Tuesday, May 25

aku tetap aku







aku tetap aku. tiada yang lain melainkan diri aku sendiri. aku tidak perlu menjadi seperti orang lain untuk menarik perhatian orang dan aku tidak perlu untuk memalukan diri aku untuk menjadi famous.


mungkin siapa yang tidak kenal aku, aku nampak seperti cerek kerek, poyo dan seangakatan dengan nya, itu lah korang, judge sebelum kenal kan. dan aku memang mengaku, muka aku memang kerek, tapi dalam hati aku seorang periang. a'ah, memang aku tengah puji diri aku sendiri. korang tak kisah kan?ahaks.




aku hanya lah manusia yang kurang sempurna dan memerlukan banyak lagi ilmu2 duniawi dan akhirat, aku seorang yang lemah di dalam, tapi luaran aku nampak gagah seperti harimau. kenapa harimau?aku pun tak tahu. mungkin harimau ni garang, ganas , sombong, tapi jauh di sudut hati harimau ini seorang yang manja, mudah di dekati,comot comel dan penuh dengan kasih sayang dan sebagai nya.

kepada mereka di luar sana, yang tidak kenal aku dan tidak memahami isi dan prinsip aku, go to the hell, aku tidak pernah untuk meminta belas kasihan daripada korang untuk balas segala apa yang aku telah taburkan, ( gaya macam aku seorang YB..ahahah)

aku benci pada mereka yang hipokrit, benci pada yang suka menipu untuk menarik perhatian, benci pada mereka yang kunun2 baik walhal perangai kalah anak ib**s. pada mereka yang golongan macam ini, sila jauhi diri anda daripada aku, sebab nya, aku akan kutuk korang sampai mati...

ahahahaha.aku hanya aku, bukan orang lain, aku sayang kawan aku yang benar-benar bernama kawan, aku hanya aku. aku sayang family aku, aku sayang harta benda aku, aku sayang apa yang ada dalam hati aku.

aku tetap aku, mungkin koprang tidak mengerti entri aku kali ini, tidak mengapa sebab aku sendiri tidak paham entri aku sendiri,bak kata ogy ahmad daud " tipah tertipu bang" wahaha..

yang pasti, aku tetap aku.korang suka atau tidak itu korang punya pasal, aku tidak kisah, aku ada matlamat dan haluan aku sendiri.aku bebas melakukan apa jua aktiviti , aku bebas untuk terbang di pelusuk dunia. andai tidak dapat follow gaya hidup aku, sila ambil langkah anda sendiri. 

selamat berkenalan bagi mereka di luar sana yang masih tidak mengerti akan diri ku ini. baik aku stop sebelum entri semakin sewel dan penuh misteri ala-ala niyang merepek..

******************







FULL STOP




missblurry









Monday, May 24

sumpahan vampire

sekadar gambar hiasan,
tiada kene mengena hidup atau mati

sebulan lebih aku berada dalam alam maya aku sendiri, seperti yang di duga aku akan jadi vampire. vampire yang x menyeramkan malah sangat chomel pandangan mata korang. ha ha ha..balik dari kem saja, aku terus mengadap lappy kesayangan aku, memula tu, hidup aku normal, tidur cukup, makan tak pernah cukup,mandi pula air yang terlebih-lebih, makna nya aku kurang mandi...ahahahaha...itu tak penting yang penting aku sekarang menjadi salah seorang vampire paling chomel abad ini, kenapa?


jeng jeng jeng...(sound effect bagi seram sikit), mari kita pertikaikan, jangan biarkan hidup anda dalam misteri.....


langkah-langkah menjadi seorang vampire yang chomel:


1. bangun pagi jangan gosok gigi lagi, on lappy dan terus berfoya-foya


2. setelah 3 jam berikutnya, keluar dari gua masuk ke dunia makanan, sekira nya bibik, mama, jiran sebelah sayang anda, maka adalah makanan untuk anda


3. kemudian masuk gua dan sambung dating dengan lappy anda balik


4. mesti anda tertanya-tanya bila nak gosok gigi dan mandi bukan?


