Tuesday, July 3

dunia zombie kembali lagi



well, aku just wanna saying that aku sudah kembali perangai lama, apa dia? dunia zombie aku kembali lagi...arggg pagi tadi aku tidur lepas subuh, azan je aku relax dulu jap, then baru solat kemudian hilang di awanan...

satu lebih tadi baru bangun, bunyi memang tak senonoh aku bangun tengah hari, but kalau kira jam, normal lah kot kan aku bangun that time dengan masa yang aku baru nak tidur,is it? ker aku yang salah?ahahha tak kisah lah.


but now aku yang baru nak menikmati cuti aku rasa dah perit hidup aku, boring nya tak terkata, kenapa tak cari kerja?aku sudah jadi malas memandangkan tak lama lagi nak puasa dan raya, actually my mom macam kureng restu kalau tak balik raya sebab kerja, bukan apa, setakat kerja part time biasa2 then tak balik raya, unless lah kalau kerja betul, mean kerja tetap aku kan, itu belakang kira.

so kalau dah my mom tak restu, maka duduk rumah jadi pak guard not bibik, wahahah coz aku pun tidur siang malam berjaga, maka pak guard lah jawatan paling layak untuk aku.



sekarang ini aku menunggu masa untuk theses aku dijilid, then tunggu result semester 6 aku keluar, maybe lagi seminggu dua, tak sabar nak tengok markah untuk subject international trade yang macam bangang tue...miahahahha.

wat setakat ini, itu sahaja kerja aku, see how boring my day?suck! hate it....argggg...what ever is, for those yang boleh jadi sebahagian dari dunia zombie aku, meh roger, boleh menyembang, so tak lah boring sangat..see yeah

**********************************
FULL STOP

missblurry

chef blurry #5- red velvet cake

hello all, hari ini chef nak kongsi resepi red velvet untuk korang, yer untuk kamu yang sedang baca ini. well sebenarnya,chef nak type entry ini tadi, tapi sebabkan kebengongan chef tahap gaban, chef entah tekan apa tetiba hilang dan tak save, oh sakit nya hati.

sebabkan sakit hati, chef straight to the point untuk bagi resepi yang chef rasa sangat puas hati, ini cubaan kali ke 3, campuran antara resepi A dan resepi B, maka wujud lah resepi C, sekian..heheheh



Resepi kek red velvet:


nampak tak?berapa tebal nyer topping chef..
makin berlemak la perut chef ni


Bahan acuan Kek

Bahan A: 

240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
2 sudu teh serbuk merah (chef gunakan serbuk,kalau guna pewarna,warna merah tak berapa cantik,sangat tak glem ok)

Bahan B:

250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:

2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D:

150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C

Bahan Cream Cheese Frosting:

2 ketul kecil cream cheese,chef guna brand tatura (dilembutkan)
1/2 cup butter (dilembutkan)
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gula icing, diayak



Cara-cara:



1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A (setelah dikacau). pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.

7. bakar di dalam suhu 180C menggunakan api atas bawah dalam 40 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.(chef galakkan guna kertas sebelum masukkan acuan ke dalam bekas untuk bakar kerana memudahkan mengeluarkan kek selepas dibakar, ini sebab kek lembut dan mudah pecah)

8. pukul butter dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila diikuti cream cheese, pukul sehingga sebati.


nampak tak colour merah dia?
menawan kan?



*jangan terlalu ghairah semasa letak serbuk merah,kerana jika terlalu banyak nanti kek akan jadi pahit,awas.

*kek ini sedikit tawar jika dimakan begitu sahaja,tapi jika digandingkan sekali dengan cream cheese,dia sangat perfect.for those yang suka kan manis, boleh tambah gula di bahagian acuan kek.

tatura cream cheese

*untuk topping pula, resepi tersebut adalah sesuai untuk 2x acuan kek,jika lihat gambar chef,itu adalah 1x acuan kek,maka dia terlalu tebal,tapi sesiapa sukakan cheese,tak jadi masalah cuma bila belah tengah,letakkan topping tebal sedikit untuk sekata dengan topping atas, baru lah mantop!

*resepi untuk acuan kek chef ceduk DARI SINI

*resepi untuk acuan topping pula, chef ceduk DARI SINI



*sila guna sudu khas sukatan untuk kek 

****************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, June 30

final year of college life #21 - selangkah lagi

kelegaan buat ku

syukur alhamdulillah, akhirnya lulus juga pemeriksaan untuk theses aku, yang selama nie aku bengong dan hampir nak menangis, ahahhha serious, tension dia melampau2 kerana nak kejar dateline tue, well kalau baca dari awal kisah theses ni for sure tau kan, 

seriously, lega dia tue, perasaan dia macam baru lepas sunat, itu perasaan dia, errr walaupun aku tak merasa perasaan lepas sunat tapi aku faham perasaan itu, miahahhahahaha...so tinggal 1 step sahaja lagi, iaitu dean signature, then dah boleh jilid, insyAllah minggu ni boleh settle...phewww...

kepada kawan-kawan lain, harap bersabar ok, jangan putus asa, menangis boleh, eheheh paling kuat pun merajuk je lah,macam aku buat, merajuk sampai kemas barang bawak balik rumah...ajhahahahahha sengal!

3 kali,
mengambil masa selama 2 minggu,

*aku akan ingat sampai bila2 waktu susah yang aku hadapi ini,insyAllah,aku akan sentiasa pandang belakang untuk mengingatkan diri supaya tidak mudah lupa.

********************
FULL STOP

missblurry