Friday, August 31

lelemak!

di suatu petang yang damai....

dengan berani nya aku ambil penimbang badan.
senyum-senyum penuh makna.

naik atas penimbang.
tunggu 5 saat.

5..

4..

3..

2..

1..

tunduk bawah.
hurm...*25KG
sekali lagi aku beritahu

*25KG SAHAJA...SAHAJA!!
puas hati dan senyum.
turun dari penimbang dan masuk bilik..

5 minit kemudian,
keluar bilik dan singgah tempat penimbang lagi sekali.
naik atas penimbang.

tunggu 5 saat sekali lagi.

5..

4..

3..

2..

1..

tengok bawah dan *27 KG.
hah!?
turun dari penimbang dan naik balik.
dan still!
*27KG.

FCUK!
hanya beza 5 minit dah naik 2KG?

oi lemak! kau sengaja nak mainkan perasaan aku kan?
boleh pula kau main cak-cak dikala tengah serious?
kurang hajau bak kata nenek aku di kampung melaka.

SENTAP!.

*memang bukan angka sebenar

******************
FULL STOP
missblurry

Sunday, August 26

si godang

perbualan wajib dikala hari raya aidilfitri menjelma dan bila balik kampung.

case 1:

pakcik abu : dah besar hah bebudak ni,dulu kecik saja.
blurry : *sengih paling comel*
pakcik abu: yang mana sulung ni?
blurry: yang itu sulung,(sambil tunjuk arah si sulung),ni no 2( tunjuk diri sendiri), yang itu bongsu 
pakcik abu: oooo, aih kenapa yang lain tengah ni kemain godang nye?
blurry: errr.................krikik krikik krikik

pakcik abu: ahahahahahah...

case 2

makcik temah: dah abis belajar ke semua ni?
blurry: yang sulung baru nak abis,eden tinggal practical saja lagi,yang bongsu baru sambung degree.
makcik temah : ooo, bagus lah,cepat2 cari kerja..
makcik temah : kenapa yang sorang ni lain dari lain...godang je...
blurry: hati gembira, tue yang godang...*sengih tak ikhlas

case 3

aksi salam menyalam di pintu rumah..

cik tom : hui godang nya kamu, makan terlebih ker ni?
blurry: dop eh, makan sikit je, portion shrek je ni,
cik tom: ye ler, tak apa lah,godang janji hati bahagia, ye dak?
blurry: yer cik tom, murah rezeki orang meniaga,asyik makan je...

aku godang?ye aku akui, tapi kenapa perlu jujur sangat makcik oi? tipu-tipu lah sikit...uwaaaa di hari raya macam ni kena lah bagi tetamu gembira, hadoi lah, spoil mood raya aku...

*godang bermaksud terextra lemak di perut dan di mana jua dia nak duduk ;D, JANGAN TANYA AKU MANA DAPAT WORD NI, ORANG PAHANG SELALU SEBUT..

********************
FULL STOP

missblurry

Friday, August 17

balik kampung



packing barang,done!
packing bahan masak,done!
kemas rumah.done!
buang sampah,done!
tingkap tutup,done!
suis tutup,done!
motor kunci,done!

benda paling basic bila kita nak balik kampung dalam keadaan atau jangka masa yang agak lama kan,so awak semua, jangan terlalu excited bila nak beraya dan jumpa ahli keluarga sampai terlupa yang ada depan mata ni, ingat, perkara tak diingini berlaku di mana-mana sahaja walaupun kita sudah berhati-hati..;D

selalu tak dengar lagu sudirman,balik kampung?

ok!aku suka dengar sebab bikin jadi excited kan? tapi sedarkah anda bahawa setiap kali anda balik kampung,langsung tak menggambarkan dalam lagu tu?apa tak percaya?tunggu jap yer,aku buktikan.

1. perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama.

a'ah ye, banyak cantik, tak terasa jauh, kalau dah berejam tersangkut dalam jam, sampai petak bontot jadi nya, apa ke benda nya?

2. ingin berjumpa sanak saudara,yang selalu bermain di mata.

ye ke?bukan ke awek/pakwe atau kawan-kawan yang selalu bermain di mata?belum pape dah planning nak round kawasan raya pertama lagi, kan...

3. nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit nan tinggi bertambah tingginya.

kalau balik kampung gerak malam,yang aku nampak lampu break sepanjang jalan, kalau balik siang pula, pelbagai jenis kereta je aku nampak, kiri dan kanan..maklum lah,jalan dah highway, kalau dulu balik pahang before wujudnya jalan baru,baru yer..