5. sekarang lah waktu nya, mandi dan gosok gigi dalama masa 5 minit sahaja..(nampak sangat subuh,zohor korang terlajak)


6. keluar rumah, g yamcha dengan kawan-kawan tanpa menghiraukan imej anda (sila ambil note, ini sangat penting)


7. balik rumah terus masuk gua tanpa menoleh kiri dan kanan anda,buat-buat seolah2 hanya anda sahaja dalam rumah tersebut,


8. layan lagi kekasih anda iaitu lappy anda sendiri sehingga la ke esokkan hari nya.


9. ulang langkah2 di atas sehingga alam maya anda habis dan masuk ke alam realiti


10. sekira nya anda berjaya maka anda akan dapat gelaran baru iaitu vampire yang chomel


11. kenapa chomel?


12. sebabnya selain anda menjadi vampire,anda juga diberi pingat paksa rela iaitu mata panda bear. yeah mata anda berubah wajah.


13. untuk pengetahuan anda imej seorang vampire yang chomel adalah dengan tidak tido malam+ mempunyai sepasang mata panda bear.


14. tahniah!! sekiranya anda rasa diri anda ade imej2 tersebut, maka anda secara rasmi nya ahli kumpulan vampire yang sangat chomel.


15. bagi yang kurang berjaya, sila cuba lagi, tiada yuran pendaftaran malahan yuran2 yang tersembunyi


16. renung2kanlah dan selamat beramal.


mata panda bear yang sangat segak

vampire yang sangat chomel


*********************


full stop

Sunday, May 23

misi kem bunuh diri selesai part II





banyak sebenarnya peristiwa menarik yang berlaku masa kem bunuh diri nie. aku nak cerita satu persatu tue tak mungkin lah kan..biar la peristiwa-peristiwa tue hanya aku dan ahli2 kem bunuh diri je yang tahu.tapi aku tetap nak share kat korang. hik hik hik. aku tak mampu nak simpan sorang-sorang la beb..


peristiwa 1


tempat kejadian: camp site 2 (group camp)
masa kejadian : sekitar pukul 2.00 -3.00pm
mangsa kejadian : belitong, garudin, bertam


dalam tengah sibuk2 dok mecungkil bakat masing2, tetiba lar ade suara tak berapa nak sedap berkata-kata


garudin : wei....tolong aku wei....(dengan tgn kiri pegang parang dan tangan kanan pegang buluh)
bertam+belitong : .....???? kami pandang sesama sendiri


dengan gaya ayu lagi sopan,si garudin nie berlari menuju ke arah bertam dan belitong. ok aku tipu...


garudin: oi...aku panggey korang nie..kaki aku ade pacat...
bertam: choii...hayun budak ni, aku ngat ape la..pacat je pon..cabut je la
belitong: kikiki....(ini je mampu dia buat)


garudin: pandang dengan muka kesian.....ala aku sebuk nie,,tgn x cukup...
belitong: apa masalah ko gar?(nama timangan dr garudin)..letak je parang dgn buluh tue...
bertam: ntah ko nie,,,haish..semak!!!


belitong: ke ko geli??
garudin: ye la..aku geli...ekekkeke...tolong la
bertam: ceh...cakap la awal2 ngeng...tgk dia da kenyang sparuh dah

belitong: alamak,susah plak dia nak tanggal
garudin: amik la lighter, bakar dia...
bertam: dlm hati..( pandai plak ko menyuruh,buat xnak..ampes keladi la lu bro)


belitong: bertam..campak lighter...aku nak bakar pacat+bulu2 gar nie...
bertam: alrite..nah..sambut..


belitong: dok diam..aku nak bakar nie...sambey petik lighter
bertam: wakakka...gile la korg...bau hangit..bulu yang terbakar la bengong...pacat tuk dok sedap lg hisap darah...
garudin: aduh aduh....sakit la...!!! cepat la..gatal dowh dia nyot nyot...


bertam: haish korg nie,....jap aku ludah....


dengan gaya hero..si bertam pun ludah2 kat tgn dia...eheheh...then tanggalkan pacat tue....bukan susah pun...bila dah masing-masing tak cukup oxygen...macam gini la gaya nya..tanggal pacat yg kecik pon nak guna lighter..sah2 la bulu kaki org tue yang terbakar..sudah la bulu dia mcm semak samun kan....


