Thursday, September 30

my mom rock



hari ini aku balik rumah dengan keadaan yang sangat membara, mana tidaknya, you all fikirkan lah sejenak apa yang aku alami eh..


benda-benda bongek


1. hari rabu, exam mandarin batal..hooorayyy ( ini good news )


2. balik kelas mandarin terus lepak lab komputer untuk sesi mencarut bersama geng kepala donga


3. tunggu kelas sampai pukul 2.30 petang, last-last kelas batal yang sorang pun tak tahu ( eh!! teknologi dah canggih kan?? x boleh ke message siapa-siapa cakap kelas cancel???? susah ke?? nak kena ajar eh?? )


4. balik kelas hujan tengah lebat ibarat air kencing budak umur 1 tahun 5 bulan...


5. tunggu bus suasana edaran tapi nasib baik sekejap dan aku guna payung baru masa tunggu bus ( show off payung baru...gila la blurry!! 1st time sial pakai payung..hilang macho dowh )


6. hari khamis, pergi kelas dengan semangat dan masuk kelas, tengok tak ade orang ( ghaib kot )


7. tunggu punya tunggu, yang muncul hanyala 1/4 dari asal, ( ghaib lagi )


8. setengah jam kemudian, muncul lelaki kurang macho dan dengan selamber cakap " hari ini kelas tak ade, esok orang lain yang mengajar" dan blah tanpa segan silu...( thanx prof, wa rasa nak abugik kau jer!!)


9. tunggu bus komuter selama 1 jam 30 minute, finally sampai dan keadaan bus yang hanya boleh speed 30km/hour saja, ( tolong buang bus tue kat sungai siput..okeyh!!!! i mean it..mean it!! )


10. sampai rumah terus online dan ketika itu pukul 12.05 pm dengan keadaan perut yang berisi 3 ketul karipap dan 100 kali telanan air liur ( rasa oren siot!!)


balik rumah, kemas-kemas beg, then my mom balik...mesti dia terkejut tengok rumah tetiba kene ceroboh...ehehehe...terus dia bersuara


" kenapa angah balik??" then aku jawab


" saja je, kelas cancel..erm ponteng kelas esok "


kemudian tanpa menghiraukan aku, my mom cakap lagi


" mama, nak pergi open house ni, entah rumah siapa entah, tadi ade orang mengajak "


dan aku pun menjawab dengan mimik muka ziana zain angkat-angkat kening  " errr,,,, boleh pulak kan, tak kenal tapi pergi rumah orang??"


dia terus blah tanpa pendulikan perasaan aku, dan aku pun terus mengadap lappy., mama aku siap-siap setengah jam kemudian, dan dia cakap " mama pergi dulu"...errr langsung dia tak tanya kan...aku nie dah makan ke belum?lapar ke kenyang?apa pun tak....blah macam gitu siap lambai2 manja lagi....




mom, honestly, you are rock, slumber badak pergi rumah orang yang entah sapa-sapa then blah begitu sahaja, hope makan dengan kenyang kayh!!


gosh....terus aku keluar cari sesuap nasi, sebelum tue aku dah tengok dapur dan nampak hurm....tepat la juga keputusan aku untuk keluar cari makan..destinasi aku adalah KFC.


saat aku melangkah ke dalam KFC, oh sebelum itu, ada kadam tolong bukakkan pintu untuk aku, pergg..persis anak raja aku dilayan, masuk dengan gah menuju ke counter...tetiba ada suara merdu menyapa..


" welcome , dine in or take away?"


" take away...buyam please .."


"pardon, buyam??"


" ops sorry, xmeal actually, at my place, we call that buyam..hehe ", 


sambil aku sengih-sengih unta..yang tak boleh blah, dia pun senyum manja sekali, perg...gugur bulu hidung siol,,, cun wei minah nie,* boleh buat bini no empat aku...


" sir, 11 bucks and 95 cent", 


dia senyum lagi sambil tengok-tengok aku yang macho nie..dengan gagah perkasa, aku keluarkan wallet chanel aku ( perg, kopak duit aku, fining fining )


gila macho aku hulur duit kat dia...dan tanpa lengah aku blah sambil kenyit-kenyit mata..dan tak sangka pula aku boleh singgah kedai lain pergi beli cendol pulak..hurm layankan jela kaki nie....perut wa jugak yang kenyang...


now, guruh pun dah panggil so maksudnya suruh off moderm dan harus charlow...ops...kawan-kawan, jemput makan!!


