Sunday, October 10

oh kambing !!





semalam kawan aku ajak pergi open house, yes open house di hujung bulan, tapi penduli apa aku, makan punya pasal and aku fikir dari duduk boring kat bilik better aku follow dia..sebabkan dia dah sound awal-awal, maka aku pun mengosongkan lah perut aku sebab aku terbayangkan satay, grrrr...sedapnya..


tepat pukul entah berapa ( sebab dia salah masuk jalan nak ke kolej aku) dia sampai dan singgah untuk solat dulu,eheheh calon suami yang baik nie !! ehem ehem....


sampai kat destinasi, aku tengok tuan rumah sambil intai-intai khemah dan dengan slumber aku tarik nafas lega sebabnya tak ramai orang, ahahah so boleh rembat makanan dengan banyaknya untuk si perot ku yang chomel ni.


tuan rumah : ah dik, ambil-ambil, tue ade sup kambing!!


blurry : errr hah? kambing? erm...ye la ye la bang,,eheheh ( muke cover)


macam korang semua tahu yang aku sangat anti daging, tapi dalam situasi ni aku rasa macam resah semacam sebab perut aku gila lapar + makanan utama adalah kambing....


nasib baik dia hidang nasi goreng, malas fikir panjang, aku pun ceduk la nasi goreng dan letak sambal ikan bilis, pusing table 3 round, last-last aku ceduk juga daging masak apa ntah tapi kaler hitam,


disebabkan kaler hitam maka nampak menarik, aku amik suku dari senduk tu, terus duduk kat table ktorg dan baca bismillah...aku pun ngap la nasi....erm sedap la jugak tapi keras, nasi tak berapa masak....entam sajork labu, wa da lapar...masa tengah makan nasi aku ceduk la daging tadi, aku guna sudu je sebab aku tak amik lauk sampingan so aku try-tryla nak kopek daging tapi bapak keras...


tuan rumah pula, duduk sebalah aku sambil menyembang dengan kawan aku, nak tak nak ...nak cover dengan tuan rumah, dengan macho nya aku makan sebiji terus daging tue, 


kunyah sekali, rasa semacam..muka tetap senyum dengan tuan rumah sambil angguk-angguk tanda setuju even aku tak faham apa sebab otak aku fikir daging dalam mulut aku....


kunyah kali kedua, still pelik...a'ah sebab keras...malas fikir panjang dan menggunakan kemahiran insaniah yang aku belajar kat kokurikulum aku, terus aku teln saja daging tue, ahahahahha,, bapak besar daging dan terus telan..
mata dah berair terus aku capai air siren ( sirap+oren) untuk membantu penenalan aku, sumpah!! dah terasa macam ular sawa yang dok kusyuk telan lembu...


seksa siol...sebabkan aku terambil banyak dan tuan rumah still duduk sebalh aku maka aku terpaksa ulang dua tiga kali juga lah aksi lucah tersebut, dan secara tak sengaja gigi pelesu aku tercabut menandakan daging kambing tue sangat la keras dan tak boleh nak kunyah.. ops!! aku terlupa pakai polident, ahahahahha...


dah kenyang terus aku ajak kawan aku balik, masuk je kereta, aku terpaksa post mortem hal tadi, rupa-rupanya masing2 pun wat adegan lucah tersebut eh, baik nye cover diorang nie,,,cesss!!! aku je terpaksa menahan lebihan cover tue sebab tuan rumah duduk sebelah...


aku bukan nak cakap apa la, tuan rumah pakai catering dan aku tengok catering tu, orang melayu, macamana la orang melayu nak maju kalau masak pun macam tak ikhlas je aku tengok...tue aku yang makan boleh tercabut gigi pelesu...kalau orang tua yang makan?? mau terus rongak gigi pelesu diorg sebabkan kambing tersebut....


malas aku nak bicara lagi,,,sebabkan kambing liat maka perut aku pedih dan mau terberak.....charlow...


nota kaki dan tangan:


1. masa ceduk daging masak hitam tue, aku tak tahu pun tue daging kambing, sebab lepas makan dan aku rasa tue bukan daging sebenar and teringat yang tuan rumah ada cakap pasal kambing. so dalam sejarah aku 1st time makan daging kambing dan experience aku sangat teruk...fucuk!!!


2. destinasi seterus pergi lepak dataran shah alam untuk tengok semperna shah alam ke 10 tahun dan sumpah inilah festival paling sampah aku tengok, sorry organizer, sememangnya boring, jangan salahkan rakyat shah alam kalau tak datang support...


3. aku tak akan sentuh daging kambing lagi lepas nie sebab buat perut aku memulas...shittosh!!


