Sunday, February 10

Mike si anjing gila!



Nampak tak status facebook aku di atas?masa ini segar lagi kejadian tu, ys, si mike yang bengong lagi gila, aku tahu tugas dia adalah menjaga kolam udang di belakang rumah kami masa kerja di kilang muzik latin tu,

Siang hari memang dia sihat, boleh manja-manja lagi, gesel kepala sana sini, baring sesuka hati, tapi bila di malam hari, dia naik hantu,waktu kejadian ni, aku nak basuh kaki, kononnya lah, dia tengah baring di depan rumah, baring dan tidur, dengan berani ni aku lalu sebelah dia, dia bangun dan terus, gong gong,

Aku Nampak mata dia yang bercahaya tu, sambil gong gong dia dah mula melangkah, hallo, ni blurry pernah menjadi juara sukan sekolah sewaktu zaman Watson nyambek ok!memang langkah seribu, selut depan rumah aku redah, selipar abis tunggang langgang ntah mana aku campak,masuk rumah, kaki menggeletar, kawan thai pun  padang dengan cuak nya.

“ why anis why?what happen?”

“heeee heeee( shaking), mike chase me!hahahah (cover malu)”

Memang masa ni aku keluar suara jantan mak tau, kalau ada orang kat luar tu,confirm dia gelakkan aku, tapi aku yakin tak ada orang, moga-moga..
Setiap malam dia gong-gong orang, walaupun cicak lalu depan mata dia pun dia marah, jangan kata cicak, jalan raya depan rumah tu sah-sah orang kampong lalu, pun dia maki nya,kadang-kadang, siang hari ada budak sekolah naik basikal lalu, pun dia kejar nya juga, memang makan penyepak je la jawabnya, kalau aku seberani macam tu,dah lama aku buat, masalahnya aku TAK!!

Tapi ada pernah sekali tu, kawan aku, ain bukan nama sebenar nak pergi beli air soya kedai depan rumah, kedepan sikit dari rumah, bila balik nak pergi kerja, si mike Nampak dan dikejar nya, terus dia lari masuk balik kedai tu, dan pakcik kedai gelakkan dia, siap cakap tak ada apa-apa dalam bahasa thai nya, last-last staff kilang yang duduk depan rumah juga yang tolong, halau si mike ni,

Kawan thai ktorg pun dia kejar, padahal sebelum ni dia sayang-sayang dengan orang tu, tiba-tiba jadi gila nak marah orang, si patty ni pun cakap si mike ni sewel,macamana tu?pengajarannya disini, jangan main-main dengan anjing yang jaga rumah atau kebun, diorang boleh gila sesuka hati berbanding anjing tepi jalan yang tak bertuan. Oh ini hanya anjing di thailand, anjing di Malaysia, baik korang lari sebelum kena gigit, anjing Malaysia lagi berganda bengong nya!!

berhati-hati apabila jumpa anjing, kecik ke besar ke, anjing tetap anjing
***************************
FULL STOP

missblurry

Slumber trip south thailand #3: krabi to hatyai



Seperti yang aku katakan, pantai aonang,krabi adalah pantai yang sangat sesuai untuk bermanja sayang dengan pasangan sebabnya keadaan yang sangat tenang dan tiada gangguan langsung kat situ, for those yang rasa hampir sakit jiwa tu, dan nak ke luar negara, aku suggest sangat ke krabi ni, murah dan sebelah Malaysia saja.

Ok melalut, aku sambung balik cerita pengalaman dari sana ke Bandar hatyai, sebelum ada sorang kawan aku ni sungguh berangan nak mandi laut di pagi sebelum kami berangkat ke hatyai, memang dah bangun, alih2…

“ hurm…wei bangun dah pukul 9”,katanya...

