Wednesday, May 23

muka paragas tapi hati kristal





hai all,
hows your day?well aku nak direct terus dengan apa yang aku nak kongsikan dengan korang,ehehehhe, tengok tajuk entry bunyi macam mintak kaki masak sweet sour je,tapi itu lah kenyataan dan fakta tentang diri aku, that right,aku memang hati kristal,untuk certain part yang aku memang tak boleh tahan air mata or perasaan sedih aku ni...

kenapa suddenly aku cerita hal ni?coz nya aku tengah layan balik cerita one piece,selalu nya aku baca komik, so kalau komik jenis lawan, aku memang tak ada feel la,coz feel aku lebih pada action,but this time aku layan anime,damn, sedih!

setiap crew luffy-san tue ada kisah sedih setiap orang, yang buat aku sedih sebab diorang berjuang hingga titisan terakhir demi cita-cita atau impian diorang sendiri, kekadang aku terfikir, kalau jadi pada diri aku, mampu ke aku sekuat itu?mampu ke aku hadapi semua itu?

dalam cerita ni,luffy seorang yang optimist, dia setia kawan, once dah jadi kawan dia, dia tak rela tengok kawan-kawan dia susah atau sedih,secara hakiki bila kita fikir dalam dunia ni, boleh ke dapat kawan macam gitu?hell not! yeah i knew you can get it, but how much percent chance?

bagus anime nie kekadang, semangat yang diorang tunjukkan dalam sesuatu watak boleh mempengaruh seseorang dalam hidup dia atau boleh jadikan sebagai inspirasi,jadi tak salah dengan umur "muda" macam gini masih layan anime, ianya bukan lah satu kesalahan cuma nya jangan sampai terikut2, i mean fikiran pun kena lah sealiran dengan umur kita, jangan umur banyak tapi masih berfikiran macam tadika kan...

muka wa paragas tapi hati wa tetap terusik dengan benda-benda yang boleh menyentuh perasaan wa, dari entry-entry sebelum ni pun banyak hati wa terusik..haahahha...;D


*maka disini, jangan sesekali pandang senget pada mereka yang layan anime,comic dan sebagainya,masing-masing punyai minat dan hobi yang berlainan,;D

*****************************************

FULL STOP
missblurry

Sunday, May 20

holla, im back



hai all,

heee sekian lama aku tak update blog aku sendiri, dan hari ini, yes aku semakin pening dengan konsep blog ni sendiri, explore pun tak habis tadi,nanti lah aku free, aku adjust balik otak aku ni untuk belajar blog yang baru ni, phewww satu pekerjaan la plak.!

well, sorry guys, lately ni aku tak ada mood nak update blog,don't know why,but semangat aku untuk terus bercerita tetap ada,banyak sangat benda nak aku kongsikan dengan korang,tapi tunggu aku betul-betul free baru lah aku mula berkarya balik yer..hihihi

walaupun tak seberapa,tapi boleh lah kan,;D, for now dengan rasmi nya, aku rehatkan dulu kusut musut kehidupan aku ni dulu, sebabnya life aku dah terbalik, life aku dah jadi lurus, selurus rambut artis k-pop, hurm okayh!over! ahahahha...

kalau aku dah kata,life aku boleh selurus itu, maksudnya tak baik, hidup aku huru hara, tapi kalau life aku kusut, maksudnya aku bahagia dengan life aku, sebahagia tapir sedang makan betik bersama pasangannya..hurm...mesti tak dapat bayangkan kan? hi hi hi, eh jap, korang faham apa aku nak sampaikan ker?

kalau tak faham,errr faham2 kan je la,hihi,dun woory, tak sampai sebulan lagi aku akan muncul balik di blog ini,dengan wajah yang ceria,...welll adios,opsss..sekarang musim entah hapa-hapa,aku tak dapat nak taksir kan,either musim panas or musim sejuk, sebab celaru je aku tengok, maka korang jaga lah kesihatan korang sebaik mungkin ok,chill yaaa..;D


