Saturday, June 30

final year of college life #21 - selangkah lagi

kelegaan buat ku

syukur alhamdulillah, akhirnya lulus juga pemeriksaan untuk theses aku, yang selama nie aku bengong dan hampir nak menangis, ahahhha serious, tension dia melampau2 kerana nak kejar dateline tue, well kalau baca dari awal kisah theses ni for sure tau kan, 

seriously, lega dia tue, perasaan dia macam baru lepas sunat, itu perasaan dia, errr walaupun aku tak merasa perasaan lepas sunat tapi aku faham perasaan itu, miahahhahahaha...so tinggal 1 step sahaja lagi, iaitu dean signature, then dah boleh jilid, insyAllah minggu ni boleh settle...phewww...

kepada kawan-kawan lain, harap bersabar ok, jangan putus asa, menangis boleh, eheheh paling kuat pun merajuk je lah,macam aku buat, merajuk sampai kemas barang bawak balik rumah...ajhahahahahha sengal!

3 kali,
mengambil masa selama 2 minggu,

*aku akan ingat sampai bila2 waktu susah yang aku hadapi ini,insyAllah,aku akan sentiasa pandang belakang untuk mengingatkan diri supaya tidak mudah lupa.

********************
FULL STOP

missblurry

Monday, June 25

final year of college life #20 - selamat tinggal 546

tengok lah,
berapa tebal theses aku yang aku dah print?

jyeahhh akhirnya, aku akan pulang jua ke markas kesayangan, heee, well nak kata dah settle theses,its not, but am tired already, esok hari terakhir untuk aku berjumpa dengan penyelia, insyAllah. hope tak ada masalah. then berita paling gembira, dean tak ada sampai 2 julai, yes bagus, tertangguh lagi kerja untuk dapatkan signature beliau sebelum boleh jilid theses.

sound so complicated to done the theses, actually tak pun, hanya fakulti aku sahaja gediks sikit, terlalu formal, tapi fikir balik,bagus juga, daripada aku tak berapa mahir microsoft word yang aku hanya gunakan basic sahaja function dalam tu, sekarang banyak dah aku godek function nya.

atau denagn erti lain, belajar banyak perkara dalam masa yang sama, so positive kan?bhahahah, barang2 semua sudah siap aku kemas, tinggal beberapa helai je sahaja lagi baju yang aku jemur tadi, then settle, boleh aku blah dari kolej ni.

bukan aku nak sangat kelam kabut untuk balik rumah,sedangkan rumah aku sekangkang kera je, tapi sebabkan bus tak ada buat aku menyampah,itu saja, kalau bus sentiasa ada,ok je, senang je aku cari makanan, susah sikit campus aku ni,complaint banyak kang susah juga,ada je langau kata tak bersyukur, tapi kau try duduk sini,rasa macamana dulu,kan?

sekrang pun,nasib juga biskut magic twin menyelamatkan aku punya baboyot nie, mungkin akan lapar balik,tapi aku cuba kenyangkan diri dengan minum air,hope bertahan sampai esok....heeee...

excited nak balik?tak aku excited nak lepaskan apa yang belengu dalam otak aku ni,penat melayan theses yang tak pernah siap.sekali lagi aku cakap,ini hanya untuk fakulti perhutanan sahaja,yang banyak procedure sebelum jilid. well, setakat ini sahaja aku nak kongsi kan, heeeeuuuu ;D

selamat tinggal 546

*kepada bakal penghuni ini bilik,hati-hati,banyak momok yang suka berkenalan dengan anda,jangan takut,dia cuma buat salam perkenalan yanga agak kasar sahaja,aku pasti,kuku dia memang panjang,sila letak kepit kuku supaya dia boleh potong sikit kuku dia tu..;D

*************************************
FULL STOP 

missblurry

Sunday, June 24

final year of college life #19 - berakhirnya exam untuk semester terakhir

tepat pukul 4.05 petang tadi, tamat sudahlah exam terakhir untuk semester akhir aku selama 3 tahun di UPM, phewww lega rasanya,tapi tak lega sebabnya exam tadi macam haram,sebabnya jawapan nak buat karangan macam SPM, beb! tak payah nak karangan sangat lah pun kan....adoiii

sampai lenguh2 tangan aku,mengeluh tak payah cakap....keluar class,rasa macam nak cabut je tangan ni dan simpan dalam pocket kejap..eheheh, ah lantak lah,malas nak fikir,dah lepas, now aku nak rest,alhamdulillah,thesis pun aku rasa dah macam tak ada masalah apa2...

now,buat setakat ini,aku bertapa dulu di kolej secara haram, heee malas nak bayar, untuk 2-3 hari saja,sementara aku betul-betul settlekan thesis aku tue, then balik rumah melanguk tanpa tentu arah,rasa macam bahagia but aku jamin, aku akan gila untuk hari yang ke-4, memandangkan aku memang tak suka duduk tanpa buat apa-apa...

hurm 3 tahun,kejap je masa, dari diploma,gap sebulan then terus masuk degree,sambung untuk 3 tahun then rest 2 bulan sebelum pergi practical, wow, dalam masa yang sama,sekarang ini aku mula mengintai dari tirai kamar untuk mencari peluang kerja pula,heee tak sabar,sebabnya aku sudah terasa tanggungjawab aku salah seorang anak dari kedua ibubapa aku, tanggungjawab sebagao seorang anak untuk balas budi mereka..;D

kepada kawan-kawan yang masih ada exam,good luck,pada meraka yang masih study, teruskan semangat anda..;D

**********************************
FULL STOP
missblurry