“haaa, aku aku malas nak mandi, nak tidur!”, 

balas aku sambil mata sebelah dah terbuka, yang pasti aku Nampak dan terasa katil tu bergegar, dan yup memang semua orang sambung tidur dengan lena nya! Bilik sebelah?jangan kata lah, langsung tak sedar walhal janji nak manid pukul 9 pagi tu, ha ha ha, Check out dan terus menuju ke stesen bus yang ambil masa lebih kurang 30-45 minute,ya aku rasa sangat jauh dari Bandar ke pantai aonang ni, tunggu bus sambil mata dah terkebil-kebil nak sambung tidur, perjalanan yang jalan agak kurang sopan dan pemandu bus yang sangat “sopan” membuat kan aku langsung tak lena tidur, peh, seram cara dia bawa bus, dan angan-angan terhenti disitu untuk tidur dalam bus.



Sampai di Bandar hatyai yang ambil masa 3-4 jam dari krabi, terus saja cari tuk tuk dan berhenti di stesen kereta api sebabnya nak balik Bangkok naik train, Alhamdulillah ticket ada untuk keesokan hari nya,Cuma yang tinggal bench atas saja,tak kisah janji balik Bangkok,selesai urusan ticket, kami cari hotel yang dekat-dekat dengan rain, 2-3 hotel saja kami survey,sebab hari dah petang dan nak kejar floating market,kami tidur di hotel ladda guesthouse, sangat selesa!bersiap-siap dan terus keluar ke floating market.


Kami gerak ke floating market pukul 6 petang dan janji dengan makcik tuktuk ambil masa 2 jam saja di sana, ikutkan masa sebetulnya adalah 2-3 jam,sebabkan kami yang duduk Bangkok dan dah lama tak jumpa makanan proper yang layak panggil makanan,so kami banyak habiskan masa di floating market bahagian makanan, adalah lah dekat sejam disitu, so bahagian atas kawasan jual pakaian dan cenderahati, agak kelam kabut kat situ, tak dapat pusing secara lemah lembut, nasihat aku jangan janji tuktuk untuk tunggu, just pergi je, sana pun ada tuktuk juga,but kalau rasa kurang selamat boleh deal pergi balik but ambil masa untuk 2-3 jam, seperti biasa, kami cari baju dan fridge magnet adalah wajib, serta air dalam bekas tanah liat.itu simbolik di floating market hatyai.murah saja range 25-35 baht ikut size cawan itu. Baju pula standard price 100-200 baht ikut design,kedai dan size.

Dari floating market kami balik hotel dulu then keluar balik pukul 8.30 malam, terus ke night market yang dikatakan tempat shopping yang murah, serious memang murah,tapi disebabkan Bangkok yang lagi dunia shopping so kami rasakan better berjimba di Bangkok, lagi murah dan lagi banyak pilihan, 2 jam juga pusing night market tu,besar dan memenatkan serta boleh pengsan,sebab iada perudaraan, tempat yang tertutup, peh..bagi aku tidak sesuai untuk warga tua yang tua, maksud aku golongan nenek-nenek, setakat mak dan bapak umur 50-60 tahun, boleh lagi redah market tu.


deKat sana kami Cuma hilangkan lemak dan minum air, then balik bilik lepak dan rehat, keesokkan hari nya, train kami pukul 6 petang, dan pagi itu terus checkout dan simpan beg di stesen keretapi tu, ada tempat penyimpanan luggage, kami tak round jauh pun, sebab rasanya hatyai pun tak ada apa sangat, kalau ada ke songkhla, tapi ambil masa 2 jam nak kesana, so just round sekitar hatyai, malangnya hari ahad dan sunyi sepi, sesepi sepinya, kedai semua tutup.sadis!pusing punya pusing, ronda-ronda kedai tepi jalan, lastly kami Tanya pakcik tuktuk untuk ke sleeping Buddha, tak jauh pun dan tak ada apa-apa yang ada Cuma slepping Buddha yang sangat besar, bergambar untuk 10 minute dan terus ke stesen keretapi, masa ni adalah dekat 3 jam lebih kami duduk tanpa buat apa-apa, peh!kental!