4. terbayang wajah-wajah yang ku sayang,satu-satu tersemat di kalbu,pasti terubat rindu di hati, menyambut kepulangan ku nanti.

ok,part ini sedih sikit, zaman arwah wan aku hidup lagi, memang dia menanti anak menantu cucu cicit dia balik,kalau tak balik dia akan tanya sambil tu dia akan duduk kat depan pintu kat tangga rumah,duduk termenung entah apa difikirkan,mungkin ambil angin petang kot, tapi seolah-olah menunggu seseorang, sedih tak?sedih kan kan kan...ahahahahh, still melekat dalam otak aku,kenangan itu!

but now, oh man, mana ada dah, kot ye ada, paling koman sebab terserempak masa aku masuk rumah dan nenek aku nak ke toilet dan akan berkata "eh siapa ni?dah balik?bila sampai?ooooo", sambil berjalan berlalu pergi tanpa sempat aku nak menjawab, dan aku tercengang2 dan terus buat tak tahu..eheheh...

mesti korang pun kena juga kan?ahahahah. ok, itu kenyataan!

alright!

ini hanya melawak sahaja, jangan ambik serious ok?aku tahu orang sekarang susah nak berlawak, sikit-sikit nak serious, please,korang dah tak ada unsur lawak dalam diri ke? well apa nak aku sampaikan adalah,zaman dulu dan zaman sekarang sangat jauh perbezaan nya.

kalau dulu kita memang guna jalan lama, dan apa yang dikatakan dalam lagu ni semua betul,gunung, ladang, berbagai tu, now guna highway,mana nak rasa kan? then pasal menyambut kepulangan tu, dulu kan tak ada handphone, bukan tak ada tapi line punya lah teruk, now internet merata2, boleh tweet2 je dengan atuk nenek kata nak balik dah, memang ler dorang tak tetunggu2 kan.

so, apa jua zaman yang kita lalui, zaman batu, zaman jepun, zaman cyber, atau zaman teknologi sekali pun, adat dan budaya kita jangan sesekali di lupai, jangan biarkan ia tenggelam dek kerna peredaran zaman yang semakin maju.

holla melaka, here i come, ;D

selamat hari raya!

*******************************************
FULL STOP
missblurry

Wednesday, August 15

raya bakal menjelma..

hai all,
aku tahu, sekarang ni mesti memasing tengah busy buat persiapan raya bukan?huuu seronok nya,nak-nak bila semua ahli keluarga ada kat rumah, masing-masing dengan kerja masing2.

well macam biasa, untuk keluarga aku, tak ada apa nak dibuat, balik raya pun confirm malam raya baru gerak, memang rutin family aku since azali,guess so. kuih raya, dulu je lah, kami buat, kemain bersusun tupperware, but now, langsung tak layan dah, my mom just beli kerepek2 untuk buat syarat. coz apa yang aku perasan lah, orang sekarang macam dah tak layan kuih muih ni, datang rumah orang sure kena makan, makanan diorang masak kan?

so, we all decide untuk tidak buat kuih raya, lama juga, almost 10 years,maybe!yup, keluarga kami cukup simple, the main reason kenapa macam itu, sebabnya, sah2 balik kampung,then kat kampung sah2 dah ade kuih raya,balik KL, mostly ktorg akan buat open house, see,sangat membazir kan?kalau dulu bila balik kampung tidur rumah nenek di durian tunggal,then since my dad beli rumah sendiri so ktorg tidur kat rumah itu je, rumah persinggah kaedahnya, sebab rumah tu memang kosong, langsung tak ada pape melainkan perkakas memasak dan toto untuk tidur, what a boring house!

kalau tak bawa laptop, silap2 boleh terjun dari bumbung sebab kebosanan, laptop pun lama-lama bosan, kalau ada internet best lah juga. ini asyik2 layan movie, main game, turun ke bawah,baring, naik atas,baring, termenung sane, termenung sini, keluar masuk antara bilik ke bilik....ppffttt, nampak tak?boleh hilang waras, nak berborak jiran sebelah, diorang pula balik kampung.GOOD!

that why di entry sebelum,aku mengatakan raya aku semakin suram,hihihih,kalau ada tv sedap lah juga, banyak gila drama raya best2 yang boleh buat aku meraung, please, wa still ada perasaan.tapi sebabkan bertemankan laptop sahaja,kemungkinan besar aku akan melayan one piece je lah, sungguh kejepunan di situ, hi hi hi...

walau apa cara sekali pun kamu merayakan hari raya korang, aku berdoa dan harap tiada apa berlaku musibah semasa hari gembira nanti, jangan sesekali lupa pada mereka yang susah dan kekurangan dari kita dan juga mereka yang sedang berperang untuk mempertahankan agama dan negara, jadi berpada-padalah ketika berbelanja dan bersyukurlah dengan apa yang ada, okey?

dengan ini, aku, missblurry a.k.a tora datang lagi,ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, yang kena bertugas,jangan bersedih, akan datang giliran anda pula,yang berada di luar negara pula,jangan jealous,kami makan ketupat,rendang,lemang di pagi raya, hehehehhe. chill!

