Sunday, June 27

fakta atau auta







dekat dunia ni, macam2 benda yang wujud, macam2 benda juga yang pelik dan pelbagai, ada yang sumber nya betul ada yang sekadar mitos yang direka2 oleh sesetengah individe yang aku rasa dia tak ada keje. sekarang aku nak uji minda korang. korang alert atau tak dekat persekitaran korang sendiri....aku akan senaraikan beberapa auta dan juga fakta.


so fikirkan mana satu fakta dan juga mana satu auta. selamat menempuh ujian akal fikiran...hak hak hak. ops lupa, masa yang diberikan adalah seminit selepas tamat baca setiap soalan.


question:


1. lelaki begitu bangga menjaga penampilan diri supaya sentiasa nampak macho dan bergaya? 
blurry: erm,,, ye ke nie??? 


2. coca cola dulu bewarna hijau?
blurry :fuh shrek siot...


3. bila hard disk rosak, letakkan dalam freezer untuk sementara waktu dan boleh dipakai untuk jangka masa yang pendek sahaja? 
blurry : larh ye ke? nak try bapak aku punya dulu lah.


4.  gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat?
blurry: lorh... kaki gabak punya besar pon tak reti nak melompat ker?


5. permainan snooker berasal dari negara india?
blurry: aku selalu snooker dalam kelas aja


6. kalau CD atau VCD anda calar2, sila gunakan ubat gigi untuk hilangkan calar tersebut dan boleh pakai semula tanpa sebarang gangguan ?
blurry: baik la ubat gigi tuk aku taruk kat gigi aku nie


7. semua beruang kutub adalah kidal ?erm...
blurry: mak aku menulis dengan tangan kanan tapi bila buat kerja dengan tangan kiri, sebab nya masa sekolah dulu orang ejek dia abnormal so dia paksa diri tulis tangan kanan


8. kebanyakkan manusia lebih takut dengan labah-labah berbanding mati ?
blurry : rama-rama itu adalah sebenarnya kupu2.


9. air mani mengandungi hanya 10% sperma selebihnya enzim, vitamic C,kalsium, protein, sodium, zink, asid sitrik dan gula fruktos?






10. 75% debu yang ada dekat rumah kita itu adalah dari kulit badan kita yang sudah mati ?
blurry: rumah aku bersepah dengan rambut manusia.


11. setiap lipstik mengandungi sisik ikan ?


12. siput boleh tidur selama 3 tahun lama nya ?
blurry: aku boleh berjaga selama 48 jam sahaja.


13. ketika orang-orang purba kala sakit kepala, mereka mengubati dengan menebuk kepala di bahagian yang sakit itu?
blurry: kalau aku rasa nak hentak2 je kepala nie..


14. dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih sejuta anak.
blurry: arnab aku chomel


15. perkataan TYPEWRITER adalah yang terpanjang untuk huruf2 yang berada sebaris di keyboard anda?
blurry: Tupperware kat rumah aku belambak2 hasil belian mak aku sendiri


okey? ke nak lagi? cukup2 lah untuk hari ni, itu pun belum tentu korang boleh jawab kan. macam banyak mengarut tapi dalam mengarut ni, aku berani potng jari mengatakan korang sendiri tak tahu adenya benda2 mcm gini, cumanya tak tahu ianya fakta atau auta..


ahahahah  


**************



********************************
FULL STOP


missblurry

Friday, June 25

di goda lagi





sekarang ini kat kawasan rumah aku tengah hujan, fuh!! memang syok habis. jam pulak sudah pukul 2.37 pm. macam nenek aku cakap lah. time2 gini sesuai untuk tidur. tambah2 lagi kalau hujan menyembah bumi. pasang kipas speedy sampai 3 then statikkan dekat muka korang. ZzzZZzzzZZ..


pastikan anda tidak tidur seperti badak, gajah, unta dan sebagainya kerana menganggu jiran-jiran sebelah dengan segala bunyi yang dihasilkan. okeyh!!






time hujan memang syokkan. best sangat, sejuk sampai ketaq lutut. huh!! masa kecik2 dulu,bila hujan je, siapla . aku akan keluar then berdiri mngehadap bawah bumbung rumah, air laju macam pili bomba. kepala kena air rasa macam keretapi langgar jerk.




 kalau tak pun, masa main kat padang. ada petir2, semua lari kelam kabut selamatkan diri. kunun takutkan petir. kene sambar memang rentung. lepas saja hujan turun, 5 minit lepas itu semua keluar balik. sambung main game tadi. tak kira la bola ke, rounders ke. apa saja.main redah je. mak panggil pun buat tak tahu aje. sampai kene rembat baru nak balik.




 nowdays, nak tengok bebudak sekarang buat macam gitu lagi, susah bagi aku. lagi2 aku duduk kawasan tengah bandar yang serba canggih. masing2 duduk rumah main PSP, wii, layan facebook, game online and so on, rugi bagi aku golongan macam gini, tak menghayati langsung zaman kanak2.ah bolayan itu semua. that your life not mine !!!


dan sekarang, aku hanya mampu jenguk kepala keluar tingkap saja. tengok setitik demi titik hujan turun. makin lama makin laju, angin pun sempoi2 membuat mata aku makin layu. terasa macam brad pitt goda aku saja. macam yusry kru melambai2 kenyit2 mata dekat aku. aku sengih2 lalu ZZZzZZzzzzzZZZ


Aku tidur dengan lena nya


selamat tidur di waktu petang bersama2 hujan membasahi bumi dan angin sempoi+ angin kipas menghembus dimuka ku wahai kawan2...




