Thursday, June 30

good bye novel hello wedges shoes

hye semua....sorry guys, aku dah berkurun tak update blog, boleh aje sebenarnya, tapi ralik layan game facebook dah pukul 12...so memang tak sempat nak update...banyak benda aku nak kongsi dengan korang...memacam benda funny yang berlaku sepanjang aku kerja....ahahahha....


by the way, tepat pukul 9.30 PM, tamatlah kerja aku sebagai pembaca dan penjual novel yang setia...yeah aku memang suka baca novel bila aku boring..buat aku ralik sampai tak nak makan...eheheh..impak yang sangat besar rite...kedai aku tutup sebab sale tak memberansangkan..boss aku call je kata tak payah buat order sebab nak tutup hujung bulan,terus aku merayap cari kerja baru...

agak susah nak dapat, now apa aku nampak kerja memilih orang, walhal diorang memang terdesak sesangat nak orang, kalau aku jadi boss, aku ambil aja budak walaupun payah..tapi alhamdulillah rezeki aku dapat kerja kat kedai kasut pula....

kalau dulu bila customer datang tengok buku novel aku akan cakap macam gini " hah kak, nie buku baru kak...best gila...serious saya tak tipu.." maka si customer yang agak termakan kata-kata aku pun berkata " ye ke dik, cerita nie pasal ape?sedih ker?" aku pun dengan yakin kata " sedih kak, confirm akak meleleh baca..habis berliter-liter air mata akak..bla bla bla dan bla", kekadang kalau aku malas layan, aku buat derk je, tak promote pun and tak komen pun mana yg tak best walaupun diorang capai tue memang novel yang hampeh...




bukan nak kata jahat, ye lah kita nie taste lain-lain, so bila diorang mintak suggestion aku akan petik mana novel yang dah di baca, by the way alang-alang nie aku nak promote novel haslinda ismail cerita masihkah ada cinta, sumpah sedih, aku tahan sendu sendan aku je kat giant tue, ahahah hampir-hampir menangis kat tengah- tengah jalan...

so kat kedai baru pulak aku akan promote macam gini pula, " cantik kak kasut tue dengan akak, sesuai sangat...lagi-lagi colour yang tue.." ahahha nak jadi promoter kene ayat-ayat jampi yang penuh dengan kemanisan di bibir walaupun dalam hati langsung tak tahu dan tak ada perasaan...eheheh..sumpah aku memang tak de taste langsung kat kasut perempuan, so aku tak tahu macamane nak suggest nati...mintak-mintak lah ok kan...

bermula nya kedai baru nie nanti, pengalaman aku kerja di living cabin dan king's ice cream akan berulang lagi sebab nya kedai nie tak ada shift, so kerja dari pukul 10 pagi till 10 malam, yes..aku mengaku tak ada life..sebahagian hidup aku hanya dalam giant mall dan kemungkinan besar aku memang tak beraya lah jawabnya, beraya dalam gaint...hurm pengalaman pertama aku...pasal tue aku akan cerita kemudian...

apa gaji?entah lah, boss kedai kasut nie call aku semalam cuma cakap seminit je, " hello nie anis ka?you ada apply kerja di **** kedai kasut(aku tak ingat nama kedai)? you terus datang kerja 1 julai yer, pagi pukul 10..", ngeh punya senang je dia amik pekerja, aku budget dia sangat terdesak dah kot...so semua kisah kerja akan di discuss besok, harap-harap oklah boss nya..aku bahagia dia pun bahagia...

fuh panjang entry aku...aku ade cerita lawak nak diceritakan...cerita yang aku rasa bodoh sangat...dan bengong...muahahhaha...dan juga memalukan kot...dunno lah..itu aku cerita esok pula yer...aku mahu rest seketika....charlow !!

*****************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, June 19

fikir guna otak bukan tapak kasut!!


morning all, finally aku cuti hari nie, ikut hari memang nak kerja je, tapi tak ape lah, rest lah, kesian tengok badan aku asyik letih je...tapi aku terpaksa juga bangun awal coz kene hantar duit float, aiseyh aku tak faham betul system tue, wat eva lah !!

well, aku nak cerita yang mungkin bagi pengajaran untuk aku dan bagi korang disana bukak mata sikit, aku tak ingat bila benda nie berlaku, seingat aku hari tue hari jumaat lepas kot, aku telah di tegur oleh mat bangla tolak troli, yes kerja dia cari troli giant then susun tepi kedai aku a.k.a depan pintu masuk giant..

biasa lah kan, kalau dah kerja dalam mall, setiap inci manusia yang kerja dalam tue sure kita kenal, macamane pun mesti kita tegur menegur, so nak jadikan cerita mat bangla nie tegur aku, sebab dia nampak aku beli makanan, aku memang beli makanan setiap pagi pukul 10.30 untuk di makan pukul 1@2 petang,apsal awal sangat?sebab aku beli dalam giant murah+berbaloi,

dia tanye aku, " sudah beli makanan ka?mau makan ka?", aku yang penat-penat( kononnya) agak tercengang kejap, " a'ah, biasa lah nati orang ramai, makanan abis" then dia tanye lagi, " tarak masak kat rumah ka?", ah sebok lah kau, malangnya mulut aku berkata " tak sempat la,beli aja, rm 1.70 je maa"

