Sunday, October 31

hari carutan sedunia





dua hari lepas, aku dikejutkan dengan berita paling batak didunia..hohoho..


wa kene block siol kat facebook, di block oleh si mambang yang pernah terkunci dalam hati aku ketika dulu,perg!!!


masa aku dapat tahu benda tue, aku tengah buat fizik yang data masing-masing macam suwa suwei good morning, dalam serabut otak dapat pula berita luar dugaan. aku admit, hampir mengalirkan air mata, sebab tak sangka jadi begini, WTH!!! aku tak buat salah tetiba nak block aku apa hal kan...


tapi sebabkan benda nie jadi depan kawan aku..aku cover baiknyer dengan layan blue...erm...


fizik+sedih= blue.. 


yup, combination yang sangat tepat, hahaha...
tapi kantoi, diorang nampak perubahan air muka aku, siyes aku jenis tak reti nak sorok apa yang aku rasa,


bila di siasat, rupa-rupanya hal bangang yang dibuat perjanjian antara couples, stupid la you bro, kalau yer pun nak buat perjanjian bangang kau tue, tak perlu la kan babitkan aku sekali...kalau rasa aku dah semakkan life kau, why not ko gentle terus je cakap dengan aku yang kau taknak aku ada dalam life kau..


paling bacul sekali pun, message je la aku...bagi tahu macam gini


 " hey gadisku yang chomel budak, kau tak payah muncul dalam hidup aku lagi, kau dengan aku dah tak ada apa kaitan.."


kan senang, fucuk gila masa aku tahu kene block tue tapi lepas dengar perjelasan kau, fucuk kuasa dua aku bagi kat kau, memang tak salah naluri aku selama ini,..


aku sangat marah bukan sebab apa, sebab aku pantang bila dah berjanji tapi kau sendiri yang breaking that promise. benda simple pun tak boleh nak buat, lenkali jangan berjanji dengan aku.


what eva la bro, harap kau bahagia dengan tempahan maut ko yang kau sudah buat. lepas ni jangan hegeh-hegeh nak tegur aku balik..dan pesanan terakhir aku


" what goes around come around "

" sayonara "

*******************************

nota vavi aku bagi kat kau:

1. sila halalkan makan minum, segala harta kau bagi kat aku.

2. kau tue baik, sila guna otak untuk tentukan life kau sendiri, jangan sebab orang lain, kau musnahkan ape yang kau bina..

3. aku marahkan kau bukan sebab block aku kat facebook tapi sebab kau tak kotakan janji kau kat aku sebelum nie..

4. kejujuran yang kau pegang selama ni mana pergi?

5. kepada si mambang, kalau terbaca aku punya blog, harap maaf, aku terpaksa maki kau, its true about you, u have to face it , harap maklum !!

6. dan kepada that gurl, kau memang dasar kongkang, sebab kau yang bongok, aku terpaksa buang kawan aku sendiri, dan menyebabkan aku hilang kesopanan dan kesusilaan aku untuk memaki orang.



**********************************************
FULL STOP

missblurry

Friday, October 29

persatuan study last minute





tengah aku lepak-lepak kat depan lappy, tetiba kawan aku ajak join persatuan ini kat facebook. bunyi macam cool, macam biasa, aku mudah terpengaruh dengan benda-benda yang boleh buat aku buang masa, ahahah


aku admit!!puas hati??


bila aku masuk dan dengan tersangkanya, memang ramai la student join, dan aku rasa benda ni memang jadi kebiasaan, bagi aku tak perlu nak buat-buat tercekik, termuntah, terbiol dan seangkatan denganya bila tengok ramai yang manusia suka study last minute, cool what??


secara jujuriah, aku memang salah seorang rakan subahat dari group ini, memang dari azali aku study last minute, so far aku pernah menyesal sekali ..ops tak..berkali-kali..ahahahah tapi dalam nyesal-nyesal aku, aku improvekan diri aku. so balance la kan...


aku pernah berangan nak berubah, but setan malas aku lagi tinggi dari malaikat rajin aku, so how? yup, aku tahu ini semua bergantung pada diri sendiri,tapi bab lain aku akan pastikan kerja siap, cuma bab belajar aku malas sikit...


bila exam menjelma saja, aku boleh lagi steady,aku bantai...


layan facebook




melepak








tidur





main game



then bila exam pulak






bila dapat result....tak payah cakap la kan, silap-silap kene jumpa timbalan dekan lagi seperti 1st experience terbongok yang aku dapat, tapi aku akan pastikan, next time, tak akan jadi macam gini lagi ...blurry di interview oleh walid


****************************

nota malas:

1. bila masa untuk makan memang aku rajin.