*******************************
 karipap tak sedap dan bihun basi

 buyam

cendol mak temah


nota kaki kurap:


1. * bini aku adalah, bini 1 = cik kembung, bini 2 = emcee, bini 3 = kunyanyang, mana kala jiran tetangga setia aku adalah miss oakley dan assubuh, untuk keterangan lanjut sila click di sini


2. buyam bermaksud burger + ayam =buyam


3. karipap yang satu tu bukan pattern macam gitu, tapi bekas gigitan aku menandakan karipap tue dah tak sedap, maka makan sparuh...hahahaah




*********************************
FULL STOP




missblurry

why so serious??



Kadang-kadang aku rasa sangat annoy, benda yang remeh diperbesarkan, benda yang simple di complicated kan, why so serious? Hey, please grow up bro… banyak lagi benda yang boleh di pertikaikan setakat hal semut yang tengah jalan mati kene pijak dengan kau….

Adakah mereka nie jenis manusia yang tak reti untuk bergurau senda? Atau memang sifat mereka sentiasa berfikir skema? Tapi yang peliknya benda besar boleh pula dikecikkan2…hurm…pelik la dunia….

Minggu nie tetibe aku jadi gila, gila yang tak kenal tempat.. aku sendiri tak tahu dan tak sedar kenapa aku boleh jadi sesewel nie..mungkin ape yang telah terjadi kat aku couple of week before kot. Dan membuat kan aku terfikir untuk menukar status relationship aku dari single ke open relation with cik embun chantek..


Alrite!! Kat sini aku nak bagi tahu yang aku hanya bergurau…im still straight not bi or gay, please open ur mind kayh…kat facebook bagi aku tiada yang betul pun..semuanya dusta haram jadah, nama pun laman social haram kan….so takkan kau nak serious je…naaa get ur life…

Bagi korang-korang yang belum kenal aku, yang tetibe add aku or dah lama jadi friends list aku, tengok the way aku comment-comment dengan madu-madu aku, it’s just joking!!! Okeyh… aku menggilakan diri aku dengang geng kepala dongga aku sendiri. So jangan buat andaian yang lain macam dan sila bertanya sebelum kasut croc shrek aku singgah kat kerongkong kau…

Hey blurry, why u so serious? Wahahahah…aku pula terjangkit sekali…tak semene-mene nya pula aku nak tukar emosi..sudah la malas aku nak berbicara hal ni, aku rasa tak penting pun just nak bagitahu yang aku bukan macam korang fikir….


Baru-baru nie aku ada contact kawan lama yang dah lama aku tak contact atas alasan tertentu, dia kata nak berubah, Alhamdulillah, keep it on bro..u can do it..kuatkan semangat anda, sila buktikan keupayaan anda okeh…aku tau ko boleh buat cume kau terlalu manja dan manjakan diri yang lebih2…kau dah berumur, sila la pandang ke depan!!! Sampai bila nak duduk dalam tempurung yang kau bina sendiri yang kau sendiri tahu tak kemana kan…aku harap apa yang ko deal dengan aku akan jadi kenyataan…taka de hal la setakat aku nak kene belanja makan choc indulgence SR tue..tapi kalau kau fail?ape aku dapat? Oh ye tak ye kan….lupa pulak nak tanye..ciss harus kene message tuntut hadiah…ahahahah..

Kalau korang perasan, setiap entri aku mesti akan cerita hal kawan-kawan, tak pernah sentuh hal family…kalau orang yang kenal aku mesti akan kata aku lebikan kawan. Yes!! Aku tak nafikan tapi papehal pun, aku tetap family first, mungkin tak Nampak yang aku sayang family aku tapi jauh dalam sudut hati aku memang aku sayang diorg, anything happened aku still leh cool tapi dalam hati aku sangat risau..muka aku Nampak tak kisah..tapi aku akan iktiar jalan untuk setiap apa yang belaku,..