*****************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, March 27

final year of college life #16 - sukarelawan zoo taiping


hari sabtu lepas 24 march aku follow program under rakan muda,program sukarelawan zoo taiping bersama anak yatim/miskin Nur Qaseh,well mula-mula aku fikir nama tak ada dalam list memandangan program-program macam ini memang dapat sambutan,dan alhamdulillah, nama aku dan geng dalam senarai,macam biasa memang aku excited nak pergi,excitednya sebab dapat berjalan dan tengok binatang..hihihi

so hari pertama kita orang gerak lambat sikit,petang pukul 4, sampai sana pun sudah malam pukul 10,kalau dah nama pun program, memang tak akan lari dengan aktiviti indoor game dan ice breaking, arggg aku benci ice breaking, sebab aku tak tahu nak introduce apa pasal diri ni.memang failed!

besoknya baru lah aktiviti mula, sampai pun dalam pukul 10, perasmian dan bahagikan adik-adik dari rumah anak yatim kepada kumpulan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ktorg dah devide malam sebelum..well biasa je sebenarnya, just ronda-ronda dalam zoo dulu guna train diorang tue,then baru buat kerja sukarelawan, sapu-sapu sampah je,

bila kita dengan sukarelawan zoo jer sure fikir mandikan segala binatang and bersihkan kandang diorang,actually tak,tak semua zoo bagi buat macam gitu,just bersihkan luar kawasan je, but its ok, still leh lepak-lepak dalam zoo,seriously memang aku teruja sesangat, jakun aku tengok segala binatang dalam zoo tue,maklum lah zaman kecik-kecik pergi zoo langsung tak ada perasaan, now dah besar dah faham apa itu binatang, baru lah excited...

aku and geng ditugaskan bersih area luar kandang singa,musang,dan babi hutan....erm setiap kali train lalu,dan pakcik yang bawak train tue akan cakap.."sebelah kanan anda adalah babi hutan" tapi yang buat aku hangin dorang bukan pandang babi tue tapi semua toleh ke kiri yang ktorang tengah menyapu, siap ada foreigner tangkap gambar, haish....makcik,akak, abang, tok,nenek...babi belah kanan okeyh..bukan kiri!! sentap mak tau!

dan untuk group aku, aku dapat 3 lagi ahli baru, iaitu adik-adik dari rumah anak yatim, syahril (darjah 6), alif (form 1) dan hafizi (form 2), mula-mula memang diorang malu-malu, lama-lama tak ada nya,ramah je, ok lah,seronok juga buat aktiviti dengan diorang, aktivit ni habis pukul 3 petang sebabnya cuaca tak mengizinkan ktorg terus gotong royong dalam zoo tue,

so lepas majlis penutup, kami semua hantar adik-adik pulang ke rumah, hurm part ni memang menyedihkan,liku-liku paklong dan maklong berusaha membuka dan menjaga anak-anak yatim sangatlah menguji keimanan, semoga family besar ini dirahmati,aku tak nak cerita kisah sebalik setiap anak-anak ni, yang pasti mereka sememangnya kuat harungi cabaran tue,menurut pak long (pengasas rumah anak yatim) dia memerlukan bantuan dari segi mengajar anak-anak ni dalam subject english dan juga math,

so for those yang berhampiran dengan rumah anak yatim di kamunting ni,boleh lah melawat mereka, alamat ada di facebook ini rumah anak yatim/miskin amal nur qaseh. well, dah panjang sangat kot aku membebel, so jom layan gambar yang tak seberapa ini.....layanzzzz

kesian dia nie,macam tak ada life

si comel memerang



anak-anak,syahril,hafizi, alif

mr & mrs zebra

dia ni dah nak meradang sebab budak2 
sukarelawan masuk sampai 30 orang 
dalam kandang dia..
so dia bau lain,nasib baik tak mengamuk

konon-konon

si fariz ni memang lawak,
ada ke patut singa cakap babi hutan?
padahal singa tue depan mata dia je...
teruk dah mata dia ni

ini baru babi hutan fariz oi

ini singa ye adik-adik,jangan salah tau

hai kawan

seriau aku masuk kat kawasan kandang harimau & singa ni
dia tenung macam nak telan-telan je...pheww

honey bear


**************************************
FULL STOP

missblurry