2. bila gila aku datang, satu rumah aku boleh kemas bagi cantik

3. aku jenis tepati janji, maka aku bersiap dengan pantas bila sudah janji pada waktu berkenaan.

4. aku boleh terdisiplin dalam keadaan tertentu sebab sudah terbiasa masa training navy dulu.

5. benda paling penting, aku RAJIN bila di ajak berjalan...hahahah



*********************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, October 27

ini bukan lucah

bagi aku lagu ni chomel dan aku berfikiran positif,
moh layan video nie...
dengan ini saya mc hari ini, ingin menjemput mr hippo untuk menyampai lagu beliau yang bertajuk...

the puki song


 

***************
FULL STOP

missblurry

Monday, October 25

dulu dan sekarang

masa aku mandi tadi, tetiba aku teringat kisah dulu-dulu, zaman bergetah aku..aku rasa zaman kanak-kanak aku penuh dengan warna kehidupan..langsung tak fikir masalah dunia, seriously aku cakap, aku enjoy zaman kanak-kanak aku..


memandangkan aku nie agal boyish, so aku hentam saja segala mainan yang ada kat dalam dunia ni..dan aku bernasib baik sebab aku selalu je dapat kawan yang tak diskriminasi, mungkin diorang tengok sifat kelakian aku lebih dari perempuan tu yang diorang anggap yang aku ni sebahagian dari kaum diorg kot..ahahah


tak kisah la macamana pun, yang pasti aku tak akan lupakan zaman itu, zaman emas bagi aku dalam hidup aku sendiri..meh aku listkan perbezaan zaman kanak-kanak aku dengan zaman kanak-kanak sekarang :


zaman dulu VS zaman sekarang :

1. mainan out door seperti galah panjang, konda kondi, rounders , guli, zero point, teng-teng adalah pujaan hati setiap orang masa zaman itu...siap bergaduh bagai...bila main guli pula, taruh guli ibu@putih yang gila besar tue...nak main tipu pijak guli sendiri sebab tak nak bagi orang attack  guli kita...

sekarang, nak nampak guli pun susah, eventho layan congkak pun orang pakai guli palsu yang plastik sebab takut budak tertelan guli,bila tanya budak sekarang pasal rounders, 4 sure diorang tak tahu, apatah lagi konda kondi..

blurry : galah panjang dan rounders lah aku paling hero sekali, sampai diorang tak bagi aku main....yeeenaadeyyy...!!



2. game indoor pula, pujaan hati adalah tape game, satu tape sampai 23 games sekali tapi yang jadi pilihan tetap super mario, kalau tak pun brick game yang hanya dijual kat pasar malam, siapa yang tak ada mesti kata ketinggalan zaman, famous tue brick game nie. lepas tue, batu semban, ceper, ABC ( salah sorang player kene sebut 1 huruf dan reka nama atau sebagainya dengan huruf yang disebut)

sekarang, layan x-box, ps3 yang ak tahu terbaru nak keluar ps4 pula,silap-silap dah keluar, nintendo dan psp tak usah di kata la kan, segala bentuk ada, gila canggih siap boleh layan internet lagi...macam dulu ada saidina dan jutaria, sekarang layan monopoly, 

blurry : dunia semakin canggih, tapi dulu kurangnya teknologi pun steady je lagi...aku paling budu main monopoly, mesti muflis dan sampai sekarang aku tak boleh nak wat strategi untuk game nie..poodaahhh!!