peristiwa 2



tempat kejadian: camp site 2 (group camp)
masa kejadian : sekitar pukul 5.00 -6.00pm
mangsa kejadian : belitong, bertam, fasi

si bertam dan belitong ni dah penat buat kerja,memang camp site pun da clear..comel sungguh tempat tue, so bertam dan belitong nie pergi la bentangkan sleeping beg kat tengah2 alam camp site tue...tiba-tiba datang la fasi2 untuk tanya khabar, hurm sayang juga korang kat ktorg kan...

fasi: huish,,dalam hutan korang pakai kain batik?biar betul?
bertam: pakai sekejap je, tunggu seluar kering
belitong: a'ah baru lah nama nya holiday...kain batik,syok tue

bertam: hah holiday pakai kain batik?hurmm...
fasi:dah2,tukar pakai slua, bhaya korang nie
belitong: ala,relax la..nak tunggu solat je

fasi: xde2, kang gerilla dtg baru korang tahu. lain jadi plak kang
bertam+belitong: baik la...haish bising, baru nak menikmati...

ape korang pk?dalam hutan berkain batik?memang si bertam and belitong nie slumber badak. tak pernah di buat orang duduk dalam hutan pakai kain batik....wahahahah...


bayangkan lah 2 minggu ktorg dalam kem tue, boleh fikir sendiri la , ape lagi adengan yang diorg boleh buat selain nie kan....walau apepun kem nie pun telah berlaku, dan yang pasti aku memang enjoy, serius aku enjoykan diri dalam kem ni, sangat best, fasi dan urusetia pun sempoi, ahli2 kem bunuh diri pun tak kurang gila nya jugak, i'll miss u all babe, thanx 4 everything, thanx again....

hutan simpan ayer hitam,puchong

air terjun

Friday, May 21

bumi dan marikh






" kringgg.....kringgg" ayam katik ku sudah berbunyi...."kringgg....kriiiiii....."tanpa sempat ayam katiku memekak lagi tetibe bunyi "kelekuk..." maka tamat la riwayat sekor ayam katik yang sangat comel pada pagi yang sunyi itu. ayam itu telah ku lambung ke udara dengan gaya gimnastik negara. 



"huaaarggghhhh" aku masih lagi menggeliat atas katil dengan mata terkebil2. aku termenung mengadap siling batu. " huh,! dah pukul berapa eh?" sambil2 mencari ayam katik kesayangan ku " ops..da mati la pulak ayam ni,menyesal aku lambung kau.." aku buat keputusan untuk tido balik. tapi aku bangun balik. aku dah gila. aku tak tahu nak buat apa sebenarnye.

tetibe aku teringat yang aku x basuh muka lagi. aku langkah longlai masuk jamban. masa aku bukak pintu toilet, toilet aku menyanyi. aku tipu. aku tutup pintu toilet tapi dia nyanyi lg. ok aku tipu lagi. ambil berus gigi, gosok gigi. ambil clean n clear. aku tonyoh2 dengan lembut dekat muka aku. aku blah dan masuh bilik tanpa basuh muka aku balik. mak aku cakap ni treatment terbaik dari ladang.

macam biasa, aku on lappy,then on facebook. aku ternampak la plak mambang aku bagi something post kat wall aku, maka aku pun belek lah:
MAMBANG dan BLURRY

sayang i hate you...eh i love u
huh u hate i?i curang kang baru tau

ehehe gurau je la...i da sampai ke pluto nie,sekarang berada di marikh
jap2 bukak peta, da sampai pluto tp dekat marikh?baik.....

sayang da makan ke?kalau belum, ambil la arang buat kopi
dah makan dah, tapi tak cukup la,arang pon dah abis buat jem tadi

bumi sehat ker?pluto sehat tapi sejuk sangat la,dari tadi tak nampak matahari
bumi ok,tapi makhluk dalam bumi semakin ting tong, oxygen kurang.

hah?sayang tak nampak matahari?memang la,sayang membelakangkan matahari...
owh ye ke,baik la,nati syg pusing 167 darjah ok.

ayang,!! rindu la,...ok la sayang,terpaksa carlo, destinasi belum tiba,kene kejar masa ni
cepat nya?jangan lari tau, nati jatuh tak boleh bangun....melayang2 plak nati...

baik mem....nati jupa lagi....
tata,love u

love u too....
lo.....v.......

