Tuesday, February 19

kesepian


zasss zasss zasss zasss...

itulah yang bunyi di dalam rumah aku sekarang ni, sunyi malah sepi ...sesepi embun pagi di kampung halaman..ok tipu, kat kampung pun lagi riuh, riuh bunyi burung,ayam itik angsa...kan?oh lupa, tadi tu bunyi kipas siling, ;D

kawan aku baru je balik ke kampung halaman dia, adik and akak aku masing-masing di hostel, yang tinggal my mom n dad,hurm...bosan dan merimaskan bila tidak buat apa2,

well, sebenarnya aku dah boleh start kerja di payless paradigm hari rabu ini iaitu esok, tapi disebabkan urusan dengan UPM belum abis lagi, maka aku terpaksa cancel kan,tak apa lah, mungkin bukan rezeki aku kali ini, rezeki ditempat lain agaknya.

perjuangan hampir 4 tahun akhirnya berakhir, permulaan yang agak tragik bila aku dapat tawaran dan perlu mendaftar diri dalam masa 3 hari sahaja, dan berakhirnya sebuah "percutian" selama 5 bulan di bumi thailand, sesuatu yang aku tak jangka akan berlaku.

macam orang lain kata, kita merancang itu ini, tapi at the end perancangan itu akan berubah secara drastik nya jika kita pandai untuk mengambil peluang dan pandai untuk mengubah kehidupan kita. kalau tidak, macam gitu sahaja lah life kita di alam IPTA.

after this, semuanya akan bekerjaya dan buat hal sendiri atau dengan kawan baru,persekitaran baru, mungkin. dan gaya hidup baru, yang aku harapkan persabahatan yang terjalin ini, tidak akan berakhir selain mati,insyAllah.

kepada kawan-kawan seperjuangan, teruskan kaki melangkah, lagi jauh kita pergi lagi terbuka minda kita, yang penting berani untuk mencuba.sampai sekarang, masih lagi aku terfikir, kemanakah dan dimanakah dunia aku selepas ini?

aku akan terus menanti ........



my mom seksa jiwa aku dengan lagu-lagu macam ni, dia pasang radio buka klasik national,
mana boleh aku sorang je,so korg pun kena dengar ok?





*setiap perjalanan mesti ada liku nya, dan setiap liku itu ada pengajaran serta pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan


*************************************
FULL STOP  
missblurry

Monday, February 11

Facebook



Pernah dulu, my mom suruh ajar macam mana nak main facebook, permintaan paling rare sekali, al-maklum lah, my mom bukan kaki it, beliau hanya kaki senduk, hahahah I mean dia hebat di dapur, masak memasak, tapi bab IT sangat failed, even though nak guna handphone pun terkial-kial, ini fakta!

Yang melayannya adik aku si taro, yes, dia buatkan account facebook, tapi hayat tak lama sebab dia tak bukak pun, adalah lebih kurang 3 bulan, senyap-senyap aku deactivate kan balik, hik hik hik, tiba-tiba masa aku balik Malaysia untuk uruskan hal visa (akan aku cerita hal bengong ini), persoalan yang memang aku tak akan jawab terkeluar berkali-kali dari mulut dia.

“angah,buatkan mama facebook, handphone mama dah boleh guna internet ni”
“errr nak buat apa?”

“ala, saja-saja lah, kawan mama semua dah upload gambar macam-macam dalam tu”

Macam biasa jawapan aku adalah bunyi cengkerik …

“kriiiikikkk, kriiikikkk…”

“mama suruh ayu, dia malas, cakap tunggu adik balik rumah, nak tunggu adik cuti entah bila,”

“bila adik ada kat rumah, dia cakap pula, suruh anis, gila ke apa, anis jauh, baliknya tahun depan, ni kau dah balik, buatkan lah”

“hahahahahaha…suruh ayu”

Dan seterusnya….
* karma itu wujud!

********************************************
FULL STOP
missblurry

Sunday, February 10

Mike si anjing gila!



Nampak tak status facebook aku di atas?masa ini segar lagi kejadian tu, ys, si mike yang bengong lagi gila, aku tahu tugas dia adalah menjaga kolam udang di belakang rumah kami masa kerja di kilang muzik latin tu,

Siang hari memang dia sihat, boleh manja-manja lagi, gesel kepala sana sini, baring sesuka hati, tapi bila di malam hari, dia naik hantu,waktu kejadian ni, aku nak basuh kaki, kononnya lah, dia tengah baring di depan rumah, baring dan tidur, dengan berani ni aku lalu sebelah dia, dia bangun dan terus, gong gong,

Aku Nampak mata dia yang bercahaya tu, sambil gong gong dia dah mula melangkah, hallo, ni blurry pernah menjadi juara sukan sekolah sewaktu zaman Watson nyambek ok!memang langkah seribu, selut depan rumah aku redah, selipar abis tunggang langgang ntah mana aku campak,masuk rumah, kaki menggeletar, kawan thai pun  padang dengan cuak nya.

“ why anis why?what happen?”

“heeee heeee( shaking), mike chase me!hahahah (cover malu)”

Memang masa ni aku keluar suara jantan mak tau, kalau ada orang kat luar tu,confirm dia gelakkan aku, tapi aku yakin tak ada orang, moga-moga..
Setiap malam dia gong-gong orang, walaupun cicak lalu depan mata dia pun dia marah, jangan kata cicak, jalan raya depan rumah tu sah-sah orang kampong lalu, pun dia maki nya,kadang-kadang, siang hari ada budak sekolah naik basikal lalu, pun dia kejar nya juga, memang makan penyepak je la jawabnya, kalau aku seberani macam tu,dah lama aku buat, masalahnya aku TAK!!

Tapi ada pernah sekali tu, kawan aku, ain bukan nama sebenar nak pergi beli air soya kedai depan rumah, kedepan sikit dari rumah, bila balik nak pergi kerja, si mike Nampak dan dikejar nya, terus dia lari masuk balik kedai tu, dan pakcik kedai gelakkan dia, siap cakap tak ada apa-apa dalam bahasa thai nya, last-last staff kilang yang duduk depan rumah juga yang tolong, halau si mike ni,

Kawan thai ktorg pun dia kejar, padahal sebelum ni dia sayang-sayang dengan orang tu, tiba-tiba jadi gila nak marah orang, si patty ni pun cakap si mike ni sewel,macamana tu?pengajarannya disini, jangan main-main dengan anjing yang jaga rumah atau kebun, diorang boleh gila sesuka hati berbanding anjing tepi jalan yang tak bertuan. Oh ini hanya anjing di thailand, anjing di Malaysia, baik korang lari sebelum kena gigit, anjing Malaysia lagi berganda bengong nya!!

berhati-hati apabila jumpa anjing, kecik ke besar ke, anjing tetap anjing
***************************
FULL STOP

missblurry