Saturday, June 30

final year of college life #21 - selangkah lagi

kelegaan buat ku

syukur alhamdulillah, akhirnya lulus juga pemeriksaan untuk theses aku, yang selama nie aku bengong dan hampir nak menangis, ahahhha serious, tension dia melampau2 kerana nak kejar dateline tue, well kalau baca dari awal kisah theses ni for sure tau kan, 

seriously, lega dia tue, perasaan dia macam baru lepas sunat, itu perasaan dia, errr walaupun aku tak merasa perasaan lepas sunat tapi aku faham perasaan itu, miahahhahahaha...so tinggal 1 step sahaja lagi, iaitu dean signature, then dah boleh jilid, insyAllah minggu ni boleh settle...phewww...

kepada kawan-kawan lain, harap bersabar ok, jangan putus asa, menangis boleh, eheheh paling kuat pun merajuk je lah,macam aku buat, merajuk sampai kemas barang bawak balik rumah...ajhahahahahha sengal!

3 kali,
mengambil masa selama 2 minggu,

*aku akan ingat sampai bila2 waktu susah yang aku hadapi ini,insyAllah,aku akan sentiasa pandang belakang untuk mengingatkan diri supaya tidak mudah lupa.

********************
FULL STOP

missblurry

Monday, June 25

final year of college life #20 - selamat tinggal 546

tengok lah,
berapa tebal theses aku yang aku dah print?

jyeahhh akhirnya, aku akan pulang jua ke markas kesayangan, heee, well nak kata dah settle theses,its not, but am tired already, esok hari terakhir untuk aku berjumpa dengan penyelia, insyAllah. hope tak ada masalah. then berita paling gembira, dean tak ada sampai 2 julai, yes bagus, tertangguh lagi kerja untuk dapatkan signature beliau sebelum boleh jilid theses.

sound so complicated to done the theses, actually tak pun, hanya fakulti aku sahaja gediks sikit, terlalu formal, tapi fikir balik,bagus juga, daripada aku tak berapa mahir microsoft word yang aku hanya gunakan basic sahaja function dalam tu, sekarang banyak dah aku godek function nya.

atau denagn erti lain, belajar banyak perkara dalam masa yang sama, so positive kan?bhahahah, barang2 semua sudah siap aku kemas, tinggal beberapa helai je sahaja lagi baju yang aku jemur tadi, then settle, boleh aku blah dari kolej ni.

bukan aku nak sangat kelam kabut untuk balik rumah,sedangkan rumah aku sekangkang kera je, tapi sebabkan bus tak ada buat aku menyampah,itu saja, kalau bus sentiasa ada,ok je, senang je aku cari makanan, susah sikit campus aku ni,complaint banyak kang susah juga,ada je langau kata tak bersyukur, tapi kau try duduk sini,rasa macamana dulu,kan?

sekrang pun,nasib juga biskut magic twin menyelamatkan aku punya baboyot nie, mungkin akan lapar balik,tapi aku cuba kenyangkan diri dengan minum air,hope bertahan sampai esok....heeee...

excited nak balik?tak aku excited nak lepaskan apa yang belengu dalam otak aku ni,penat melayan theses yang tak pernah siap.sekali lagi aku cakap,ini hanya untuk fakulti perhutanan sahaja,yang banyak procedure sebelum jilid. well, setakat ini sahaja aku nak kongsi kan, heeeeuuuu ;D

selamat tinggal 546

*kepada bakal penghuni ini bilik,hati-hati,banyak momok yang suka berkenalan dengan anda,jangan takut,dia cuma buat salam perkenalan yanga agak kasar sahaja,aku pasti,kuku dia memang panjang,sila letak kepit kuku supaya dia boleh potong sikit kuku dia tu..;D

*************************************
FULL STOP 

missblurry

Sunday, June 24

final year of college life #19 - berakhirnya exam untuk semester terakhir

tepat pukul 4.05 petang tadi, tamat sudahlah exam terakhir untuk semester akhir aku selama 3 tahun di UPM, phewww lega rasanya,tapi tak lega sebabnya exam tadi macam haram,sebabnya jawapan nak buat karangan macam SPM, beb! tak payah nak karangan sangat lah pun kan....adoiii

sampai lenguh2 tangan aku,mengeluh tak payah cakap....keluar class,rasa macam nak cabut je tangan ni dan simpan dalam pocket kejap..eheheh, ah lantak lah,malas nak fikir,dah lepas, now aku nak rest,alhamdulillah,thesis pun aku rasa dah macam tak ada masalah apa2...

now,buat setakat ini,aku bertapa dulu di kolej secara haram, heee malas nak bayar, untuk 2-3 hari saja,sementara aku betul-betul settlekan thesis aku tue, then balik rumah melanguk tanpa tentu arah,rasa macam bahagia but aku jamin, aku akan gila untuk hari yang ke-4, memandangkan aku memang tak suka duduk tanpa buat apa-apa...

hurm 3 tahun,kejap je masa, dari diploma,gap sebulan then terus masuk degree,sambung untuk 3 tahun then rest 2 bulan sebelum pergi practical, wow, dalam masa yang sama,sekarang ini aku mula mengintai dari tirai kamar untuk mencari peluang kerja pula,heee tak sabar,sebabnya aku sudah terasa tanggungjawab aku salah seorang anak dari kedua ibubapa aku, tanggungjawab sebagao seorang anak untuk balas budi mereka..;D

kepada kawan-kawan yang masih ada exam,good luck,pada meraka yang masih study, teruskan semangat anda..;D