Aku ego? Entah, mungkin juga, macamana aku tak tunjuk sayang and kasih aku kat special friend, macam gitu juga aku buat kat family aku, tapi yang aku tahu, macamane egonya aku, family members tetap akan rujuk dengan aku untuk apa jua benda sekali pun, ahahahah special tak??aku dah jampi diorang awal2..apa korang tau…ahahahah



Hey bro, why you so serious? Aha….g mampos!!!


****************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, September 26

pembunuh kah aku ???





case file 1


masa : 10.45 am
tarikh : 25 september 2010
mangsa : tiada identiti
tempat kejadian : belakang dewan kuliah, UPM


lepas aku menguji bakat semula jadi yang dah lama terpendam kat kelas canting batik, aku dengan geng kemas la balik semua barang-barang. bersihkan lilin, kikis lilin atas lantai, buang kain, buang tebiat dan sewaktu dengan nya, tengah syok-syok aku mengarah bebudak batik nie mengemas, tetibe ada malaun panggil aku untuk buang lebihan lilin yang kitorang masak ( lagi pun lilin tue da expired tapi still nak pakai, choi...memang patut buang je),


" nak buang mana lilin nie beb?? ", aku tanya kat diorang balik sambil cekak pinggang


diorang semua pandang aku dengan muka mesra, " ko tanya la ' hitler ' kat mana nak buang "


aku blah dan pergi angkat mangkuk lilin sambil cari hitler...


" oi hitler..... cik!!!!, mana nak buang lilin ni??? ", dia pun pandang aku dengan muka takut,tapi tak berkata-kata malah terus menuju kat aku dan ketuk kepala aku usap-usap pipi aku dengan lembut.


" buang saja la kat tunggul kayu tue", 


aku pun pergi buang, dengan langsung tak ada perasaan aku pun balig je lilin yang menggelegak tadi tanpa menoleh pape, dengan secara tak langsung aku terdengar ade jeritan,


" tolong...tolong....!!"


dengan penuh tanggungjawab, aku pergi la jenguk dengan hitler, terkejut beruk ktorang bila tengok ke arah jeritan bingit tue,aku nak tolong tapi tak mampu, hitler pun cuma boleh pandang je, last-last kitorang ambil keputusan untuk blah je, sebab dah mati, kunun aku macam baik la sikit, nak pergi balai polis wat report sebab secara tak sengaja aku dah membunuh, tapi hitler tak bagi, dia kata kene jaga imej dia, anak bini nak bagi makan semua, buat-buat tak nampak je, memandangkang belakang dewan kuliah pun agak sunyi mungkin kitaorg boleh sorok kot mangsa ktorang nie....






sedih!! menggelupur aku tengok, aku nampak mata sunyi dia, oh!! terharu aku,tapi disebabkan memikirkan imej hitler, maka aku blah dengan lagaknya, maafkan aku...aku tak sengaja....


case file 2:


masa : 8.05 pm
tarikh: 25 september 2010
mangsa : tidak diketahui
tempat kejadian : pintu gate kolej 13


sambil aku tunggu kawan aku bersiap, aku lepak-lepak kat bawah blok sambil menggentel dan memicit-micit pad kekunci kesayangan aku. tengah dok leka dan melayan nafsu tetiba saja muncul dua mambang depan aku, siap tak bagi salam,.nasib la aku nie sihat, kalau tak, mau aku kojol time tue jugak,,,hawau nya budak bak kata nenek aku...ngaaa nenek aku orang melaka, hawau bermaksud celaka....wkakakakak 


terus ktorg menuju ke destinasi ktorg tuk tengok konser maulana + tilu + bunkface + hazami, tengok syok dok beborak sakan, tetibe je aku terdengar bunyi sesuatu yang mengcurigakan, aku serba salah, takut pun ada..






last-last ambil keputusan untuk tengok juga bunyi pelik tadi dan aku ternampak ada sesuatu yang pelik di tengah jalan dibantu oleh sinaran lampu neon..owh god!! whats that??apa perlu aku buat? darah merata-rata...air ketumban pun meleleh..yerkkk..geli...aku dah membunuh...gosh help me....!!


tapi selumber je kawan aku cakap,


" biar je la blurry, tak penting pun, konsert lagi penting..dah jom, tinggalkan je"


gila hati kering, dah nampak darah bagai semua, boleh lagi buat tak tahu, dan lagi sekali aku pun blah juga, langsung tak pandang dah, aku kaget!! blur!! tak tahu buat apa, sampai je kat konsert, terus aku lupakan kejadian tue..

