Monday, January 30

end of month

well aku rasa semua sudah tahu, siapa juara AJL26 kan,? dan aku tak nak kongsi pasal ini sebab nya gerenti blogger seluruh malaysia akan ulas kat entry. GERENTI...

ok then,

firstly,result aku sudah keluar tapi aku tengok lepas aku enjoy dengan aktiviti " sehari bersama forteen" dan not bad la result nya, actuallly CGPA je, so jatuh sikit,0.0004 cgpa aku jatuh, but its ok, maksud nya still lagi second upper class. syukur alhamdulillah


secondly, hurm nampaknya permohonan aku untuk practical ke luar negara tak berjaya, university sana tak amik student untuk practical,mungkin aku akan mohon ke negara lain,tapi yang pasti aku akan pergi ke negara yang aku nak juga sebabnya aku dah buat banyak research, insyAllah end of this year,so tunggu promotion tix dari airasia je lah..;D


thirdly, esok sudah masuk bulan 2, faham tak apa maksudnya untuk student degree?eheheh yeah! sudah nak habis cuti.hurm, sekejap je masa ni berlalu,dah masuk bulan ke dua dalam tahun 2012...nice!


fourthly, macam aku cakap, cuti aku membosankan,dan alhamdulillah,impian aku nak jejak kaki di bumi serawak menjadi kenyataan,insyAllah 16hb till 20hb aku ke sane, ke kuching,sebabnya cousin aku kahwin,sambil tue berjalan-jalan lah kan, hello kuching, see you soon ..;D


fifthly, aku tak perlu datang awal ke campus untuk buat project just because kilang aku itu cuti chap goh mei, hurm..naik cuti baru boleh pergi, tak kisah lah doc. kami pun tak ada banyak kelas sangat,banyak free petang. dan aku baru je bukak thesis aku ni,kononnya nak writting lah,sekalinya tak sampai 10 page kene buat correction, jadi maksud nya......ahahahha...jadi malas!


last but not least, see you next entry...miahahahahha ;D


*************************
FULL STOP
missblurry

Wednesday, January 25

result sudah keluar

entry kali ini sememangnya pendek sahaja...
aku just nak bagi tahu, warga UPM.
anda sudah boleh tengok result anda.
macam biasa lah kan, just CGPA je yang update
pergi ke myregister then simulasi...

yang buat aku sesak nafas,
fakulti aku belum update lagi...
waduh,tension mak....
for those yang dah dapat tengok CGPA
congrate siapa yang naik resultnya,
yang jatuh terjunam,masih sempat nak recovery balik

mari sama-sama kita menunggu result itu...
pfffttttt

**************
FULL STOP
missblurry

Sunday, January 22

sesi gendutkan diri #2- ice cream korea

hey guys, before  that aku nak ucapkan selamat tahun baru cina...yang balik kampung berhati-hati dan yang main mercun pun hati2 ok...jangan pentingkan diri sampai diri sendiri dan orang lain menanggung akibat nya....

ok kelmarin aku cerita pasal makanan korea, now aku nak cerita ice cream dia pula, actually biasa je pun, macam ice cream lain juga, tapi kalau dah sengal, memang melayan je kan...

well mula2 aku tak perasan atau senang cerita aku memang tak pernah jejak pun mines 2 tue, disebabkan kawan aku ada pertandingan menyanyi dekat situ dan aku pergi support, so jalan-jalan lah, dan ternampak kedai jual makanan korea, just a small kiosk.


so aku pun mencuba ice cream watermelon power cup berjenama errr binggrae, betul ke eja tue, lebih kurang lah yang penting 1 jenama dengan banana milk aku yang lepas, memang sedap gila, rasa watermelon tue sampai ke titisan terakhir. well harga dia rm 2.90 kalau tak silap atau rm 3.90.memang puas hati untuk aku yang memang tak suka makan buah ni.


kawan aku pula dah rasa ice cream yang sama tapi perisa soda, dia kata terlalu manis, aku tak lagi mencuba, mungkin 1 hari nanti, buat masa ni aku nak mencuba ice cream yang lain dahulu.