**********

FULLSTOP










missblurry

Monday, June 21

7 keajaiban alam maya

alam maya bagi aku memang seronok gile bro, siapa je yang tak suka masa cuti kan? bagi tahu aku sekarang, meh aku duku kepala beliau. dalam kegilaan menikmati alam maya ni. ada juga benda yang aku paling gemar tak suka buat malah ade benda yang aku suka buat bila alam maya menjelma.


1. mesti budak sekolah pun cuti sekali, sorry budak sekolah. aku tak benci korang tapi kesemakkan korang di kaki jalan, di kaki shopping complex, di kaki tangga, di kaki2 dengan sewaktunya. bapak semak korang ni. cuba jadi orang sikit. dok melepek2 , ish semak semak paham tak???


wak lu.

2. alam maya yang pendek adalah sangat nikmat jika ade party buih.


3. kalau dah cuti selama 3 bulan. aku pun dah naik biol , duduk rumah goyang segala anggota badan aje. asal nak cari keje ada je kegedikkan gua nak join mana2 camping. ampeh kau blurry


4. mak aku yang benci bila anak2 dia semua cuti, sebabnya, semua stock makanan yang dia simpan untuk setahun bertukar menjadi untuk sehari. thanx mom, nanti collect lagi kayh.


5. aku sendiri akan bertukar menjadi seorang vampire yang paling chomel. yes!! aku akan automatic menukarkan sendiri waktu malaysia menjadi waktu kutub utara. time tidur dan berjaga menjadi 1. yes, anda hebat blurry.


6. segala rancangan di Tv akan aku tengok tanpa kira kebangangan cerita tersebut. terima kasih astro, tv 3 dan juga rtm. tanpa anda dunia aku akan kesewelan. siap boleh hafal dialog. yes.!!!


7. paling aku suka, online 24 jam tanpa segan silu. terima kasih juga untuk tmnet dan juga tnb kerana menaikkan bil rumah bernombor 204. tanpa aku korang akan kerugian yang amat besar. sila lantik saya menjadi CEO.


CEO blurry


ini di antara benda2 yang aku suka dan tak suka buat untuk tatapan korang semua. tak boleh cakap lebih2 sebab lama2 nampak la keburukkan aku bengong yang sebenarnya aku adalah ank mithali...


*****************
FULLSTOP
missblurry

Friday, June 18

saiful apek dan ganjanya

daun ganja


aku tahu ini cerita lama dan korang akan cakap aku ketinggalan ktm, pergi mampos, ini blog aku. suka hati aku nak post bila masa nya. so sadap !!!!


tapi memang cerita dah tak seHOT white coffee hazelnut, erm nyummy. macam korang baca dan jga tengok berita tv 3 suku. hal artis popular la konon2 kantoi hisap ganja di rumahnya sendiri sambil layan bola. terbaik la bro!! orang layan teh tarik lu layan ganja. memang masyuk la kan. siap keluar tv, muka sengih2 mintak pelempang. nah hadap muka cicakman ni. 


gitu-gitu ganja

apa yang aku tahu,dia lepas dengan jaminan polis. apa maksud nya, korg fikir sendiri. macamana boleh terlepas?sebab di ikat jamin oleh keluarganya..keh keh keh. tengah dalam siasatan lah. sebenarnya setahu aku lah, ganja lagi ringan dari dadah dari segi hukuman. tetapi ada had lah bukan lah kau ambil ganja sampai setong tapi kau boleh lepas macam gitu. waklu. lu fikir lu ayah pin? macam kes si apek ni, mungkin tahap ganja masa dia tengah stone tak banyak tapi ada 40 gram ganja. baik kau siap sedia la apek.wasiatkan lah segala harta kepada anak kau.aku bagi law ni. tengok sendiri!!

