Thursday, December 27

practical #6 - ragam pekerja kilang

hello guys,

wa mulakan entry kali ini dengan penuh senyuman, ahhahah tanda minta maaf dari den sebab lama gilos tak update entri, sorry lah, balik dari field work, internet kat kolej buat hal, bikin wa panas, selarang den ada di rumah, yes, rumah di malaysia ;D,kenapa aku balik?akan datang akan aku cerita..

salah satu product dikeluarkan

ok, now aku sambung cerita, kenapa aku suka sangat kilang ni, sebenarnya bukan apa sangat, but selama aku tahu apa itu kilang, dan banyak juga cerita dari saudara mara dan kawan2 hal kehidupan kilang ni, so apa yang aku tahu, memang kerah tenaga lah, tapi kilang aku di nakhon pathom tu sangat leisure, mungkin sebabnya tak ada target mingguan atau bulanan mungkin, maksud di sini production tak ada target unit untuk dikeluarkan. 

pernah aku tanya salah seorang pekerja sini, tanya berapa banyak box dia buat untuk 1 hari, dia boleh senyum sambil fikir-fikir, lama juga nak bagi jawapan tu, last2 dia entam kata tak sure, amboih,then kita orang paksa lagi, terus dia jawab tak sampai seratus box,kerja dia cuma stapler box dengan penuh gaya dan senang lenang, aku hanya mampu tersenyum tengok gelagat mereka.
inilah orang nya,P malai
tapi orang sebenar dah balik kampung time ni

ada lagi satu, P malai nama dia (P adalah panggilan orang yang lebih tua dari kita tak kira lelaki atau perempuan), dia ni ketua bahagian, dan kerjanya adalah pastikan seksyen dia berjalan dengan lancar dan kerja management untuk seksyen dia, itu kerja hanya 5 minit pertama di awal pagi, then dia akan buang dan korek kayu yang dah sedikit rosak, kemudian repair dengan letak filler, bila dia penat,dia akan ambil basikal dia dan merayap dalam kilang,kalau tak pun dia termenung di meja dia, aku estimate dia termenung dan merayap adalah 80% dari dia buat kerja.

nampak tak bertapa senang lenang je pekerja2 dalam kilang ni, paling aku rasa sangat lucu, bila aku dan kawan aku merayap, orang kilang akan pandang2 dan seboleh nya nak bagitahu kawan thai kami yang lain ada dekat mana,mungkin diorang fikir, ktorg mencari kawan thai kami atau sesat dalam kilang, walhal ktorg ni bosan nak mati,sampai merayap2 dalam kilang,

ada sedikit terasa alien,tapi walaupun terasa alien, diorang ni tetap ramah,dan sangat ramah, diorang fikir ktorg tak pernah kerja kilang,so bila nampak ktorg pakai machine,diorang akan tolong, takut cedera. bila fikir balik, memang melucukan, dan sekarang aku terasa rindu nak bergurau senda ikut edisi ayam itik dengan mereka.

itulah sedikit sebanyak pengalaman aku di tempat orang, yang nyata tak akan sama budaya itu walau dimana jua berada.so, sebelum lihat dan merasai dengan mata sendiri, jangan buat apa-apa andaian walaupun dicerita dari kawan sendiri, setiap orang presepsi kepuasannya adalah berlainan.

*next entri adalah,pengalaman jenjalan ke selatan thailand :D

****************************************
FULL STOP


missblurry

Tuesday, November 6

practical #5 - field work


hello all,

maaf di pinta kerana blog ini sudah lama tak dijengah, maaflah, tuan blog sungguh busy dan keluar outstatsion, cewah gaya macam GM je pula main outstation bagai kan.

ya, memang pun aku keluar untuk 3 minggu di nakhon pathom, lebih kurang la ni ejaan dia, di mana kawasan ni?haa meh sini tengok peta, nak kata jauh dari bangkok, tak lah sangat, but bila aku bagi tahu kat roomate aku mengatakan aku akan keluar kawasan, dan bila sebut sahaja nakhorn pathom, diorang gelakkan aku, siap cakap, " you will miss bangkok, for sure!" erk!. aku tak nak pun survey kawasan tu, biar lah tengok depan mata sendiri,



bila tiba masanya, iaitu 13 october lepas kami pergi ke sana, dan ermmm, public transport untuk kesana adalah dari kasetsart university menaiki teksi kemudian naik van yang bapak sempit, tempat duduk ada 14 di belakang,yang penting tak ada ruang bonet, barang perlu pangku atau beli seat untuk letak barang, kemudian sampai di sana yang perlu berhenti tepi jalan, dan tunggu bus pula, bus nya keadaan dia adalah, errrr laluan tengah muat sorang jalan dan tempat duduk pula sangat sempit, seriously bus mini lagi selesa, setelah naik bus, perlu jalan kaki kira-kira 300 meter untuk sampai ke rumah yang kami duduki.  secara ringkasnya, sangat menyedihkan untuk ke sane, yes!

mula-mula perjalanan, aku teringatkan kampung halaman,kiri kanan tak ada hutan,tapi the way aku pergi ke sana tu, naik bus dan sebagainya, ah sebak hati gua yang rock ni beb.susah nak gambarkan keadaan nya.kampung wa lagi maju, serious!

sebelum pergi ke rumah tu, kami pergi lapor diri di kilang dulu, iaitu Chai Pattani Industry Co.Lt. syarikat ini buat barangan music latin seperti djember,congos,cajorn, dan sebagainya, kalau tak tahu boleh search website latin iaitu Latin Percussion . sangat interesting barangan yang dikeluarkan. yang paling penting pekerja dan boss sangat sporting, aku suka sangat kilang ni, kenapa? akan datang aku cerita lagi.

banglo wa cakap sama lu


well rumah yang kami dapat tu, alhamdulillah tak seperti yang aku bayangkan, aku fikir duduk rumah setinggan dengan worker, dan worker adalah vietnam yang menakutkan, tapi meleset, rumah tu cantik dan baru buat,so elektrik and air tak pasang lagi,tapi worker terus pasang demi kami, sangat selesa dan cantik.cuma yang tak best ada anjing gila depan rumah,kes ini pun akan aku cerita di entry lain,heee simpan dulu ini untuk mukadimah sahaja,

aku rasa sampai sini dulu cerita aku, akan datang aku update kawasan kilang dan juga product yang dikeluarkan, see yeah!

*******************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, October 4

kuku panjang

tahukah anda,
kenapa kuku cepat panjang dan kenapa kuku lambat panjang?

jawapanya,
bagi yang cepat panjang,maka dia rajin pergi berak,dengan meneran shittosh itu,membuatkan tekanan dan menyebabkan kuku cepat panjang.

jawapan ini hanya untuk mereka yang suka sembelit berbanding cirit birit, sekian.

*tak percaya?tanya doctor.

**************************************

FULL STOP
missblurry