sebulan lepas tu, aku layan pula ice cream yogurt, perisa strawberry, dan serious sedap juga, aku kan jenis tak makan benda macam yogurt ni, tapi bila makan frozen yogurt, memang layan..nak kata macam tutti frutti boleh juga lah kot. ahahha harga dia rm 2.90, agak murah lah untuk ice cream kan.

owh jangan risau, kita orang dah check ingredient dalam ice cream tu, segala benda di akui halal oleh jakim..;D, selamat mencuba sesiapa yang teringin mencuba, so far yang aku tahu hanya nampak kat mine 2.nama kedai tu, err lupa tapi boleh cari sendiri kot sebabnya mines 2 tak ada kedai sangat...;D

jumpa lagi...

*************************
FULL STOP

missblurry

Friday, January 20

chef blurry #5- biskut coklat rangup

actually rasa dia macam cookies,
boleh tahan lama kalau buat rangup2


bahan A

  • 250g butter
  • 150g gula perang
  • 50 gram gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
bahan B
  • 350g tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh emplek

bahan C
  • badam ( dibakar dahulu)
  • coklat cip
masa : *15-20 minit
suhu  : 180 celsius

cara-caranya.

  1. pukul bahan A sehingga kembang dan sebati dahulu, jika tiada gula kastor dan guna gula halus, make sure blend bagi halus dahulu gula halus supaya bila makan tak rasa gula ketul2...eheheh
  2. kemudian kacau bahan B di bekas lain dahulu, dan campurkan ke bahan A.gaul sehingga sekata
  3. masukkan bahan C pula, dan make sure badam sejuk baru dicampurkan.
  4. bulatkan kecil2 dan lenyekkan nipis2 dengan garfu atau apa saja
  5. bakar sehingga masak

*kalau bukat comel2 macam dalam gambar aku atas tue,masa dia 15 minit, tapi kalau buat gendut, masa dia kene tambah sikit, nak tahu bakar sikit dahulu then tengok, if lepas bakar dia still lembut dan basah2 so korang tambahkan masa..tips dia bila da abis bakar, dia akan kering dan terasa rangup nya.

*****************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, January 19

sesi gendutkan diri #1- bbq chicken set


hey guys im back, seperti dijanjikan aku akan update cerita pasal makanan je, hihihi bagi you all tersiksa jiwa dan raga sikit...dan aku sekali boleh gila juga kot sambil-sambil tulis entry ni..


well, 3 minggu lepas, seminggu beofre aku ada final exam, aku keluar dengan kawan aku si kunyayang, pergi ke mid valley, tujuan dia, menghabiskan voucher buku rm 200 yang ktorg dapat tue,tapi malangnya masa kami pergi tu, mph mid valley tengah restock barang diorang untuk buat clearance stock, so banyak juga benda aku tak dapat borong, tapi itu pun aku sudah habiskan rm 150 voucher tue.

dapat juga lah aku buku yang aku dah lama aim nak beli, eheheh doctor in the house,sekarang baru baca page 50 of 800++, yeah! aku tahu agak tebal, tapi tak apa lah,boring2 aku boleh gain my general information pasal malaysia ni kan.

beef bibimbap

so untuk makan lunch kali ni,ktorg makan dekat arena food court atas tue, macam biasa, kalau keluar dengan si kunyayang nie,gerenti makanan korea duhulu ktorg cari, so kami terus menuju ke kedai makanan korea,aku punya biasa je,layan bbq chicken set, rm 15.90 kalau tak silap,si kunyayang pula, ambil beef bibimbap.

