebabnya kata dah graduat, tak apa lah, bukan rezeki aku. segala urusan sudah selesai, now aku tunggu masa untuk dapatkan surat pengesahan graduat serta tuntutan yuran yang auto tolak semester ni dari bendahari.

aku ambil PTPTN, so UPM memang akan auto tolak setiap hari jumaat minggu terakhir cuti semester, dalam pukul 4 duit bersih yang sudah ditolak yuran akan masuk dalam akaun, haaa detail tak?he he he.aku yang sepatutnya pengajian selama 8 semester tapi transfer kredit maka buat selama 7 semester, so kontrak dengan PTPTN 8 semester, memang akan masuk juga, walaupun aku sudah habis..opss bukan untuk dijoli yer, hi hi hi....

bila semua sudah selesai dan tidak perlu berualang alik ke UPM, maka dengan rasmi nya aku perlu cari kerja sampingan, hurmmm admin or promoter?masih dalam dilema. akan aku ceritakan kenapa aku dilema, ha ha ha, weird enuf or low self esteem ?aku tetap aku, kekurangan itu pasti ada dalam diri, tak perlu takut untuk mengaku diri sendiri.


********************************************
FULL STOP
missblurry

1 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

Alhamdullilah...tahniah. Saya suka pengajian Anis ni. Unik :) Pada sayalah...