3. kalau babu datang, mesti kejar babu sebab nak jajan, jajan yang famous dulu tora datang lagi ( aku letak nama nie kat laman sosial aku, cool tak?hahah), dendang, mamie, aiskrim pop, bubble gum berperisa yang dalam kotak kecik tu, nini, choki choki, gula-gula hantu...benda-benda ni cuma hanya ada kat babu je, cari kat kedai mamak hanya certain je boleh dapat. 

sekarang babu pun dah tak wujud,yang wujud pavillion, the garden, subang imperial, budak sekarang cari barang tempat gini kot..hebat gila..aku rasa zaman aku, nak keluar perumahan pon tak berani, tapi sekarang budak darjah 1 melepak kat bukit bintang..gilosSSss

blurry : aku kejar babu sebab nak beli super ring je, bila kaya sikit baru beli dendang dan aku benci pergi bukit bintang time hujung minggu, semak!!!

kamen rider


4.  bab kartun pula, dulu layan doreamon, gaban, ninja, kesatria baja hitam a.k.a kamen rider ( pakai motor scrambler beb, jangan main-main ), ultraman, batman, dan paling aku suka usop santorian, popeye the sailor man, tom &jerry dan juga kluangman. sanggup leka waktu maghrib untuk layan cerita ni...baiknya aku...ahahah

tapi sekarang, bebudak layan ben 10, the air bender, shrek, spongebob, dan paling ketara anime,sekarang nie sebut je cartoon apa, 24 hours boleh tengok kat channel cartoon network, anime, disney kat astro tue, 

blurry : walau kartun dulu tak secanggih sekarang, aku tetap nak tengok yang dulu sebab boleh gelak sampai kembung, mana tak nya, nama je kartun tapi yang belakon manusia...hadoi!!!



5.  drama kat tv dulu kebanyakkan drama yang diorang shoot kat set je, contoh drama yang ada zaman dulu, senario, cecupak, rumah kedai, pak uda ( aku tak ingat nama drama pak uda nie), dan kebanyakkan semua unsur lawak..even sengal macamana pon, lawak yang sama sekalipun tetap tengok dan seorang pun tak ada yang merungut...

drama sekarang lebih pada unsur cinta, rebut harta, rampas laki/ bini orang, curang dan skandal sana sini, lagi la typical punya drama, dan yang terbaru apa yang dah di filemkan diorang bantai drama kan, kenapa?tak ada idea dah ke???


blurry : kalau drama aku suka tengok pak uda tue, aku pun tak tahu apa yang bestnya,tapi kalau filem pula aku suka cinta metropolitan lakonan kru tue, macam harem je,,,,ahahah

*********************************

nota merapu :




1. ingat lagi tak kumpulan rap 4u2c, ala yang famous dengan lagu fiona, sampai sekarang aku tak faham kenapa ac boleh terfikir nak gantung cd kat leher, gilo!!

2. budak-budak dulu layan bantal busuk, dan aku ada selimut+ bantal peluk busuk sampai sekarang..ahahahah wangi siol...tapi budak sekarang mana layan dah.




3. korang ingat lagi tak sekuang yang ada sos merah dan letak kacang, serious sedap!! mana nak cari lagi eh??


4. sate ikan yang jual rm 0.20 kat depan gate sekolah pun susah nak cari, cuma yang ada kat belah pantai timur je,,,sos dia pulak pakai pewarna je...perggg!!


cuba teka, aku yang mana satu??


5. dulu, bila keluar jalan-jalan dengan family, mak kita mesti pakaikan pakaian yang sama dengan sibling lain, beza warna je, ahahah lawak kan..

******************************
FULL STOP

missblurry

mimpiku basah


semalam aku mimpi, aku mimpi jumpa jejaka hensem, gila hensem serious aku tak tipu...kalau tak silap, masa dia kenalkan diri, nama dia. ...hurm ingat-ingat lupa pula tapi yang pasti nama beliau bermula huruf Y, what eva la, wa panggil beliau mr.Y ..

dalam mimpi tue, aku tengah main-main air ala-ala maya karin dalam cerita magika...tengah aku leka, tetiba muncul seorang lelaki keluar dari air dega gaya muka minta penyepak...

aku semesti la terkejut dalam keimanan kan, terus aku kaget, jejaka tu pun tersekema tapi dengan macho datang menuju kat aku, senyum macho,...



aku balas dengan senyum-senyum monyet,( hurm, senyuman paling chomel aku bagi untuk kau )secara sengaja aku melambai kat dia dan berkata :

blurry : hye.. (lambai-lambai tangan )
mr. Y : eh, hye...buat apa 2?

blurry : celup-celup kaki je, buat massage, kan dalam sungai ni ada piranha ..
mr.Y : owh, awesome..nak join boleh? macam best je...

blurry : boleh kalau rasa diri tue kuat..buat apa dalam air tadi?
mr. Y : tak ada apa, saja-saja cari petroleum..