BBQ chicken set

aku punya bbq dia memang sedap, superb.reason aku ambil menu ni sebab nya aku nampak banyak sayur segar tanpa kene masak,aku memang suka makan benda yang tak di masak,rangup2 je rasanya,tapi tak semua lah.


then si kunyayang ni pula ajak cari banana milk, pun dari korea juga.aku pun suggest pergi jusco sebabnya jusco memang ada jual barangan makanan korea ni,either dah masak or belum.macam biasa,kalau makanan dari korea memang harga dia agak bangang, macam air kotak banana milk ni memang mahal, rm 2.90 untuk sekali sedut,tapi nak merasa punya pasal layan jer..

but so far apa aku makan semuanya sedap2...eheheh so dengan harga even macam tak berbaloi,aku boleh lah tutup mata,tapi untuk minum air sekotak rm 2.90 sepanjang masa,memang TIDAK!.dan secara tak sengaja aku terjumpa kedai baru,korean food juga, nama dia dubu dubu restaurant, betul-betul sebelah spaghetti farm.aku bukak website dia,bulan lepas baru nak apply halal, so aku belum yakin selagi dia tak letak tanda halal.dah letak baru aku terjah makan situ...

eheheh itu saja untuk hari ini,next aku bagi resepi biskut coklat rangup..eheheheh..peace ;D

***********************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, January 17

blog jilaka

hey guys, lama tak jumpa, well memang aku tak ada mood nak update blog, kenapa entah, mood nak berblog makin kurang, dan aku pun tak ada cerita menarik sangat nak di kongsi kan...

cerita nya, 2 bulan lepas kecoh pasal blog jilaka, aku pasti korang akan tahu if ada twitter,sebabnya cuma kecoh di twitter jer, blog ni cuma blog sampah yang suka hina orang, tapi itu aku tak penduli bagi aku ada baik nya juga, atleast kesedaran untuk aku tak show pix yang pelik2 kat internet.

korang sendiri tengok lah, kadang2 blog nie boleh hilangkan tension dan kebosanan aku, kadang2 aku kesian pada mangsa, dan kadang2 boleh buat aku trauma juga, so aku nasihat kat korang hati-hati okeyh, mana gambar boleh di kongsi,kongsi lah, yang macam pelik2 tue baik tak payah.

aku sendiri pun risau,sebab bagi kita gambar dah ok,tapi tidak bagi dorang kan, aku kene check blog ni hari-hari, takut member sendiri prank pada kita, kita bukan boleh percaya, kalau dah bersengki memang buat ape pun boleh jadi.

ini blog nya,blog jilaka , moga korang tak mimpi ngeri tengok picture dalam blog ni, chill ya, dan berhati-hati okeyh ;D

***********************************
FULL STOP

missblurry

Friday, January 13

final year of college life #14- tamat semester 5

alhamdulillah, berakhirnya segala urusan di semester 5 aku tepat pukul 10.30 pagi pada 12 january 2012. yes, itu adalah paper terakhir untuk semester ini.fuh sememangnya penat, penat baca segala nota...

ada yang nota sikit tapi sekali keluar exam, nah kau, segala macam dan pelik-pelik soalan keluar, ada pula nota kemain lagi panjang tebal nya 1 garisan kat jari korang tue, tapi bila exam. alahai,kencing adik aku lagi banyak eh!

tapi tak kisah lah, semua tue dah berlalu pun, memang jammed otak aku, now cuti sebulan aku nak rest cukup-cukup before aku kerjakan otak aku dengan segala macam dan perangai manusia di sekeliling aku.

well bila aku sudah start cuti,so faham-faham ajer lah kerja aku kat rumah apa dia kan, kalau tak keluar makan, sah2 aku melayan otak akak aku si tora tue main masak-masak, before this ada aku makan makanan yang aku belum cuba, dan akan datang or next entry i will story about that okeyh, see yah

************************************
FULL STOP





missblurry

Sunday, January 8

pengajaran untuk ku

well semenjak dia menjak nie banyak pengajaran aku dapat, baik dan buruk,semua ada,semakin hari semakin mengajar aku erti kesabaran,entah lah,aku sendiri tak tahu mana satu aku nak cerita or langsung tak payah cerita...

by the way, aku sudah beli handphone baru,handphone cikai sajork, ye lah aku sayang no maxis eventho aku jarang guna sangat sekarang nie, main handphone aku sekarang ni adalah celcom je.tapi sebabkan no maxis itu aku guna since form 4,so macamana keadaan sekali pun aku tak akan tukar no tue..;D, for those ada no maxis aku,sila simpan sampai akhir hayat okeyh.