*******************************

tettttt...tetttt

tak sempat aku nak habiskan kata2 aku,dia da off...begitu la peristiwa di kala mambang dan blurry kekurang oxygen....aku dan dia sangat berjauhan..jarak antara bumi dan pluto sangat jauh.macamane aku berhubung dengan dia ,korang tak usah pendulik, kalau korang tanya pun aku tak mahu jawab.full stop.





misi kem bunuh diri selesai part I


seperti yang aku janji kan, yang aku akan ulas balik ape yang berlaku dekat kem bunuh diri a.k.a kem hutan yang wajib untuk semua student dari forestry faculty kene ambil, 1 jam kredit tu bro ( celah gigi gua je)..


alright, mula2 sampai fasiliti dia memang superb, lengkap semua ada, tandas pun baru buat dan tanpa aku fikir panjang aku guna tandas tu. hotel 5 star ktorg pun not bad, memang betul2 5 star and tido dengan entomologi sekali,dan akhir sekali dapur setiap group pun masing-masing tidak mahu kalah, banyak juga lah gadget yang kitorg bina menggunakan buluh,tapi macam bangang nya masak pakai kayu api, pernah sekali, kayu api basah sebab hujan,masing-masing nganga makan angin, sudahlah tengah hari masa tu. maka dengan bijak pandai nya group aku, simpan kayu api dalam beg plastik sampah, masalah kayu api basah settle!!!!


macam biasa, bila masuk atau join mana2 kem, mesti dapat nama kem kan, tapi kali nie memang diorang langsung x extreme, dan aku tarik balik kata-kata aku sebelum ini, sememang nya diorg tak kejam, diorg tu  fasi2 kat kem itu lah,bermula nya ice breaking untuk modul pertama:


BLURRY vs FASI


sampai aja turn aku,maka dengan megah dan keayuan nya aku berdiri dan berkata:


nama saya blurry, dari kelana jaya
nama apa tadi?


hah?(pekak ke hapa?)
nama saya blurry, arwah atuk saya yang bagi,dia orang jepun itu pasal nama saya unique.ok aku tipu...
....... (dorg tengah fikir untuk mendajalkan aku ) kampung dekat mana?
dong, pahang


hah?dong?
a'ah dekat raub..tahu tak?(tak tahu la tue, geografi failed,nampak sangat)


bagi nama koi la
....????(ikan koi?dong?ikan koi?ape kene ngene bro oi)


hah blurry, nama kau bertam
bertam???sambil buat muka,kenapa bertam???


ok la,bertam pun bertam la
alright bertam, terima kasih bertam.....bah besar...


cessss itu rupanya....maksud nama aku


sebenarnya ini nama biasa buat aku, coz b4 nie masa aku sekolah rendah aku dapat nama kambing gurun, coz masa aku atlet sekolah dulu, aku suka meragut2 rumput..oi!!! bukan pakai mulut giler!! aku ragut pakai tangan ok,,aku dok cabut rumput2 cantik di padang sekolah yang ketandusan rumput itu..nama ini melekat sampai aku sekolah menengah dekat ipoh, aku cerita dekat diorg,then sekarang bila jumpa dekat fb, dorg akan panggey


kau kambing kan??
huh??kambing??eheh a'ah, aku kenal kau...bla bla bla...


itu lah bagusnya bila dapat nickname pelik2,orang mudah ingat kita berbanding nama betul kita..aku berani potong jari aku yang mengatakan fakulti lain ada ke dapat nama pelik2 macam gini?kem untuk semua budak 1 batch?tidak ada kan?dan aku bangga mengatakan aku adalah dari forestry faculty yang boleh ngam semua golongan dalam fakulti itu, kalau korang tak percaya sila lah datang dekat fakulti tu dan tengok sendiri macamana akrab nya antara ktorg.


itu baru 1 modul, ade lagi 18 modul..modul2 tersebut ialah


1. Ice Breaking Games -kenal2 diri dan dapat nama kem


2. Kumpulan Ku - buat bendera, cheers, nama group (uniknya ktorg buat dalam sungai,b4 tue kene berendam dulu)


3. Man VS. Wild - belajar hidup dalam hutan dengan menggunakan sumber yang ada dalam hutan


4. Wilderness First-Aid - wajib belajar tak kira dekat mana korg berada


5. Movie dan Moral - cari movie dan ulas isi tersirat dalam movie ini, group aku buat madagascar dan tak pasal2 aku kene tang watak gloria si chomel,ni kem komanden punya hal,masa ini aku yang present