4. makan di mekdi pada pukul 5 pagi adalah budaya america, batak!!




************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, October 9

bila si blurry berseni

subject ...erm macam tak sesuai pulak panggil subject, oh modul, modul kokurikulum aku untuk sem ni adalah canting batik...bukan banting catik bak kata cik embun bengot, sesuka hati dia aje nak tukar-tukar ayat tue, siap nak cover, walhal memang pelat...ceh!!

well, masa sem 1 aku ambil baksis a.k.a bakti siswa, choii, si blurry yang otai layan benda benda untuk si gadis yang ayu, ahahah, no choice la bro, ikut hati aku nak melayan golf, tapi penuh, dia nak juga aku ambil canting batik ni, tapi not bad, susah sial...

serious, sesiapa yang jenis tangan tahap kayu api, jangan la nak belagak cakap mencanting benda yang senang, aku lempang kau sekali!! agak kesusahan la, sebab dia nak teliti dan tangan berseni, kalau tak berseni, lukisan korang akan jadi macam cacing dalam perut orang yang buncit!!

tapi serious, kelas ni sangat la relax, macam tak de makna pun ada aku rasa, ahahah, tapi selama 10 minggu aku dalam kegiatan halal ni, dan usaha aku sangat la menakjubkan bagi seorang seni yang tersohor terhormat terbaik teragung di alam maya ni, ahahahah ( ketawa belagak sikit dengan mimik muka ala-ala brad pitt,hensem siot aku!! )

tapi sayang, aku tak dapat nak pergi event aku sendiri yang ayahnda dan bonda tercinta aku anjur kan sebab aku terpaksa ikut walid aku pergi cari umpan mancing dekat perak, dia guna pakej pulak tue, 3 hari 2 malam, eh silap tarikh, itu minggu sebelum, owh aku pergi ikut encik garudin a.k.a saad cari embun pagi kat hutan simpan ayer hitam, juga menggunakan pakej yang sama,

jangan tanya aku kenapa staff and student faculti perhutanan suka sangat keluar melancong, sebabnya tiada jawapan dan kami memang gemar beriadah secara bayaran paksaan rela hati yang tak seberapa rela, ( niat hati nak berjimba saja)

so kat sini aku nak sertakan dan menayangkan hasil kesenian tak terungkap dek kata-kata untuk tatapan korang yang sememangnya aku tahu tak akan boleh pergi event anjuran mak pak den...

**********************************
kartika tengah tekap lukisan kat atas kain

ini lepas mencanting

ambil lilin dari periuk, panas siol

sedang diwarnakan

hasil kumpulan blurry, terbaik seyh


dari kumpulan musuh

inilah dia hasil karya aku sebagai seorang seni bertamadun

******************
FULL STOP

missblurry

berborak dengan maher zain

semalam aku naik bus suasana edaran, 
punya la kusyuk dengan agenda utama iaitu balik bilik dan tidur,
sekali secara tak sengaja aku duduk sebelah pak arab,
aku buat taj tahu je la, 
sebab benda ni sudah biasa bagi aku,
almaklum la aku belajar dekat east asian la kunun,

entah macam mana, aku tersiku mamat sebelah aku nie,
actually muda lagi dan pakai topi, kulit cerah..
of course cerah bukan nya pak gagak kan,
sebabkan aku tersiku dengan seluruh tenaga aku,
aku pun say sorry to him,
sunddenly dia toleh aku and cakap,
" it's ok, just small matter ",
yang penting dia senyum dengan meleret
secara sengaja juga aku perasan yang dia itu adalah maher zain,
taik!! ( eh hodoh la carut dalam bahasa melayu nie),
aku terus tegur " excuse me, r u maher zain ?"
dia jawab " err, yeah its me," dan semakin lebar senyum,
aku cakap lagi " bodo!! kacak la kau "
budget dia faham melayu...aku segan nak puji dia lebih-lebih

tetiba aku rasa semacam, terbau hangit hangitan..
entah macamana aku terpandang balik muka mazher zain tadi,
secara tiba-tiba maher zain berubah wajah,
muka berjambang, badan gempal-gempal kuda padi,

ngek!! rupanya pak arab bau belacan siol..
mana pergi maher zain aku? kenapa berubah wajah?
adoi....siap ko share perfume dengan aku kan...cess!!!

********* 

tadi pergi bukit ekspo semperna karnival konvo upm kali ke 34 kot..
saje jalan-jalan dan aku nampak kambing,
gila manja sial kambing tue, aku usap2 dia, dia buat muka comel...tapi secomel kau, melekat sampai sekarang kot bau kau, kambing betul lah..cissss!!
missblurry