mr.Y: nama siapa?saya Y...
blurry : owh simple nya...saya M..hihihihi

sambil dia cakap, mata dia tenung aku macam nak telan aku....tapi aku macam biasa, ikut jejak langkah miss momot yang sentiasa cool, aku cover ayu lagi...makin lama, makin dekat kedudukan kami...

sepi dan terus menyepi ...sesepi embun pagi tanpa sepatah bicara dari bibir kami...hanya yang ada cumalah siulan gagak hitam yang membingit telinga aku, tapi disebabkan mr.Y yang kachak di sebalah, aku anggap saja burung tue menyanyi lagu maya karin...

tiba-tiba aku rasa ada tangan yang sejuk pegang tangan aku..aku diam membeku, darah dalam badan mengalir dengan pantas sepantas kereta sorong...bila mr.Y tengok aku diam tanpa melarang perbuatan jahanam dia, dia teruskan lagi adengan seterusnya...

tangan mula melingkari di badanku, kaki mula bersatu hati, mulut, mata dan gerak geri badan mengikut irama, antara kami tiada lagi ruang yang boleh bernafas.semakin lama semakin rancak...

tetiba " pelepek!!!", aku terus bangun tanpa berkata-kata, terpinga-pinga mengalahkan anak gajah hilang mak..entah macamane aku terasa pipi aku panas menyala, telinga pun berdesing je....

terus aku dengar suara halilintar :

liyana jasmay : woi mangkok!!! lahabau punya budak, kau bantai kencing atas tilam...pe hal nie bro!!...
blurry : ape nie...aku tengah tidur nie ngok...sepak kang!!

liyana jasmay : wak lu...ko tengok nie...menitik-nitik air kencing ko, siot..aku tidur bawah nie kot...nasib tak masuk mulut...#$%^&**(

blurry : eh ye ke beb?( sambil tengok tilam) a'ah la...sorry wei...aku terkencing la...lupa nak pakai pampers..hadoi...
liyana jasmay : ek ele....samak balik....pindah bilik la macam gini....

rupa-rupanya aku aku mimpi je tadi dengan mr.Y...tengah sedap aku menari ballet boleh pulak aku terkencing..mungkin hensem sangat kot mr.Y tue sampai aku terkencing...cisss.....musnah mimpiku yang basah ni.....

***************************
mr.Y di berlin

mr.Y photo shoot 4 krunisme album 

************************************


nota mimpi :

1. bagi aku beliau sangat hensem even in person sekali pun sememangnya beliau hensem, bro bila mau jumpa lagi??

2. liyana jasmay adalah nama timangan bagi room mate aku, nama sebenar adalah temah

3. kencing malam adalah habit aku....naaa..aku tipu...eh betul..aku tipu..oi oi...betul lah....aku tipu je...oi!!!!

*******************************
FULL STOP

missblurry

Friday, October 22

cuak bagai gila



hari ini aku ada oral test untuk subject mandarin, memandangkan laoshi aku nie memang orang cina, so sebutan nya memang pure la..

untuk pengetahuan korang, subject mandarin aku nie ikut syllabus universiti beijing dan buku pun order dari sanav, so agak tak sama dengan mandarin malaysia...

aku punya cuak nak menjawab oral nie, sampai nak terkencing semua ada, kalah aku cuak aku nak mengadap panglima tentera..
apa yang aku boleh gambarkan kecuakkan aku adalah  

" nervous gua untuk oral test mandarin macam nak sunat je"

" shittosh "

**********************************
FULL STOP
 
missblurry

Thursday, October 21

nak kencing biar bengkok sikit


 kenapa aku jadi mangsa??

situasi cengkerangrama : dalam bus rapid kl
masa : 1960 H waktu zulu
mangsa : 2 orang

ini adalah kisah benar dan tidak diubah jalan ceritanya. juga ada kena mengena pada mereka yang masih hidup dan berada di mana jua yang anda suka.

kunyanyang : eh!! betul ke kambing kat sini harga sampai rm 2k??
blurry : woi...!! bapak gilak mahal...sapa bagi tahu kat kau nie?

kunyanyang : entah, room mate aku kasi tahu, tue aku tanya..
blurry : room mate kau tue datang celah mana kambing harga 2k?