6. Morning Walk - junggle tracking sampai air terjun, syok gila dan cantik tempat tue


7. Lagu dan Moral - sama mcm modul 5.group aku buat lagu standing in the eyes of the world


8. Night Expedition - belajar pasal perangkap serangga dan juga wild life


9. Bird Watching - burung nampak aku tapi aku tak nampak burung,,pakai tropong tue payah nak aim


10. Earth Hour - ceramah psl bencana alam ( aku admit aku tido time nie, sorry doc,aku tak mampu berpura-pura lagi,memang bosan )


11. Sepetang Bersama Pegawai - ini bagus, dapat cerita pengalaman orang2 lama, mentor aku ialah en.suffian kerja di fac. bahagian pengambilan pelajar


12. Explorace- terbaik coz main game orienteering,check point paling mencabar,cibai cam nak mati mendaki


13. Stakeholder Day - kerja amal,bersihkan kawasan,paling memalukan kwsn perumahan depan hutan simpan ni, nak buat tapi diorg sendiri x support dgn majlis ni, pooodahhh...


14. World Cup Night- khas sbb thn ni ada bola,sumpah aku x involve kan diri aku dgn benda ni, cari matlumat then attack soalan kat lawan kita.game paling bosan


15. Rekreasi Tali - bljr ikat tali, memang bagus sebab aku suka + ikat dengan cara yang betul


16. Kembara Malam - ini masuk hutan then dengar pengalaman dari bebdk rekreasi = tido jugak


17. Paintball - tak payah aku nak gebang banyak2, sememangnya terbaik


18. Perkhemahan Kumpulan - pakej percutian 3h2m dalam hutan dengan bebudak group, memang syok tak terkata sebab tak payah ngadap muka2 fasi yang kekadang annoy + over act+serangan gerilla yang sgt funny


19. Sembang Alumni - sama mcam modul 11 tapi ini alumni student forestry, banyak tips dan haluan hidup diorg bagi kat ktorg,beza nak atau tak je ikut haluan yang dia bg,thanx abg adib dan abg wan


ini lah modul2 yang ktorg kene habis kan dalam masa 2 minggu,dah ada dalam jadual,ktorg just follow je...aku letak sekali gambar2 yang sangat best untuk korang tatap ok.


continue.....~~~


group 3 tengah create bendera diorg

grenade b4 buat bendera. sejuk woo

antara fasi2 yang ada,ini mr.panda buat gaya chomel...cehhh

muka ceria b4 masuk hutan

masa untuk berangkat,masing2 mcm nak pindah rumah



masak pakai kayu api,bertapa seksa nya....

Thursday, May 20

kebahagiaan dalam perpisahan

blurry vs hantu


aku suka dengar lagu ni,padahal 1st time aku dengar
eleh, ko suka sebab edry kru yang buat kan


bukan la bodo!! lagu nie catchy je
kau tipu kau tipu


pergi mati la kau,suka hati aku lah aku nak suka apa pun
hahahah,tengok kau nak belit-belit, kata je la kau suka sebab kru yang buat


blueekkkk!!! ada aku kesah?itu bonus je la,cuba kau dengar betol-betol lagu ni,memang best kan
hihihihih, (gelak jahat)


sudah la kau,malas aku layan,yang pasti aku tetap suka lagu ni,bodo..tak reti seni langsung
ada aku kata aku tak suka?


choiiiiiiiiii, kau suka tapi kau nak kutuk aku pulak kan
aku saja je,nak kena kan kau,suka tengok muka kau bila kau marah


nak kata aku comel tu kata je la, tak payah kau nak berdalih dalih
...............( speechless)

*****************************

lirik


Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan.


malang tidak kenal tempat

kesialan di merata rata tempat, itu yang aku hanya dapat diungkapkan untuk hari ini, yeah!!!!


dua benda yang aku dapat hari ini, firstly aku dapat tahu yang aku punya subject quantitative FAILED...gaaaaaa, sejarah dalam hidup aku mula terukir, tak pernah dalam hidup aku di alam ipt ni, aku failed subject. shittosh,
perasaan aku masa mula-mula dapat tahu macam rasa nak hentak je lappy kesayangan aku ni, tp apakan daya ini adalah laki aku no 1, so aku hanya mampu usap-usap dan peluk-peluk je...


