Tuesday, November 6

practical #5 - field work


hello all,

maaf di pinta kerana blog ini sudah lama tak dijengah, maaflah, tuan blog sungguh busy dan keluar outstatsion, cewah gaya macam GM je pula main outstation bagai kan.

ya, memang pun aku keluar untuk 3 minggu di nakhon pathom, lebih kurang la ni ejaan dia, di mana kawasan ni?haa meh sini tengok peta, nak kata jauh dari bangkok, tak lah sangat, but bila aku bagi tahu kat roomate aku mengatakan aku akan keluar kawasan, dan bila sebut sahaja nakhorn pathom, diorang gelakkan aku, siap cakap, " you will miss bangkok, for sure!" erk!. aku tak nak pun survey kawasan tu, biar lah tengok depan mata sendiri,



bila tiba masanya, iaitu 13 october lepas kami pergi ke sana, dan ermmm, public transport untuk kesana adalah dari kasetsart university menaiki teksi kemudian naik van yang bapak sempit, tempat duduk ada 14 di belakang,yang penting tak ada ruang bonet, barang perlu pangku atau beli seat untuk letak barang, kemudian sampai di sana yang perlu berhenti tepi jalan, dan tunggu bus pula, bus nya keadaan dia adalah, errrr laluan tengah muat sorang jalan dan tempat duduk pula sangat sempit, seriously bus mini lagi selesa, setelah naik bus, perlu jalan kaki kira-kira 300 meter untuk sampai ke rumah yang kami duduki.  secara ringkasnya, sangat menyedihkan untuk ke sane, yes!

mula-mula perjalanan, aku teringatkan kampung halaman,kiri kanan tak ada hutan,tapi the way aku pergi ke sana tu, naik bus dan sebagainya, ah sebak hati gua yang rock ni beb.susah nak gambarkan keadaan nya.kampung wa lagi maju, serious!

sebelum pergi ke rumah tu, kami pergi lapor diri di kilang dulu, iaitu Chai Pattani Industry Co.Lt. syarikat ini buat barangan music latin seperti djember,congos,cajorn, dan sebagainya, kalau tak tahu boleh search website latin iaitu Latin Percussion . sangat interesting barangan yang dikeluarkan. yang paling penting pekerja dan boss sangat sporting, aku suka sangat kilang ni, kenapa? akan datang aku cerita lagi.

banglo wa cakap sama lu


well rumah yang kami dapat tu, alhamdulillah tak seperti yang aku bayangkan, aku fikir duduk rumah setinggan dengan worker, dan worker adalah vietnam yang menakutkan, tapi meleset, rumah tu cantik dan baru buat,so elektrik and air tak pasang lagi,tapi worker terus pasang demi kami, sangat selesa dan cantik.cuma yang tak best ada anjing gila depan rumah,kes ini pun akan aku cerita di entry lain,heee simpan dulu ini untuk mukadimah sahaja,

aku rasa sampai sini dulu cerita aku, akan datang aku update kawasan kilang dan juga product yang dikeluarkan, see yeah!

*******************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, October 4

kuku panjang

tahukah anda,
kenapa kuku cepat panjang dan kenapa kuku lambat panjang?

jawapanya,
bagi yang cepat panjang,maka dia rajin pergi berak,dengan meneran shittosh itu,membuatkan tekanan dan menyebabkan kuku cepat panjang.

jawapan ini hanya untuk mereka yang suka sembelit berbanding cirit birit, sekian.

*tak percaya?tanya doctor.

**************************************

FULL STOP
missblurry

Thursday, September 27

practical #4 - restaurant ikan bakar

hai all, sorry lama sangat tak update, bukan apa, aku rasa tak ada benda nak diceritakan sebabkan aktiviti harian sama sahaja setiap hari,kelas pun memang dah tak ada sebab mereka sekrang musim exam, so kami tujuh orang ini pula musim mengawan hibernate, hahahahah. oh di ingatkan lagi sekali, practical aku belum start lagi, hi hi hi, ;D

ok straight to the point, aku kali ini nak promote 1 restaurant yang dikatakan agak or harus juga lah pergi if datang ke bangkok, kalau korang datang period yang pendek,mungkin boleh abaikan, tapi andai kata datang kursus or melancong dengan masa yang panjang dan sudah tak tahu nak ke mana, maka datang lah ke sini.

restaurant ni aku tak sempat nak snap gambar depan restaurant memandangkan ktorang agak rush nak ke pasar malam di area chatuchak pula. nama restaurant ini adalah praram 9 kaiyang, dia berada di tepi jalan. konsep restaurant ni adalah ikan bakar, itu menu utama dia, dan sampingan dia pun agak boleh tahan juga dan yang paling penting, sangat murah!






kaiyang
ayam panggang

yang ini tidak diketahui, hahahah

larpnega
daging cincang

somtam thalay (seafood)

tomyam thalay(seafood)
tomyam santan

khaiyeawma
telur dijeruk tapi rasa sama je telur rebus
warna sahaja lain

tamthai 
somtam udang kering (recommended)

phlapaw
ikan talapia bakar

khawneaw ( pulut)
meang phla (bihun)

pepsi botol kaca size besar

ikan bakar

gambar semua ini kami buat 2 order, maksudnya 2 set, dan kami makan untuk 12 orang punya makan, harga dia 1800 baht atau 150 baht/person,persamaan rm 15/person, dan sangat kenyang, sangat berbaloi dan sangat sedap.oh ada lagi satu iaitu kerang bakar.

di ingatkan di sini, kesemua makanan di atas adalah PEDAS, sangat pedas, dan lagi pedas lagi buat kita makan dengan laju nya,sebab sedap,pedas itu menyedapkan lagi makanan itu, sekian.oh terlupa, di galakkan order air banyak sikit kerana kepedasan itu, ;D

*maaf,ada sedikit kekeliruan mengenai lokasi dan nama sebenar restaurant ini,akan di update kemudian hari

********************
FULL STOP

missblurry