***********************


apa aku perlu buat?takkan nak biar kan?tanam kan? apa nie, aku serba salah...adakah aku dah menjadi pembunuh?takkan ...aku bukan pembunuh, masalahnye aku tak perasaan, dia kecik sangat...aku tak nak dihukum gantung disebabkan membunuh secara tak sengaja siput-siput babi tue...


damn, bersalahnya aku....damai la kau di sana wahai gary...maafkan aku hayat kau dikaki ku!!


R.I.P

**************************************************
FULL STOP
missblurry

Saturday, September 25

hari-hari berpuaka bersama mereka

entri kali ni, aku nak promote sikit muka-muka kawan aku yang wajib pertanggungjawab kan segala benda yang diorang dah rosakkan hidup aku, muka-muka jenayah suci jenayah diorang ni jangan lah terpedaya sangat, kalau korang semua terserempak kat mana-mana, tolong lah dengar nasihat aku nie, tolong hati-hati ok!! please take note...


banyak kali dah aku jadi mangsa diorang, tau la muka manis + manja aku ni mudah dibuli orang, tapi jangan lah over, bila fikir-fikir balik, sedihnya life aku, asik kene buli je dengan mereka-mereka ni, hurm...aku ade lagi 2 tahun dengan diorg...boleh ke aku hadapi hari-hari puaka dengan diorang nie???


kekadang rasa nak mengelak, tapi tak boleh..sumpah tak boleh...sebab aku rasa diorang nie dah bomoh aku lah, mesti pakai bomoh siam...macamane pun mesti nak gerak mana2 nak bersama-sama...eh benci lah.....eh eh...hadoi...sudah la..malas aku nak cerita panjang..aku post muka-muka mereka....


ingat!!! sila berhati-hati....


profile mambang 1:


nama: cik embun
asal : smart reader
umur : 122 tahun
status : confuse
kerjaya : mamarazi






latar belakang : mempunyai minat yang sangat pelik iaitu mengumpul barangan terbuang. sentiasa memikirkan makanan tapi hendak kurus. sangat gilakan " embun " ( seorang penyanyi keluaran AF yang pakai gigi besi). beliau juga merupakan mamarazi tak bertauliah. oleh itu, tiada siapa pun berani menghaampiri cik kembong ini. yang penting, beliau pun masih lagi confuse akan jantina nya.


profile mambang 2:


nama: oakley
asal :laman sesawang
umur : 87 tahun
status : single
kerjaya : blog stalker




latar belakang : sangat meminati novel tak kira apa jua bahasa, beliau pernah mengikuti kursus membina tulang besi di salah sebuah negara terhebat di eropah. oleh itu, tulang beliau sangat hebat sehingga menajdi seorang yang gagah. suka makan bubur dan tidak suka kan ular. miss oakley ini sangat berharap putera2 hensem di dalam novel akan menjadi kenyataan sehingga menyebabkan beliau pernah jejak je hospital tanjung rambutan.


profile mambang 3 :


nama: emcee
asal : kilang clean & clear
umur : 114  tahun
status : bujang
kerjaya : pengkritik barangan penjagaan kulit




latar belakang : merupakan seorang yang mempunyai masalah sistem penghadaman. suka makan makanan kurang khasiat. mementikkan kecantikkan muka. beliau juga salah seorang memberi keuntungan bagi setiap jenama barangan kulit terutama muka dan juga berangan menjadi seorang artis tetapi beliau kekurangan kasih sayang maka suka jalan sorang-sorang tanpa hala tuju.


profile mambang 4 :


nama : ku nyayang
asal : java island
umur : 153 tahun
status : taken
kerjaya : gamer



latar belakang: maksud kunyayang adalah manusia banyak cakap a.k.a pot pet pot pet, beliau boleh bercakap tanpa henti, dalam tidur pun kalau boleh nak bercakap juga. kaki jalan dan sukakan barangan2 terpakai. gilakan small stuff yang chomel dan sanggup buat apa sahaja janji hati senang. disebabkan suka bermain game tanpa ingat dunia, maka beliau sentiasa fikir yang beliau adalah sebahagian daripada petani-petani di farmville.



profile mambang 5 :

nama : as subuh
asal : magika
umur : 103 tahun
status : tak confirm
kerjaya : berangan



latar belakang: sangat kuat berangan sehingga boleh tak sedar sekira berlaku bencana di depan mata. gemar melukis. beliau seorang 1+1=2. tidak berani untuk bersuara . seorang yang sempoi. suka kutip tin kosong untuk di jual dan cakap sorang-sorang mengenai power rangers.