lastly, ye la ade dua benda je kan aku nak cerita...facebook aku kene BLOCK, kesialan paling besar ni, bodos punye tom, eh eh tom to owner myspace eyh? hak hak hak, mampos kau la, seangkatan juga tu, aku tak boleh nak komen orang, tak boleh nak post kat page orang, yang aku mampu buat,


1. main game
2.like status orang
3.post status aku yang macam bangang orang komen aku tapi aku tak mampu berbuat apa-apa
4.layan application yang sengal sengal belaka


rasa macam orang bodo je, ade fb tapi tak boleh nak comment tak boleh nak borak-borak n bergossip macam biasa, apa kejadahla dia nak block-block, ko fikir ko da bagus ke main block orang ini, cuba la ko g belajar memasak ke,menjahit ke, ada juga faedahnya dari kau pergi block orang kan.


dan benda paling aku bengang, aku da post mengatakan aku kene block, boleh pulak dorang g balas comment kat aku lagi, haish, aku rasa macam nak terbang ke tempat dorang dan luku-luku laju-laju je kepala otak dorang nie,,,,,grrrrrrr,,,,geramnya saya

Wednesday, May 19

mr. misteri part II

selepas dia datang cari aku balik, aku dengan dia bermesra balik, aku treat dia macam kawan, sebabnya aku seboleh-boleh nak lari perasaan dulu tapi lama-lama kemudian adalah ktorg bermesra dalam setahun la jugak, macan korang sangkakan la, aku jatuh hati balik dengan dia, bull shit!! aku teperangkap dengan permainan aku sendiri, beb, ape korang fikir, we talk bout feeling, tidak perlu la korang nak sangkalkan dengan kenyataan yang korang pun pasti jatuh hati balik dengan ex korang yang sepatutnya korang nak buat dia sebagai kawan kan...


sudah, tak payah la korang semua nak tipu diri korang lagi, dan aku pun tak tipu diri aku, aku memang mengaku aku mula sayang dia balik,( sebenarnya sayang aku dekat dia memang tak pernah luntur,) aku setia la sengal!!! ahahahah....


dalam tahun yang sama berlaku la satu bencana, bencana yang memang Allah nak tunjukkan aku sesuatu yang benar benar berlaka and suruh aku berpijak pada bumi yang nyata, tepat pukul 8.30 malam 30 aug 2007, aku msg dia nak ajak klua pergi celebrate merdeka, dengan tidak sangka nya la kan, ada perempuan balas msg aku tue,butir-butir msg tersebut:


blurry: b (short form dari nama dia bukan panggilan manja) buat ape tue, jom lepak malam nie?
mr.misteri: errr...siapa ni eyh?boleh saya tau?maaf, b awk pakai hp saya
blurry: (cuak!!) saya blurry,errr awk siapa pula?saya kawan dia,ngat nak ajak lepak..


dalam masa 5 saat tetibe bunyi lagu seperti yang ku jangka terjadi dari kru ( tipu je nie)


blurry: ello... (suara cuak) 
mr.misteri: awk blurry eh?saya tettt ( aku lupa nama dia) tunang b awak tue..
blurry: ops..sorry saya tak tahu pulak dia da bertunang, saya kawan lama dia,saya dengan dia tak ada apa apa perhubungan pun, awak jagan salah paham pulak, saya memang panggil dia b pun short form dari nama dia..
mr.misteri: tak apa, saya tak kisah, awak ambil no nie, dia pakai no saya,
blurry: ok ok hanx eyh,nway sorry lagi sekali, harap awk tidak salah faham ok...


tutt...tuttt..tutt...bunyi hp yang aku da letak..


cuba korang fikir, selama setahun aku berkawan dengan dia, selama itu juga aku selalu petik nama gf,tanya soklan berkaitan gf, sikit pun dia tak nak mengaku,ape perasaan korang time tue, sumpah dan aku mengaku, aku terus masuk bilik dan aku melalak, kaw2 aku menangis,tengah-tengah aku menangis, dia boleh call aku


mr.misteri: blurry, tadi awak ada telefon saya ya?
blurry: (ye la bodo,tunang ko yang jawab,)dalam hati je tue..ahahah..a'ah,kenapa tak pernah cakap yang awk da bertunang?sampai hati kan tipu saya sampai macam ni sekali?tak apa la,kirim salam kat dia,cakap mintak maaf ganggu hidup korg.


