Sunday, June 27

fakta atau auta







dekat dunia ni, macam2 benda yang wujud, macam2 benda juga yang pelik dan pelbagai, ada yang sumber nya betul ada yang sekadar mitos yang direka2 oleh sesetengah individe yang aku rasa dia tak ada keje. sekarang aku nak uji minda korang. korang alert atau tak dekat persekitaran korang sendiri....aku akan senaraikan beberapa auta dan juga fakta.


so fikirkan mana satu fakta dan juga mana satu auta. selamat menempuh ujian akal fikiran...hak hak hak. ops lupa, masa yang diberikan adalah seminit selepas tamat baca setiap soalan.


question:


1. lelaki begitu bangga menjaga penampilan diri supaya sentiasa nampak macho dan bergaya? 
blurry: erm,,, ye ke nie??? 


2. coca cola dulu bewarna hijau?
blurry :fuh shrek siot...


3. bila hard disk rosak, letakkan dalam freezer untuk sementara waktu dan boleh dipakai untuk jangka masa yang pendek sahaja? 
blurry : larh ye ke? nak try bapak aku punya dulu lah.


4.  gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat?
blurry: lorh... kaki gabak punya besar pon tak reti nak melompat ker?


5. permainan snooker berasal dari negara india?
blurry: aku selalu snooker dalam kelas aja


6. kalau CD atau VCD anda calar2, sila gunakan ubat gigi untuk hilangkan calar tersebut dan boleh pakai semula tanpa sebarang gangguan ?
blurry: baik la ubat gigi tuk aku taruk kat gigi aku nie


7. semua beruang kutub adalah kidal ?erm...
blurry: mak aku menulis dengan tangan kanan tapi bila buat kerja dengan tangan kiri, sebab nya masa sekolah dulu orang ejek dia abnormal so dia paksa diri tulis tangan kanan


8. kebanyakkan manusia lebih takut dengan labah-labah berbanding mati ?
blurry : rama-rama itu adalah sebenarnya kupu2.


9. air mani mengandungi hanya 10% sperma selebihnya enzim, vitamic C,kalsium, protein, sodium, zink, asid sitrik dan gula fruktos?






10. 75% debu yang ada dekat rumah kita itu adalah dari kulit badan kita yang sudah mati ?
blurry: rumah aku bersepah dengan rambut manusia.


11. setiap lipstik mengandungi sisik ikan ?


12. siput boleh tidur selama 3 tahun lama nya ?
blurry: aku boleh berjaga selama 48 jam sahaja.


13. ketika orang-orang purba kala sakit kepala, mereka mengubati dengan menebuk kepala di bahagian yang sakit itu?
blurry: kalau aku rasa nak hentak2 je kepala nie..


14. dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih sejuta anak.
blurry: arnab aku chomel


15. perkataan TYPEWRITER adalah yang terpanjang untuk huruf2 yang berada sebaris di keyboard anda?
blurry: Tupperware kat rumah aku belambak2 hasil belian mak aku sendiri


okey? ke nak lagi? cukup2 lah untuk hari ni, itu pun belum tentu korang boleh jawab kan. macam banyak mengarut tapi dalam mengarut ni, aku berani potng jari mengatakan korang sendiri tak tahu adenya benda2 mcm gini, cumanya tak tahu ianya fakta atau auta..


ahahahah  


**************



********************************
FULL STOP


missblurry

Friday, June 25

di goda lagi





sekarang ini kat kawasan rumah aku tengah hujan, fuh!! memang syok habis. jam pulak sudah pukul 2.37 pm. macam nenek aku cakap lah. time2 gini sesuai untuk tidur. tambah2 lagi kalau hujan menyembah bumi. pasang kipas speedy sampai 3 then statikkan dekat muka korang. ZzzZZzzzZZ..


pastikan anda tidak tidur seperti badak, gajah, unta dan sebagainya kerana menganggu jiran-jiran sebelah dengan segala bunyi yang dihasilkan. okeyh!!






