Friday, November 29

suan phueng : si kambing biri biri



Minggu pertama di nakhorn pathom memang teruja, sangat! Sebabnya aku terasa berada di kampong sendiri, aman dan damai, tidak jammed udara pun segar, sejuk je…err mungkin tidak kot, panas aku rasa kat sana sebab tak ada hutan, betul-betul lapang.

Well kami kerja 5 hari seminggu,maka hari ahad kami decide untuk berjalan.  Kawan thai kami, pei dan patty ada buat research tempat yang menarik kawasan tu, adalah 2 3 tempat, macam biasa, kalau Thailand memang typical akan kata floating market kan, memang ada tapi kami tak pergi ke sana, sebab jauhhhhh sangat. So kami pergi ke ladang kambing biri-biri. Jiran aku di dormitory ada promote ke sane, memang cantik aku tengok gambar, dan bila search memang itu yang kami tuju tapiii….jeng jeng jeng….ada cerita hampeh tapi menarik bagi aku …

Bila hari kejadian, pei dan patty ke tokong dulu untuk sembahyang, kebetulan hari itu hari bersejarah ke apa entah, semua orang akan ke tokong. kami gerak dalam pukul 0830H,pagi yang tenang dan sedikit panas, jalan kaki ke jalan utama,kebetulan ada bus lalu. Memang lari macam running man,peh nasib baik pakcik bus tunggu, kalau tidak memang kene tunggu lama untuk dapatkan seterusnya.


Perjalanan ke pekan ambil masa 1 jam,jauh dan agak memenatkan,sudah nak sampai ke pekan hujan selebat alam lah pula, it’s ok,sejuk sikit,then sampai ke pekan, naik bus lagi untuk ke pekan sebelah pula,pun ambil masa lebih kurang 1 jam. Kawan thai ktorg Tanya lah orang dekat situ, mcmane nak pergi ke destinasi. Tunjuk jalan pumpang sana sini, kena naik bus lagi,bus ini sangat menyedihkan, bus mini pun lagi cantik, seriously, so perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam untuk ke kandang kambing ni,sangat penat!


Sekali bila sampai…..masing-masing tercengang, apa yang di research dan bayangkan adalah sama sekali lain dan memang sangat lain. Aku dan pei dah pelik2,so layan kan je lah, makan dulu then baru tengok sekeliling, peh kambing nya Cuma tak sampai 20 ekor, bapak sedih, kandang pun kecik yang amat. Porke?? sudah lah kambing ni langsung tak mesra pelancong, punya sombong.


Tapi masing-masing layankan lagi, maklum la budget2 vacation kan, kami ke seberang jalan, ada pameran lilin, not bad, banyak kedai dia and semuanya jual lilin, macam-macam bentuk lilin ada, cantik lah juga. sebenarnya sejarah pekan ni, adalah kambing + lilin tapi aku sendiri tak faham apa relate dua benda ni?aku tanya pei,dia sendiri biol, So kami ronda ada lah dekat sejam, dan terus pei ajak balik sebab takut tak dapat bus, dah puas bergambar kami turun kebawah balik.

Dekat sini baru lah aku tahu yang tempat ni sebenarnya sesuai untuk orang pergi sendiri bukan dengan public transport sebab susah nak dapat bus yang lalu kawasan ni, sebenarnya kawasan ni tepi jalan, bus kami naik untuk datang sini pun berhentikan kat tepi jalan, menyedihkan. Bincang punya bincang, last2 pei and patty bagi idea untuk tumpang orang. YES!


Memang kami tumpang orang, Alhamdulillah, ada yang sudi tolong, memula kami minta suruh hantar ke pekan berdekatan untuk naik bus balik nakhorn pathom, dia setuju, mungkin masa dalam perjalanan, pakcik ni bincang dengan isteri dia, so dia Tanya kami nak kemana dan macamane planning perjalanan kami, bila dia dengar, seperti yang pakcik tu buat andaian masa bincang dengan wife dia, dia bagitahu yang dia akan drop kami ke pekan yang lebih besar dan senang untuk dapatkan bus untuk balik.

Masa ni memang bersyukur habis, sebabnya kalau lah pakcik ni tak tolong, kemungkinan besar memang tidur kat situ, tepi jalan mungkin, memang tak dapat aku nak bayangkan situasi macam ni, ini first time pengalaman aku, memang betul2 budak2 backpackers jenis mat salleh yang berjalan ikut naluri hati.fuh!

Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam, sampai sahaja di Bandar tu terus numb pipi dan muka kena angin, pergh, first time aku duduk bahagian belakang kereta jenis DMAX, dalam keadaan speedy 80-90km/j,mampu?ahahaha, sampai saja destinasi, kami tunggu bus pula, nasib sekejap je dan selese, sampai di nakhorn pathom pula,kami naik teksi, dan perjalanan hanya 30 minit.akhirnya, sampai pun rumah tepat jam 10 malam.

antara yang ada di sini

Sampai di rumah,si mike gila dan kawan-kawan dia menjemput sambil gong gong dan kejar. Ini memang bangang! Jiran sebelah merangkap orang kilang kami, pemandu teksi, pei and patty abis semua tolong halaukan si mike dan kepung ktorg, perh, mike si bangang ni pula hidung dia seinci je dari kaki aku sambil gong gong…bayangkan!menggigil kaki wei, macam haram!memang bodoh mike ni…

Macam-macam benda berlaku, dari saat pertama kami nak pergi hingga saat terakhir kami sampai dirumah, banyak pengalaman yang tak terkata, perjalanan jauh dan bila sampai destinasi yang bukan tempat kami ingin tuju, tumpang kereta entah sesiapa, hingga lah mike si bangang penyambut tetamu. Sangat mahal, sangat! dan  thanks pada kawan Thailand kami yang banyak membantu dan bagi kenangan ini.