kunyanyang : dia dari 1 negeri kecik yang ada pulau nama nya...
blurry : bongek!! sah-sah dia kencing kau tahap embun jantan siot...
kunyanyang: itu lah, kat tempat aku pun 200-300 je harganya, kot mana tau kl nie memang mahal kan, tue aku tanye sama kau...

blurry : naaa...kalau kambing sebesar hidung aku nie harga 2k? abes berapa pula harga lembu sebesar alam tu?
kunyanyang: hahahha..aku sendiri pelik masa dia cakap kambing harga 2k, beria dia defend sampai tengking-tengking aku...asi ka gitu???

apa kau pandang-pandang?

blurry : .............( tak terkata buat seketika)
kunyanyang : kalau kambing harga macam gitu, asi ka orang makan lamb chop harga rm10 jak??balik modal ka harga gitu???kalau tak mesti la wujud buffalo chop..lagi murah kot dari kambing tue..
blurry : wakakakak buffalo chop...bapak hodoh..hilang selera aku nak makan..ngekkkkk........

nota buffalo chop :

1. agak-agak la kawan...kalau kambing harga 2k mau aku jual kambing je...ngekkk

2. kot ye nak gebang, fikir lah logik sikit, cari info dulu baru lah taram, aiyoo

3. kalau aku cakap harga sedahan pokok karas rm 300k, caya tak????

**************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, October 20

dasar pencopek


sem ni aku duduk dengan orang lain dan terdapat dengan orang yang jenis suka meniaga, aku tak kisah dan aku tolong apa yang patut..ala meniaga air kotak and tin je..

tapi apa yang aku tak sangka, dia jual cuma letak kat luar bilik dan system yang dia pakai adalah look, take and free pay. yela nak suh diorg ketuk pintu bilik, nanti menganggu je plak kan. nak tak nak dia terpaksa wat system ni. tapi tu tak jadi masalah.



masalahnye sekarang, aku masih tak faham dan tak terfaham. ingatkan masuk ipta dah tak ada masalah pencopek, lagi-lagi bila duduk hostel yang hanya gurl saja tapi bila aku tengok sendiri depan mata aku, yang tokey air kotak ni boleh short sampai rm 40 dalam masa 5 hari di bulan puasa, aku jadi terkujat pula.

sampai sekarang macam tak ada solution kenapa boleh short, macam-macam aku tolong fikirkan. yelah, tak sangka duduk kat hostel gurl dan majoriti didiami oleh bebudak asper tapi kes bongek macam gini boleh jadi..

bulan puasa pula tue, dan hari ni pula dia short rm 16 pula, yang pelik dia cuma boleh short bila jual air dutch lady choc je, tapi bila ktorg buat eksperimen tuk jual air kotak biasa, langsung tak short pula..

ingatkan zaman kanak-kanak comot je kes curi mencuri ni, tapi sampai ke besar pun ada lagi, itu tak pelik tapi curik air kotak kot, bapak loser, gurl lak tue..mungkin habit kot, bila tak mencuri dia rasa diri dia penuh keimanan, dia rasa macam nak bertukar jadi babi hutan je bila tak mencopek...entah, aku sendiri tak faham manusia tangan panjang nie macamana perasaan sebenarnya...

andian blurry untuk si pencopek:

1. ambil air terus tak bayar ( hard core pencopek )

2. ambil air tapi bayar separuh ( sendiri diskaun )

3. makcik cleaner yang rompak ( tak faham tulisan zulu yang ada atas polystyrene kot )

4. customer fikir tokey buat amal jariah, bagi air untuk diminum


**************************

nota pencopek :

1. kalau aku nampak barang yang tertinggal kat lab or mana-mana, aku rembat je ...( pencopek ke 2? tak kot sapa suruh tinggalkan )

2. aku rasa kesian pada orang yang jenis pencopek nie sebab aku rasa diorg nie kurang kasih sayang sampai memberontak jadi pencopek..

3. si pencopek nie baik mati je la dari nyusahkan semua orang tapi kang bosan pula life, tak ada si bangang dalam cerita kehidupan.

***************************
FULL STOP
missblurry

simple



aku tak dapat nak update blog aku untuk seketika. 

nantikan kesewelan aku muncul selepas ini.

harap korang tak rindu dan menangis sebab aku,
dan aku tak meroyan sebab tak dapat nak update blog...



@#$#%^$&^^& atau erti lain hawau.

hahahahah...gila!!
nota hawau :

1. minggu terakhir semester adalah minggu terbangang terbaik...