tutttt..tutttt...tuttt

**********************


selama setahun dia ambil berat pasal aku, dia care pasal sakit tulang belakang aku, msg pun manja-manja, tapi dia buat aku macam ini, dia nak balas dendam ke?atau dia sendiri tak tahu apa yang dia sedang mainkan?bertapa kecewa nya aku,siyus aku cakap, hati aku dah kering masa aku tau dia bertunang, kalu korang kat tempat aku, memang korang pon akan rasa benda yang sama, aku sendiri masih lagi tertanya-tanya, apa salah aku sebenarnya?apa yang aku telah buat sampai dia sanggup mainkan perasaan aku?


yang aku tak suka dengan dia 1 je la, dia suka hilangkan diri then tetiba dia muncul balik, paling terbaru yang aku tahu, dia call aku then dia kata dia nampak aku kat campus, dia kata dia keje kat campus aku, WTF??? gila kau, dia boleh nampak aku bila-bila masa tapi aku tak akan nampak dia, macam stalker kot, betul kata orang, selagi kita nak jauhkan diri dari orang selagi itu la dia datang dekat dengan kita,


dan sekarang aku masih tak tahu apa status dia, bila aku tanya dia kata single, bila aku tanya kawan dia, kawan dia kata dia da berkahwin, yang pasti aku tak nak ambil tahu, dalam tak nak tak nak tue dia masih lagi muncul dalam hidup aku, memang aku da tak ada langsung perasaan dekat dia,zero..tapi aku seboleh nya tak nak kehilangan kawan,aku jenis memilih bab kawan, aku boleh lagi pejam mata apa yang dia dah wat kat aku sebab dia masih ada lagi ciri-ciri seorang kawan yang bernama kawan,tapi aku tak sanggup untuk terus ditipu, aku manusia yang penuh dengan perasaan,


wahai mr.misteri, jika anda baca luahan hati aku ini, tolonglah berterus terang, apa yang engkau hendak dari aku yang serba serbi kurang dalam diri aku ini, jangan lah kau buat aku macam ini lagi, sialan sungguh mainan yang engkau buat ini......
yeah move on, pergi jahanam la engkau dengan mainan engkau itu
ade haku kesah?
 (memang aku kesah pon,ati aku terluka bodo!!)

mr. misteri part I

hari ini aku dapat msg dari dia, dia kata opah dia meninggal hari ini, aku musykil, kenapa dia bagi tahu kat aku pasal ini, mungkin dia stilll anggap aku sebagai salah seorang kawan dia. mungkin dan mungkin..




alhamdulillah, aku sudah mula lupakan sejarah aku dengan dia, memang aku mnegaku yang aku susah sangat nak lupakan dia dari hidup aku, ye, memang sayang kan dia, walaupun ada keburukkan tentang diri dia yang kalau korang tahu mesti korang kata aku sangat bodoh untuk menyayangi dan menyintai dia, tapi bagi aku itu semua boleh saja untuk berubah jika dia sendiri yang nak, berubah demi diri sendiri bukan kerana orang lain kan.


meh aku story mory sikit pasal dia.


profile: nama beliau mr.misteri, tinggal di klang, tua setahun dari aku, aku kenal dia di rumah makcik aku di pantai dalam kira-kira 8 tahun lalu, dan pernah menjadi sebahagian dari hidup aku selama 3 tahun.


cerita aku dengan dia sangat tragis bagi diri aku sendiri, kita orang couple selama 3 tahun tapi jarak jauh, tak la jauh mana pun, masa itu dia boarding school dan aku sekolah biasa, memang la zaman sekolah aku handphone tak wujud lagi kan, so aku hanya menanti dia telefon aku jer, pakai public time tue, paling best balas surat, ahaks..cinta monyet..