Rupanya kami salah kandang, orang kampong salah faham bagi destinasi yang lain, kandang kambing ni ada 2, 1 yang kami nak pergi dan lagi 1 yang kami sampai, kandang kambing yang kami nak pergi ni lagi cantik dan baru buat. Tapi tak apa, semuanya sudah tertulis….

********************************
FULL STOP
missblurry

Sunday, November 17

pengajaran


hey guys,

saya kembali lagi setelah lama gila tak muncul, masihkah ada yang baca blog usang aku ini? heeeee, kalau ada terima kasih, jika tak ada..errr tak apa lah, aku bercerita seorang diri demi kepuasan sendiri...ahahhaha
AKU BUKAN GILA, OK!!!!, eh tercaps pula, macam terasa saja bunyi nya kan?

macam biasa, mesti ada saja benda yang aku nak bercerita, tapi tak tahu mula dari mana, bukan apa, sejak masuk alam pekerjaan ni, rutin harian aku semakin merundum, bosan dan terus bosan, tiada perkara gila yang aku buat, argggg tension jiwa suci aku ni.

apa sekali pun, aku nak cerita kisah bengong tahap unta terbang dekat korang, yes, sangat bengong!, bermulanya kisah si penggali ku,,,,errr si comot yang comel ;D

semalam, bersamaan hari sabtu, aku plan baik punya planning dimana, aku dah rancang lama pasal nak bercuti dan jejak kaki secara rasmi di negeri perlis, maka plan punya plan, aku pun decide untuk beli ticket pada hari semalam,yer semalam, kebetulan kawan aku yang belajar di UTHM minta tolong untuk ambilkan race kit dia di UM, so alang-alang sudah keluar, aku pun terus saja lah ke KL sentral untuk beli ticket train.

bermula lah,..berapa kali mula daaa. ok perenggan kedua (ala-ala karangan BM masa SPM). dengan yakin aku keluar rumah dan naik LRT, sampai sahaja KL sentral, terus saja menuju ke tingkat 1 dan ke ATM ambank untuk draw duit nak beli ticket, sampai saja ATM, aku nampak dia kata system down.ok lah, terus melangkah ke bawah semula untuk keluarkan duit dekat bank lain.

cari punya cari,aku keluarkan di CIMB, malang nya dia kata tidak berjaya,aku cucuk lagi ke perut ATM tu, dan bagi arahan untuk kali kedua, masih lagi gagal katanya,si comot ni dah mula bengang dan cuak.." chip buat hal ke, ATM yang sengal?" kata blurry dalam hati..ok tak apa, tarik nafas dan cucuk di perut orang lain pula, kali ni boboyot si bank islam jadi mangsa aku, dan keputusan nya, masih lagi di ludah balik kad aku. ah tak boleh jadi.. termenung sekejap dan terus ke kaunter pertanyaan.

Blurry: err bang ( buat muka comel) mana lagi eh ATM untuk ambank selain tingkat atas tu?
Abg Kaunter: ATM ambank naik tingkat 1, terus ke kanan, tapi rasanya tadi system down, sekarang tak tahu lah.
Blurry:....(pehal macam tak menjawab soalan ni?) ooo atas yer?system down?ok tak apa saya tengok dulu lah, Thanks
Abg Kaunter: sesama

Aku sudah cuak bila dia cakap ada 1 je ATM, tapi aku terus melangkah sambil cari idea, aku whatsapp beberapa rakan untuk minta bantuan, sebabnya aku tetap kena beli hari itu juga kalau tidak ticket train habis dan harapan aku untuk travel dalam malaysia guna train cuma tinggal harapan. tetiba kawan twitter bagitahu yang ambank buat service sampai isnin. menganga kawan bro. terjelepuk tepi ATM ambank tu.ok over. so dengan yakin nya aku ke ATM maybank dengan harapan aku boleh beli ticket. dan alhamdulillah simpanan dalam tu mencukupi dan akhirnya segala masalah selesai.



cerita di sebalik ke bengongan aku ni adalah, bila dapat message dari bank, mohon baca sepenuh hati, jangan baca separuh then terus close message, dan paling penting,siap2 lah transfer duit sedikit di kala kecemasan di bank lain yang mudah didapati. jenis aku yang malas nak transfer sebabnya takut duit tu habis macam air, sekali sedut habis air chatime, hahahaha...


dan, hey Perlis, im coming, wait for me yah ;D, ini adalah negeri ke 12 secara rasmi aku jejak, syukur ;D


tambang ticket cuma rm 48 untuk katil atas, dan aku beli pergi dan balik,setiap bank yang aku ada semuanya kurang rm 50 selain maybank, memang sengaja aku buat supaya tak boros, tapi silap percaturan di masa kecemasan.pengajaran!

********************************************
FULL STOP

missblurry