Oh ya, train dr hatyai ke Bangkok adalah train yang sama dari butterworth- Bangkok,diorang transit di hatyai untuk tukar train,maksudnya dari butterworth-hatyai adalah train ktm,so diorang transit di hatyai tukar train Thailand untuk ke Bangkok, dalam ticket kami berlepas pukul 6.45 petang, tapi train tu dah ada since pukul 5.00 ptg,memang ada announcement tapi dalam bahasa Thailand, so bawak-bawak lah bertanya bila Nampak train berwarna unggu, kebetulan ada sorang mamat ni kat tandas boleh cakap melayu so kami terus je Tanya ticket kami tu, dan betul jangkaan aku yang train ungu tu train ktrog, dia suruh naik dulu sebabnya train ni cacat, dia boleh gerak ikut suka hati dia je.lagi sekali make sure dtg awal, jangan sampai terlepas train.

Ini pengalaman pertama aku naik train ada katil, dulu masa kecil-kecil aku naik train dari Kelantan ke mana entah lah, tapi nak balik kampong kat Pahang. Itu pengalaman paling jauh aku naik train,masa kecik umur 7 tahun aku dah pindah kl dan since dari itu dah tak pernah naik train yang masa panjang, dari hatyai-bangkok ambil masa 16 jam ( plus 2-3 jam masa delay). Dalam train ni tak ada power supply, so siap2 bawak power bank untuk handphone korang,kalau tak memang bosan, sebabnya lepas je staff train datang untuk bukak katil, masing2 akan duduk dalam capsule sendiri, sunyi dan sepi.

Keadaan dalam train sangat selesa, sejuk?biasa je, katil atas kecil sedikit dari bawah, tapi harga beza 100 baht sahaja, bawah boleh tidur 2 orang, memang besar. Bergegar sangat tu tidak la, mungkin akan terasa di awal perjalanan, lelama memang tidur lena dan selesa berbanding tidur dalam bus,ye la sebab ada katil boleh menonggeng2 sesuka hati, aku lagi rela naik train yang lama sedikit jika x kejar masa dari naik bus yang boleh patah pinggang!

Sampai di Bangkok atau nama lain nya, hua lamphong,perasaan sampai di Bangkok, terasa lega, sebab kami selamat sampai sepanjang perjalanan ke south Thailand, terus je keluar dan ambil train bawah tanah (MRT)menuju ke chatuchak station, ambil masa lebih kurang 30-40 minit, sampai di situ, terus naik teksi dan balik ke pangkal jalan, kasetsart university.
Sampai je dormitory, dah tak banyak cerita, terus je unpacked barang dan rendam baju, yang paling utama adalah, TIDUR, ahahhahaha perancangan yang secara spontan kelaur dari otak memasing, dan Alhamdulillah, first journey ini banyak mengajar kami untuk berdikari serta ringan mulut untuk bertanya jalan dan arah tuju, “malu bertanya sesat perjalanan” tepat sekali!

Nota kaki dan tangan:

1. bagi pandangan aku, sesiapa yang datang dari kl berhajat nak ke Bangkok dan singgah di hatyai, tak perlu shopping sakan sangat di hatyai, sebab serious banyak lagi pilihan di Bangkok berbanding hatyai, harga pun agak murah di Bangkok.

2. walaupun 1 baht itu hanya 10 sen nilainya, tetapi jangan pandang enteng!berniali 1 baht tu di Thailand, ini serious!

3. plan betul2 perjalanan di hatyai, kalau tak banyak buang masa untuk tak tahu nak kemana, sebab macam xde ape sangat…he he he

4. ini budget dari krabi – hatyai :

Train ke Bangkok – 855 baht
Ladda guesthouse – 172 baht ( 172x5= 860 untuk 2 bilik, harga bilik untuk 2 orang berbeza sikit, tak banyak beza nya)
Makan di floating market – 135 baht
Tuktuk floating market – 100 baht (100x5= 500 [pergi dan balik,untuk 2 jam shopping])
Tuktuk nightmarket dari ladda hotel – 40 baht ( 40x5=200 baht pergi dan balik [ yang ini ambil asing tuktuk,])
Tuktuk bus station – stesen keretapi -30 baht (30x5=150 baht)
Tuktuk ke sleeping Buddha – 60 baht ( 60x5= 300 baht [pergi dan balik tuktuk yang sama])
Bekal makan dalam train (7eleven)-192 baht
Sarapan di kedai muslim – 124 baht
Ticket MRT ke chatuchak – 40 baht
Teksi chatucak-KU – 13 baht (13x5=65 baht)
Shopping baju dan magnet – 460 baht
Lain-lain – 60 baht

