skip to main |
skip to sidebar
pelarian diteruskan lagi antara aku,emak dan kereta untanya. ktorang menuju ke rantau panjangabwe. perjalanan macam biasa. memang sangat panas sehingga menjilat peluh sendiri. ok, jijik!!..
aku menikmati lagi perjalanan yang tidak kurang daripada 30 jam itu. apa korang fikir? aku pakai kereta unta. korang tengok la sendiri,unta boleh berjalan berapa km/j plak? tengah syok2 tengok pemandangan yang kurang indah tue, tetibe pula aku nampak kedai nie. jual air tuak. huh!! aku memang singgah beli air tuak tue. tapi aku minum air kelapa saja sebab air tuak tu aku bagi unta aku minum. gila rock unta aku minum air tuak.
aku minum air kelapa sampai kembong. huh nyaman. nasib baik perjalanan ke rantau panjangabwe tu tak mengalami sebarang masalah sebab seperti biasa aku tido lagi.ahahah.
sampai sana, emak aku orang pertama yang paling seronok sampai melompat-lompat katak gamaknya. aku tak paham, kenapa dia jadi gitu. tapi nyahkan saja perlakuan itu. aku tak mahu pertikaikan. aku angkut barang-barang bawak naik rumah. terus baring rengangkan urat-urat aku yang da tersimpul reben tu. berbalik pada cerita air tuak tadi. aku tahu korang mesti tak pernah dengar. sebenarnya air tuak tue sama la juga dengan air nira. air nira@tuak ni ambil kat atas pokok kelapa. rasa masam,manis dan ntah apa-apa. tapi setahu aku, kalau diperam lama2 boleh jadi air tuak todi. so hati-hati masa hendak beli air ini ok.
air kelapa
air tuak @ nira
macam biasa. sesiapa pun yang sampai kat rantau panjangabwe ni mesti shopping tahap dewa dewi. macam korang syak la jugak. yang beria nak shopping nie semesti nya golongan mak-mak dna juga nenek nenek. golongan lain sah-sah tak akan pandang sebab nya yang ada dekat situ pun bahagian mak-mak nya barang. apa lagi pinggang mangkuk periuk belanga bantal tilam. yang jadi mangsa anak2 dan jugak bapak2. paling kesian sekali, sudha tentu anak2 sebabnya kalau tak muat bonet. sah2 barang2 yang dia beli tu letak kat tempat duduk belakang. betul tak? maka aku la jadi mangsa. tak boleh jadi, aku kene wat report mengatakan gangguan hak kemanusiaan aku dah tercalar dengan ada nya barang2 yang tak sepatutya di kawasan aku duduk. aku nak keadilan.huh!!! see you in court mom!!
setelah puas nafsu harakah beliau mengerjakan setiap kedai dekat kawasan tu. dia ajak pulak berlari-lari anak ke kota bharubwe. atas alasan-alasan yang munasabah aku setuju pergi ikut dia ke sana. tapi aku naik kereta unta aku. aku biarkan je emak aku berlari-lari anak. kejam? yer..aku tunaikan niat yang sudah lama dia impikan..maka aku pun menuju ke kota bharubwe..
CONTINUE
*******************
p/s: post kali ini memang membosankan sebab nya memang bosan dekat sana. tiada apa yang menarik untuk aku kongsi bersama. moralnya. korang tak usah ke sana. paham?
***********************
FULL STOP
cuaca kat jertehebwe memang menguji minda aku...disebabkan aku dah kusyuk sangat tido dlm kereta unta semalam, so aku memang tak boleh tidur malam tu, dengan panas nya. aku rasa kalau aku kumpul peluh2 aku tu. sah2 boleh buat kolam renang. mandi dan berendam dengan air peluh sendiri lagi bermakna dari aku biarkan dia mengalir tanpa arah tujuan. sudah!! aku benci bicara pasal ni.
disebabkan aku da buat pelbagai gaya renang malam tu, so pagi-pagi lagi aku sudah bangun. tapi malang nya, subuh aku bye2..haha. aku rasa sangat berdosa. insaf!!. bangun pagi. terus makan. tapi malangnya makanan yang dibelikan oleh jiran sebelah sangat la tak menyelera aku. so aku buat keputusan untuk tenung makanan2 tu dengan harapan bertukar menjadi big mac. tapi malang, tetap tak berubah. dengan malas aku ambil juga la laksam yang mee dia hanya boleh jadi taik gigi aku jer. hampeh!!
tepat pukul 11, pelarian aku menuju ke jalan cabang tiga edesen. aku tak buat lawak. tapi..hahaha..memang lawak nama kampung tue, kampung di terletak di kawasan gong duek. entah macamana, mak aku kata ada majlis pertunangan pulak kat situ.makan free. siapa tak nak kan.