SEKSYEN
KESALAHAN/JENIS DADAHHUKUMAN
39B
  • Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
  • Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
  • Memiliki 40 gm kokain atau lebih
  • Memiliki 200 gm atau lebih ganja
  • Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
  • Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Mati Mandatori
39(A)(2)
  • Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
  • Memiliki 250-1000 gm candu
  • Memiliki 50-200 gm ganja
  • Memiliki lebih 15-40 gm kokain
  • Memiliki lebih 750 gm daun koka
  • Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan
39(A)(1)
  • Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
  • Memiliki 100-250 gm candu
  • Memiliki 20-50 gm ganja
  • Memiliki 5-15 gm kokain
  • Memiliki 250-750 gm daun koka
  • Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-
6B
Menanam atau mengusahakan pokok ganjaPenjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popiPenjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
9
Memiliki kurang 100 gm candu masak-sama-
10
Alat-alat menghisap dadah-sama-
12(2)
  • Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
  • Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
  • Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
-sama-
Dirotan tidak lebih 3 sebatan
15(A)
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badanPenjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
15(B)
Berada di dalam premis tempat hisap dadahPenjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00



apa yang aku cuba sampaikan kat sini. apa korang dapat hisap ganja ni? tak dapat apa, apa? aku cakap boleh la?cakap senang? nenek lu. lu fikir dan cool sangat la hisap2 benda haram jadah ni? berubah la wahai manusia, dekat bumi kau boleh terlepas...dekat akhirat? bak kata nabil " lu fikir lah sendiri"

aku sungguh menyampah pada warga2 yang masih lagi nak menegakkan benang yang basah. yanga da anak hisap ganja tu. cuba-cuba lah hentak sikit kepala anak yang miong tu bagi normal sikit. dan kau2 punya kepala pun bahi hentak juga. apa ke bebal kau biarkan anak kau hisap ganja? penat-penat kau beranakkan dia last2 dapat anak pentegar ganja. alangkah bodoh nya kau!!!

ini aku bagi tips2 hisap ganja. eh orang hisap ganja.agak2 korang ada rasa siptom macam gini. korang pun tergolong dengan saiful apek ni jugak la.



Ganja memengaruhi penggunanya dengan cara yang berbeda. Beberapa orang mengalami reaksi lebih kuat dari yang lain. Reaksi paling umum yang ditimbulkan oleh ganja adalah kejang-kejang dan mabuk. Ada beberapa efek lain seperti:
  • Paranoia.
  • Muntah-muntah.
  • Kehilangan koordinasi.
  • Kebingungan.
  • Meningkatkan nafsu makan.
  • Mata merah.
  • Halusinasi.



lagi sekor contoh terbaik, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau nama kurang popularnya benjy.ini lagi bodoh. anak bini kat rumah kau pergi buat dadah. bangang lagi kau tak reti cover. nak meniaga dadah biarla berpada-pada. jangan tamak. mafia chowkit road relax je bermaharajalela jual dadah yang kau pulak kantoi bodoh2. nah rasakan.


tokey dadah tersohor

tapi lagi bodo. tue hah. mak kau. menjaga sana sini. mintak simpati suruh lepaskan anak kau. eh gile!!! anak kau tokey dadah terbongok di malaysia. kau biar la agak2 sikit. berpijak bumi yang nyata lah. nie siap kau nak fight dengan polis. haish.. kau tu bukannya keturunan bangsawan nak fight, sah2 kau kalah.
tak faham aku.


sudah lah. cerita pasal rakyat malaysia. menyakitkan hati. banyak sungguh kerja gila yang mengantoikan diri nie. tolonglah belajar sikit macamana nak jadi jahat. bull shittosh la. memang lahabau korang ni. eh, apsal aku emo???




NOTA KAKI TANGAN DAN MULUT :


1. SILA BUAT KERJA BERFAEDAH. HARAP MAKLUM.


2. kalau kau artis.rasa2 tak boleh cari makan. sila lah jadi maskot sukan mana2.duit juga.


3. dari jual dadah, baik jual karipap. mana tahu silap2 jadi chef karipap dengan chef wan ke.


4. dari kau hisap ganja. stone macam Flintstones baik lah kau hisap puting anak kau. lagi masyuk....bawak2 lah berubah lah saiful apek hoi. kau tak kesiankan diri kau tapi kau cuba kesiankan ahli kelaurga kau yang muka fotostat tue. kesiankan anak-anak kau.fikir2 kan lah.




*************
elmo is emo

******************
FULLSTOP

missblurry




Tuesday, June 15

5 saat nyawa ku melayang





sekarang waktu berbuka puasa untuk daerah junjanai. selamat berbuka !!!. aku buat lawak. sila gelak.heeee .ok menggelabah!!..

semalam WC match antara Netherlands vs Denmark. aku miss, layan berita tv 3. terbaik sebab tak ada info yang menarik. bosan. aku google then dapat tahu yang orange menang 2-0 tapi 1 sumbat sendiri. thumb up tok orange. lepas tu, match antara japang and cameroon. lagi sekali aku tak tengok. sebabg malaun layan channel entah apa2. aku marah. aku lempang laju2. aku cabut gigi dia pakai playar. tumbuk cili api letak kat dalam baju dia. tapi dia tak melawan. dia senyap je. macam unta. tengok je aku dengan terkebil2 mata dia. lepas itu dia cakap...