Total : 2411 baht sahaja atau RM 241.10


*****************************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, January 1

slumber trip south thailand #2 : phuket to krabi

Sunset aonang beach

aku sambung lagi cerita trip slumber mamber ktorg, kali ni dari phuket ke krabi.

bermula pada pagi khamis di phuket yang aman damai, masing-masing bangun lewat dan tidur yang sangat lena,al maklum lah setelah 12 jam dalam bus dan terus saja sightseeing patong beach langsung tiada rehat hingga tengah malam, memang pengsan memasing.cuma aku tak pasti, ktorg berdengkur atau tidak, ahahah nasib lah quest lagi dua orang tu kot kalau terganggu dengan dengkuran itu, maafkan kami :D 

yang penting!pagi tu someone dah jahanamkan kepala shower,mungkin jatuh dan pecah, nak mandi pun susah,nasib baik ktorg checkout tanpa disyaki apa-apa,ahahahah,then,kami terus jalan kaki keluar untu cari tuk tuk, hal ini tak perlu risau,berlambak-lambak tepi jalan,setelah sampai di phuket bus terminal.kami tunggu adalah dekat sejam sebelum bertolak,kisah dalam van sangat menarik for me.


ni contoh kesempitan van tersebut
(ni masa aku practical nak balik bangkok)

aku sound awal-awal,perkhidmatan phuket-krabi-phuket hanya ada mini van sahaja,bus tak ada, so kalau pergi secara grouping macam ktorg mohon beli extra 1 kerusi just untuk letak beg korang yang besar gabak tu,kalau tak,memang sengsara nak duduk dalam van yang gila sempit.muat2 untuk duduk dan tak boleh nak senget2 bontot pun kalau nak terkentut,boleh bayangkan?


Aonang beach

dalam van kami berlima,dua couple entah dari mana,sorang jejaka handsome,dan 3 orang rakyat thai,kerusi belakang duduk 10 orang,dan 2 didepan,yang kesian dan sadis, foreigner omputih ni bawak beg tarik bapak besar,dan letak di bawah kerusi duduk paling belakang,kawan aku sorang kene duduk belakang bersama sorang mat salleh handsome tadi,dan 1 couple yang lelaki nya size agak besar,mat salleh handsome tu tinggi orang nya, dia duduk,kaki dah sama tinggi dengan kepala dia,punya kesian, penyeksaan itu berakhir setelah sejam kemudian apabila 2 orang thai didepan sampai destinasi dia,masa turunkan diorang,semua yang kat belakang dah bising-bising kata kat driver orang yang duduk belakang nak tukar ke depan,dan bila si handsome tu yang kedepan,terus semua keluar kan bunyi " fuh lega, wuarggg lapangnya" something like that,and secara tak sengaja semua gelak sebabnya masing2 memahami,hahahhaha,oh lupa,beg kotrg sumbat kat mana2 ruang yang boleh diletak,senang cerita van tu dah macam ikan sardin dalam tin.sempit,padat,sendat dan mampat, pakej!

perjalanan ambil masa selama 2 jam lebih-lebih, seingatkan 2 jam 30 minit lebih kurang.sampai di krabi bus station,apa yang ada dalam otak aku tak sama dengan apa yang ada depan mata aku, bus station dia daun kering pun tak sudi nak bersantai2 atas jalan tu, sunyi dan sepi, sungguh sunyi.kami disambut dengan suara2 cengkerik di tengah hari yang panas.turun dari van,terus ada pakcik ni (hati-hati dengan pemandu tuk tuk,diorang suka terus ambil beg kita untuk naik tuk tuk mereka,bahaya!) macam biasa lah tanya nak kemana semua kan,so kami nak ke aonang beach (beach standard orang akan pergi)oh sebelum itu,kami ada booking tapi belum bayar hotel mana ntah,rupanya hotel tu tengah bandar dan sangat jauh dari pantai,so dia suggest ambil chalet berdekatan dengan pantai.aku rasa itu chalet dia,tapi tak kisah lah,bincang punya bincang kami setuju.

