Thursday, September 27

practical #4 - restaurant ikan bakar

hai all, sorry lama sangat tak update, bukan apa, aku rasa tak ada benda nak diceritakan sebabkan aktiviti harian sama sahaja setiap hari,kelas pun memang dah tak ada sebab mereka sekrang musim exam, so kami tujuh orang ini pula musim mengawan hibernate, hahahahah. oh di ingatkan lagi sekali, practical aku belum start lagi, hi hi hi, ;D

ok straight to the point, aku kali ini nak promote 1 restaurant yang dikatakan agak or harus juga lah pergi if datang ke bangkok, kalau korang datang period yang pendek,mungkin boleh abaikan, tapi andai kata datang kursus or melancong dengan masa yang panjang dan sudah tak tahu nak ke mana, maka datang lah ke sini.

restaurant ni aku tak sempat nak snap gambar depan restaurant memandangkan ktorang agak rush nak ke pasar malam di area chatuchak pula. nama restaurant ini adalah praram 9 kaiyang, dia berada di tepi jalan. konsep restaurant ni adalah ikan bakar, itu menu utama dia, dan sampingan dia pun agak boleh tahan juga dan yang paling penting, sangat murah!






kaiyang
ayam panggang

yang ini tidak diketahui, hahahah

larpnega
daging cincang

somtam thalay (seafood)

tomyam thalay(seafood)
tomyam santan

khaiyeawma
telur dijeruk tapi rasa sama je telur rebus
warna sahaja lain

tamthai 
somtam udang kering (recommended)

phlapaw
ikan talapia bakar

khawneaw ( pulut)
meang phla (bihun)

pepsi botol kaca size besar

ikan bakar

gambar semua ini kami buat 2 order, maksudnya 2 set, dan kami makan untuk 12 orang punya makan, harga dia 1800 baht atau 150 baht/person,persamaan rm 15/person, dan sangat kenyang, sangat berbaloi dan sangat sedap.oh ada lagi satu iaitu kerang bakar.

di ingatkan di sini, kesemua makanan di atas adalah PEDAS, sangat pedas, dan lagi pedas lagi buat kita makan dengan laju nya,sebab sedap,pedas itu menyedapkan lagi makanan itu, sekian.oh terlupa, di galakkan order air banyak sikit kerana kepedasan itu, ;D

*maaf,ada sedikit kekeliruan mengenai lokasi dan nama sebenar restaurant ini,akan di update kemudian hari

********************
FULL STOP

missblurry

Saturday, September 15

practical #3 - Chongco Dormitory

 
"welcome to female dormitory"
mungkin!

hari ini cuaca sangat cantik,panas dan bahang jika berada di luar kawasan berbumbung, bunyi agak gila tapi yeah,almost everyday hujan sini dan aku percaya seluruh asia tenggara pun macam gitu, musim tengkujuh katakan.

dengan cuaca yang kering ni aku pun ambil kesempatan untuk basuh baju, hik hik hik perkara wajib i guess. malas nak buang masa nak merapu meraban, now aku akan perkenalkan dorm aku. seperti yang dijanjikan sebelum ni.

masa mula datang kami disambut oleh student forestry dari kasetsart university dengan banner sepanduk lah kot nama nya yang tertulis welcome to thailand, UPM-KU kalau tidak silap aku lah. macam cute je dorang yang tercengang-cengang mencari ktorg kat airport. awkward. so aku nak hilangkan rasa itu, aku pun lambai2 tangan dulu dengan diorang sambil buat muka.sangat funny.

then diorang bawak terus ke dorm untuk check in foursquare memasing, ahahahah, secara jujur aku berharap sangat untuk tidak dapat dorm locak student sebab nya aku ada search image di google and it look sangat menyedihkan ,korang tengok gambar itu sendiri. seram dan tergamam.




after that, bila sampai je, dan yes! memang kene check in di dorm itu,aku hanya mampu diam sahaja, dari luar not bad, masuk dalam dan aku terpaksa tarik balik kata2 aku sebelum ni,sesungguhnya jangan judge sebelum nampak depan mata.

bilik sederhana dikongsi 4 orang, roomate aku hanya ada 2 orang,lagi1katil kosong dan dijadikan tempat letak barang,tilam dia tak setebaltilam kita,sangat nipis dan sangat terasa tidur atas papan lapis, sila bersyukur daripada terus kene tidur atas lantai.

the best part is,setiap bilik ada toilet memasing, so tak payah berebut nak guna toilet, fasiliti sangat superb. water cooler pun bukan jenis cikai,air sejuk and panas yang melampau suhu nya. kat sini mengamalkan 1 block 1 dorm,maka dorm aku bernama chongco dormitory. 

aku bukan nak membandingkan sangat fasiliti sini dan di malaysia,tapi aku cuma nak kata, walaupun bangunan dan fisiliti yang disediakan tak secanggih tempat kita, tapi student dia sangat menjaga apa yang diberikan. jangan nak nafikan sangat bagaimana fasiliti di kolej setiap universiti kat malaysia dijaga dengan "cermat" nya. aku tak nampak pun keselekehan nya, pad pun tak buang merata2,toilet bersih,sinki pun bersih dan tak ada pun tersumbat dengan makanan, tapi kita? aku nak mention lagi di sini, freshie disini berumur 18-19thn dan senior tahun 4 adalah 21-22 tahun,tapi mereka boleh berfikir secara matang berkaitan tanggungjawab dan kebersihan,jadi fikir2kan lah.

ini lah rupa bilik aku,
205

ini pula water cooler,
cermin ada dimana2 sahaja
kalau adam AF ni mesti suka

makcik ni jual benda dibakar
dia selalu bawak anjing
dan anjing tu sangat besar

**********************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, September 12

practical #2 - kasetsart university


sawadhekaa
sorry sudah lama tidak update blog, bukan tak ada masa tapi tak ada mood nak update, just dont know apa yang harus aku kongsikan bersama...ahahahah

lagi setengah jam akan masuk hari baru,yup. sudah 12 hari aku di bumi asing, dan sudah mula boleh adapt keadaan sini, cuma language sahaja lagi,tapi tak apa, aku akan kayu pelan-pelan, belajar sikit-sikit bahasa ibunda mereka.

aku membayangkan latihan practical kali ini berlainan dari yang biasa aku buat, dan memang sungguh lain,ahahahah kalau aku cakap aku ambil course perlancongan lagi sesuai kot. aiyooo

sebulan pertama di sini,hanya masuk kelas 3 kali seminggu, hari isnin, rabu dan jumaat,selebihnya merayap dan duduk dalam bilik, paling relax lah.buat setakat ini,tiada apa yang menarik, biasa sahaja kot, hihihi cuma aku nak mengatakan, aku happy di sini....

harap akan datang ada lagi benda yang menyeronokkan...peace yoo...next entry akan introduce dormitory aku yang agak ermmm...;D


*****************************
FULL STOP

missblurry