2. lusa aku ada oral test mandarin.ni hao!!! siol...

3. jumaat ini ada amali sukatan hutan selama 3 hari 2 malam di hutan.

4.segala report amalai kene submit this week. yes, aku suka..

5. lagi 2 minggu aku mula final exam and i have nothing. like it
6. minggu study week adalah minggu berjimba..yeebaa yeebaaa

************************
FULL STOP
missblurry

Tuesday, October 12

si ella pujaan hati

orang kata muka aku baby face


selama aku wujudkan blog ni, aku tak pernah kenalkan siapa buah hati aku kan? sekarang aku nak kenalkan, sebelum tue aku nak bagi tahu yang aku sudah potong rambut.


a'ah, memang aku bangga gila, sebab rambut yang aku nak..tak menjadi dan aku akan usahakan sampai menjadi macam yang aku nak. aku tak kira, aku nak juga rambut macam pujaan hempedu aku,baru sherashi bershame kan.


aku mengaku, dulu muka aku tak la hensem, biasa je, jambang kekadang ada kekadang tak de, aku simpan kekadang pun sebab ramai sangat cakap muka aku macam anak ikan, hamsap betul!! nak tunjukkan aku jejaka macho, aku simpan la sikit, ala manja-manja unta je jambang tue.





tapi masa tadi aku pergi trim rambut aku, amoi stylish tadi cakap muka aku berubah, dari muka brad pitt sudah menjadi tom cruise, so aku tak boleh nak buat apa dah.




cerita pasal rambut, memang setiap 3-4 bulan aku kene pergi trim rambut aku, kalau tidak for sure bila bangun tidur muka aku yang handsome gila kalah tok dek nie akan menjadi alex si lion pula, ala alex...alex la gila!!! alex cerita madagascar tue,,,hadoi..hadoi..beghat mu nie..( dialek ganu )


aku rasa liang-liang lahad roma atas kepala aku nie sangat banyak la, rambut aku tak akan panjang tapi dia menebal, memang sesuai dengan course yang aku ambil, fakulti perhutanan...ahahaaa


malas nak cerita banyak, saksikanlah aweks aku yang bapak cun....

******************************
aweks aku

profile :

nama : ella chen jia hua

nama timangan : si momot

d.o.b : 18 jun 1981 ( awek aku lagi tua dari aku, so what, murah rezeki kot !! )

tinggi : 168 cm ( dia pakai heels, tue sebab lagi tinggi dari aku )

berat : 48 kg ( aku paksa dia diet sebab jimat beras )

haiwan kesukaan: anjing dan kucing ( dua suka anjing tak bermakna dia bela hanjing!! )

*******************************
anak aku dengan bibik aku,
saja aku suruh dia bawak jalan-jalan

sikat si blurry pemberian si momot

nota rambut tebal :

1. jangan muntah darah bila tengok pix aku, aku memang kurang gemar nak publish muka tapi sebabkan ramai tertanya-tanya, maka aku bagi jawapan, nah amik!!

2. jangan kutuk sikat aku, rogol korang sedas dua,,,hawau!! tue sikat pemberian si momot aku eh!! even da rongak tetap setia simpan khazanah lama yang berusia lingkungan belasan tahun ( serious tak tipu kalau tak percaya sila rujuk barang2 muzium aku yang bertajuk blurry chomel

3. memang sengaja aku suruh bibik aku pakai seksi-seksi sebab aku suka...bapak hot siol bibik aku!!! geram iiii...errRRrMMmm

******************************************
FULL STOP


missblurry

cacing !!





korang pernah makan tak ubat cacing? mesti lah pernah kan, masa dulu-dulu, zaman tadika adalah zaman komunis bagi kita, mana tak nya, segala ubat, segala barangan dan segala macam lagi disogok secara paksaan tahap biontang 3 dari cikgu tadika,...kita yang cerdik pandai ni jugalah mengikut apa saja kehendak diorang, layankan sajork!!


dan aku jujuriah je, last sekali aku telan ubat cacing ni masa umur aku 8 tahun kot, masa tu aku sekolah padang tembak kat jalan setapak, ngah!! macam budu je aku rasa, bila makan je ubat tue, directly cakap kat mama, kata nak berak....cacing gemuk dah nak keluar...walhal baru telan tak sampai setengah jam....ngek tahap unta bila aku fikirkan balik.