" kau gila ke blurry? nak mati dah? "

aku senyap, aku tengok dia lagi.dia cakap lagi..

" kau gila meroyan eh? dok joget sane sini kenapa?sengih2 pulak tu..."

baru aku sedar, hanya khayalan aku ajer. aku baru tau yang aku kuat berangan. hurm.....aku terus duduk dan mengadap lappy balik...sedihnya hidup aku...

sedar tak sedar match antara italy dan paraguay dah bermula. malaun dah masuk tidur, tinggal lah aku seorang diri melayan perasaan sambil tengok bola. memula paraguay score.fuh loser ko italia....porsche, el desior forza dielmubol. tengah syok2 layan chatting sambil tengok bola. 

tetibe ade bunyi. macam orang berdengkur. kuat gila. muka aku terus je pandang ke arah bilik. ok blurry, bertenang. tapi jantung aku tak pernah bertenang..dup dap dup dap.laju macam watson nyambek dia berdegup. stop!! jangan pandang bilik. aku kalih anak mata aku tapi muka tetap pandang bilik. dush dush !! aku tumbuk muka aku, " jangan pandang lagi lah ,paham tak " aku monolog sendiri. 

aku buat gaya cool ala2 muka FBI hotfm. ok beliau tak hensem. dan lagi sekali bunyi, kali nie bukan sekali tapi berkali kali. aku terus pandang kiri kanan atas bawah walaupun aku tahu yang bunyi itu dari arah bilik. aku rasa nyawa aku dah melayang untuk 5 saat. muka aku kalah zombi kampung pisang. ops sorry aku terlupa nak snap muka aku sebab terlalu cuak. beb dah pukul 3 pagi time tu. aku memang dah tak fikir pape dah. sudah la sebelum nie ade misteri telur mentah pecah dalam bilik aku, sampai sekarang tak tahu siapa yang pecahkan sebab nya time pecah tue maghrib+ hanya mak dan aku je dalam rumah. ok tutup cerita telur berbablik bunyi misteri tu.

aku dok kaku macam kene paku je atas sofa. tak bergerak mata pun tak berkelip. 5 minit juga aku buat macam gitu, rasanya sudah boleh join mr. silver dan mr.gold kat bukit bintang dah aku rasa. last2 aku sedapkan hati, kata tak ada pape. aku continue apa aku buat. tengok bola dan chatting. tapi hati aku tak sedap. aku off lappy, off router dan juga off tv. lepas aku off je tv, zooommmm....lari litang pukang masuk bilik. sorry rumah bawah. kalau ade rasa gegar2 dan bunyi tapak kaki . itu aku,bukan hantu ok. 

aku tidur sebelah malaun. himpit2 aku dekat dia. tutup mata rapat2. dan...ZZzzzZZZzzz. bangun2 sudah pukul 12 tengah hari. bangun tidur terus mandi then lepak kat hal.. tengah2 lepak, nampak pulak lembaga katik dekat dapur. ok aku seram lagi, aku jalan jengket2 ke arah dapur, aku ngintai, tapi tak nampak lagi, aku lari litang pukang lagi, duduk kat tempat tadi..muka aku asik pandang dapur, aku kecikkan mata aku dan aku nampak,.....lembaga....berwarna coklat.ngeri gila.jalan slow2. rupa2nya cicak. aku geram ambil m16, set auto dan tanpa belas kasihan aku tembak 2 das. padan muka kau.

ending cerita nie. rupa2nya bunyi air masuk tangki. bodohkan. nyawa aku hilang 5 saat masa tu. bengangnya aku. nasiblah nyawa aku ade 7. selamat lagi la aku sebab tinggal lagi 5 nyawa. pagi semalam air kat kawasan rumah aku tak ada, pagi aku dengar bunyi aneh tu. baru nak ada air, so air tue bunyi macam orang cirit birit tapi yang berak ni jenis gergasi,that why kuat bunyinya. 


GrrrrrrRRrr..
terima kasih lah SYABAS anda sudah menakutkan aku yang brutal ni. 
anda berjaya. 
tahniah.
 aku boikot kau !!!!!