pengajaran aku dapat adalah, bila naik motor,tolonglah simpan handphone dalam beg,sebabnya malang tak berbau dan aku pun taknak mendoakan atau minta benda2 buruk,cumanya untuk peringatan, tujuan nya,andai kata tergolek tengah jalan,insyAllah handphone korang selamat lagi,dan handphone sangat penting untuk calling sesiapa sahaj bila berlaku kemalangan kan? kalau letak dalam poket,peratus untuk handphone pecah adalah 80%,cayo lah cakap den!

another thing is ermm tak apa lah,mungkin terlalu sensitif bagi aku, biarlah aku telan sendiri apa yang aku alami,apa yang aku rasai,sahabat, bertenanglah  dan bersabar lah, suatu hari nanti, ia pasti milik kita,dan mereka diluar sana, terima kasih sebab buka kan mata aku yang selalu alpa,selalu tidur, terima kasih sekali lagi kerana kejutkan aku dari mimpi di siang hari.

maafkan aku,andai aku selalu buat kalian terasa, buat kalian sakit hati dengan perilaku dan kata-kataku, memang kekadang bahasa aku pedas, namun jauh sudut hati aku ada yang tersirat disebalik kejadian,mungkin cara ku yang terlalu jujur dengan kata-kata tanpa sempadan.

maafkan aku yang hina ini...

***********************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, January 7

berlalunya 1 minggu

page 7 of 366,

yeah it a week already kan?too fast, hari-hari genting aku pun dah berlalu, now aku harus rehatkan otak...and for now tak ada benda yang aku boleh kongsikan...erm mungkin ada kot, just nak bagi tahu yang aku dah collect voucher rm 200,heee

berita gembiranya, valid untuk semua kedai buku yang ada di malaysia! gosh, harus aku rembat novel hvolate, weeee..tapi nya berita itu tak cukup untuk diri aku, pheww, ada benda besar yang harus aku settle down before masuk semester baru,argg...

nak cerita biarlah benda tue betul-betul ada jawapan baru aku cerita ok, sementara tue aku berusaha sedaya mungkin, ada rezeki atau tidak, its not the issue right now, the more important is the answer!penantian suatu penyeksaan. arg!

i'd hate waiting something that is not too clear!

**********************************
FULL STOP
missblurry

Monday, January 2

final year of college life #13- final exam


bermulanya kisah final exam untuk semester 1 2011/2012, well aku nak ucapkan selamat jawab soalan,jangan terlalu stress untuk study okeyh, relax je..eheheh,walhal aku pun cuak..weee

dan untuk bebudak yang masih sekolah, den nak wish selamat kembali ke sekolah dengan azam err tak payah lah azam-azam, tetap sama juga..eheheh for those yang baru lepas PMR, jangan fikir zaman form 4 adalah honey moon,its totally not,u are wrong if you think like that,aku sangat menyesal sebab aku pun lalui zaman itu juga.ngeh!

dan yang lepasan PMR itu juga, mesti tengah tunggu jawapan ke sekolah berasrama penuh,mrsm and teknik,well fikir elok2 either nak masuk atau tidak,keputusan di tangan anda,jangan masuk ke sekolah baru sebabkan pengaruh kawan.itu silap!

for those yang ada exam besar tahun ini, macam UPSR,PMR,SPM dan juga STPM, belajar lah dari sekarang,tak salah pun,lagi bagus adalah kan..;D,seriously its good for you,dan untuk baru nak melangkah ke sekolah menengah, selamat masuk alam remaja,..

zaman sekolah menengah tak lah terlalu sukar dan juga tak lah terlalu senang, pandai2 bawa diri jangan sampai mudah terpengaruh yang boleh rosakkan masa depan kamu.dan adik2 yang baru masuk sekolah rendah, jangan nangis2 yer, cikgu baik2 dia tak makan orang, kawan2 pun ada..enjoy ur life okeyh ...


********************************
FULL STOP
missblurry