OTW, aku , emak aku dan kereta unta nya ke kampung tue, adalah malaun nie dok jakun tengok bendang2 dekat kawasan kampung itu, tetibe bersuara pulak si malaun ni..
malaun : best nya kampung nie, banyak bendang, lembu2 pun baik..tak merayap2
blurry : kepala hotak ko ( dengan serta merta pandang muka malaun dengan tengik nya) apa ko tak nampak ke, gila panas nie, lembu2 baik hapa jadah nya, da kene pagr memang la tak ke mane
malaun : eh ada pagar eh?napa x nampak pun
blurry : ishk...buat-buat ade je la (ayat cover), gpun makanan depan mata, banyak gila rumput dia leh makan, nak buat apa lagi dia nak merayap?
tengah2 aku minum air frappucino suam tetibe je ade suara malaun nie lagi..
malaun : blurry2..wuuyoo..kaya-kaya ar orang kampung sini, siap bele unta lagi...
blurry : HAH UNTA!!?? (terpedaya kejap) celah mana unta...?(sambey mencari-cari)...
malaun : tu, ko tengok tu, 2 3 ekor lagi....
blurry : hotak ko,, dongga betul. itu lembu la gila. ko nak halusinasi pon agak-agak la ye pun.
malaun : eh lembu eyh, nampak macam unta, sebab ada bonggol2..ooo lembu tu kurus sangat, da macam unta
blurry : #@$%%&&*^&*(&#$ badigol..
aku nak nasihat dekat semua orang, kalau cuaca panas, sila lah bawak air sebanyak mungkin, sebab nya anda akan jadi gila seperti malaun ini.
sampai-sampai jer umah tunang ni, aku terus je serbu meja makan. ok tipu. kene la tolong angkat dulang bagai. errr..bla bla bla. majlis pun habis, masa untuk MAKAN..a'ah aku sangat lapar time tue, ye la pagi tue makan laksam celah gigi, apa je kan. aku tengok lauk ade daging, solok, telur masin gila, dan air oren ais sedap gila ais tue.
habis je makan, air pun dah tunggang se jug, tetiba mak aku cakap,.."blurry tak makan daging itk itu ke?" hah ada itik ke, aku da fikir dan mencari, mana itik? " tue hah, kaler hitam tue?", cakap emak aku.
ERRerrrrRrKKKkk,,hitam? gosh, itik ke tu?aku da makan 5 kilo dah, erk itik?? aku dah pening, yang emak aku pulak boleh tegur masa aku tengah makan lagi..tekak aku da mual, aku memang pantang sikit dengar makanan pelik2, boleh tapi biar abis makan dan blah dari tempat tue. aku sendiri tak tahu ape perisa itik tue, sebab bukan jenis makanan aku suka.
lagi pun, daging makanan pantang aku, yela gigi aku cantik je tersusun yang ala2 sharifah aleeya rupanya,. kang makan daging asik nak terselit sana sini, leceh la wei.. so daging la makanan yang aku sangat nak elak2. tapi kalau dah xde pilihan, telan sudah bai.
majlis selesai, aku, emak dan kereta unta nya menuju pulak ke rantau panjangabwe, mak aku ajak berjalan kat sane tido rumah sedara la pulak.maka perjalanan diteruskan lagi...
CONTINUE
************************
selamat bertunang
daging itik
hantaran
**********************
FULL STOP
sudah lama aku tak update blog, sebenarnya aku lari rumah, aku sudah tak sanggup terima kenyataan yang mengatakan aku sudah sebulan duduk rumah tanpa buat apa-apa, so aku pun lari la rumah. emak aku pun macam tidak kisah je masa aku buat keputusan ini. siap dia offer diri, kata nak ikut sekali. huh!! pelik lah emak aku ni, ke aku yang semakin gila??? itu aku tak tahu....
sepanjang perjalanan masa aku lari diri dengan emak aku, tiada apa yang menarik. aku pun tak tahu arah tujuan. last2 emak aku yang buat keputusan seolah-olah dia yang nak lari diri. dia ajak aku pergi singgah kampung dulu. yeah..hometown sweet hometown. aku rindu kampung itu. aku rindu akan penghuni rumah usang itu dan aku rindu dengan hilaian tawa mereka.
seharian juga aku duduk rumah itu sebelah. jumpa balik dengan cousin2.yer, aku mengaku yang aku sudah lama tidak jejak tanah bumi itu. bukan lupa diri tapi setiap kali parents aku balik kampung.mesti aku ada hal. so jangan salah kan aku okeyh. bila dah sampai kampung sendiri. sah2 aku cium peluk cousin yang dah lama tak jumpa tue.
keesokan hari. aku pulak buat keputusan nak pergi ke jerteh, terengganu.tapi masa itu, emak aku tengah bergayut dengan hebat nya. aku naik angin. aku lambung-lambung emak aku ke langit sampai dia pening2 dan muntah.puas hati. rupa-rupanya mak aku order kereta unta . ok mak. im sorry. i judge you by your act!!
perjalanan aku menuju ke jerteh sangat la best. aku betul-betul menikmati pemandangan sepanjang perjalanan itu. sangat indah tak terkata lah sehingga ke dalam mimpi. fuh!! indahnya, bangun2 je aku da sampai kat gua musang. aku singgah sana sebab unta aku nak solat jumaat. yer!! unta aku agama islam dan tidak pernah melupakan tanggungjawab itu.
seriousla aku cakap, pantai timur memang panas, nak kata lemak kat badan aku tebal 5 inch, tipu la tu kan. peluh kudrat aku da menitik macam air terjun tapi aku malas nak layan. aku sambung lagi tidur sampai ke jerteh. macam biasa. tiada apa yang menarik. sampai umah tumpangan aku terus ajer tido,
perjalanan aku dari zimbabwe - raubabwe - jertehebwe hanya lah dalam mimpi aku saja. tiada yang menarik melainkan mainan mimpi aku. tiada apa yang berlaku melainkan peluh pondan aku mengalir bak air kencing anak jiran sebelah aku.....
CONTINUE
************
FULL STOP