Thursday, July 28

mari sarapan #2


yeaaahaaa aku kembali lagi,,wooppss, morning all, bangun lah beb, hirup udara segar di pagi hari memang lapang dada, teringat pulak pagi-pagi buta pergi lawat ladang lembu kat sabah dulu...tenang betul dengan suasana dia..tak percaya cuba bangun pagi-pagi then lepak kat tengah padang, confirm tenang..

well malas nak bebel panjang, seperti yang aku janjikan, aku punya menu sarapan hari nie, fuh western siot, hahahha tapi puas walaupun tak sepuas makan maggie 2 hari lepas...owh semalam den makan nasi lemak je, tue pun makan tengah hari dah...

hari ni menu den scramble egg, baked bean,dan sosej..bunyi macam simple tapi memang menyelerakan..ehehhe scramble egg tue aku dah habis masak, then letak sikit madu, bagi rasa manis2..sosej tue cuma rebus macam biasa je..baked bean pulak sah-sah beli kat giant, muahahah 


dekat sosej tue sebenar nya aku nak letak thousand island, tapi dah habis pulak, so aku godek peti ais nampak lah sos mayonis untuk salad, tanpa fikir panjang aku ambil and tuang..memang layan kan je lah...kalau dah makan pun western so minum pun kene western juga, air kali nie tak pernah aku buat seumur hidup aku, aku rembat air fresh oren bapak aku, 

rembat tak jadi masalah, masalahnya, aku minum air buah di pagi hari, yeah...aku memang manusia tak reti minum air buah, kodial boleh kalau buah, sorry, tekak den memang tak mampu nak telan tapi pagi tadi boleh pulak, maybe sebab lapar kot,maklum lah semalam makan nasi lemak je, then langsung tak sentuh pape makanan dah..eheheh

so kawan-kawan, lets sarapan pagi,nikmati rezeki pagi anda dengan penuh kesyukuran, ;) untuk esok lusa, aku tak fikir lagi makan apa, tunggu lah dua tiga jam kot terfikir makan benda pelik-pelik, nanti aku kongsi lagi ok...charlow

*sos mayonis salad sangat tak sedap untuk dimakan dengan sosej, harap maklum

*****************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, July 26

mari sarapan #1

dah lama tak makan biskut kering nie

well, mesti ada yang leh teka kenapa aku boleh update entry time macam gini, eheheh biasa lah tue kan, tapi sebelum tue,sorry guys, dah lama aku tak update blog and tak singgah blog korang...bukan tak nak tapi aku tak ada mood..masalah aku belum selesai lagi...

bolayan dulu masalah aku tue, aku nak kongsi cerita agak sedih di pagi hari selasa nie, ahahha nak tau kenapa?sebabnya pagi-pagi pukul 5 pagi aku dah menderita kelaparan,tapi boleh lagi menahan lapar dengan tengok tv, thanx astro even rancangan kau ulang-ulang tapi kau wat aku leka untuk fikir pasal makan...


tapi pukul 6.30 pagi tadi, aku tak boleh tahan lagi dah,almaklum lah, perut aku ditemani makanan pukul 12.00 tgh hari semalam  je, dengan beberapa suap nasi goreng, then langsung aku tak sentuh makanan...punya lah lapar..terus aku tengok dalam fridge, nampak pula sosej..apa lagi terus lah aku ambil dan potong,ambil pulak bawang and telur dan juga megi

nah kau, pagi2 buta aku hadap maggie, memang mat salleh pun tak buat macam gini, tapi sodap jugak beb, cuba korang buat, layan wookk, sejuk-sejuk then makan megi, rasa macam makan spaghetti pizza hut wei...dan aku rasa maggie nie mampu bertahan sampai tengah hari, dan dalam pukul 4 petang sah-sah aku akan tidur and bangun malam, dan seterusnya perjalanan hidup aku sepanjang cuti nie akan terjadi...errr

aku dah terfikir sarapan utk esok, petang nanti before aku mengantuk,aku nak pau duit mak aku nak beli baked bean, rebus sosej then goreng telur campur madu sikit, argg sodap nye...esok aku akan tunjuk makanan aku masa sarapan ok...choww

nota gaji tak dapat lagi

1. dah sebulan tapi belum dapat lagi
2. adakah aku terlalu bagi muka sampai dia anggap aku tak beria pasal nie?
3. boss aku anak taukeh tapi apa reason dia susah sangat nak bagi gaji kat orang?
4. kalau macam gini anak melayu running bisness no wonder tak lama bisness tue??
5. kejam tak kalau aku tak dapat gaji, dan aku doa kan bisness dia bungkus dan aku tak halalkan duit tue...;)


************************************
FULL STOP
missblurry

Wednesday, July 20

merapu meraban #1

masuk hari nie dah genap 20 hari aku duduk rumah, eh seronok gila lah, serious owh,kalau korang tak percaya kata-kata azimat aku ni, cuba try test, tengok sendiri bertapa heaven duduk kat rumah tanpa buat apa2 sekali pun,fuh heaven!!


heaven nya rasa macam nak menangis je, sebab aku rasa bakal kot wayar-wayar dalam otak nie tercabut,lagi-lagi wayar jenama bosan, bakal wat demokrasi jalanan, ahahahah,...gilak boring dowh, tapi tak apa lah, duit aku pun tak abis, kalau merayap kang beribu pulak aku abis...eheheh..

well issue gaji aku belum selesai, tapi tak apa, aku malas nak berbicara lagi, family aku pun dah tak tanya, malas dah kot nak tanya,...hal kerja?belum nampak diorang nak hire tapi tak apa aku round lagi kot diorang nak pakai untuk promosi sebulan sempena nak raya kan...

sedar tak sedar kita kembali bertemu bulan ramadhan yang mulia, yeah!! aku tak sabar nak puasa, nak menikmati bulan yang cukup indah bagi aku, tenang je rasanya...dan kali nie aku puasa dengan family, ngeee, syok nya dapat makan ramai2 except adik aku si taro, dia balik weekend je...harap harap this year aku puasa penuh, almost 4 tahun dah aku puasa penuh, kalau tinggal pun sehari dua, hihihi jangan jeles...

hah, ada tak makcik-makcik, pakcik pakcik nak pakai orang untuk meniaga kat bazar?kalau ada hire lah saya pakcik...;),bazar belakang rumah saya je pakcik, so saya akan jadi pekerja cemerlang punya, tepat pukul 3 saya dah pacak khemah, eheheh,damn!! aku rindu laksam....ahahha ok tak de motif..

aku baru lepas buat mini proposal untuk geng aku pergi melancong, yup kami akan pergi ke gunung fuji genting,cost nya pun tak banyak, dan tentatif pun ok lah, ahahah hope jadi and boleh berjimba lagi...aku rasa aku salah course lah, patutnya amik course tourism, sebabnya bab travel nie serah je kat aku, confirm gerak punya,benda aku minatkan, so boleh lah arrange, eheheh

well aku stop sini,sebabnya nie entri merapu meraban dikala kesunyian,bye ;)
*********************************
FULL STOP

missblurry