Monday, March 25

kak limah

Di suatu petang yang damai....he he he....tengah angin sempoi-sempoi hembus ke muka ku. nyaman!. terasa sungguh bayu petang di ibu kota yang penuh dengan habuk serta asap-asap kenderaan..hurmm kurang nyaman sebenarnya itu.

Ku ambil peluang untuk menikmati kanak-kanak yang leka bermain di taman permainan. riang dan tenang, tenyata tiada masalah untuk difikirkan. pelbagai ragam dan kerenah dapat dilihat mencuit ulu hati ku. senyum yang sungguh manis terukir dibibirku, sambil menikmati ku usir-usir rambut ku dengan penuh bergaya di jendela bilik ku. penuh dengan sopan serta lagi santun ... 

tiba-tiba, sekumpulan budak-budak lalu di hadapan jendela dan menyapa dengan penuh keyakinan...

budak-budak: hoi KAK LIMAH....berangan kerrr?

aku : *sentap*, apa kak limah? cakap cantik sikit...

budak-budak: memang kami ni handsome pun, akak tak tengok cermin ker? kalau rumah tak ada cermin, ni hah side mirror motor pakcik bakar ada, saya bagi. tengok rambut akak tu macam mana rupanya.

aku: kurang hajau, diamlah rongak, dah lah tak ada gigi,hish! *flip rambut dan terus beredar.

budak-budak: KAH KAH KAH KAH *secara berjemaah.

hawau punya budak, punya sedap aku berangan ala-ala heroin novel, boleh pula diorang sergah aku, hina lah hina, tahu lah rambut aku ni "cantik", tunggu lah, aku pakai bedak tebal-tebal, baru korang tahu siapa kak limah yang sebenar!


*budak zaman sekarang kalau bergurau memang sentap hulu hati, hadoiii, kus semangat...sabua je la *urut dada*

***********************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, March 9

sering berlaku


situasi 1: telefon rumah

pelakon A : call pelakon B lah, ajak lepak, * dail 03-78092871..

pelakon B: kring kring...kringggg *telefon rumah berbunyi

pelakon A: hello pelakon B, kau kat mana?

Pelakon B: ....kriikikk kriikik....kik kik kik... errr bro aku nak respond macamane eh?

pelakon A + B : ahahahahahahahahah ok bongek!


situasi 2: cari barang

pelakon A: nak beli deodorant lah, *pusing 1 kedai

pelakon A: adoi, boleh kurus, mana pula menatang ni...

pelakon A: *give up dan tanya promoter *, kak deodorant mana yer?ada jual tak?

promoter : oh..ni! *sambil tunjuk depan mata

pelakon A: oh, lorh, kenapa tak perasan tadi.... * monolog: ala malunya, mesti dia ingat aku tak cari.


situasi 3: harga barang

pelakon A: nak beli nasi lemak lah.. *baca harga

Pelakon A: nasi lemak 1 rm 1, kuih 3 biji rm 1,

pelakon A:  kak nasi lemak 3, kuih seringgit

akak penjual: ok dik, siap

pelakon A: berapa eh semua

akak penjual: rm 4

pelakon A: oh....ye tak ye juga!



sering kali berlaku secara sengaja atau tidak, tapi bila berlaku benda itu sangat awkward dan membangang kan diri kadangkala, terutamanya part telefon rumah atau pejabat, cimpeng!

*************************************
FULL STOP

missblurry