*****************
FULLSTOP

missblurry

Saturday, June 12

layan judi







alrite, macam korang semua tau, sekarang tengah gila bola, judi bola,makan bola,judi bola, tido bola, judi bola, mengigau bola, dan juga judi bola....ahahah...memang sekarang tengah hot memasing nak menjudikan diri, betul tak? secara tak langsung dan secara langsung judi tu tetap berjalan dengan lancarnya.


dan aku sekali tak ketinggalan untuk menjudikan diri dengan melayan bola, tapi aku berjudi dengan ego aku.hah!! lain dari yang lain la bro. den berjudi dengan masa den yang banyak menghabiskan dengan dating bersama2 lappy den..waaa syok gile..get a life la blurry!! bodo mu, dok layan lappy 24 hour gapo nyo jah?? hah kan da keluar bahasa uganda ni.aku jujur la, memang aku buta bola, fuh terbaik la info aku pasal bola ni, sampai tak tercakap bila orang tanya. gila hebat.


papepun, aku tetap nak layan bola, syok tengok orang2 gila bola nie layan bola. semangat tu ada dalam masa yang sama. kita tak kenal orang tapi bila ada bola,boleh duduk semeja borak pum pang pum pang. dari jeling2 maut bila datang nye demam fifa ni. boleh bertukar peluk cium mulut. bayangkan la bertapa baik nya bila ada benda2 macam gini kan? kita tak payan amik negative side yang hanya orang sengal sahaja buat. nak seronok pun guna acara lain la giler!!! bukan berjudi, bukan bergaduh.


even aku rabun bola. aku tahun ni nak jugak sokong republic korea....terbaik la, BTW, thanx untuk mambang aku kerana telah membelikan jersey korea untuk blurry kayh. papehal jom layan bolaaa......GGggoollllLLLl..
eh owh offside.ok!! aku bunuh ko ref. jaga ko ref.


nota kaki tangan dan mulut :


1. bila kalah.mesti salahkan padang.kata padang rosak la.tak best la nak pijak,walhal kau memang loser. bodo!!!


2. bila menang mesti cakap, padang bagus. permain kene sogok dengan duit. palyer makan babi lebih .erkk...team polan nie kebetulan je menang. mesti panggey tok moh pergi jampi2.


3. macam2 jenis fesyen kita boleh nampak dalam FIFA nie, macam2 jenis perangai dan juga style dari player yang cuba diorang tonjolkan.apa motif kau bai??ko main dalam pdanag tu,selekeh juga jadi nya. babun!!!


4. apapun, penyokong setiap negara terbaik. yang gurl bogei2. yang boy raba2.fuh peluang keemasan dan closing fifa sure gempak. segala pusat gua nampak....wahahahah


*************
jadual world cup 2010

*************

FULL STOP




missblurry

Thursday, June 10

berjimba lagi

<






sekarang semua ipt berlumba-lumba nak menang, nak suruh student meroyan, patah hati, jatuh hati, dan juga tak tinggal untuk membangga kan diri dengan mengeluarkan result student yang tak seberapa, baga student baru, mesti cuak macam nak mampus bila nak tengok 1st result diorang kan, mana yang senior hendak habis exam, pun sama,rasa nak bunuh diri je, takut extent lagi. papehal pun congrate pada yang dpt dean list, yang dah grad, best of luck to you,


banyak gila pula aku bermadah, now back to topic, huh, aku punya cerita belum lagi habis, semalam tengah syok2 bercinta, tetibe ada hamba Allah ni hantar comment dekat aku, " beb, artis cakap result da klua kat esmp" jantung aku macam nak pecah beb, aku memang dah sedia maklum yang aku ada failed 1. yeah subject kuantitatif yang macam aku cakap dalam post before ni.


secara official nya, aku punyer result memang gampang habis, tak pernah seumur hidup aku dapat pointer bawah 2.50, kau memang terbaik la blurry, lenkali kau pergi la lagi berjimba tak hengat dunia ok??ni apa aku nak cakap dekat emak aku, mampus kene bebel, aku kene reka ayat ngancam nie, huh, kene jual nama bebudak kelas mengatakan semua drop pointer, wahahah. ayat cover tak nak cakap aku memang sengal.


aku malas cakap lebey yang pasti, aku memang loser untuk sem 2 nie, naik sem 3, aku kene backup kaw2 result aku, tapi percaya la, aku akan berjimba lagi. ahahaha aku dan berjimba tak dapat dipisahkan. huh.kau memang gila blurry, selamat datang ke bumi, pijak pada tanahyang rata ok.!!!!






************
FULL STOP



missblurry

Monday, June 7

dating with mr. R

nak dijadikan cerita, semalam malam aku dah terlanjur dengan mr. R nie dengan kata-kata aku sendiri. aku terlanjur cakap yang aku nak dating dengan dia. ouch, dan dengan sengaja nya aku telah berlaku curang dengan mambang aku sendiri. sorry bro, den telah mencurangkan kan ekau. harap ekau terima seadanya okeyh.


dengan bangga nya aku hantar message dekat dia yang penuh dengan wangi-wangian dan berbaur sedikit lucah. oleh kerana aku message menggunakan bahasa zulu maka aku tolong translatekan kat korang. ciri-ciri message tersebut:
Mr. R dan blurry


hye jagung (nama manja mr.R) buat apa tu?
hye kentang (nama manja aku), sihat ker?