time hujan memang syokkan. best sangat, sejuk sampai ketaq lutut. huh!! masa kecik2 dulu,bila hujan je, siapla . aku akan keluar then berdiri mngehadap bawah bumbung rumah, air laju macam pili bomba. kepala kena air rasa macam keretapi langgar jerk.




 kalau tak pun, masa main kat padang. ada petir2, semua lari kelam kabut selamatkan diri. kunun takutkan petir. kene sambar memang rentung. lepas saja hujan turun, 5 minit lepas itu semua keluar balik. sambung main game tadi. tak kira la bola ke, rounders ke. apa saja.main redah je. mak panggil pun buat tak tahu aje. sampai kene rembat baru nak balik.




 nowdays, nak tengok bebudak sekarang buat macam gitu lagi, susah bagi aku. lagi2 aku duduk kawasan tengah bandar yang serba canggih. masing2 duduk rumah main PSP, wii, layan facebook, game online and so on, rugi bagi aku golongan macam gini, tak menghayati langsung zaman kanak2.ah bolayan itu semua. that your life not mine !!!


dan sekarang, aku hanya mampu jenguk kepala keluar tingkap saja. tengok setitik demi titik hujan turun. makin lama makin laju, angin pun sempoi2 membuat mata aku makin layu. terasa macam brad pitt goda aku saja. macam yusry kru melambai2 kenyit2 mata dekat aku. aku sengih2 lalu ZZZzZZzzzzzZZZ


Aku tidur dengan lena nya


selamat tidur di waktu petang bersama2 hujan membasahi bumi dan angin sempoi+ angin kipas menghembus dimuka ku wahai kawan2...




**********

FULLSTOP










missblurry

Monday, June 21

7 keajaiban alam maya

alam maya bagi aku memang seronok gile bro, siapa je yang tak suka masa cuti kan? bagi tahu aku sekarang, meh aku duku kepala beliau. dalam kegilaan menikmati alam maya ni. ada juga benda yang aku paling gemar tak suka buat malah ade benda yang aku suka buat bila alam maya menjelma.


1. mesti budak sekolah pun cuti sekali, sorry budak sekolah. aku tak benci korang tapi kesemakkan korang di kaki jalan, di kaki shopping complex, di kaki tangga, di kaki2 dengan sewaktunya. bapak semak korang ni. cuba jadi orang sikit. dok melepek2 , ish semak semak paham tak???


wak lu.

2. alam maya yang pendek adalah sangat nikmat jika ade party buih.


3. kalau dah cuti selama 3 bulan. aku pun dah naik biol , duduk rumah goyang segala anggota badan aje. asal nak cari keje ada je kegedikkan gua nak join mana2 camping. ampeh kau blurry


4. mak aku yang benci bila anak2 dia semua cuti, sebabnya, semua stock makanan yang dia simpan untuk setahun bertukar menjadi untuk sehari. thanx mom, nanti collect lagi kayh.


5. aku sendiri akan bertukar menjadi seorang vampire yang paling chomel. yes!! aku akan automatic menukarkan sendiri waktu malaysia menjadi waktu kutub utara. time tidur dan berjaga menjadi 1. yes, anda hebat blurry.


6. segala rancangan di Tv akan aku tengok tanpa kira kebangangan cerita tersebut. terima kasih astro, tv 3 dan juga rtm. tanpa anda dunia aku akan kesewelan. siap boleh hafal dialog. yes.!!!


7. paling aku suka, online 24 jam tanpa segan silu. terima kasih juga untuk tmnet dan juga tnb kerana menaikkan bil rumah bernombor 204. tanpa aku korang akan kerugian yang amat besar. sila lantik saya menjadi CEO.


CEO blurry


ini di antara benda2 yang aku suka dan tak suka buat untuk tatapan korang semua. tak boleh cakap lebih2 sebab lama2 nampak la keburukkan aku bengong yang sebenarnya aku adalah ank mithali...


*****************
FULLSTOP
missblurry