suatu hari aku dengan dia tetiba amik keputusan untuk buat haluan sendiri, masa itu aku form 5 dan dia tunggu result spm, masa itu jugak dia tengah obses dengan dunia rempit dia, aku tak kisah pun sebab itu jalan yang dia hendak, aku memang tak halang sebab nya aku bukan jenis mengongkong orang tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh call dia dan cakap yang kita buat hal masing-masing, yang aku tak sangka dia boleh pujuk aku, aku ingatkan kitorg ini hanya sandaran je couple itu, tapi rupa-rupanya dia memang betul-betul dengan hubungan itu,


sumpah aku cakap, memang aku tak boleh lagi lupakan dia masa itu tapi aku kuatkan semangat sebab nya aku sendiri yang pilih jalan ini, setahun lepas itu tetibe aku dapat pangilan dari dia, menitis air mata aku dowh, sedey gila sial, dia boleh datang cari aku, dia cari aku dengan call telefon rumah aku, cuba korang cakap dengan aku, siapa je yang simpan no rumah ex korang?aku leh potong jari tiada siapa yang akan simpan kan??itu lah sifat dia yang aku kagum sampai sekarang.




korang paham kan kenapa aku masih tidak boleh lupakan dia masa itu?sifat dalam diri dia, jauh di sudut hati dia seorang yang baik, aku tak nak cerita tetang kejahatan yang dia buat sebab aku tak nak mengaibkan diri dia, cukup sekadar yang aku seorang sahaja tahu..


continue....



Tuesday, May 18

selamat tinggal malaysia



tepat pukul 10 malam, operator MAS sebok panggey customer nye buat kali terakhir tuk penerbangan ke seoul korea, jauh di sudut jalan, aku duduk sendirian di bangku tepi jalan tue, aku perati kan dari jauh melihat beliau melangkah demi selangkah dengan longlai nya menuju ke pintu perlepasan. sayu hati aku, sangat sayu, tapi apakah daya, terpaksa juga aku terima pemergian nya demi cita cita beliau.


aku sedar, sebelum nie, aku yang meninggalkan beliau selama 2 minggu, kali nie tiba giliran beliau untuk balas dendam dengan aku...tapi dia pergi lagi lama,,, siap terus pergi melaka, haish tak leh jadi nie..kenapa sayang?kenapa?



sambil aku melihat beliau melangkah pergi, setitis demi titis air mata biru ku mengalir,sambil berkata-kata di dalam hati " selamat pergi wahai sayang, jaga diri mu sebaik mungkin, akan ku tunggu kepulangan mu dengan penuh kesabaran"


lalu aku pun melangkah keluar dari KLIA itu tanpa lagi menoleh ke belakang, hidup aku sungguh kosong tanpa msg-msg,miss call, dan juga gurauan sengal dari beliau,.apa yang aku mampu hanya lah menatap facebook beliau yang kaku tanpa apa-apa update pon. cess!!!


kini ku terasa sangat sunyi,sunyi dari biasa, malah dunia ku semakin kelam dan makin kelam, tiba-tiba ku terasa bagai ade suara-suara garau dan kurang enak seperti memanggil nama ku " blurry....blurry....oh blurry" aku toleh kiri dan kanan tapi tidak nampak apa-apa kerana suasana sangat gelap dan gelita


suara itu masih lagi kedengaran "blurry...blurry,,,,hoi blurry".aku kaku terdiam, memikirkan siapa empunya suara hodoh itu. tiba-tiba.....


"bush........." sebaldi air menimpa diri ku, lalu aku terbangun dengan ayu nya dengan gaya lemah lembut tetapi terpinga pinga..." ape kehei yob?xnampok ke teman tgh sedap nido nie?"..lalu si badang pun berkata dengan lagak hang jebat nya " pale hotak ko, bangon la mambang oi...da tgh ari nie, moh ke paso,beli ikan..kang nak mentedarah hape?"


dengan wajah yang penuh kepelikan dan kesengalan, aku pun bangun dan mula berpikir-pikir " sapa sebenarnye mamat nie?aku x kenal pon, siap la plak ajak g paso tgh ari buta nie???"


siapa kah si badang ini?mari kita pikirkan....
hahahahahah


********


actually, esok mambang aku nak ke korea sebenarnye, kene training sana dalam sebulan gak..then dia terus g melaka tuk sukma game,lama beb, aku tinggalkan dia 2 minggu,,tapi dia tinggalkan aku tuk 2 bulan,...how come u sayang???sampai ati


pape pun, aku wish tuk dia la,hope dia training dengan baik kat korea tue n perform tuk sukma nati, banggakan family kayh,banggakan juga tuk warga perlis dan juga untuk aku...yeah....


**********





LOVE U TILL THE END,NEVER LET YOU GO, TAKE CARE AND MISS U SO MUCH