(babun punya jagung, lain aku tanye lain,lain pulak kau jawab(monolog sendiri)
tak ada buat apa pun, tengah kira semut nie hah, eh babe esok free tak?
i sehat je,(awat macam tak menjawab soalan je?)esok free kenapa?


jom dating, bosan la duduk rumah ajer. kita pergi tengok wayang, amacam?
wayang?ok no hal.jumpa kat pyramid pukul 11 pagi. ok?


chantek, never love u...wait for me.. :P
fine, wait for eva. :D


huh...siot ko mr.R kena kan aku balik. lepas aku message je dia, terus aku tidur dan wish moga dapat jumpa slay dalam cerita under18.esoknya, pagi2 lagi aku bangun, siap dapat message dari mambang. bukan mr.R.huh haram nye mr.R....aku siap2 terus pergi pyramid. tapi aku bengong kejap sengan tambang bus rapid ni. masa aku pergi tambang rm 1 tapi bila aku balik tambang jadi rm 1.90. apahal jadi gini?laluan yang sama dan bus yang sama. tak agak2 betol la tokey bus rapid ni. kang aku sihir baru tau.


sampai aje pyramid terus aku beli tix untuk 3 orang. lupa pulak aku bawak sekali my mom untuk keselamatan. maklum la mr.R ni orang zulu kan. so bila sudah beli. aku merayap jap kat pyramid sebab show mula lagi 45 minute. tengah round2 dapat pulak message dari mr.R..


babe, i tak dapat join you all la.
apsal pulak?i dah beli 3 tix ni.


i ada keja kene buat. kalau tak nati tak lengkap pulak bisnes nie.i tunggu you kat tempat biasa ok.
what eva, malas layan.


hawau punya mr.R..memang betul dia cakap semalam. wait 4 eva. elok sangat dengan nama kau R. R for rongek. err rongek adalah adik beradik bongek. aku punya sakit hati sampai aku main culik je anak orang untuk ganti tix si mr.Rongek ni. malaun mana entah aku culik.lantak kau la.jangan kau nangis sudah.


after that aku pergi lah tengok wayang tu. cerita terkini yang konon2 hangat.cerita LAGENDA BUDAK SETAN.memang setan gila cerita ni sebab nya pengarah cerita ni berjaya membuat aku maki hamun dengan sengaja nya jugak.bodo punye cerita. actually, aku peminat setia ahadiat akashah. almaklum la,jiwa jiwang kan. tapi pengarah LBS dah hancur kan hati suci aku ni. memang suck gila cerita ni. langsung aku tak puas hati gila. pergi mampus kau.huh!!!!!korang bayangkan lah,aku dalam wayang tu sampai main message dengan kawan aku,dengar orang mengumpat(rasa macam nak join skaki je), dengar orang atas kene sound sebab buat bising, korang fikir lah bertapa boring dan tak menarik perhatian aku langsung cerita ni. bak kata que haidar dlm cerita ni " siaaalll lah ".ah!!aku tak nak panjangkan lagi dosa2 aku untuk kutuk pengarah bodo ni.


LBS movie bodos

then untuk sejukkan hati, aku pergi la berjumpa dengan mr.R aku ni. tapi aku pergi makan dulu dan aku berjumpa dengan beliau. fuh!! sejuk hati aku, sampai nak rasa sepak terajang je mamat ni. aku datang2 dengan hati panas kau boleh senyum sampai telinga dengan muka tak bersalah and duduk punya la bergaya eyh. rongek betul.untuk gambaran lebih jelas. aku uploadkan gambar aku dengan mr.Rongek ni. nah!! tatap la si Rongek dengan puas.!!


mr.Rongek a.k.a mr.Ronald mcdonald

ahhahaha gotcha. korang kene.padan muka.puas hati aku untuk sekian lama. lepas dating dengan mr.Rongek a.ka mr.ronald mcdonald, aku pergi beli pulak popia crispy dan cinnabon.saja aku nak habiskan duit...wahahah....then terus balik. 


popia crispy

cinnabon rasa choc and kayu manis


tapi on the way aku nak balik tu. aku macam terdengar suara yang memangil nama aku " erra fazira..." tapi suara tue sayup2 dan macam nak tak nak je klua . dengan pantas aku pandang dan nampak seorang perempuan.muka dia dah sama dengan kawan aku. junior sekolah rendah dulu yang sama2 minat KRU. aku terus senyum dan berlari2 anak dekat dia. comolot dan raba2. tapi dia terpinga2. aku buat derk jer. terus naik bus sebab aku main kejar2 dengan bus tu.bus tak sabar2 nak gerak.sengal!!


sudah separuh perjalanan balik rumah, aku teringat balik kat "junior" aku tu, eh betul ke budak tu junior aku?apsal muka dia macam blur2 taik ayam je ni?" (monolog lagi) ah lantak kau la.malas aku fikir.untuk budak tadi  kalau betul kau kenal aku,sorry aku tak sempat beramas mesra. tapi kalau kau tak kenal aku.ops sorry, aku salah orang dan teramas kau. erm...cup A..ahahahah


nota kaki dan tangan: 


1. LBS bodoh. kau tak payah la buat filem katerina pulak. buat aku sakit hati. kepada mereka belum tengok tapi dah baca novel.jangan tengok.anda akan menyesal. tapi kepada yang belum baca novel.sila pergi tengok.