*************************************


sekali lagi aku bagi AMARAN KERAS, sekiranya korang semua jumpa orang2 di atas. SILA LARI LITANG PUKANG kerana korang di ancam bahaya, ini serious. aku tak main2, kalau rasa nak hidup sengsara macam aku sekarang. sila la serah diri dengan kadar segera.



***************************************


FULL STOP





*sebenarnya aku sayang orang-orang kata atas nie, bagi aku diorang adalah seni, seni tue tak kira apepun dia tetap diterima oleh sesiapa..
sudah lah tue, memang bila mengumpat, langsung tak ade batas pergaulan, keluar semua bahasa yang tak boleh diterima pakai, luar dari kotak fikiran, orang-orang macam gini la buat life kita sentiasa happy, berbunga sepanjang hayat...
percaya la kawan-kawan, sekali aku berkawan dengan korang, sampai bila-bila pun aku akan berkawan, aku tak akan tikam belakang korang selagi aku tak teraniya...walau kadang kala ayat aku sangat pedas tapi aku tak bermaksudkan apa-apa....love u all



missblurry

Wednesday, September 22

bahana tidur petang





cik shittosh : lepaskan aku, aku terseksa duduk dalam " ini" lama-lama.....
blurry : lantak kau, aku malas nak layan kau pagi-pagi macam gini, rasa kan....
cik shittosh : tolong la...aku tak mampu tuk menanggungnya lagi ( sambil menangis )


blurry: eh!! sekarang siapa boss? kau ke aku hah?? bertindak mengikut arahan...!!
cik shittosh : nate mu blurry!! kau ingat kuasa ko besar sangat? jaga kau, aku bagi gas beracun kat kau..HAHAHAHA ( gelak syaiton )






blurry : lalalal...( nyanyi lagu oh la la )..better aku tidur dari layan perut nie
cik shittosh : amik kau ...( sambil keluarkan senjata paling ganas )..


tak semena mena nya perut aku meragam, dan tak boleh lagi nak ditahan-tahan, nak tak nak, aku off radio ( handphone) then berlari anak kucing menuju ke toilet dan....ermmmmmm


lega gila la bila sudah berak...kan kan kan....korang penah rasa tak lega macam gini?fuh heaven dunia , rasa macam nak buat lagi tapi seksa dok toilet lama-lama..ahahahahah


aku sebenarnya dah tidur petang tadi pukul 2-6, yes aku tak cukup tidur maka bila dapat tidur, begini la jadi nya, nak2 petang tadi hujan punya la lebat....fuh syok la aku tidur....ahahahah, bila dah tidur petang maka malam gua jadi vampire...urm...dan esok ade kelas!!!






aku ingat berjaga malam-malam nie wifi laju la, tapi haram...please do something la wei...wa bayar uspot every sem kot....hadoi, bukan tak sabar tapi hak aku, unless kalau aku tak bayar tak ape juga.....wooiii dengar tak luahan hati aku ni???adeyh...pasang router tak menyempat2, tapi update wifi tak reti-reti....tolong la...line je full tapi bila nak search cam gampang...GAMPANG!! tau x gampang??


sila click untuk pembesaran gambar


sudah la game aku tak dapat nak main....hadoi!!! macamana nak harvest ladang kalau macam gini..shit la...ops!! jangan sebut, kang dia datang balik...ahahah selekeh gila....


sekarang, aku buntu...tak tahu nak buat apa....gosh...help me please!!!!sudah la sekarang dah pukul 2.45 pagi....hurm....haram jadah betul lar...


boring!!!


**********************************
FULL STOP
missblurry