muka aku zaman tadika
aku mengaku lagi sekali, sekarang umur aku 22 18 tahun baru nak makan balik ubat cacing yang aku beli kat farmasi kat mines tadi, hurm, itu pun lepas kawan aku cakap, perut buncit sebab banyak cacing.


memandangkan aku memang mengalami masalah perut kempis, maka aku pun terpedaya lah juga untuk makan ubat cacing ni, budget sekali makan terus kurus la kot, ahahahah lagi pun aku ada tengok video dekat FB, pasal cacing pita dalam perut seorang remaja kalau tak silap aku, korang tengok lah sendiri, dah macam spaghetti aku tengok...


layannnzzzZzz...


************************************

spaghetti bolognese  

ubat cacing

detox kaki


nota perut kempis :


1. nanti aku bagitahu result selepas aku telan sebotol ubat cacing tue kayh, apa akan jadi nanti...erm,,,


2. aku nak cuba pakai detox, ala yang tampal kat kaki kluakan toksin, diorang kata tidur senang and badan rasa selesa, kalau aku rasa macam tak ada effect aku saman diorang, huh!!!


3. sila jaga KESIHATAN anda !!!




*************************
FULL STOP
missblurry

Sunday, October 10

oh kambing !!





semalam kawan aku ajak pergi open house, yes open house di hujung bulan, tapi penduli apa aku, makan punya pasal and aku fikir dari duduk boring kat bilik better aku follow dia..sebabkan dia dah sound awal-awal, maka aku pun mengosongkan lah perut aku sebab aku terbayangkan satay, grrrr...sedapnya..


tepat pukul entah berapa ( sebab dia salah masuk jalan nak ke kolej aku) dia sampai dan singgah untuk solat dulu,eheheh calon suami yang baik nie !! ehem ehem....


sampai kat destinasi, aku tengok tuan rumah sambil intai-intai khemah dan dengan slumber aku tarik nafas lega sebabnya tak ramai orang, ahahah so boleh rembat makanan dengan banyaknya untuk si perot ku yang chomel ni.


tuan rumah : ah dik, ambil-ambil, tue ade sup kambing!!


blurry : errr hah? kambing? erm...ye la ye la bang,,eheheh ( muke cover)


macam korang semua tahu yang aku sangat anti daging, tapi dalam situasi ni aku rasa macam resah semacam sebab perut aku gila lapar + makanan utama adalah kambing....


nasib baik dia hidang nasi goreng, malas fikir panjang, aku pun ceduk la nasi goreng dan letak sambal ikan bilis, pusing table 3 round, last-last aku ceduk juga daging masak apa ntah tapi kaler hitam,


disebabkan kaler hitam maka nampak menarik, aku amik suku dari senduk tu, terus duduk kat table ktorg dan baca bismillah...aku pun ngap la nasi....erm sedap la jugak tapi keras, nasi tak berapa masak....entam sajork labu, wa da lapar...masa tengah makan nasi aku ceduk la daging tadi, aku guna sudu je sebab aku tak amik lauk sampingan so aku try-tryla nak kopek daging tapi bapak keras...


tuan rumah pula, duduk sebalah aku sambil menyembang dengan kawan aku, nak tak nak ...nak cover dengan tuan rumah, dengan macho nya aku makan sebiji terus daging tue, 


kunyah sekali, rasa semacam..muka tetap senyum dengan tuan rumah sambil angguk-angguk tanda setuju even aku tak faham apa sebab otak aku fikir daging dalam mulut aku....


kunyah kali kedua, still pelik...a'ah sebab keras...malas fikir panjang dan menggunakan kemahiran insaniah yang aku belajar kat kokurikulum aku, terus aku teln saja daging tue, ahahahahha,, bapak besar daging dan terus telan..
mata dah berair terus aku capai air siren ( sirap+oren) untuk membantu penenalan aku, sumpah!! dah terasa macam ular sawa yang dok kusyuk telan lembu...


seksa siol...sebabkan aku terambil banyak dan tuan rumah still duduk sebalh aku maka aku terpaksa ulang dua tiga kali juga lah aksi lucah tersebut, dan secara tak sengaja gigi pelesu aku tercabut menandakan daging kambing tue sangat la keras dan tak boleh nak kunyah.. ops!! aku terlupa pakai polident, ahahahahha...