2. Walau apa pun, watak que haidar terbaik. aku memang sokong dan kau memang layak la bro untuk menang pelakon pembantu terbaik.dan kau buat aku sebak masa kau nangis dekat pokok.


3. dan tidak lupa untuk kasyah (bukan farid kamil tapi watak kasyah dalam novel) aku pun salute spring kat kau sebab kau betul2 sayang dekat ayu sampai mati, cinta sejati kau buat aku tersentuh.kalau kau wujud aku orang pertama aku cari. love u kasyah a.k.a budak setan


4.  sila jangan tegur dan beramas2 orang dengan sesuka hati anda. terima kasih!!


******************


FULL STOP 




missblurry

Saturday, June 5

engkau lah mambangku



jam tepat menunjukkan pukul 0100. yer!! aku tak tidur lagi time ini, biasa la vampire yang chomel mana boleh tidur awal kan. walhal aku memang tak boleh tido. bodo punya mata. aku penat lah...sudah lah cuaca sangat panas. makin panas hati ni pulak....peluh pun dah keluar peluh pondan..cibai!!


ops. sorry, emosi terganggu, sebenranya aku rindu kat mambang aku yang jauh di marikh tu. sumpah aku nak admit kat sini, aku pernah jujur dengan yang aku hanya cinta saja dengan dia, tapi aku tak sayangkan dia. ada cerita di sebalik kejadian ini. sila ke post ini . kingkong 1. ok sudah? sila ke sini pulak. kingkong 2 . sekarang paham kenapa?kalau tidak faham lagi. sila la humbankan diri anda ke lombong yang berdekatan sebab anda terlalu pandai  dan sengal. 




disebabkan benda bengong macam gitu, hati aku susah nak terima orang. sebenarnye psychology aku jer yang memainkan peranan. tapi aku nak juga salah kan hati aku. 5 tahun aku merana beb. bodo ko hati. sebab kau aku gila gila chomel. tak fasal2 orang sayang aku dan benci aku. huh??






tapi lepas aku terus terang dengan dia apa yang aku rasa. dia kata nak juga tunggu aku. ayat ini sebenarnya selalu aku dengar. alih2 diorang naik bot dan cabot. ok fine!! korang bodo juga. nampak sangat korang tak setia. tapi mambang aku betul2 tunggu. dia tahu risiko dia yang aku boleh reject dia bila2 masa. dia nak juga tunggu aku dan aku cuba hargai apa yang dia telah buat. mula2 aku tak tahu macamana aku nak usahakan hati aku ni. degil sungguh. kene pakai clorox ker?sagat dengan berus dawai ker? last2 aku buat tak tahu je. haha.


sampai satu tahap, aku pergi kem bunuh diri yang aku cerita pada entri lepas. ah!! korang cari sendiri. jangan nak malas. nanti gemuk tangan tu.errRRrrK..haha. masa kem 2 minggu itu. aku rasa macam biasa lagi. tapi aku call dia masa dapat balik hp pada minggu pertama ktorg kat sana. walhal masa itu, mother day but i call him first. memang aku anak derhaka. mana tak nya. masa itu pukul 11.30. selalu nya mak aku dah tido pukul 10 lagi so aku expect emak aku dah tidur. dari buang kredit call rumah tapi tak dapat dengar suara dia baik aku terus call dia dulu kan. dia tu mambang aku la. then lepas aku call dia. aku rasa kaku. aku letak phone aku call emak aku. kenapa entah. naluri seorang anak mithali kot. dapat juga aku dengar suara dia then aku wish mother day. a'ah aku touching gila..aku nanges.beb rock2 pon dalam hati jiwang tau.


muka aku masa aku nanges.
mmg chomel.terima kasih


lepas aku balik dari kem, dia pulak chau pergi marikh. mula2 okey lagi. then aku suka lepas dia kata dia boleh online. kat dalam jet dia ada lappy. so ktorg hanya boleh berhubung thru......(tak payah hendak sibuk). kenapa tak call?aku call dia tapi nye network busy. dia kata hp dia on je. huh sila campak hp anda ke jamban ok mambang!!!..aku macam orang terkenal. hantar message tapi sunyi tak balas2..orang famous kan macam gitu.


sekarang ini, sudah masuk minggu ke 3 dia kat planet itu. dan sekarang aku baru nak mengaku yang aku betul2 sudah mula sayang kat mambang. ops mambang jang kembang lebih2 hah. yer! aku sayang kau la,GILE. aku mula rindu kau. balik cepat. aku sayang kau sebab kau :


1. kau chomel
2. warna kulit kau color hijau
3. kau lawak
4. kau sewel
5. kau baik hati
6. kau betul2 ikhlas dengan aku
7. kau dan kau...bla bla bla


apa yang aku mampu cakap. memang aku sayang kau. jangan lukakan hati aku. andai kata kau sudah tak nak kat aku. sila tinggalkan aku dengan jujur. aku tak marah. bagi tahu je kat aku yang kau nak blah dari hidup aku. dan aku pun akan cakap benda yang sama andai aku nak blah dari hidup kau.hahaha.