Cashew Nut Bungalow

cashew nut chalet namanya, not bad, agak mahal bagi aku,bilik dia selesa cumanya dia guna kipas,so agak mahal untuk harga dia,tetapi suasana sangat aman dan sejuk walaupun berdekatan dengan pantai, sebab belakang chalet ni ada ladang kelapa sawit dan dikelilingi pokok-pokok.rasa sangat tenang,sangat!

sampai sahaja,tukar baju dan terus jalan sebab masing-masing kelaparan,chalet ni tak ada cafe,maka terpaksa keluar ke area pantai,pantai ni bukan aonang tapi sebelah dengan aonang yang bernama nopphara thara beach,sunyi sebab private beach kedai makan pun boleh tahan lah juga, still ada tapi jangan risau sebab aonang cuma 5 minit sahaja kalau naik tuk tuk.cari kedai makan halal ada 2 3 kedai area sini, harga makanan standard dari 70 baht.selepas makan ktorg jalan2 lagi tapi disebabkan agak pelik bila dikatakan "aonang" pantai pelancong tapi tak ada pelancong maka ktorg decide ambil tuk tuk untuk ke aonang, macam biasa tuktuk yang kecik boleh dimuat seramai 5 orang gendang gendut,pergg aku rasa macam nak roboh je motor orang tu,..hek hek hek


pantai sunyi tak ada orang

rupanya kami tersalah pantai seperti yang aku katakan kat atas,bila dah sampai the real aonang baru lah rasa seperti sebahagian pelancong-pelancong sini,nak kata meriah tak la sangat,biasa je sebab nya kawasan dia kecik,sebabkan dah petang so ktorg tunggu untuk lihat sunset,subhanallah,memang cantik sunset di aonang beach,langit warna jingga untuk seketika waktu,time macam ni lah pelbagai aksi omputih sekalian buat aksi,konon romantik la kot kan?aku yang di atas hanya mampu scan sebanyak mungkin, ahahahha, free bro!
sebahagian night market

kedai barang untuk souvenir tak berapa banyak, so kena terima seadanya,then ktorg pergi ke night market di bandar krabi, 30 minit perjalanan, memang jauh dan sangat tak berbaloi dengan harga dan masa yang di luangkan, seriously,pasar malam kat kampung-kampung lagi besar kot!sangat mengecewa kan,so for me tak payah pergi pun tak apa, better bercanda tepi pantai nikmati angin bayu laut,lagi puas!

habis berjalan kami lepak tepi pantai, banyak nyamuk dan agas, mohon bawak ubat nyamuk, hehehe, then terus ke chalet untuk berehat, bagi aku pengalaman di krabi memang best, tenang dan menenangkan,sangat sesuai untuk melepaskan segala tekanan dan merehatkan otak dan minda,recommended !


nota kaki dan tangan

budget percutian phuket - krabi: 

ticket mini van - 140B
lunch (mkn di resturant) : 100B 
dinner (7 eleven) : 61B
tuk-tuk ke aonang beach: 20B
souvenir di night market : 350B
teksi krabi bus terminal - chalet - bus terminal : 200B
tuk-tuk dari aonang beach - night market - chalet :160 B (800B/5 0rg)
breakfast keesokkan hari: 57B
chalet : 220B (sebilik 550B,kami ambil 2 bilik/5 org)

TOTAL :1308 baht/ RM 130.80 untuk satu hari satu malam


*untuk di krabi,mohon cari chalet dan booking, nak aci redah boleh tapi hotelnya tak banyak,so antara langsung tak ada bilik atau kena charge mahal.terpulang semuanya di tangan anda, di aonang beach, makanan halal senang didapati juga,so tak perlu risau.

***********************
FULL STOP
missblurry