*opss macam awal je nak wish kan?tak apa, aku tahu ada diantara blogger sini sudah gumbira dan excited buat persiapan, heee ;D

**************************
FULL STOP

missblurry

Friday, August 10

biskut kacang


biskut kegemaran aku,
yeah, simple but lot of memories

*siapa tahu mana nak beli biskut ni yang jenis dalam balang?tak nak timbang punya

***********************
FULL STOP

missblurry

Thursday, August 9

stress mak hai

phew, stress!

yeah memang penat dan sakit kepala, banyak benda aku fikir untuk sekarang dan akan datang, kalau buat tak tahu, sendiri merana, so nak tak nak kena juga survey macam-macam perkara, nampak mudah but it's not.

well, preparation nak kata dah buat sememangnya belum, tapi aku dah mula list up barang yang perlu dibeli, dan di bawa, harap tiada masalah, cuma certain part masih perlu difikirkan lagi.

hari ini dah 20 ramadhan, time flies too fast, macam tak percaya je rasanya, mood raya, macam biasa, macam tahun-tahun sebelum, biasa je, tak excited langsung, i dont know why, but this feeling came right after my granny passed away, i just miss the moment that when raya come and i really excited to balik kampung, wanna gather with the whole family, chit chat along night before raya, kemas rumah, masak and all that stuff. i wish i could get back that feeling .... and mean it!

ok stop cerita sedih!macam tak perlu je element tu kan?lagi2 tengah hari yang panas ni...ahahah sangat tak sesuai lah nyah oi....tinggal lagi 3 minggu cuti, mari menikmati sebaik mungkin...heeee

*siapa tak dapat cuti raya?

*******************************************
FULL STOP
missblurry

Tuesday, August 7

Thai Embassy at KL



finally, urusan mengenai practical aku sudah selesai, hanya tinggal dana sahaja lagi, itu pun UPM yang uruskan, hope cepatlah diorang buat kerja.

well, this is my first time urus document yang melibatkan embassy ni, pernah juga aku google, macamana hendak ke sana, dan ada aku terjumpa dia explain hanya menggunakan putra LRT sahaja, that right, memang senang guna public transport dan aku galakkan sebab kat sana susah nak dapat parking.

well memula ambil ticket menuju ke LRT ampang park, bila keluar ada 2 simpang, kiri dan kanan, so pilih jalan ke kanan (sign board menuju ke kompleks ampang park). naik sahaja escalator sebelah kiri jalan besar, sebelah kanan kompleks tu, so better guna jalan kanan.

masuk je kompleks tu, turn kanan dan terus sampai jumpa escalator lagi, naik atas,terus dan ke kiri akan ada pintu keluar, dan jejantas, lalu je jejantas itu, dan pilih jalan ke kanan, akan ada balai polis dihujung jalan di simpang 4.

pastikan balai polis itu berada di sebelah kiri,kemudian ikut sahaja jalan tersebut. terus sehingga jumpa kedai kereta.kalau jumpa memang betul2 dekat sebab embassy itu sebelah show room kereta tu. jarak perjalanan hanya ambil masa 10-15 minit jalan kaki.

but aku nasihatkan, datang awal pagi, sebabnya memang ramai gila manusia, mostly foreigner niat nak melancong ke sane, melancong period yang lama perlukan visa tourist. urusan dengan embassy ni pun sangat senang.tak banyak bunyi.

macam aku buat exchange student so, fees adalah free, renew tak tahu lagi, ehehhe, tapi pastikan segala document yang dia minta,lengkap.supaya tak menyusahkan diri. sekian.


masa buat visa pagi 9.30-11.30 pagi.
masa untuk collect visa, keesokkan hari, 2.30-4.30 petang.
so rangka lah perjalanan anda supaya tak buat kerja banyak kali


**************************
FULL STOP
missblurry

Thursday, August 2

terus berdiri

picture location : kudat,sabah 
time: 15 mei 2011

walaupun ganjil, 
namun ianya tetap gah untuk terus berdiri,
tiada keraguan di hati dalam perjuangan ini,
yang pasti langit tetap menemani tanpa kira waktu,
wahai kaki, teruskanlah langkah ini,
moga ku tahu masih ada sinar di hujung jalan.


missblurry

Wednesday, August 1

practical #1 - list to do

alhamdulillah segala persoalan mengenai latihan industri aku sudah terjawab akhirnya, but now aku and the geng pening memikirkan persiapan.nampak mudah tapi tidak sebenarnya, fuh, boleh terkeluar otak ini.macam-macam benda nak kena settlekan.haaaaa, sempuuttt ( gaya sepah).


list to do

LoA (letter of acceptance)
dana
student visa
discussion with head of industrial training
transfer credit form
ticket
personal thing

hanya tinggal sebulan sebelum bertolak, dan masa itu dah ditolak dengan masa raya seminggu,maka hanya tinggal 3 minggu untuk uruskan segalanya2, semoga berjalan lancar, amin

*excited but at the same time am nervous 

********************
FULL STOP

missblurry