*********


mambang aku

blurry

************
FULL STOP




missblurry

Friday, June 4

berakhirnya sebuah pelarian

sampai saja kat kota bharubwe, mata aku terpersona melihat keindahan bandar islam itu. apa tak nya, sudah 15 tahun aku tak jejak aku kat tanah bumi itu. fuh maju segala benda. mcdonald's kegemaran aku berpuluh-puluh bukak cawangan. jangan korang pandang rendah kat bandar itu okeyh!!!. walau macamana maju pun bandar itu, aku tetap rasa sepi, sunyi. aku sendiri tak paham dan tak nak paham pasal apa jadi gitu.


aku park la unta aku tue kat tepi pasar siti khatijah. tapi disebabkan lewat sampai, pasar pun dah tutup cuma sempat beli keropok sira jer. memang aku suka gila keropok tu, sedap wei sehingga menjilat tangan orang.!!then singgah la kejap parkson. hek ele wei, datang jauh-jauh tapi bantai shopping parkson. apa gila wei.gila2 pun sempat gak aku merembat short pant kat situ. hihi


aku sampai KB dah nak malam, so lepas membeli belah ktorg terus cari hotel. disebabkan dah 15 tahun tak jejak bandar nie ktorg main rembat je mana2 hotel yang ada depan mata dan hotel yang menjadi pilihan hotel ummi. terima kasih hotel ummi bagi layanan yang mesra alam kat ktorg. memang selesa hotel tu sampai hot water tak berfungsi. yang penting masuk2 bilik je ade hula girl menyambut kedatangan ktorg. yer!! hula girl itu ialah encik LIPAS . HAPRAK punya HOTEL!!!!!!!


keesokkan pagi, terus menuju ke kuala terengganubwe, tapi singgah makan kat warung yang bukak pagi2 tapi tak ade jual nasi kerabu mahupun nasi dagang. aku sangat gembira kecewa.$%^%^( jangan tanya kenapa ). ada ke patut dia hidang nasi lauk@campur pukul 9 pagi??? aku tak puas hati!! aku search google dan yer, memang orang sana makan nasi campur pukul 9 pagi. sangat pelik la korang.


sampai KT terus singgah pasar payang pulak. tapi nya unta aku tersalah sangka. gps dia rosak pergi singgah bus station. aku yang sengal2 terpinga2 nie pun ikut la jugak. tapi sebab nak cover malu ktorg semua pergi toilet. ahaha. naik je unta terus capai gps, buang dalam longkang. cap ayam!!


pasar payang pun lagi sekali, mak aku punya keje pergi shopping sakan dan lagi sekali aku jadi mangsa lagi. ini serious!! aku nak telipon mr. sangkar, lawyer terkenal dekat delhi. siap la you mom!!!!..


then ktorg terus menuju ke cheratingabwe pulak. singgah sekadar main-main air je.hati aku berbunga kata nak tidur sana, alih2 unta aku tak nak pulak, dia kata nak balik juga. baik!! kita baik..dalam perjalanan dia merungut kata penat  jalan jauh. haish. habis aku nie?tak nak fikir? naik kematu buntut den. tulang belakang pun da mula sakit balik.pot pet pot pet juga la aku dalam 5 jam. ok aku tipu!!padahal cakap dalam hati je.ahaha


ktorg singgah karak umah uncle aku juga. tido sana semalaman then tengah hari tu terus gerak menuju ke markas ku. yes!! balik juga akhir nya.kalau korang baca entri four five aku nie.sepanjang aku cerita sume dalam perjalanan kan?yer aku akui. memang perlarian aku kali ni hanya dalam perjalanan bersama-sama unta sahaja okeyh.


dan sumpah!!! aku dah tak nak lagi lari rumah dengan gaya bebas macam gini. serik akiu. bayangkan lah dari markas - raubabwe - jertehebwe - rantau panjangabwe - kota bharubwe - kuala terengganubwe - cheratingabwe - karakabwe - markas. cuba kira berapa pit stop tu? lu pikir sendiri. aku sakit hati. malas nak cerita 


***********

nota kaki : nak lari rumah sila pakai jaket keselamatan. he, macam tak ada kena mengena pulak. !!


FULL STOP


************





PARKSON KB



TAMAN PASAR SITI KHADIJAH



BUS errr.. dekat KT

blurry di cherating

mereka di cherating

missblurry