**********************************
FULL STOP
missblurry

Tuesday, June 19

final year of college life #18 - lepak di foyer yang sunyi


morning all,

hew, mek penat oh, melayan kerenah thesis ni, well sekarang musim exam,mungkin dah terlwat nak wish good luck,so aku wish for those yang sudah habis exam,selamat bercuti,cuti tue agak2 juga eh, jangan lupa 9/92012 nanti daftar kolej, ehehehehehe...

well, percaya atau tidak tapi harus kena percaya bahawa nya,aku boleh lepak fakulti,mengadap lappy seperti orang lain yang sentiasa budget macam dia sorang je banyak kerja.miahahha,i mean, selalu je aku nampak bebudak fakulti aku lepak kat foyer,mengadap lappy sambil buat kerja.

bagus je tindakan tu,tapi ye ker buat kerja?ke nak internet yang laju tahap super siayan ni?tapi tak kisah lah tue kan, aku lepak pepagi buta kat fakulti nie sebabnya ada appointment dengan penyelia untuk check format thesis,kalau nak ikutkan,fakulti aku je sangat cerewet bab thesis ni,tapi just take it as a positive la kan, boleh mengajar aku cara yang betul pasal penulisan. so, for the next time tak ada lah terkial sangat kan.phew, sangat positive,miahahah

alhamdulillah, aku dapat siapkan thesis on time,and now aku kejar untuk pembetulan dari segi thesis,bila dah clear hantar ke dean pula untuk dapatkan signature dia yang mahal tue, nampak tak bertapa particular nya fakulti aku pasal thesis project tahun akhir ni?



tapi bohong lah kalau aku duduk sini,semata nak ngadap writing, for sure aku mengelat lah beb,hihihih,aku tak lah seskema itu,dan cerita hal exam,aku ada lagi 2 paper,khamis ini dan ahad ini,then aku memerlukan rehat selama 3 hari untuk lenyapkan segala biol dalam otak ni.

aku sekarang tengah fikir dan mencari kerja part time,sebelum mengadap untuk practical pula,hurm hal ni pun belum settle lagi.nanti next entry aku cerita hal practical yang agak tragis ni,segala macam perasaan aku pendam,cewah, hihiihh..

ok,lah,saja nak update entry coz blog ni dah berabuk sesangat dah,aku janji aku akan cerita pasal practical yang ngek tue...see u then!

*semoga tak banyak perlu diubah hal thesis aku ini,amin

************************
FULL STOP
missblurry

Sunday, June 3

final year of college life #17 - bermulanya study week


hari ini hari ahad, ahad yang sungguh menguji minda dan fizikal setiap manusia di sekitar serdang dan sepang,. sangat menguji kerana cuaca sangat panas,HMA! (hu mak ai), seriously memang tak menahan,perut aku kembung air dah ni,sudah lah hentam makan red velvet,then dahaga lagi,memang perut gua dah serupa dugong dah,hadoi...

well,setelah sekian lama aku tak balik rumah,least khamis hari itu,aku jejak kaki ke bumi kelana jaya, best dapat tidur rumah n katil sendiri,nikmat dia lain macam je sebab katil kat rumah, bau2 macham machin dia buat kita lena je tidur,actually aku balik pun sebab lepas ni aku tak balik selagi segala hal kat UPM tak settle,lagi pun sibling aku nak sambut advance birthday untuk aku nak mak aku di mana jatuh pada bulan puasa nanti.

kakak aku si taro yang beria nak buat red velvet,jujuriah aku kata,aku tak pernah rasa red velvet,ramai kata sedap tak henggat dunia, well bila makan, not bad,sedap juga,ahahah nak puji kek buatan sendiri sedap lettew,;D,cumanya kek tue ada cheese,so aku kureng gemar.

sedar tak sedar, dah masuk bulan 6,that means this month will be my last month for my degree at UPM,oh aku ada lagi baki 4 bulan untuk practical,disebabkan practical tempat lain so assume as ni bulan terakhir la kan.barang-barang pun aku dah start kemas,tinggal 20% je lagi kat bilik ni yang aku akan angkut sekali gus lepas abis exam n hantar thesis,

bercerita hal thesis,alhamdulillah,sudah siap,tinggal tunggu supervisor untuk check then aku kerah untuk hantar ke penyelaras pula untuk check format,harap tak menjadi masalah lah kan.sedih pula rasa nya,aku sure ramai yang dah habis study akan teringat detik2 akhir di ipt kan?mesti tersengih-sengih teringat bende bongok+sedih+best zaman belajar dulu..

apa?langsung tak ingat?langsung tak ada kenangan tue?errr sorry beb,mungkin tak ada istilah skema cuma anda tidak ambil peluang untuk gilakan diri anda kerana terlalu kejar dean list or terlalu fokus pada buku menyebabkan tak ada kenangan macam gitu kot...well kalau kes ni,sekarang kalau dah bekerja,ambil peluang untuk gilakan dan warna kan hidup anda dengan benda2 bengong,sebabnya bila lagi nak havockan diri kan?wake up guys, hidup ni jangan ikut peraturan sangat,tak syok,boring ok!

banyak lagi benda aku nak ulas,wah dah macam hasbullah awang nak mengulas-ngulas bagai, ahahahah tapi tunggu next entry ok..see you then...opss selamat bercuti pada warga IPT,cuti tue ingat2 lah juga,jaga diri dan jangan lupa anda ade exam lagi 2 minggu...miahahahhahaha ;D


untuk resepi sila CLICK DI SINI

aku beli instant gravy di IKEA,
 sumpah tak sedap, dan aku 
FULLY NOT recommend untuk beli instant ni

*maaf gambar-gambar ini akan membuatkan anda terliur dan membuatkan poket anda kopak kerana mencari makanan tersebut..;D

************************************
FULL STOP

missblurry