Minggu pertama di nakhorn pathom memang teruja,
sangat! Sebabnya aku terasa berada di kampong sendiri, aman dan damai, tidak
jammed udara pun segar, sejuk je…err mungkin tidak kot, panas aku rasa kat sana
sebab tak ada hutan, betul-betul lapang.
Well kami kerja 5 hari seminggu,maka hari ahad kami
decide untuk berjalan. Kawan thai kami,
pei dan patty ada buat research tempat yang menarik kawasan tu, adalah 2 3
tempat, macam biasa, kalau Thailand memang typical akan kata floating market
kan, memang ada tapi kami tak pergi ke sana, sebab jauhhhhh sangat. So kami
pergi ke ladang kambing biri-biri. Jiran aku di dormitory ada promote ke sane,
memang cantik aku tengok gambar, dan bila search memang itu yang kami tuju
tapiii….jeng jeng jeng….ada cerita hampeh tapi menarik bagi aku …
Bila hari kejadian, pei dan patty ke tokong dulu untuk
sembahyang, kebetulan hari itu hari bersejarah ke apa entah, semua orang akan ke tokong. kami gerak dalam pukul 0830H,pagi yang tenang dan sedikit panas, jalan
kaki ke jalan utama,kebetulan ada bus lalu. Memang lari macam running man,peh
nasib baik pakcik bus tunggu, kalau tidak memang kene tunggu lama untuk
dapatkan seterusnya.
Perjalanan ke pekan ambil masa 1 jam,jauh dan agak
memenatkan,sudah nak sampai ke pekan hujan selebat alam lah pula, it’s ok,sejuk
sikit,then sampai ke pekan, naik bus lagi untuk ke pekan sebelah pula,pun ambil
masa lebih kurang 1 jam. Kawan thai ktorg Tanya lah orang dekat situ, mcmane
nak pergi ke destinasi. Tunjuk jalan pumpang sana sini, kena naik bus lagi,bus
ini sangat menyedihkan, bus mini pun lagi cantik, seriously, so perjalanan
ambil masa lebih kurang 3 jam untuk ke kandang kambing ni,sangat penat!
Sekali bila sampai…..masing-masing tercengang, apa
yang di research dan bayangkan adalah sama sekali lain dan memang sangat lain.
Aku dan pei dah pelik2,so layan kan je lah, makan dulu then baru tengok
sekeliling, peh kambing nya Cuma tak sampai 20 ekor, bapak sedih, kandang pun
kecik yang amat. Porke?? sudah lah kambing ni langsung tak mesra pelancong, punya sombong.
Tapi masing-masing layankan lagi, maklum la budget2
vacation kan, kami ke seberang jalan, ada pameran lilin, not bad,
banyak kedai dia and semuanya jual lilin, macam-macam bentuk lilin ada, cantik
lah juga. sebenarnya sejarah pekan ni, adalah kambing + lilin tapi aku sendiri tak faham apa relate dua benda ni?aku tanya pei,dia sendiri biol, So kami ronda ada lah dekat sejam, dan terus pei ajak balik sebab
takut tak dapat bus, dah puas bergambar kami turun kebawah balik.
Dekat sini baru lah aku tahu yang tempat ni sebenarnya
sesuai untuk orang pergi sendiri bukan dengan public transport sebab susah nak
dapat bus yang lalu kawasan ni, sebenarnya kawasan ni tepi jalan, bus kami naik
untuk datang sini pun berhentikan kat tepi jalan, menyedihkan. Bincang punya
bincang, last2 pei and patty bagi idea untuk tumpang orang. YES!
Memang kami tumpang orang, Alhamdulillah, ada yang
sudi tolong, memula kami minta suruh hantar ke pekan berdekatan untuk naik bus
balik nakhorn pathom, dia setuju, mungkin masa dalam perjalanan, pakcik ni
bincang dengan isteri dia, so dia Tanya kami nak kemana dan macamane planning
perjalanan kami, bila dia dengar, seperti yang pakcik tu buat andaian masa
bincang dengan wife dia, dia bagitahu yang dia akan drop kami ke pekan yang
lebih besar dan senang untuk dapatkan bus untuk balik.
Masa ni memang bersyukur habis, sebabnya kalau lah
pakcik ni tak tolong, kemungkinan besar memang tidur kat situ, tepi jalan
mungkin, memang tak dapat aku nak bayangkan situasi macam ni, ini first time
pengalaman aku, memang betul2 budak2 backpackers jenis mat salleh yang berjalan
ikut naluri hati.fuh!
Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam, sampai
sahaja di Bandar tu terus numb pipi dan muka kena angin, pergh, first time aku
duduk bahagian belakang kereta jenis DMAX, dalam keadaan speedy
80-90km/j,mampu?ahahaha, sampai saja destinasi, kami tunggu bus pula, nasib
sekejap je dan selese, sampai di nakhorn pathom pula,kami naik teksi, dan
perjalanan hanya 30 minit.akhirnya, sampai pun rumah tepat jam 10 malam.
antara yang ada di sini
Sampai di rumah,si mike gila dan kawan-kawan dia
menjemput sambil gong gong dan kejar. Ini memang bangang! Jiran sebelah
merangkap orang kilang kami, pemandu teksi, pei and patty abis semua tolong
halaukan si mike dan kepung ktorg, perh, mike si bangang ni pula hidung dia seinci
je dari kaki aku sambil gong gong…bayangkan!menggigil kaki wei, macam
haram!memang bodoh mike ni…
Macam-macam benda berlaku, dari saat pertama kami nak
pergi hingga saat terakhir kami sampai dirumah, banyak pengalaman yang tak
terkata, perjalanan jauh dan bila sampai destinasi yang bukan tempat kami ingin
tuju, tumpang kereta entah sesiapa, hingga lah mike si bangang penyambut
tetamu. Sangat mahal, sangat! dan thanks pada kawan Thailand kami yang banyak
membantu dan bagi kenangan ini.
Rupanya kami salah kandang, orang kampong salah faham
bagi destinasi yang lain, kandang kambing ni ada 2, 1 yang kami nak pergi dan
lagi 1 yang kami sampai, kandang kambing yang kami nak pergi ni lagi cantik dan
baru buat. Tapi tak apa, semuanya sudah tertulis….
********************************
FULL STOP