dah kenyang terus aku ajak kawan aku balik, masuk je kereta, aku terpaksa post mortem hal tadi, rupa-rupanya masing2 pun wat adegan lucah tersebut eh, baik nye cover diorang nie,,,cesss!!! aku je terpaksa menahan lebihan cover tue sebab tuan rumah duduk sebelah...


aku bukan nak cakap apa la, tuan rumah pakai catering dan aku tengok catering tu, orang melayu, macamana la orang melayu nak maju kalau masak pun macam tak ikhlas je aku tengok...tue aku yang makan boleh tercabut gigi pelesu...kalau orang tua yang makan?? mau terus rongak gigi pelesu diorg sebabkan kambing tersebut....


malas aku nak bicara lagi,,,sebabkan kambing liat maka perut aku pedih dan mau terberak.....charlow...


nota kaki dan tangan:


1. masa ceduk daging masak hitam tue, aku tak tahu pun tue daging kambing, sebab lepas makan dan aku rasa tue bukan daging sebenar and teringat yang tuan rumah ada cakap pasal kambing. so dalam sejarah aku 1st time makan daging kambing dan experience aku sangat teruk...fucuk!!!


2. destinasi seterus pergi lepak dataran shah alam untuk tengok semperna shah alam ke 10 tahun dan sumpah inilah festival paling sampah aku tengok, sorry organizer, sememangnya boring, jangan salahkan rakyat shah alam kalau tak datang support...


3. aku tak akan sentuh daging kambing lagi lepas nie sebab buat perut aku memulas...shittosh!!


4. makan di mekdi pada pukul 5 pagi adalah budaya america, batak!!




************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, October 9

bila si blurry berseni

subject ...erm macam tak sesuai pulak panggil subject, oh modul, modul kokurikulum aku untuk sem ni adalah canting batik...bukan banting catik bak kata cik embun bengot, sesuka hati dia aje nak tukar-tukar ayat tue, siap nak cover, walhal memang pelat...ceh!!

well, masa sem 1 aku ambil baksis a.k.a bakti siswa, choii, si blurry yang otai layan benda benda untuk si gadis yang ayu, ahahah, no choice la bro, ikut hati aku nak melayan golf, tapi penuh, dia nak juga aku ambil canting batik ni, tapi not bad, susah sial...

serious, sesiapa yang jenis tangan tahap kayu api, jangan la nak belagak cakap mencanting benda yang senang, aku lempang kau sekali!! agak kesusahan la, sebab dia nak teliti dan tangan berseni, kalau tak berseni, lukisan korang akan jadi macam cacing dalam perut orang yang buncit!!

tapi serious, kelas ni sangat la relax, macam tak de makna pun ada aku rasa, ahahah, tapi selama 10 minggu aku dalam kegiatan halal ni, dan usaha aku sangat la menakjubkan bagi seorang seni yang tersohor terhormat terbaik teragung di alam maya ni, ahahahah ( ketawa belagak sikit dengan mimik muka ala-ala brad pitt,hensem siot aku!! )

tapi sayang, aku tak dapat nak pergi event aku sendiri yang ayahnda dan bonda tercinta aku anjur kan sebab aku terpaksa ikut walid aku pergi cari umpan mancing dekat perak, dia guna pakej pulak tue, 3 hari 2 malam, eh silap tarikh, itu minggu sebelum, owh aku pergi ikut encik garudin a.k.a saad cari embun pagi kat hutan simpan ayer hitam, juga menggunakan pakej yang sama,

jangan tanya aku kenapa staff and student faculti perhutanan suka sangat keluar melancong, sebabnya tiada jawapan dan kami memang gemar beriadah secara bayaran paksaan rela hati yang tak seberapa rela, ( niat hati nak berjimba saja)

so kat sini aku nak sertakan dan menayangkan hasil kesenian tak terungkap dek kata-kata untuk tatapan korang yang sememangnya aku tahu tak akan boleh pergi event anjuran mak pak den...

**********************************
kartika tengah tekap lukisan kat atas kain

ini lepas mencanting

ambil lilin dari periuk, panas siol

sedang diwarnakan

hasil kumpulan blurry, terbaik seyh


dari kumpulan musuh

inilah dia hasil karya aku sebagai seorang seni bertamadun

******************
FULL STOP

missblurry