dengan senyuman paling manis dia bagi kat aku " sudah kawin ka?suami kerja mana?", damn, tanya soalan maut la pulak..aku pun cakap lah yang aku belum kahwin lagi, then dia blah, fuh lega..tengah aku susun buku novel, sekali dia menyelit lagi and tanya lagi macam-macam soalan, siap mengayat, yes dia mengayat..paling part tak boleh blah dia cakap macam gini " u ada ic ka?awal-awal lagi saya suda tau u belom kawin, umo brapa?", dalam hati aku dah fikir bukan-bukan lagi-lagi bila dia cakap " u ada ic senang, i tak ada ic, susah, mau niaga pun tarak bole,u ada ic boleh niaga, i nak cari orang ada ic, u manis ma, u hati baik, dah lama i tengok u,kita keluar minum, kawan-kawan dulu, nanti lepas kahwin, i bagi duit, duit i banyak kita niaga"


nah kau, tersentak terus aku, banyak kali dia ulang ayat "kita kawan-kawan, keluar minum-minum", memula sumpah aku blur, aku tak pickup apa yang dia nak sampaikan then dah kali ke 3 dia sebut, terus aku teringat yang kawan aku si eppy pun kene ngayat benda yang sama, ajak kahwin sebab nak bukak bisnes, padahla kawan aku tue pengkid kot, aku dah naik seram dah, terus aku cover balik aku kata nak kahwin awal tahun depan...

entah mamat mana aku main petik je, muka confident tahap itik punye, padahal aku dah tergagap-gagap, gilak punya mat bangla, 3 kali juga aku mengulang kata kahwin, sambil tue tangan aku asik lentik lentik tunjuk cincin kat jari aku, harap-harao dia paham, eh kejap, bangladash kahwin ada juga kan cincin?then dia blah, fuh lega aku, walhal mengigil lutut aku,

mana tidak nya, aku kerja situ insyAllah lama, sampai raya nanti, mamat tue pulak selalu lepak tunggu troli sebelah kedai aku, takkan nak mengadap je kan?itu pun masa aku duduk termenung aku ternampak dia ngintai-ngintai then senyum-senyum lagi, damn shit lah, memang aku geli sungguh, selama aku kerja dalam mall tue, nie first time aku jumpa mat bangla desperate nak bukak bisnes kat malaysia, before nie aku siap kerja dengan bangla lagi, steady je..


macamana pun pengalaman nie memang buat aku more berhati-hati,dan pada gurl out there, if golongan pakistan + banglasash nie tetiba tanya dah kahwin ke belum atau ada ic ke tak, cakap je dah kahwin dan tak ada ic, cakap je korang ni pun foreigner juga, unless memang korang target nak kahwin dengan diorang....ngeri siot, dah lah semalam nak closing pun aku kena jugak tapi dengan pakistan, lepas nie memang aku takkan guna jalan yang sama je bila nak balik rumah,dah lah jalan kaki sorang-sorang, wooo nauzubillah, mintak di jauhkan....

***************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, June 18

di mana silapnya?

hye semua, sebelum aku bercerita apa masalah aku, aku nak cakap, aku mintak maaf dulu kat korang yang singgah dan comment page aku...sorry beb, aku memang tak sempat nak singgah page korang, setiap hari aku kerja pagi pukul 9.30 pagi dan balik pukul 6.30 petang tetapi, kadang-kadang aku terpaksa kene OT till 10.30 malam...seriously sangat penat, penat menunggu lagi penat dari penat bekerja, paham ka?nanti schedule aku dah stabil, aku akan singgah ok..:)

well, aku nak mengadu, aku pun tak tahu kenapa, since start kerja, aku fikirkan yang aku dapat atasi penyakit insomnia aku, ada orang tuduh kata aku bodoh sebab biarkan penyakit nie serang diri aku, sengaja cari penyakit, well aku tak salahkan beliau coz beliau tak pernah alami maka beliau tak faham macamana penyakit ini...

tapi apa aku fikir semuanya tak menjadi, bertambah teruk kot tak tahu lah, aku memang penat kerja walaupun kerja aku duduk je dan sesekali aku susun buku, tapi macam aku cakap tadi, kerja yang kurang pergerakkan nie lagi penant sebenarnya, so bila balik aku rest dulu badan aku nie, tapi bila aku dah mula tidur, aku hanya boleh tidur dari pukul 12.00 malam dan confirm akan terjaga pukul 3 pagi...

aku tak tahu kenapa boleh jadi gitu, almost a week dah kot, tepat pukul 3 pagi aku terjaga,walhal mindset aku bangun pukul 8.30, abis kalau dah terjaga kol 3 pagi, sah-sah aku tak leh tidur till subuh,pukul 9.30 aku da kene bukak kedai, penat seh, badan aku sangat penat, tak terdaya...

macamane ye aku nak buat?nak hilangkan supaya aku boleh tidur lena?walhal kalau orang lain confirm tak sedar diri dah, kalau setiap hari aku hanya mampu tidur 3-5 jam sehari, mana boleh macam gini, miong lah aku...sesiapa yang ada masalah macam aku lagi2 yang ade penyakit insomnia, tolong share dengan aku, apa yang korang buat supaya dapat tidur dengan tenang...
tolong sangat, aku tak mintak pun penyakit nie datang dekat aku, kalau boleh aku nak tidur dengan tenang, dengan aman, aku tak nak ada masalah tidur yang melampau nie, pada sesiapa kat luar tue yang tak paham dengan penyakit masalah untuk tidur nie, tolong-tolong lah bacainfo, jangan sesuka hati kata tak pandai jaga diri, belum kene belum tahu macamana seksa nya penyakit nie...

adakah aku perlu berjumpa dengan pakar?

****************************
FULL STOP

missblurry